Ahad, 22 Oktober 2023

SUP DUMPLING

Sup DumplingπŸ₯Ÿ halal bersama mee wantan kicap. Dumpling lembut berenang-renang dlm mulut. Puas hati buat sendiri boleh makan sampai puas.

mee wantan: https://shope.ee/fxaKATeyW
cookware: https://shope.ee/qH0WVo9CN

Tips dapatkan rasa mee wantan yg bersih,licin dan lembut macam mee tarik asli zie ada kongsi dibawah:

Bahan inti dumpling:
πŸ„1 keping Isi ayam bahagian dada saiz besar
πŸ„10 ekor isi udang
πŸ‘‰πŸ» kisar tanpa air dua bahan ni atau cincang lumat

πŸ„Dumpling pastry (segera) secukupnya
πŸ„1/2 batang lobak merah disagat halus
πŸ„2 tangkai Daun bawang dihiris
πŸ„1 sudu kecil Serbuk lada sulah
πŸ„1 sudu kecil Minyak bijan
Serbuk maggi cukup rasa
Garam & gula secukup rasa
πŸ‘‰πŸ» Campurkan semua bahan diatas kecuali 'Dumpling pastry'
dan kacau sebati.

πŸ‘‰πŸ»Sudukan inti ditengah kulit dumpling dan sapu air dengan jari dikelilingnya supaya melekat. Lipat dua ,sapu lagi air keliling dan kelim  setiap bucu wantan dengan kemas.

Bahan Sup Dumpling:
☘️Bebola ikan
☘️Tauhu telur lembut
πŸ¦‹4 Ulas Bawang putih tak perlu hiris
πŸ¦‹3 kepin hirisan Halia
πŸ¦‹1 biji bawang besar dipotong 4
πŸ¦‹1/2 batang hirisan lobak putih dihiris bulat
πŸ¦‹1 Kiub pati ayam
πŸ¦‹2 sudu besar serbuk pati ayam
πŸ¦‹Garam & gula jika perlu
πŸ¦‹Air secukupnya mengikut banyak kuah yg disukai

Cara-cara buat sup dumpling:
πŸ¦‹ Rebus semua  bahan sup kecuali tauhu telur dan bebola ikan.

πŸ¦‹Bahan rebusan dah lembut bolehlah keluarkan semua bahan rebusan ambil kuah sahaja.

πŸ¦‹Masukkan dumpling yg dah siap dibuat awal tadi diikuti tauhu telur lembut dan bebola ikan.Kemudian tabur daun bawang .Dumpling timbul keatas maknanya dah masak.

Cara Masak mee wantan:
πŸ’Lerai-leraikan mee wantan. Celurkan sekejap mee wantan di dalam air panas menggelegak dgn sedikit minyak .Kacau2 dan Toskan lalu milas dengan air biasa ulang proses ni 3x untuk dapat hasil mee yg licin bersih. (Celur sekejap sahaja bukan rebus lama)

Mee Wantan Kicap:
πŸ’. Tumis bawang putih setelah bwg garing keluarkan bawang. Masukkan:
πŸ’. kicap lemak manis
πŸ’. Beberapa titik minyak bijan
πŸ’. Sedikit kicap pekat
πŸ’ sedikit kuh sup dumpling
Masak sekejap semua bahan ni dan gaul bersama mee wantan siap.

kredit: Aisyah humairah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan