22 Oktober

RESIPI SAMBAL BELACAN WANGI, SEDAP & TAHAN LAMA


chopper + mixer : https://shope.ee/5V2qEZfJVB

BAHAN-BAHAN :

6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
*(kisar kasar bahan-bahan)

Tips untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.

TIPS 1 :
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.

TIPS 2 :
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.

TIPS 3 :
Limau kasturi yang dikisar brsama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.

TIPS 4 :
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.

Kredit resepi : nurulain Insyirah

SUP DUMPLING

Sup DumplingπŸ₯Ÿ halal bersama mee wantan kicap. Dumpling lembut berenang-renang dlm mulut. Puas hati buat sendiri boleh makan sampai puas.

mee wantan: https://shope.ee/fxaKATeyW
cookware: https://shope.ee/qH0WVo9CN

Tips dapatkan rasa mee wantan yg bersih,licin dan lembut macam mee tarik asli zie ada kongsi dibawah:

Bahan inti dumpling:
πŸ„1 keping Isi ayam bahagian dada saiz besar
πŸ„10 ekor isi udang
πŸ‘‰πŸ» kisar tanpa air dua bahan ni atau cincang lumat

πŸ„Dumpling pastry (segera) secukupnya
πŸ„1/2 batang lobak merah disagat halus
πŸ„2 tangkai Daun bawang dihiris
πŸ„1 sudu kecil Serbuk lada sulah
πŸ„1 sudu kecil Minyak bijan
Serbuk maggi cukup rasa
Garam & gula secukup rasa
πŸ‘‰πŸ» Campurkan semua bahan diatas kecuali 'Dumpling pastry'
dan kacau sebati.

πŸ‘‰πŸ»Sudukan inti ditengah kulit dumpling dan sapu air dengan jari dikelilingnya supaya melekat. Lipat dua ,sapu lagi air keliling dan kelim  setiap bucu wantan dengan kemas.

Bahan Sup Dumpling:
☘️Bebola ikan
☘️Tauhu telur lembut
πŸ¦‹4 Ulas Bawang putih tak perlu hiris
πŸ¦‹3 kepin hirisan Halia
πŸ¦‹1 biji bawang besar dipotong 4
πŸ¦‹1/2 batang hirisan lobak putih dihiris bulat
πŸ¦‹1 Kiub pati ayam
πŸ¦‹2 sudu besar serbuk pati ayam
πŸ¦‹Garam & gula jika perlu
πŸ¦‹Air secukupnya mengikut banyak kuah yg disukai

Cara-cara buat sup dumpling:
πŸ¦‹ Rebus semua  bahan sup kecuali tauhu telur dan bebola ikan.

πŸ¦‹Bahan rebusan dah lembut bolehlah keluarkan semua bahan rebusan ambil kuah sahaja.

πŸ¦‹Masukkan dumpling yg dah siap dibuat awal tadi diikuti tauhu telur lembut dan bebola ikan.Kemudian tabur daun bawang .Dumpling timbul keatas maknanya dah masak.

Cara Masak mee wantan:
πŸ’Lerai-leraikan mee wantan. Celurkan sekejap mee wantan di dalam air panas menggelegak dgn sedikit minyak .Kacau2 dan Toskan lalu milas dengan air biasa ulang proses ni 3x untuk dapat hasil mee yg licin bersih. (Celur sekejap sahaja bukan rebus lama)

Mee Wantan Kicap:
πŸ’. Tumis bawang putih setelah bwg garing keluarkan bawang. Masukkan:
πŸ’. kicap lemak manis
πŸ’. Beberapa titik minyak bijan
πŸ’. Sedikit kicap pekat
πŸ’ sedikit kuh sup dumpling
Masak sekejap semua bahan ni dan gaul bersama mee wantan siap.

kredit: Aisyah humairah

COCONUT BLOSSOM

Hari ini saya buat Coconut Blossom

periuk kukus: https://shope.ee/8KMyCDJ3kS

Coconut Bloosom
3 biji telur (sejuk)
250 gm. gula halus
280g tepung Kek
2 1/2 sudu kecil. serbuk penaik
1 sudu besar ovalette
140g krim santan
Jus pandan 30g (kisar kira-kira 6 daun pandan)
1 sdt pewarna hijau (saya menggunakan pes pandan)

Inti Kelapa Gula Merah
Bahan-bahannya
1 biji kelapa parut bahagian putih sahaja
1 cawan gula merah atau gula melaka
2 sudu besar gula putih (boleh lebih kalau nak manis)
Sedikit garam
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit air untuk melarutkan gula
1 sudu kecil tepong jagung
Cara-caranya
Gaulkan semua bahan inti dalam kuali  kecuali tepong jagung dan jerangkan di atas api yang sederhana.
Kacau inti hingga merengas dan separa kering dan taburkan tepong jagung. Kacau dan angkat dan ketepikan

Pukul semua bahan sehingga pekat dan gebu.
Isi 1/3 acuan (dilapisi dengan cawan kertas) dengan adunan. Kemudian isi dengan 1 sudu besar inti kelapa & kemudian diisi dengan lebih banyak adunan sehingga acuan hampir penuh.
Kukus dengan api yang tinggi selama 15 minit.

kredit: zaleha saini

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Resepi Ayam Masak Merah ni memang ada banyak jenis. Dan ni 1st time kak long Cuba resepi Chef ni. Baru bagi kak long tapi Rasa diaa memang wow!

πŸ‘‰ Bahan² Yang digunakan

* 10 biji bawang kecik
* 5 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 2 cm halia
* 8 tangkai Cili kering
* 4 sekawan
* 1 cm lengkuas (dititik)
* 1 batang serai (diketuk)
* 1 biji tomato (potong dadu)
* ½ cawan air
* 3 sudu minyak sapi
* 1 ekor ayam @ 1 kg
* 2 sudu kecil bijan
* 6-7 helai daun pudina
* 8 sudu @ 120gram kismis hitam
* 12 sudu @ 200ml sos tomato
* 3 sudu madu

🌺 Cara buat ayam Masak Merah Resepi Chef ni :

✔️ Sangai bijan sehingga kekuningan
✔️ Goreng ayam dulu. ( Gaul dengan kunyit )
✔️ Blend bawang kecik, bawang putih, serai Dan halia sampai hancur
✔️ Blend cili kering
✔️ Panaskan minyak. Masukkan 3 sudu minyak sapi.
✔️ Dah cair, tumis 4 sekawan, lengkuas Dan serai.
✔️ Dah bau wangi, masukkan bawang blend tadi. Tumis sehingga Naik minyak .
✔️ Masukkan Cili Kering. Masak sehingga Cili betul² masak. Local air Dari blender Dan masukkan ke kuali.
✔️ masukkan tomato, kacau sekali dua. Masukkan sos tomato.
✔️Masukkan air ½ cawan. Kemudian dah berkuah masukkan ayam.
✔️ Kacau² dia supaya ayam tergaul rata dengan kuah..
✔️ then masukkan kismis. Kacau sekejap.
✔️ Masuk 3 sudu madu. Perasakan dengan sedikit garam.
✔️ Akhir sekali masukkan daun pudina Dan bijan Yang Kita dah Sangai tadi.

Paste Ayam Masak Merah
πŸ‘‰https://shope.ee/qGqg2jnzN

RESEPI KEK PISANG


periuk kukus: https://shope.ee/AK7tfR1XiH

Bahan-bahan:
* 2 cawan tepung gandum
* 2 cawan pisang
* 1 cawan minyak masak
* 1 cawan gula
* 2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:
1. Campur gula bersama pisang dan Lenyekkan pisang sehingga hancur
2. Masukkan minyak, tepung gandum dan soda bikarbonat dan digaul rata
3. Tuang ke dalam Loyang dan kukus selama 45 minit
Selamat mencuba

Kredit: Nur Aliya Maisarah

AYAM GUNTING

Ayam gunting, rangup diluar, lembut dan juicy didalam πŸ˜‹

frying pan: https://shope.ee/4fTWuiLZvj

Guna tepung goreng serbaguna bestari je.hihi. 😁 Dah takyah g pasar malam petang ni πŸ˜†
.
Resepi
- Isi dada ayam yg telah dileperkan
- Tepung serbaguna bestari + 1 sk soda bikarbonat
- Telur + garam - pukul manja je
- Golek isi ayam pada tepung - celup telor - golek semula pada tepung.
- Goreng dengan minyak panas (tenggelam)

kredit : Salimah Olie

APAM NASI

Apam nasi jer..cuma guna acuan spiral ni nmpk cantik...

Acuan apam:
https://shope.ee/3VHVJYTS64

utk resepinya
1cawan nasi *
1 1/2 cawan air*
1cwn gula....*

Blend bahan bertanda*.hingga halus
11/2cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
2sudu besr yis kering..saya guna mauripan
Campurkan bahan yg diblend dgn tpg beras tpg gandum dan yis..kacau rata hingga tiada yg bergentel....perap selama 1jam....warna ikut suka ...kacau hingga rata sblm dikukus...dgn adunan ini saya dpt 60 biji kuih...