Ramai tak peminat nasi ayam? Alang2 penat masak biarlah makan sampai puas boleh makan dua 3 kali. Sape macam kita?😁
BAHAN UTK AYAM :
1 ekor ayam potong 4
Jangan buang kulit
Daun bawang 3 pokok basuh bersih simpul
Halia 4 inci ketuk
2 batang serai ketuk
Sedikit garam
Cara membuatnya
CARA MEMBUATNYA :
Masuk air yang banyak sesuai utk masak nasi sup sos nanti ambik daripada ni kedalam periuk besar bersama semua bahan di atas kecuali ayam.
Biar mendidih kemudian masuk ayam celup dulu sekejap kemudian angkat bagi kulitnya tegang tak berkedut.
Kemudian baru lepaskan kedlm air ulangi proses sehingga habis keempat2 ayam tersebut.
Rebus selama 10 minit dengan api biasa. Kemudiah renih dlm masa 15 minit biar ayam masak. Toskan.
Bawang putih halia tumbuk masuk sedikit garam sedikit kicap pekat dan madu lumur pada ayam dan perap sekejap.
Sambil itu boleh masak nasi dan sos.
Kemudian boleh bakar ayam dlm oven selama 30 minit sehingga keperangan. Ikut kita suka kegaringannya sebab ayam tu tadi dah rebus. Bila dah siap lumur dengan madu supaya berkilat cantik dan sedap.
BAHAN UTK NASI :
1 kg beras basuh bersih dan toskan
Bahan utk tumis
6 ulas Bawang putih cincang
3 inci halia ketuk
3 helai daun pandan simpul
Rempah 4 sekawan
Bunga cengkih kayu manis buah pelaga bunga lawang
2 sudu butter
2 kiub ayam
Air rebusan ayam tadi
CARA MASAK NASI :
Panaskan minyak campur 2 sudu butter tumis 5 sekawan bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan beras kacau hingga sebati kemudian masuk air rebusan sepadan dengan 1 kg beras, kiub ayam, daun pandan, sedikit garam dan gula. Kalau nak tukar ke rice cooker pun boleh. Masak terus atas api pun boleh sehingga masak.
BAHAN UTK SOS CILI :
10 biji cili merah
5 biji cili padi kalau nk pedas tambah lagi.
4 ulas bawang putih
1 kiub ayam
Sedikit halia
Air masak
Garam gula dan cuka secukupnya
CARA MEMBUATNYA :
Masuk semua bahan ke dalam blender kecuali cuka. Dah siap blender, masuk dlm mangkuk tambah cuka dan rasa secukup rasa manis masin masam.
BAHAN UTK SOS KICAP :
5 ulas bawang putih cincang
1 kiub ayam
2 sudu tepung jagung bancuh dengan air
5 sudu sos tiram
Kicap cair secukupnya
3 cawan air rebusan ayam tadi
CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan sos tiram kicap dan air rebusan. Masuk air tepung jagung bagi pekat, garam, gula dan kiub ayam. Kacau rata dan rasalah biar sesedap rasa.
CARA SEDIAKAN SUP :
Air lebihan ayam tadi masuk kiub ayam 2 biji akar daun ketumbar garam secukup rasa. Masa nak hidang tabur bawang goreng dan daun ketumbar. Saya tadi masuk bebola ayam anak2 suka masuk ni.
Semasa menghidang hiaskan dengan salad tomato dan timun.Tadaa dah siap selamat mencuba semoga bermanfaat.
Kredit resepi: Azizah Daud
SELAMAT MENCUBA 👍
Tiada ulasan:
Catat Ulasan