05 April

Adakah Malaysia bakal menghadapi gelombang ke-4 Covid?


Sangat membimbangkan bahawa KKM melapor kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt telah naik semula ke 1.02 setelah negara telah hampir 3 bulan melaksanakan darurat + PKP 2.0.

Nilai yang melebihi 1.0 merupakan unjuran bahawa penularan Covid bakal meningkat.

Ia adalah kali pertama nilai Rt kembali mencatat nilai melebihi 1.0 dalam tempoh dua bulan lepas.

Walaupun gelombang ke-3 belum reda sepenuhnya, KKM sudah mula mengeluarkan amaran bahawa negara sedang berisiko menghadapi gelombang ke-4.

Kegagalan untuk mencegah penularan tempatan varian Covid baru dari Afrika Selatan serta pembukaan semula semua sekolah-sekolah menengah semalam juga menambah kepada risiko.

"6 Aprl 2021: Possibility of '4th wave' depends on reopening of borders, SOP adherence"
https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/04/05/health-minister-concerned-by-rise-in-covid-19-cases-and-talk-of-fourth-wave

NOK MARI DOH SAGUPAL SOHOR WARiSAN MOK WOOK BAKOR TG GELAM.


 NOK  MARI PULOK  DOH SAGuPAL@ asamgupal hok sedap sekali kampung kita..

2.  Asamgupal ke Sagupal (sagu gupal), kut pandai ah, betul belaka ah..panggilah mende mende pun, asal sedap jjadi molek, ke guane

3. Ada pulok nok panggil mutiara berendam, tapi dok sekun mana nama tu,  kena ada gupal gupal gok baru sohor molek

4."Ye kita wat bulan pose je, hok bulan lain tu adalah juga buat sikit sikit untuk tempahan, "beritahu Puan Norhaizan bt Ismail, 60 tahun atau lebih dikenali Mek Aro di kampung Tanjung Gelam,  Mg Telipot.

5. Mek.Aro mewarisi pembuatan sagupal, makanan traidisi orang Melayu sebelah pantai timur ini dari Tok Wook  Bakor Tanjung Gelam. Bagaimanapun Aro juga mewarisi nasi dagang, nasi kunyit yang juga sedap..boleh dinikmati di kedainya di Jln Tanjung Gelam (simpang kecil ke Gong Dato'), tidak jauh dari kedai runcit/borong Haji A Karim/Melah Tanjung Gelam,.sepupu Lanbayu.

 Emak kepada Puan Aro ialah Mekcik Bakor (Abu Bakar Sulong) tetapi Mekcik tidak mewarisi pembuatan kuih itu, sebaliknya anaknya Puan Aro yang mewarisinya dari keluarga Mek Wok Bakar Tg Gelam.

 "Sebab isteri saya Aro dulu duduk dengan arwah Tok Wook,' jelas Rani atau Awang.

6. Lanbayu Seafood bertanya apa.rahsia sagupal sedap? Aro berkata biasa biasa aja,.tetapi kerja.membuatnya agak rumit..mula.mula rendam sagu dalam air panas..selepas itu masukkan isi kacang hijau yang direbus sebelumnya. Mereka buat gumpalan besar buka kecil seperti sesetengah sagupal moden hari ini.

7. "Lepas itu kena kukus pulok hingga masak untuk dimasukkan pula dalam santan" katanya
 Santan pula yang berkualiti, biasanya santan yang diperah melalui proses tradisional iaitu perahan/tapisan halus dari kain.

8. Dan ia perlu dijaga kebersihan dan masa yang cukup masak untuk lebih tahan lama.

9. Puan Aro berkata, proses demikian memerlukan ramai pekerja apatah lagi kalau hendak dihasilkan pada jumlah yang banyak.

10. "Biasanya kami mampu hasilkan 600 hingga 700 bungkus sehari sagupal yang di dalamnya mengandungi 3 biji sagupal"  beritahunya.

11. Tidak lebih dari itu setakat ini setiap bulan puasa, sama ada ditempah atau tidak.

12. Lanbayu 2 Western: bagaimana dengan harganya kali ini..
" Kekal RM2 sebungkus" jawab mereka
 Untuk tempahan bolehlah WhatsApp kepada Aro atau Rani : 014 509 1221
 Lanbayu sekadar membantu kalian semua untuk menikmati Sagupal Sohor Tanjung Gelam, Mg Telipot di bulan puasa.

 13.Doh kalau nok rasa jugok sagupal Tanjung Gelam sekarang (bukan bulan puasa)..boleh dok?
 Boleh: ada satu keluarga lagi di Tjg Gelam yang juga buat sagupal cara cara lama itu..Wahid (isteri Wahid) . Wahid ini kebetulan dua pupu dan kawan sekolah Lanbayu ..boleh hubungi/tempah Sdr Wahid 017 279 3672 (WhatsApp pun boleh)

15. Tempah dan nikmati sekarang walaupun belum lagi tiba bulan Ramadan.
 Apapun salam hormat dari Lanbayu Seafood ,.Steamboat & ikan bakar Pulau Duyong Kecil
 Atau Lanbayu 2 Western AnsiGanu Jalan Gong Badak - Tok Jembal Golf (Hadami Resthouse Cafe) sebelah kambing guanzou..murah murah RM5 aja cikenchop dll
 Apa apa hal whatsapp dulu ke Lanbayu 013 581 1561. terima kasih

04 April

Malaysia Dipinggirkan Dari Segi Jaringan Projek Kabel Dari Facebook dan Google?


Saya terima penjelasan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong bahawa Facebook dan Google tidak melibatkan Malaysia dalam projek kabel internet bawah laut tiada kaitan dengan dasar kabotaj kerajaan PN terhadap kapal asing yang melakukan kerja pembaikan.

Namun realitinya ialah kedua-dua FB dan Google adalah gergasi internet dan keputusan mereka untuk hubungkan negara Indonesia dan Singapura secara terus melalui projek kabel dengan kos berbilion-bilion Ringgit akan merugikan negara dan hasrat kita untuk menguasai ekonomi digital. 

Pelabur-pelabur asing dalam sektor digital akan lebih cenderung pada negara-negara jiran sekiranya kita dipinggirkan.

Jadi, segala usaha perlu dijalankan kerajaan PN  untuk meyakin dan menarik syarikat-syarikat internet gergasi dunia untuk melabur dalam pusat-pusat data di Malaysia seperti apa yang kerajaan BN dulu buat dengan Alibaba dan untuk menghubungkan negara melalui projek kabel internet laju.

Jangan negara kita ketinggalan dan dipinggirkan dalam dunia ekonomi digital.

Coretan Facebook Page,
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

03 April

Cadangan Dato Seri Najib Razak Kepada Kerajaan Jika Nak Balik Beraya PKP 2021 Ini.

Hanya tinggal 6 minggu lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Namun jumlah kes Covid baru setiap hari masih melebihi paras 1,000.

Nampaknya perancangan kerajaan semasa melaksanakan PKP 2.0 separuh masak untuk sasar kes baru jatuh ke dua angka pada bulan Mei agak sukar untuk dicapai.

Jika kadar keberjangkitan (R-nought) lebih dari 1.0 (sekarang 0.95) dan jumlah kes baru masih melebihi 1,000 sehari dalam tempoh seminggu sebelum raya maka rentas negeri tidak patut dibenarkan.

Namun jika kadar keberjangkitan (R-nought) di bawah 1.0, saya cadang kita buat lock-down PKP yang amat ketat tapi singkat untuk lima hingga tujuh hari seminggu sebelum rentas negeri dibenarkan untuk Hari Raya bagi menurunkan risiko Covid dibawa ke kampung seluruh negara.

Dan jika ada tanda-tanda kes Covid-19 menaik semula selepas cuti Hari Raya, kita boleh juga buat lock-down lima sehingga tujuh hari lagi.

Kita buat PKP amat ketat dan pendek (short and sharp) untuk elak mengulang apa yang berlaku di negara-negara lain selepas setiap hari perayaan besar.

Atau apa yang telah berlaku di negara sendiri pada bulan November tahun lepas apabila rentas negeri dibenarkan pada ketika kes masih melebihi 1,000 kes sehari yang kemudiannya membawa mudarat besar bagi negara pada bulan Januari dan Februari di mana kes baru sehari melepasi 3,000 hingga 5,000 kes.

IKAN SEGAR AWANG LIKU MG TELIPOT, TGANU


AWANG LIKU Ikan Segar, Simpang Kolam (berhampiran Masjid Jamek Mg Telipot)..adalah salah seorang dari.beberapa orang penjual ikan gigih di sekitar pantai Kolam Mg Telipot.
  Nama sebenarnya ialah Sabri Abdul Rahman..
  bukan orang lain, ialah bapa saudara Lanbayu tetapi lebih muda beberapa tahun dari Lanbayu.
  Dia adik bongsu kepada emak Lanbayu (Robeah) iaitu cucu kepada PokYok (Ishak).
  Pokyok adalah keluarga besar di Mg Telipot dengan dikunrniakan anak seramai 16 orang. 
  Pokyok nelayan dan memiliki tangkul sendiri sejak 1950 dan selepas itu menjalankan usaha membuat tali dari sabut kelapa. 
  Arwah Ishak (Pokyok)  bin Muhammad mempunyai 4 beradik iaitu Jusoh, Hj Deraman dan Hj Bilal. Muhammad ayahnya adalah datang dari Betu Hulu Merchang . Datang ke Kolam Telipot sekitar akhir 1800 dan merupakan antara pengasas masjid Mg Telipot, termasuk abangnya Encik Latif. Keluarga mereka sebenarnya datang dari Betu (Kg Dalam Rhu) Patani Thai sebelum berhijrah ke Betu Hulu Merchang, akibat Patani tewas oleh serangan Siam 1820an.
  Cucu Pokyok beratus ratus orang.cicit juga dan.cuet demikian juga begitu ramai di serata pelusuk negeri, malah negara.
   Apapun ringkas kata, orang Mg Telipot termasuk kalangan keluarga kami tidak boleh dipisahkan dengan laut, ikan atau dunia nelayan walaupun ramai yang berjaya dalam lapangan dengan kedudukan tinggi dan penting peringkat negeri dan negara, tetapi sebenarnya asal kebermulaannya adalah laut, ikan, pantai yakni dunia nelayan. Itulah asalnya keluarga yang diwarisi 
 
  Antara jualan hasil laut di gerai Awang Liku  termasuklah ikan ebek..kembung, bawal , layur, tombok dan remong sotong dll..semua segar baru sampai dari laut.

Menurut Awang Liku, dia sentiasa mencari ikan segar untuk pelanggan termasuk ke Batu Rakit dan Merang.kerana pelanggannya suka ikan 'fresh'.(berkualiti) lebih lebih lagi di bulan puasa nanti

"Sudah 10 tahun saya berniaga ikan basah ini..Alhamdulillah sentiasa mendapat sambutan' katanya yang baru pindah dari tempat asalnya di selekoh Wakaf  Pantai Kolam,  akibat hakisan, gerainya rosak

Mengapa popular dengan gelaran Awang Liku..difahamkan kerana dia pandai bercerita, kelakar dan menghiburkan.

Dulu dia pernah mengembara sampai ke Kuantan, Kuala Pahang,bahkan Kuala Lumpur, tetapi akhirnya kembali ke Mg Telipot menjadi peniaga ikan.

Di samping itu bagi menambah pendapatan Awang Liku juga menjual permainan kanak kanak di kawasan PokNong Ikan Celup Tepung pantai Kolam dan juga di pantai berhampiran IKan Celup Tepung baru yang juga popular di Kg Tengah Mengabang Telipot.
019 977 2027 - ini WhatsApp Awang Liku untuk sebarang pertanyaan tentang jualan ikan..tempahan dsb.
  Nak bakar berempah kat Lanbayu Seafood, pulau Duyong  pun enak juga..rempah warisan bonda.cu try rasa.

02 April

NOSTALGIA MEE CHE DA Mengabang Telipot


Coretan ini dibawakan LANBAYU Seafood & Stemboat Pulau Duyong & LANBAYU 2 Western AnisGanu, Cafe Hadami Resthouse Jalan Gong Badak - Tok Jembal Golf (buka 5 ptg - 12 malam) tel: 018 910 8039

...pernahkah anda makan Mee Che Da atau sekurang kurangnya dengar dari sesiapa tentangnya?

2. Mee Che Da  popular di Mg Telipot suatu ketika dulu di awal kemerdekaan negara terutama 1970an.
3. Kedainya dulu ialah di Simpang Pok Tuyu (sekarang kawasan kedai itu telah masuk dalam kawasan pagar Unisza).

4. Bukan sahaja mee Che Da yang popular tetapi air tehnya dengan 'cawan tembikar.cina yang tebal'  juga begitu menjadi pujaan (selain mee,  Che Da juga tersohor kedai minum pagi di Simpang Pok Tuyu (dulu simpang, tak ada roundabout lagi).

5. Siapakah arwah Che Da? Che Da atau nama sebenarnya Muda bin Man, asal Mengabang Telipot..adik beradiknya lima orang termasuk 'Cik Karim' yang pernah tersohor dengan nasi dagang Che Karim.
  Begitu juga adiknya Mok Yam tersohor dengan kedai goreng pisang di Tanjung Gelam.

7. Dulu Che Da awal awal merdeka dulu buka kedai mee & kopi di berhampiran Masjid Mg Telipot, bawah pokok sentul.

8. Selepas itu sekitar 1970an hingga awal 1980an pindah ke Pok Tuyu..beritahu menantunya Puan Saibah.

9. Menurutnya.ayah mertuanya membuat mee rebus menggunakan ayam kampung dan cukup teliti memasakknya walaupun memakan masa, kata Saibah yang kini menyambung legasi Mee Che Da itu. 'Bahkan, membeli dan memilih  sayur terbaik untuk meenya pun arwah ayah mertua saya sendiri ke pasar kedai payang'.

10. Jika ada yang ingin menikmati warisan Mee Che Da (mee rebus asli Terengganu) bolehlah ke kedainya @ suaminya Che Darus di selekoh Pok Tuyu sempadan Tanjung Gelam( depan surau).

10. Saibah dan anak perempuannya ada meneruskan mee legend itu tetapi bagaimana pun tidak masak guna ayam kampung lagi seperti arwah bapa mertuanya.
10. Cucu arwah Che Da menambah, tokkinya dulu amat teliti..'saya masa kanak kanak pun tidak dibenar masuk ke tempat dia memasak mee, kerana tidak mahu tumpuan memasaknya terganggu" jelas cucunya itu yang turut belajar dengan ibunya pula dan bapanya Che Darus untuk meneruskan mee Che Da.

11.Teh Che Da sedap kerana campuran serbuk tehnya dengan teh cap tabik dan lain lain..'ada alat khas (tong besi) untuk proses campuran serbuk teh dilakukan' jelas cucu arwah Che Da yang merupakan menantu perempuan kepada Rohim@ Che Su Ikan Celup Tepung, pantai Pengkalan Maras.

12. Jadi jika yang kepingin Mee Che Da cubalah.mee warisannya itu di selekoh Pok Tuyu (depan surau) tetapi di waktu malam sahaja..hendak sedap bawalah sotong segar untuk.dimasak bersama.

Kalau ingin tahu tentang wujudnya nostalgia Mee Che Da rajin rajinlah bertanya kepada generasi lama. Che Da meninggal pada usia 93 tahun pada tahun 2005, sakit tua. Demikian adanya.
Salam hormat dan salam perkenalan dari Lanbayu buat semua pembaca (wsap Lanbayu 013 581 1561) khususnya adik adik dan.anak anak PokLanbayu.

01 April

MELAYU, PEMBUAT KAPAL GERGASI


Ketika zaman kegemilangan Melaka, orang Melayu amat dikenali sebagai pakar ilmu pelayarn dan pembuatan kapal. Mereka amat mahir dalam pembuatan kapal - kapal yang dapat memuatkan ribuan orang dalam satu masa.

Menurut Timbalan Pengarah, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Taman Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli, kehebatan orang Melayu terserlah apabila jong atau perahu yang dihasilkan lebih besar, melebihi saiz kapal yang dimiliki di barat. Malah, orang Melayu juga mempunyai teknologi pembuatan dan ciri-ciri yang tersendiri.

Banyak catatan sejarah yang memberi gambaran bahawa teknologi pembuatan perahu oleh orang Melayu telah mencapai tahap yang tinggi sehingga dikagumi masyarakat luar. Perahu yang dibina orang Melayu dikatakan lebih besar daripada kapal lain dari barat mahupun China.

“Dalam teks klasik China pada abad ketiga dan kelapan, ada menyebut tentang teknologi dan kehebatan perahu Melayu. Catatan pertama menyatakan orang dari alam Melayu mempunyai perahu besar sehingga boleh memuatkan 6,000 hingga 7,000 orang dan membawa muatan 250 hingga 1,000 tan.

“Malah perahu berkenaan dilengkapi empat buah layar, membolehkannya belayar dengan laju.

“Selain itu, catatan Portugis juga menunjukkan mereka turut terpegun melihat perahu di alam Melayu yang sangat besar melebihi perahu mereka. Dikatakan bahawa kapal Melayu mempunyai saiz lebih besar dengan kapal besar Portugis yang dikenali sebagai galleon."

“Bukan itu sahaja, orang Melayu juga menguasai teknik pelayaran dengan belayar ke sesuatu tempat tanpa menggunakan kompas dan peta tetapi berpandukan warna air laut, hidupan dalam laut serta bentuk dan corak ombak di permukaan laut, di samping belayar mengikut angin dan bintang pada waktu malam. Penggunaan layar juga merupakan salah satu teknologi yang dihasilkan Melayu,” katanya.

Terdapat juga catatan China yang menyatakan bahawa kapal-kapal Jong Melayu tidak dibenarkan berlabuh di pelabuhan mereka kerana saiz kapal Jong yang terlalu besar, tidak muat dengan pelabuhan mereka. Bayangkan sekiranya kapal-kapal ini tidak dapat muat berlabuh di pelabuhan kerajaan China ketika itu, berapa besar pula pelabuhan Melaka pada ketika itu?! Inilah kehebatan Melayu yang perlu kita beritahu kepada generasi muda agar mereka dapat berbangga menjadi orang Melayu yang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi "Raja Laut"!!!