13 April

Ustaz Ebit Lew Menolong Uncle Yap seorang OKU tidur mandi berak makan tepi jalan sudah selama setahun lebih


Sebak sayu bila Ustaz Ebit Lew jumpa Uncle Yap seorang OKU tidur mandi berak makan tepi jalan dah setahun. Hujan panas cuma ditepi jalan. Ada orang bagi payung. Di Taman Intan Baiduri Kepong.. Tidur malam boleh kepala dekat tempat duduk kerusi rodanya. Tengok video dan gambar tu rasa sedih sangat. Ramai orang datang beri makan dan ada yang bantu dia bangun duduk atas kerusi setiap pagi. Kepala dekat tempat kaki kerusi roda. Sedih hati tengok setahun tidur macam tu. 

Menangis melihatnya. Dia pula ingatan dah tak ingat apa-apa. Ulang benda sama jer. Tapi masih boleh berbual macam biasa dan menjawab soalan. 4jam kami pujuk. Dia memang tak nak. Dia tak nak susahkan orang.  Ada cikgu Chinese Alina tolong pujuk tadi. Beberapa orang datang cuba bantu.  Fatin dan Puan Mazlita serta keluarga dan penduduk disitu. 
Syukur akhirnya. Uncle Yap walau ingatan kurang menerima pelawaan saya. Saya hantar di Pusat Jagaan Wan Hing Care Centre di Sri Kembangan. Cantik, selesa dan teratur sangat tempat jagaan ini. Saya akan bayaran bulanan uncle. Belikan pakaian baru dan kerusi roda baru yang boleh baring dan lebih elok. Suka uncle tengok kerusi roda cantik.


Coretan Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

12 April

Warung Adik Beradik


 Ikan Celup Tepung, di pantai Kolam Mg Telipot
Inspirasi legasi POK MAT TOK NOH bola

Coretan : Lanbayu
  (Lanbayu Seafood pulau Duyong..bakar bakar sotong segar..steamboat, masakan panas dsb) wsap 013 581 1561

Masihkah ingat Mat Tok Noh? Pertanyaan ini sesuai untuk mereka yang dah berusia 45 tahun ke atas!

Bila pagi pagi dah nampak dua bendera kecil terpasang di tengah tengah padang bola Padang Bola Pengkalan Maras, pasti anda akan tahu bahawa sebelah petangnya akan ada perlawanan bola sepak.

Itulah usaha sukarelawan dikenali dengan panggilan Mat Tok Noh. 

Menurut anaknya dikenali Semek, ayahnya yang berasal dari Kuala Berang datang berhijrah ke Pengkalan Maras setelah berkahwin dengan ibunya Mek Timoh. Ini kisah sebelum merdeka lagi, pertengahan 1940an/awal 50an. 

Di bawa bersamanya ialah minat yang mendalam dalam.arena bola sepak, bahkan PokMat Tok Noh sekitar 1960an dan 70an terkenal juga sebagai pengadil dan penjaga line atau penolong pengadil. Apapun terkenal pada zaman itunyang serba kekurangan jangan dibanding dengan zaman yang lebih ke depan dan moden.

Pada usia 60an hingga ke akhir hayat pun beliau masih memperhambakan dirinya sebagai sukarelawan bolasepak..tanpa sebarang bayaran, di sebalik kemiskinan hidupnya, tetapi minat dan hobi mengatasi segalanya. 

Mungkin ada yang menderma untuknya atas kasihan melihat kehidupannya dan kesungguhannya membuat bendera kecil itu sekalipun menggunakan cat yang digunakan untuk tikar mengkuang.

Kadang kadang masih terbayang bendera yang dipasang oleh arwah Mat Tok Noh di tengah padang serta dipenjuru sudut padang.  Kadang kadang terdengar di telinga visel yang ditiupnya...mungkin ada kalangan rakan rakan Lanbayu lebih tahu tentang kisah 'Mat Tok Noh' dan lagenda bola sepak di Mg Telipot .

Mat Tok Noh mempunyai menantu bernama Pok Rani (dikenali Rani Semek) Pengkalan Maras. Semek adalah anak arwah Mat Tok Noh.

Sebagai menghargai jasa jasa arwah Mat Tok Noh Lanbayu suka mencoretkan berkaitannya dan keluarga warisannya kali ini. Sekurangnya sebagai nostalgia /kenangan untuk ketahuan generasi baru kini.

 Kalau ada yang hendak hargai dalam bentuk lain lagi amatlah dialu alukan walaupun arwah Mat Tok Noh sudah lama meninggalkan kita, tetapi namanya masih abadi dalam sejarah dan lagenda bola sepak Mg Telipot, khususnya Pengkalan Maras...

Baru baru ini Lanbayu  berkesempatan   bertemu dan minum bersama, Pak Rani pemilik pengusaha kedai ikan celup tepung Adik Beradik yang beroperasi lebih 20 tahun lalu di pantai Kolam di atas tanah milik keluarga Almarhum Ibrahim Fikri .

   Pak Rani kebetulan sekampung dengan keluarga Lanbayu dan kawan ayah Lanbayu mencari rezeki untuk sara keluarga tahun tahun 1970an dan awal 80an. 

Mereka (arwah ayah saya dan Pok Rani) sering kayuh basikal pergi beli ubi kayu di Maras, Bukit Wan, Lingai, Pecah Rotan dan sekitarnya. Balik dijual pula secara runcit kepada orang kampung dapatlah untung seringgit dua. Rata rata orang kelaut (nelayan) tidak berduit bila musim tengkujuh, maka ubi kayulah pengalas perut keluarga kerana dengan 20sen atau 40 sen sudah dapat 'seikat ubi kayu' untuk kenyangkan keluarga nelayan  yang miskin. Demikian penghidupan masa lalu.

 4. Pak Rani dahulu pernah jadi nelayan perahu 'kolek' tapi ternoktah bila akhirnya memilih menjadi 'tok peraih ikan' pula;  pernah naik basikal ke pelabuhan ikan Pulau Kambing melalui feri Bukit Datu/Losong awal tahun 1970an atau akhir 60an.

 5. Entah macam mana tergerak hatinya di awal  tahun 1990an untuk berniaga kedai makan (kedai kopi) walaupun bermodal hanya RM50 sahaja waktu itu. Ramai juga yang menyumbang derma untuknya termasuk yang bernama arwah Pok Su Said Tukang (ayah bekas YB Tepoh, Hj Wahab Said) . 

Katanya Haji Ab.Karim kedai runcit (ayahanda YB Ustaz Hishamuddin Karim, Adun Tepoh sekarang) juga memberi beliau hutang barangan untuk keperluan kedai kopinya kerana ketiadaan modal. 

6. Sekarang kedainya Ikan celup tepung Adik Beradik di Pantai Kolam adalah antara yang maju dan mendapat sambutan. Alhamdulillah sudah beberapa ekar tanah dapat dibeli hasil dari usahanya gigih perit itu, Pok Rani yang kini sudah berusia 83 tahun tidak lupa ucap terima kasih yang membantunya terkeluar dari kepompong kesusahan, termasuk juga Dato ' Nasir Ibrahim Fikri mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus) yang sekian lama mengizinkan tapak tanah milik keluarga Fikri itu dijadikan tempat perniagaan tanpa sewaan.
  7. Lanbayu juga menemui Semek anak Mat Tok Noh di kedai ICT Adik Beradik. Dulu 1970an, tempat itu dikenali Wakaf Pok Teh Ali.
Alhamdulilah perniagaan semakin maju, walaupun berdepan hakisan. 

Rupanya Rani & Semek pernah berbesan dengan pemain bola sepak Terengganu iaitu arwah Mohd Nor Boto'. Bermakna adalah juga hubung kait legasi bola sepak yang dipelopori Mat Tok Noh bila  cucunya berkahwin dengan anak pemain bola sepak negeri. 
8. Semoga perniagaan yang kini dijalankan Semek Rani (serta anak anaknya secara adik beradik) terus maju. InsyaAllah pantai akan menjadi lebih cantik dan indah bila pihak berkuasa berusaha membina semula pantai yang rosak akibat hakisan.

Ucapan Salam Ramadhan 2021 Dari Ustaz Ebit Lew


Terasa sejuk indahnya Ramadan. Selamat berpuasa Ramadan ya. Allah memang nak beri kita apa sahaja yang kita hajati.. Doa semuanya jadi pahala dan ibadah. Pintu syurga dibuka seluasnya. Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.  Doa makbul sangat. Doalah panjang-panjang. Beri masa menangis pada Allah. Doa sebelum buka puasa. Sejam sebelum buka puasa. Doa minta pada Allah. Setiap siang dan malam Ramadhan doa dikabulkan Allah. Doa hidayah dan keampunan untuk umat. Doa buat mak ayah kita dan orang yang kita sayang. 

Beri makan orang berpuasa. Selalu tolong isteri atau bergilir dengan isteri menyiapkan sahur dan berbuka puasa. Supaya kita dapat pahala besar disisi Allah. Jangan menyusahkan pasangan atau keluarga. Bantu masak, bantu hidangkan, bantu basuh pinggan. 

Kejut keluarga Sahur yang berkat. Sebelum Sahur boleh Tahajud dan baca Al-Quran. 

Solat Subuh berjemaah dapat pahala ibadah sepanjang malam. Solat Fardhu awal waktu. Bawa keluarga solat sama-sama. Jangan kerana 1 Fardhu kita tinggalkan 5 waktu solat. Solat Tarawih setiap hari walau 8 rakaat.

Hidupkan amalan Ta'lim dalam rumahtangga.
Baca Al-Quran dan Hadis bersama keluarga. Selalu berdakwah kerana hati jadi lembut mudah cenderung kepada kebaikan.

Teruskan khidmat dan mencari orang susah dan memerlukan. Inilah bulan kita mencari orang kelaparan dan dalam kesusahan. Bulan simpati dan mengasihi orang miskin. 

Bulan kasih sayang dan kesabaran. Jangan marah-marah. Bulan membentuk akhlak dan sifat yang mulia.

Kedai Makan Maimun MatYidin @ Mek Flies yang sohor dan bertahan lama di Mg Telipot


Coretan Lanbayu...selamat menyambut kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak.

Atas permintaan pengikut coretan Lanbayu, lalu  baru sebentar tadi Lanbayu berkesempatan nikmati makanan di kedai Maimun Mat Yidin di Kg Tengah Mg Telipot, sebuah kedai makan yang tersohor sejak 36 tahun lalu.

Keunggulannya tiada dapat disangkalkan, kerana dalam tempoh Hjh Maimun berusia 29 tahun beliau usahakan..kini usianya menjangkau 65 tahun.

"Ye sekarang ambe dah 65 tahun, masih kuat.lagi menggoreng ni, " ujarnya penuh gurauan..
Lanbayu 2 WesternFood Buka Macam Biasa..di Hadami Cafe..Jln G Badak - Tok Jembal...sebarang tempahan wsap 013 581 1561
  Pengalamannya dan suami (Mohd Nor, 60an) bekerja di beberapa Restoran di bandar Kuala Terengganu membuatkan mereka tabah mengharungi dunia perniagaan kedai makan hingga berjaya dengan cemerlang
  Maimun pernah bekerja dengan Restoran Mini di Jalan Kota Lama ( berhampiran Bank Simpanan.Nasional) sekitar 1980an, manakala suaminya juga pernah bekerja di Restoran Mali Jalan Banggol.
   Bahkan suaminya juga lebih awal lagi bekerja dengan Restoran Bamboo Room Jalan Air Jernih suatu ketika dulu (1981/82) sebuah Restoran yang menjadi kegilaan anak muda zaman itu dengan latar buluh menghias restoran.
  Lantaran pengalaman mereka itulah..diusahakan kedai makan di Kg Tengah Mengabang Telipot bermula 1985 dengan beberapa kali premis tetapi di kawasan yang sama iaitu simpang pantai Kg Tengah, Mg Telipot .
    Bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk kampung sebagai kedai makan harga murah tetapi menjadi kegemaran pelajaran UMT (Fakulti Perikanan Sains Samudera sebelumnya lagi)  dan Unisza ( Kusza sebelumnya).
   Hinggakan begitu ramai pelanggan berkerumun  makan ataupun membeli until bawa pulang nasi goreng, nasi ayam dan rojak ayam..lalu dikenali sebagai kedai lalat atau para pelajar panggil 'kedai Mek Flies'.
   Jangan salah faham..lalat itu maknanya ialah terlalu ramai pelanggan.
   Maimun adalah orang Mg Telipot, suaminya Gelugor : arwah Mat Yidin ayahnya dikenali ramai..hinggakan kedainya itu dulu juga dipanggil kedai Mat Yiddin.
  Bayangkan jualannya agak laris..130 ekor ayam sehari digunakan untuk tujuan masakan, manakala beras mencapai 50 kilo sehari untuk nasi goreng ayam dan 20 kilo untuk dimasak nasi ayam.
  Nasi goreng ayam dijual hanya dengan harga RM3...ketulan ayam pula besar.begitulah makanan lain semua dijual dengan murah.
 Mengapa murah? 
"Salam rezeki kita ada juga bahagian orang lain" kata Hajah Maimun yang sudah 16 kali dapat ke Tanah Suci Mekah termasuk dua kali menunaikan fardhu haji.
  Semoga perniagaan Hjh Maimon dan keluarga terus maju jaya yang kini berusia 36 tahun perniagaan kedai makan itu..suatu sejarah terpahat di Mg Telipot..menjadi lagenda,!
   Lanbayu memohon maaf andai ada.silap salah sepanjang mencoret di FB Mg Telipot. Jumpa Lanbayu malam ini selepas terawih di Lanbayu 2 Jln Gong Badak- Tok Jembal..Hadami Resthousei Cafe

11 April

NoStALGIA BULAn PUASA dulu dulu di kampung Mg Telipot...

Cortetan: Lanbayu
  (Lanbayu 2 ..WesternFood ,.Hadami Cafe Gong Badak..wsap
013 581 1561)

 Zaman dulu dulu walaupun serba kekurangan, taraf hidup masih rendah, tetapi bulan puasa tetap indah,  penuh kenangan berharga.

  2. Waktu waktu tahun 1960an/awal 70an yang pernah dilalui sebagai zaman tanpa elektrik yang cukup sukar tetapi bahagia. Coretan Lanbayu ini sekadar maklumat kisah kisah lama buat anak generasi baru..sekurang kurangnya tahu betapa itulah dulu dulu di kampung kita, Mg Telipot khususnya.

 3. Bila waktu bersahur nampak cahaya pelita di rumah rumah jiran..yang sedang menyediakan juadah sahur. 
   Bunyi menumbuk lesung batu samada tumbuk bawang atau bahan bahan untuk di masak memecah kesunyian malam/dinihari.

4. Emak ayah akan mengejut anak anak supaya bangun sahur. Emak Robeahlahlah yang akan mengejutkan kami dengan memanggil nama kami adik beradik seorang demi seorang supaya bangun sahur.

5. Syukur emak Lanbayu masih ada, suara itu masih Ada,. tetapi ayahanda Lanbayu arwah Pokman telah tiada,   abang sulung abang Samat (arwah Cikgu Samat ) telah tiada.

6. Kisah ini sebenarnya sekitar 1970, kala elektrik belum ada di Mg Telipot. Paling bercahaya pun seketika waktu malam bila arwah ayah pasang 'lampu spirit', sekadar sejam atau dua jam sahaja untuk waktu berbuka khususnya. Namun ramai lagi yang masih guna hanya cahaya pelita (pelita ayam).

 7. Kami juga berpeluang berbuka puasa dengan kurma. Kurma telah ada masa itu. Memang kurma makanan sunah waktu berbuka, tetapi kurma di zaman itu hanyalah kurma gred rendah sahaja yang penuh bersalut manisan gula. Tetapi kami syukur dapat juga berbuka dengan kurma seluas dua 
 Airbatu ' tongkol' (yang telah Lanbayu kisahkan sebelum ini)  biasa untuk kami anak anak, orang tua kekal dengan minuman panas waktu berbuka.
Di Mg Telipot bedil waktu berbuka, imsak jelas kendengaran dan itulah menjadi panduan kami kala itu kerana alat komunikasi lain tidak ada sangat ...jam pun jarang jarang dimiliki .
8. Walaupun serba kekurangan..kami kanak kanak kala itu tetap menjadikan masjid surau tempat tumpuan selepas berbuka. Di sanalah kami akan bertemu kawan kawan sebaya dan sepermainan. Biasa masjid dan surau ada.lampu spirit di pasang. Namun di waktu 72- 75 zaman kanak kanak kami di Mengabang Telipot lebih ceria kerana elektrik sudah ada walaupun untuk waktu malam sahaja.
9. Kami ramai ramai akan menyahut selawat bilal  beramai ramai .dengan sekuat kuatnya dan berbagai nada....kadang kadang yang kuat di hujungnya sahaja..'alaih!'

 10. Yang nakal akan  lebih awal ke tempat main bedil buluh, 'main tor nusuk' dsb (kalau bulan cerah).kanak kanak.lelaki dan perempuan pun sama...turut serta...malah ada yang bermain tanglung, jamong daun kelapa atau tempurung kelapa dsb.

 Selain bedil buluh kami juga main kereta gandar yang biasanya diletak dengan pelita..Kami masuk kampung keluar kampung tanpa berasa penat..misalnya dari Pg Maras, Gong Sekolah, Kolam dan balik semula ke Pengkalan Maras. Begitulah juga..Padang Nenas, Gong Dato' Gong Pok Jin, Pok Tuyu, Tg Gelam, Kg Tengah, Banggol dan lain lain..semua kanak kanak terlibat dengan destinasi masing masing .
..yang nakal pula ada yang berlaga kereta gandar itu sampai pecah/rosak. Kadang kadang sampai bergaduh..tetapi.kata orang kanak kanak bergaduh untuk akhirnya kembali berkawan semula.

 11. Berbuka puasa kami tidaklah memilih dan tidak banyak pilihan. Apa yang emak sediakan..itulah yang kita makan..dulu tiada bazar ramadan..cuma kuih kuih tradisinal adalah yang dibeli di rumah rumah pembuat kuih yang pakar ( nekbat terutamanya).

 Tetapi adalah juga pisang yang diletak gula sekurang kurangnya, biasanya menjadi makanan morih selepas selesai solat terawih. Apapun ia cukup sedap dah bagi kami kanak kanak waktu itu

 12. Untuk makan lebih sedap biasanya bila ada 'namat' di masjid atau surau surau besar

 13 . Tradisi namat sekarang sudah pupus.namat ini maksudnya ialah setelah selesai bacaan Al Quran 30 juzuk dan diadakan berbuka beramai ramai dengan masakan di bawa oleh ahli jemaah atau ahli kariah mengikut cita rasa dan kemampuan masing masing. 
 14. Lauk dan nasi itu diletak dalam talam, dalam bungkusan atau tudung saji (dulu tudung saji dibuat dari buluh.& mengkuang, berwarna warni dianyam macam tikar)..

 Tidak kiralah apa lauk dan juadah ada dalam talam bertudung itu, kita berbuka puasa.seadanya beramai ramai.

 Suasana ini mungkin tidak dilalui lagi oleh generasi sekarang.

 Setakat inilah dulu untuk kali ini..yang ada kenangan..yang ada kisah ingin dikongsikan,..kisah ibu ayah..kisah tokki dll...silalah..bawakan nostalgia untuk sama sama dihayati.
Jumpa Lanbayu di Lanbayu 2 AnisGanu Western..Cafe Hadami Resthouse, Jln Gong Badak - Tok Jembal Golf...wasap 013 581 1561

10 April

Pandangan Dato Seri Najib Razak keatas Gabungan Celcom dan Digi


Apa pandangan kawan-kawan dengan penggabungan Celcom dan Digi yang telah diumum minggu lepas.

Pemegang saham terbesar dalam Axiata ialah kerajaan melalui Khazanah Nasional.

Sebelum digabung, Axiata memiliki 100% kepentingan dalam Celcom.

Selepas syarikat Telenor membayar RM2 bilion kepada Axiata dan syarikat digabung, Axiata akan memiliki kepentingan 33.1% dalam syarikat baru Celcom-Digi.

Syarikat Telenor dari Norway turut milik kepentingan 33.1%.

KWSP, PNB dan KWAP pula akan memilik kepentingan 19.2%.

Celcom dan Digi juga janji bahawa pekerja tidak akan dibuang tetapi diberi peluang meninggalkan syarikat baru dengan cara VSS (Voluntary Separation Scheme) atau Pemberhentian Kerja Secara Sukarela.

Coretan Facebook Page Rasmi,
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak

09 April

NOSTLaGIA AIR BATU KETUL di.MG Telipot


Zaman dahulu awal 1970an ketulan ais dulu sesuatu yang amat bernilai terutama bila hendak berbuka puasa.

Yelah ketika itu bekalan elektrik dan peralatan letrik tidak seperti sekarang- tekan aja boleh pilih nak air panas, suam atau sejuk seperti ais.

Dulu 1960an..apatah lagi sebelumnya  mana kenal ais ; yang ada air sejuk dalam temalung atau gelok yang diperbuat dari tempurung yang rasanya sedikit sejuk bagi hilangkan dahaga.

1970/71/72 ,kami kanak kanak ketika itu memanglah ketulan airbatu menjadi keutamaan selain nasi untuk berbuka; kuih muih tu sudah jadi no 2- tapi kalau ada makan juga. Airbatu bungkah/ketul tu adalah segala galanya...itulah zaman kami.

Ketulan ais pada peringkat awal dibekalkan oleh sebuah lori Datsun dari Durian Burung, namanya Ismail (Pok.Wei). 

Kalau musim biasa lori ini biasa muat berbagai barang termasuk kelapa kering yang hendak dibawa ke kilang bagi diproses menjadi minyak masak (dulu belum ada minyak sawit)

Ketulan ais yang dihantar oleh Pok.Wei itu akan dipotong oleh penjual menggunakan gergaji sedikit di bahagian atas,  selepas itu diketuk menjadi bungkah empat segi. Dan biasanya untuk tahan lebih lama (tidak cepat cair) diletak /salut dengan habuk/sekam kayu gergaji  dan.diletakkan dalam tong kayu.(belum ada tong kedap udara).

Maka sebelah petangnya biasa selepas waktu Asar hingga menjelang waktu berbuka ia dijual dengan harga 20 sen seketul panjang. Ada juga yang tak.mampu beli 20.sen ,.lalu dikerat dua menjadi harganya 10 sen seketul kecil/pendek.

Maka dibuatlah air sirap dan sebagainya denga n jimat cermat , diletakkan juga biji selasih untuk melicinkan tekak ketika diminum dengan seenaknya. Dengan ketulan ais sebesar itu masing masing dapat hilangkan dahaga, minum berbuka beramai ramai setiap ahli keluarga tanpa membazir kerana sukarnya hendak perolehi ais itu. Sebelah malam sudah habis (cair).
Semasa elektrik mula ada di Mg Telipot sudah ada beberapa  kedai kedai yang membeli peti sejuk besar yang membuat air batu ketul dalam tong besi panjang. Dalam tempoh sehari dalam peti sejuk air itu beku dan tong tong itu dikeluarkan.
Biasanya kedai Che Him wakil pos yang menjalankan perusahaan dan penjualan airbatu dari peti sejuk besar mereka itu, selain aiskrim dalam plastik panjang.

Lanbayu masa dulu dulu itu beli ketulan air batu itu kedai Mek.Sah Mamat Hassan di Jalan Sekolah Keb Mg Telipot...rakan rakan yang lain mungkin di beberapa kedai lain lagi di Mg Telipot. Ada yang sanggup berjalan kaki jauh atau naik basikal jauh ..semata mata mahu membeli.ketulan ais untuk sajian minuman berbuka puasa..betapa sukarnya masa.masa.lalu..boleh bilang dengan jari yang jual ketulan air batu di Mg Telipot peringkat awal itu.

Masa itu sumber air yang dijadikan bungkah ais hanyalah dari air telaga (perigi) bepum.ada bekalan air bersih (paip)

Bagi penjual yang rajin...mereka juga menjual airbatu sirap..ABC belum ada..kalau ada cumalah butir selasih dan cendor serta susu pekat dimasukkan dalam air batu parut itu.

Biasanya dijual 5 sen atau 10sen 'serajut' atau gelas teh. Parut macam ketam kayu..bukan guna mesin seperti sekarang .

Pastinya ramai yang terkenang suasana ini menjelang bulan puasa. Jom singgah ke.Lanbayu Seafood & Stemboat di Pulau Duyong sebelum Ramadan. Buka 5.30 petang - 12 malam. Atau anak anak nak Western ..Harga warong, makanan taraf hotel..di Lanbayu 2 Jln Gong Badak - Tok Jembal Golf, Cafe Hadami Resthouse..
Apa.apa.wsap.sepatah Lanbayu 013 581 1561..Kita biacara kisah kisah masa lalu..