Bahan-bahan
Untuk Inti
1/2 biji kelapa parut
3 keping gula melaka
sedikit gula putih (ikut citarasa masing-masing)
sedikit air
2 sudu besar tepung gandum
2 helai daun pandan disimpul
secubit garam
Untuk Pulut
4 pot beras pulut
3 pot santan daripada 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa
2 helai daun pandan disimpul
Bahan hisan
daun pisang untuk membungkus secukupnya
daun pandan untuk hiasan
Cara memasak
1. Sediakan bahan-bahan. Rendam beras pulut 1-3 jam.
2. Untuk memasak pulut: Sediakan periuk pengukus. Bersihkan beras yang telah direndam terlebih dahulu, toskan. Masukkan garam ke dalam santan kemudian tuang ke dalam bekas beras pulut. Simpulkan daun pandan. Sedia untuk dikukus. Setelah 10 minit, kacau pulut. Masak lagi 10 minit. Siap, biarkan sejuk sebelum membungkus.
3. Untuk inti kelapa: Satukan gula melaka, gula putih, daun pandan, secubit garam dan sedikit air. Masak hingga gula larut. Masukkan kelapa, kacau sebati. Masukkan tepung gandum. Masak hingga kering dan sentiasa dikacau.Tapi Kak Lat lebih suka inti yang lembab2 gitu. Ikut citarasa masing2 ye
4. Siap, sejukkan inti dahulu sebelum membungkus.
5. Untuk membungkus, layukan daun pisang terlebih dahulu. Potong daun pisang mengikut saiz yang sesuai. Ambil sedikit pulut. Letak daun pandan, kemudian letak inti secukupnya. Selamat mencuba.
Kredit : Latipah Nawawi
Beras Pulut :-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan