Rabu, 18 Oktober 2023

PUDING SAGU LAICI KUAH KASTAD


bekas puding comel: https://shope.ee/8ezKu6M2aI

Bahan-Bahan:

πŸ’›1 1/2 cawan sagu putih -di rendam dlm air 10 minit & toskan
πŸ’›7 cawan air
πŸ’›1 helai daun pandan -di simpul
πŸ’›1 sudu teh sirap rose
πŸ’›Beberapa titik pewarna merah

Bahan Kuah Kastad:

❤️1 tin susu cair
❤️1 cawan air
❤️1 tin laici (asingkan buah & air laici)
❤️1 cawan air laici
❤️1/2 cawan gula pasir
❤️4 sudu besar tepung kastad
❤️Secubit garam
❤️Pewarna kuning -optional

Cara2 Membuatnya:

πŸ‘‰Didihkan air bersama daun pandan. Kemudian, masukkan sagu. Kacau & masak sagu hingga bertukar jernih.

πŸ‘‰Toskan sagu & lalukan di bawah air paip utk buang kanji.

πŸ‘‰Campur sagu dengan sirap rose & pewarna merah. Kacau rata. Kemudian, sudukan ke dlm acuan mini & sejukkan di dlm peti ais.

πŸ‘‰Sos Kastad
πŸ‘‰ Satukan susu cair bersama air, air laici, gula, tepung kastad, pewarna kuning & garam. Kacau sentiasa di atas api hingga pekat. Tutup api & sejukkan di dlm peti ais.

πŸ‘‰Keluarkan sagu dari acuan. Letak di dlm mangkuk & tuang sos kastad. Letak laici sekali.. Sedia di hidangkan sejuk2 dari peti ais.

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan