Khamis, 20 Oktober 2022

RESEPI LAKSA PENANG


Bahan-bahan kuah
Ikan kembung 2 kilo (rebus guna periuk tekanan 1 jam)

Bahan-bahan kisar

6 biji bawang besar
Belacan seinci
Cili kering anggaran satu genggam (gunting dan rebus)
Ikan bilis segenggam( untuk kuah yang kick)

Bahan-bahan perasa
Daun kesum 2 genggam
5 kuntum bunga kantan
6keping asam keping

Kaedah

Kisar ikan yang telah direbus dengan periuk tekanan. ( ikan akan hancur keseluruhannya, jadi tidak perlu asingkan tulang dan isi).
Masukkan dalam periuk bersama air rebusan tadi.
Kemudian tambahkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masukkan bahan-bahan perasa lain.

Rebus semua bahan hingga mengelegak, tambah air agar ia lebih cair untuk dibuat kuah.
Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Bahan-bahan laksa

Sebungkus laksa kering (rebus hingga empuk)
Atau guna sebungkus laksa basah (celur dahulu sebelum makan)
Bahan-bahan ulam dan lauk sampingan (anggaran mengikut jumlah tetamu)

Daun salad iceberg (basuh dan hiris )
Timun sebatang (kupas kulit dan potong cincang)
Bawang besar (hiris halus:
Cili api (potong bulat dan kecil)
Limau kasturi (belah dua)

Telur rebus (kopek dan belah dua)
Cara-cara menyediakan laksa.
Letakkan laksa yang sedia direbus dan ditos tadi didalam pinggan pilihan anda.

Tambahkan kuah laksa yang telah siap dimasak.
Hiasi dengan bahan-bahan ulam dan lauk sampingan tadi.
Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba
Mai olah mengikut citarasa

Asam Laksa Mee
👉 https://shope.ee/8zUXCqqtFZ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan