Jumaat, 28 Oktober 2022

🦪 RENDANG KERANG 🦪


Menu hari ini sambal kerang.
Selalunya sya masak sambal kerang ala² nasi kandar berkari, hari ini ubah masak rendang.
RENDANG KERANG > cara sya
Bahan²
🦪 Kerang rebus, keluarkan isinya basuh bawah paip kemudian toskan....anggaran 1 mangkuk besar
Bahan kisar
🦪 2 btg serai
🦪 1 biji bwg besar
🦪 4 biji bwg kecil
🦪 6 ulas bwg putih
🦪 1 inci halia
🦪 1 inci kunyit
🦪 2 inci lengkuas
🦪 2 sdb cili kisar
🦪 10 biji cili padi (kalau suka pedas lebihkan)
🦪 500 g santan
🦪 Garam, gula dan perasa jika suka
🦪 Sedikit kerisik (pilihan) # sya tak letak
🦪 Asam keping
🦪 Beberapa lembar daun limau purut @ daun kunyit.
Cara²:
✍️ Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.
✍️ Masukkan santan dan asam keping biarkan merenih sampai kuah pekat.
✍️ Bila kuah dah pekat masukkan garam, gula, perasa jika suka.
✍️ Masukkan kerang, masak kira² 10 minit sebab kerang dah direbus tak perlu masak lama.
✍️ Masukkan kerisik jika suka.....dan taburkan daun limau purut @ daun kunyit.
✍️ Siap sedia untuk dinikmati bersama nasi panas @ nasi impit.
Selamat mencuba 🥰

Resepi oleh Nor Afidah / Dapur Saji Fida

Pes Rendang 2kilo
👉 https://shope.ee/4063xILVJI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan