Khamis, 19 Oktober 2023
PAU SAMBAL @ BURGER SAMBAL 😋😋😍😍
loyang: https://shope.ee/2VOh8HDZfV
Resepi Pau Sambal.
1pkt yis
1 cawan air suam
2 sudu gula pasir
2 sudu susu pekat
3 cawan tpg gandum ( mak ngah guna tepung roti )
2 sudu mkn butter/ margerine
1 biji telur
Secubit Garam
Campur semua bahan dan uli sampai doh jd elestik atau doh dh licin dan cantik.
Adun doh tu dlm 10minit atau 15minit untuk hasil yg cantik. ( mak ngah guna BM & uli 30 minit )
Rehatkan 10 minit doh biar jadi 2×ganda dari asalnya. Bila doh dh mengembang,
Bentuk kan doh tadi jd bulat2.
Susun kat loyang yg telah di taburkan dengan tepung* untuk mengelakkan doh melekat kt loyang.
Rehatkan dlm 10minit atau tunggu saiznya dh 2×ganda.
Panaskan minyak dgn api sederhana.
Bila doh dh kembang, sedia untuk digoreng.
Biar masak sebahagian itu baru lah terbalikkan ya.
Bahan2 untuk Sambal Tumis.
Cili kering - agak2 dlm segengam
Bawang besar- 4biji
Bawang putih- 4 ulas
*ikut banyak mana yg diperlukan ya untuk buat sambal.. kalau nk lebih..lebihkan bahan2 nya.
Garam dan gula pasir secukup rasa.
*Daun pandan untuk aroma wangi.
Panaskan minyak
Blender bahan2 tadi tumis hingga pecah minyak dan btl2 garing.
Dah ok masukkan gula dan garam dan biarkan masak hingga sambal itu kering.
Dah siap....
Nak sedap lg goreng ikan bilis taburkan kt sambal tadi.
Tips.
Untuk hasilkan sambal yang tahan lama dan sedap. Masak dlm lingkungan 4 -6jam bergantung pada banyak mana sambal itu.
Bila semua dah siap.. pau dan sambal dh siap jadi belah kan pau tu sapukan sambal tu kt tengah2 pau dan letak timun.
Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba
Foto & Air Tangan : Noor Baini Bakar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan