Pilih nenas yang masak. Kalau yang belum masak,selepas potong boleh celur seketika untuk buang rasa masam berlebihan.
Dalam periuk, letak 2 sudu makan gula bersama 30 ml air , 1/2 batang kulit kayu manis,2 bunga cengkih , 1 bunga lawang,1 helai daun pandan disimpul ,1/2 sudu teh garam pink Halalgel dan 2-3 titik pewarna kuning telur.
Masak hingga gula hancur dan baru masuk 3-4 keping potongan bulat nanas.
Tutup periuk dan buka api sederhana . Tujuan untuk adunan mendidih dan meresap masuk ke dalam isi nenas. Lebih kurang 10-15 minit je sebab sikit nanas.
Dah siap. Boleh hidang. Sedap rasa masam manis ada masin di hujung.
Sedap dinikmati dengan gulai ayam ,dalca selain nasi beriani nasi minyak.
Silakan mencuba.
Kredit : ben safwan
Paste Nenas :-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan