Sabtu, 15 Oktober 2022
RESEPI ROTI JALA KARI AYAM
2 cawan tpg gandum*
2 cawan santan cair*
1 sudu teh garam*
1 biji telor*
2 sudu besar minyak masak*
caranya
sebatikan semua bahan di atas* guna blender...
jika nak 1 warna campur skali masa kisar tu tp kalau nak jadikan 2 warna iaitu kuning dan oren..lps sebatikan campuran tepung tu... bahagikan 2 bahagian dan warnakan serta kacau hingga semuanya sebati
Panaskan non stick pan...sapu pan anda guna tisu yang diisi dengan sedikit minyak...menggunakan acuan roti jala masukkan bancuhan tepung dlm acuan
jarak antara 2 cm dr muncung acuan dengan permukaan pan..layang2 kan/kirai acuan atas non stick pan
guna api sederhana... nampak dah kering dlm 1 minit..angkat dan gulung....buat sampai habis
** jika batter (adunan) ni agak pekat n payah nak kluar dr muncung acuan tambah sikit air pada adunan..kalau luncur laju keluar tu tak payah tambah2 air lagi ye..
Kari ayam
2 biji bawang besar (sederhana je ye)*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 mangkuk santan pekat
3 sudu serbuk kari ayam (babas)*
1 @ 2 sudu lada kisar*
1 kiub stok ayam (terpulang nak isi atau tidak)
air secukupnya
garam
ajinomoto (jika mau)
gula sedikit
air asam jawa sikit je
isi ayam dipotong dadu
kacang panjang dipotong lbh kurang 1 inci panjang
lobak dipotong lebih kurang 1 inci panjang
kentang dipotong 1 inci panjang
caranya
kisar bahan bertanda * dan campurkan bahan kisar dgn serbuk kari dan lada kisar
tumis bahan ini dengan 3 sudu minyak..tumis hingga pecah minyak ye..(lama sikit la tp hasilnya cantik )
masukkan sedikit air je...dlm 1 cawan air...masukkan potongan ayam biar masak baru masukkan santan pekat... nampak mendidih baru masukkan sayur2 tadi dan masukkan garam, gula, aji jika perlu dan sedikit asam jawa..rasa ye..tutup api
Kredit to owner
Acuan Roti Jala 5 Lubang
👉 https://shope.ee/89vJU14nS4
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan