03 Jun

RESEPI BUBUR LAMBUK


Bahan2..

2 mug beras ( rendam dlm 20min).
Daging ( 1/2 kg...campur yg berlemak).
Rempah sup..( 1 bungkus kecil)
Santan.. (.250 ml)
Lada hitam...3 sb.
Bwg merah...3 biji.
Bwg putih...8 ulas.
Halia....2 jari.
Kentang.
Lobak merah.
Daun sup.
Bwg goreng.

Cara2...

Blend bwg2 & halia...tumis sehingga bwg agak garing.
Masukkan rempah sup....tumis sehingga rempah masak.
Masukkan daging...gaul sebati & masukkan beras.
Goreng beras seketika...masukkan air.
Rebus beras sehingga nmpk lembut.
Masukkan santan & garam..
Lada hitam serbuk masukkan juga.
Masukkan kentang & lobak merah..
Bila sayur dah lembut...tabur daun sup & bwg goreng...
Sesuaikan rasanya..
Bubur Lambuk siap.

*boleh digandingkan dgn ayam/ udg juga.
*bubur lambuk amat popular di bulan ramadhan...
*yg penting...berkhasiat..mudah disediakan & menyelerakkan.

kredit: jamal & asmahan

😍Mini rice cooker hanya di shopee :- https://shope.ee/5ALalzqwwz

RESIPI COQ UDANG GERAI TEPI JALAN


3 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Taugeh
6 Batang Daun Kucai dipotong2
1 biji Bawang Besar dihiris nipis
1 tangkai Cili Merah dihiris halus
1 sudu besar Garam
1 sudu besar Mushroom seasoning
1 sudu kecil Mauripan
1 biji telor
10 ekor isi udang segar ditumbuk halus
1 sudu besar Tepung Beras
1 sudu kecil Serbuk Kunyit Adabi Consumer]
1 cawan Air Panas
1 cawan Air Sejuk

Gaul semua sebati bahan2 diatas , pastikan tidak terlalu likat atau cair

Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digoreng, sementara tunggu tu boleh lah panaskan minyak dan rendam senduk dalam minyak yg dipanaskan

Setelah minyak betul2 panas , masuk adunan yg telah digaul tadi dalam senduk yg telah dipanaskan ,letak 2 ekor udang diatas cucur  dan goreng cucur udang sehingga garing, cucur akan terkeluar dari senduk dengan sendiri nya , pusing2kan , api medium tau kang hangus pulakπŸ˜…

Agak2 cucur dah masak dan garing ,Toskan pada Scott Kitchen Towel @mykleenex supaya dapat menyerap minyak cucur yg digoreng

Tunggu sehingga betul2 sejuk dan cucur bolehlah dipotong dan dicicah bersama kuah kacang ataupun sos cili Adabi Consumer]

Menu ni sesuai dibuat utk berbuka puasa yg akan datang nanti

Selamat Mencuba !

Tepung Cucur Udang :-
πŸ‘‰ https://shope.ee/7pML1aM3oi

ONION CHEESE RING


Bahan-bahan:
* 2 sudu tepung gandum
* 2 sudu tepung beras
* Sedikit lada hitam
* Sedikit garam – jika suka
* Bawang holland
* Serbuk roti
* Telur
* Cheddar cheese

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, lada hitam dan garam. Bancuh dengan sedikit air untuk salutan basah dan sediakan 1 lagi bahagian untuk salutan kering.
2. Potong bawang Holland dan leraikan.
3. Hiris cheddar cheese, kemudian balutkan ditengah-tengah antara 2 bawang (rujuk gambar)
4. Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung basah, celupkan pula ke dalam bahagian tepung yang kering.
5. Celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.
6. Masak dalam air fryer selama 15 minit, dengan suhu 180'.

P/S: Boleh dibuat tanpa menggunakan cheese dan digoreng dengan minyak seperti biasa.

Kredit: Noor Atika Mahamood

Serbuk Cheese
πŸ‘‰ https://shope.ee/6pVr7sDMmn

RESEPI NASI TUMPANG KELANTAN


Bahan-Bahan
½ kg beras
1 liter air
6 helai daun pisang

Bahan Gulai Ikan
4 ikan kembung
½ kunyit hidup – dikisar halus
1 inci lengkuas – dikisar halus
6 biji bawang merah – dikisar halus
4 tangkai cili kering – dikisar halus
2 cawan santan pekat
Asam keping sekeping
Garam n gula secukup rasa

Bahan Sambal Udang
Setengah kilo udang sederhana
7 biji bawang merah – dikisar halus
3 ulas bawang putih – dikisar halus
7 tangkai cili kering – dikisar halus
Air asam jawa 3 sudu
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan Telur Dadar
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar – dimayang
2 tangkai daun bawang – dimayang
1 biji cili merah – dimayang
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
1. Nasi: Cuci beras  bersih, masak nasi dengan bahannya (seperti nasi himpit) kemudian biarkan ia suam. Ketepikan.
2. Gulai ikan: Semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan biarkan masak. Perasakan dengan gula, garam secukup rasa & asam keping sekeping. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.
3. Sambal udang: Tumis garing bawang dan lada. Masukkan air asam jawa Masak sambal betul2 garing pecah minyak. Masukkan udang. Perasakan garam & gula. Ketepikan.
4. Telur dadar: Campurkan kesemua bahan dan Pukul sebati. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
5. Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan tekan hingga padat.
6. Kemudian masukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi nasi, tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan. Masukkan nasi tekan padat. Masukkan pula sambal udang. Masukkan nasi tekan padat. Masukkan pula serunding ikan,nasi tekan2 telur dadar,nasi tekan2. Lagi dan sematkan daun pisang.

Note Chef Fazalina: Original asli Nasi tumpang Kelantan wajib ada serunding ikan/serunding daging, kuah gulai kuning samada ikan atau udang.

Credit:Siti Mazlyn ( MAHN)
PERKONGSIAN PAGE RASMI CHEF FAZALINA

Beras Putih Beras Basmathi
πŸ‘‰https://shope.ee/6AE3aF0NhB

KEK MINYAK MOIST


Bahan-bahan:
5 biji telur ( asingkan putih dan kuning)
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna pilihan

Penyediaan:

1) ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
2) panaskan pengukus terlebih dahulu.
3) lenser loyang size 8 inci dengan marjerin. Alas dengan baking paper. Mudah nak keluarkan kek. Ketepikan loyang.
4) masukkan putih telur dahulu dan blend sehingga berbuih. Anggaran 3 minit.
5) kemudian barulah masukkan gula kastor. Blend sehingga kelihatan warna putih dan cairan sebati. Anggaran 3 minit.
( Inilah cara yang saya tiru dalam youtube nak hasilkan kek yang moist iaitu mix atau blend dulu putih telur, barulah masukkan gula kastor).
6) masukkan ovalete, blend anggaran 3 minit.
7) masukkan kuning telur, blend sebati semua bahan anggaran 1 minit.
8) masukkan pula susu pekat dan esen vanila. Blend sekejap anggaran 1 minit.
9) kemudian masukkan bahan2 kisar ke dalam bekas adunan.
10) masukkan tepung gandum sedikit2 dan gaul rata adunan menggunakan spatula ataupun whisk.
11) bahagikan adunan dan warnakan.
12) masukkan ke dalam loyang dengan cara marble.
13) kukus kek selama 50 minit dengan air yang mendidih atau sehingga kek masak.
14) kalau cara membakar pula, panaskan oven dengan suhu 170C dan bakar selama 45 _ 50 minit..

πŸ“Έ Foto & Kredit : Noor Baini Bakar
     Sumber : Azie Kitchen
PERKONGSIAN PAGE RASMI CHEF FAZALINA

Kek Moist
πŸ‘‰ https://shope.ee/5zudNmvqsC

RESEPI KEK COKLAT TANPA TELUR


Kek coklat leleh tanpa telor. Memang moist sangat. Dah banyak resepi versi tanpa telor saya cuba tapi yang ni paling senang dan puas hati. Resepi asal saya cedok dari group ni jugak ☺

Bahan2:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 sk esen vanila
1 sk baking powder
1 cawan air panas

Caranya:
- Satukan semua bahan. Kacau sebati. Tapiskan adunan.
- Kukus 45-50 minit api besar.

Coklat leleh
- Cairkan 1/2 cawan dark coklat + 1/4 cawan susu cair

Kredit resepi Nur Syarah‎
Resepi mudah dan sedap
PERKONGSIAN PAGE RASMI CHEF FAZALINA

Instant Mix Chocolate Moist Cake
πŸ‘‰https://shope.ee/5fHmz1VxTO

RESEPI KUEWTIAU SUP FISHBALL


Bahan-bahan

1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang

1 pek kuewtiau dicelur sekejap dan toskan.

1 pek kecil fishball dibelah dua.

1 pek kecil fishcake - dihiris nipis.

Cara nak buat dia:

1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake kedalamnya. Takde tumis apa-apa okeh. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api.

2. Ehhh dah siap dah.

Cuma nak best kena makan ni dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Nak buat pun mudah yakmat aih.

Minyak bawang putih:

Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan yer. Siap.

Cili Kicap:

Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kesukaan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yang suka. Perah sedikit limau.

Siap.

Hidangkanlah kuewtiau tadi bersama si ayam yang dicarik, fishball dan fishcake, ihirisan daun bawang dan daun sup bersama sayuran seperti sawi atau taugeh.

Letaklah minyak bawang putih dan cili kicap sesedap rasa.

Makanlah, hiruplah dan nikmatilah dengan penuh rasa bahagia.

Fresh Fishball
πŸ‘‰https://shope.ee/1ApMEztB68