Jumaat, 24 Februari 2023

HIGHLIGHTS OF BUDGET 2023/BELANJAWAN 2023

1. Bankrupts with debts of less than RM50,000 who fulfil certain requirements will be released from bankruptcy on March . This is expected to benefit 130,000 people.

2. The government will amend the Insolvency Act 1967 to release bankrupts automatically.

3. Bank Negara will allow consumers to freeze their accounts should they detect any suspicious activities.

4. RM10 million to support the National Scam Response Centre.

5. A special task force to reform government agencies, known as STAR, will be set up. It will be led by the chief secretary to the government.

6. Malaysian Road Records Information System (Marris) allocations increased to RM5.2 billion.

7. RM50 million to install lampposts in accident-prone areas.

8. Government will use district engineers to speed up the repairing of federal roads.

9. RM2.7 billion to repair and upgrade federal roads.

10. RM1.2 billion to repair 400 dilapidated clinics and 380 dilapidated schools.

11. The government plans to table amendments to the Whistleblowers Act to better protect whistleblowers.

12. The government plans to table the Government Procurement Act.

13. Government procurement must be transparent. RM22 billion worth of contracts linked to flood mitigation projects and the Jana Wibawa project were awarded via direct negotiation.

14. Private sector to establish a “Madani wakaf” involving assets worth more than RM1 billion.

15. The government will increase the availability of Islamic financing.

16. The government will also support the plans for the private sector to develop a port in Pulau Carey.

17. The government will support the development of the Sanglang port in Perlis.

18. Putrajaya to expand Subang and Penang airports to attract investments. This is more economical than the proposed construction of a RM7 billion airport in Kulim, says the prime minister.

19. The Tun Razak Exchange will become the country’s international financial hub.

20. Bank Pembangunan Malaysia Berhad to provide RM6 billion in strategic funding to encourage automation.

21. Tax incentives for aerospace industry will be extended to Dec 31, 2025.

22. Tax incentives for manufacturers to move operations to Malaysia will be extended to 2024.

23. The government will introduce a New Industry Master Plan 2030. This will include the restructuring of investment incentives.

24. The government will give incentives to local councils that make it easier for businesses to be set up.

25. Government proposes extending the Green Investment Tax Allowance (GITA) and Green Income Tax Exemption (GITE) incentives until Dec 31, 2025.

26. Bank Negara to provide RM2 billion in loans to support green technology startups and help SMEs embrace low-carbon practices.

27. RM50 million to increase the number of wildlife rangers to 1,500 people.

28. RM38 million allocated to protect endangered wildlife including tigers and elephants.

29. The government will increase allocations given to states to preserve forests from RM70 million a year to RM150 million a year.

30. RM50 million for the armed forces, fire and rescue department, and Rela to prepare for natural disasters.

31. RM150 million for Nadma to prepare for natural disasters.

32. Six flood mitigation projects will be re-tendered.

33. Anwar gave the example of flood mitigation projects. He said the government could have saved RM2 billion for the projects awarded by the previous government.

34. High impact projects must be awarded via tenders to ensure the government enjoys the best value and savings.

35. Bank Negara to provide nearly RM10 billion in loans for SMEs.

36. Government to waive driving test fees for taxi, bus, e-hailing and B2 motorcycle licenses.

37. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan will provide RM20 billion in loans to SMEs in high value sectors.

38. RM1.7 billion in loan facilities under Bank Negara, BSN and TEKUN.

39. Government agencies to provide RM40 billion in loan facilities for MSMEs.

40. RM176 million to upgrade business premises and facilities under Mara, DBKL, PUNB and UDA.

41. RM50 million to build and upgrade 3,000 stalls and kiosks nationwide

42. Income tax for micro SMEs reduced from 17% to 15% for the first RM150,000.

43. The government will incentivise self declaration for income tax arrears beginning June 1.

44. Half of revenue from excise duties collected under the Generational Endgame (GEG) law will be channelled to the health ministry.

45. Putrajaya to introduce excise duties on vape and e-cigarette liquids containing nicotine.

46. The government will study the possibility of introducing a capital gains tax from 2024.

47. The government will introduce wealth tax. Luxury watches and goods will be taxed.

48. The government will maintain electricity subsidies for all domestic users and SMEs.

49. Lower income Amanah Saham Bumiputera (ASB) contributors will be given more dividends.

50. The government will table a Fiscal Responsibility Act in Parliament this year to ensure better management of the economy in the future.

51. Government aims to reduce fiscal deficit to 5% this year, compared to 5.6% in 2022.

52. Government aims to collect RM291.5 billion in revenue, a decrease compared to RM294.4 billion in 2022.

Khamis, 23 Februari 2023

PENGAT DURIAN


Hi semua..lama dh sy x intai grup ni..arini rs nk share lak menu mkn ptg sy arini
skg tgh musim durian kn...bosan jg duk mkn pulut durian..serawa durian kan..
jom kita try wat kue ni lak..

asalnya ni pengat bebola durian..tp sy wat bntuk isi durian seulas2
mana kwn2 nk cuba..ni sy share resepinya..tp ni cara sy la..
250gm tepung pulut
2sb tepung gandum(x buh pn xpe)
isi durian secukupnya
garam
air
pewarna kuning
๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณgaul dl isi durian,grm sikit ngn tepung pulut. br buh air skt2. uli smpai jd doh dan x lekat kt tgn. buh wane kuning skt..tgl skt yg x ltk wane..utk wat tapuk putih tu
๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณambik skt doh.gentel bentuk bulat dl. pstu bentukkan tajam ujung2 mcm bentuk isi durian seulas.ambik skt doh wane putih tampal tghnya mcm kt gmbr sy buat.
๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณdah siap bentuk..masakkan air smpai mendidih br masuk doh yg siap bentuk td.msk smpai terapung..angkat rendam dlm air sjuk kjp.pstu sejat.
dh siap doh..jom bt kuahnya plk
santan
daun pandan
manisan/gula melaka/gula merah
gula
garam
isi durian
๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณmasuk semua bhn dan msk ats api.agk mcm nk mndidih tu .masuk doh bntuk durian yg siap rbus td..kcau jgn smpai mendidih sgt..nt pch santan x cantik dh la pengat๐Ÿ˜

Kredit : Yuri Yuriana

Anak Pokok Durian
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/7A5zWZPjD6

Isnin, 13 Februari 2023

IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM


Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai - ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula

Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar - sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup

Cara cara:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2.Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.

3.Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.

4.Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.

5.Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.

*** Kredit resepi asal dari blog azie kitchen. TQ

Paste Kengsom
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/10VEkZsxko

RESEPI TAUHU BERLAUK MUDAH & TERSEDAPPP ๐Ÿ˜‹


Cara masak Step by step ✌๐Ÿป

Ni bahan2:
2 ketul isi ayam
3 keping tauhu petak tu.
4 ketul tauhu telur yang berbungkus tu.
3 biji telur
Bawang holland
Carrot
Daun sup

1 kiub ayam
Sebuk lads hitam kalau nak buh

Blend tauhu petak tu... isi ayam, tauhu telur dan telur.. blend sampai sebati dan semua hancur halus lawo okeh...

Masukkan dalam bekas... Campurkan sekali ngan carrot, bawang Holland dan daun sup yang dicincang halus... Masukkan garam, ajino, serbuk lada hitam dan 1ketul kiub ayam.. kalo ada lada sulah, boleh hentam buh.. lagi sedap kot.. rumah ni xder lada sulah...korang kukus dulu.. Nanti telur tu jadi keras skit.. So boleh simpan dalam bekas... Nak makan baru goreng dengan celup telur.. Buat bekal anak2 sekolah pun OK sebab ada sayur

Sambal kicap
Bahan-bahan
5-10 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
Garam
Perasa - Ajinomoto, kalau suka
Kicap manis
Sedikit jus limau

Cara cara:
Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati. Masukkan gula.. Garam.. Tumbuk lagi.. Pastu keluar masukkan dalam mangkuk... Masukkan Kicap..perahkan limau.

Kredit : harita arash

Tauhu Berlauk :-
https://shope.ee/8zXVZeLei0

RESIPI AYAM PENYET WONG SOLO


1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau

½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau

3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau

1 sudu besar Serbuk Kari Ayam

1 sudu besar Serbuk Kunyit

½ sudu besar Serbuk Lada Putih

3 ulas Bawang Putih

1cm Halia

Sedikit Air

1 sudu kecil Garam

Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal

Sedikit minyak masak

10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)

10 biji Cili padi

10 biji Bawang kecil/merah, hiris

3 biji Bawang putih, hiris

5 biji Tomato, potong 4

5 cm Belacan

2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit

3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi

3 cawan beras dibasuh dan ditoskan

3 ulas bawang putih

satu btg kayu manis

4 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

sedikit butter

garam

kiub pati ayam/daging

6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

Ayampenyet Untuk Ayam Penyet

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.

(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.

Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.

Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Sambal_ayam_penyetUntuk Sambal

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.

Masukkan gula merah dan gaul rata.

Rasa sambal yang terhasi

Ayam Penyet Colek Readymade:-
https://shope.ee/3Kt8p3KrQm

Sabtu, 11 Februari 2023

POKOK PANDAN

Petua orang kampung

Kenal tak pokok ni..

Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa suka cuba boleh je dan tak suka abaikan.

Antaranya :

*Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

*Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.

*Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

*Merawat gaot*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.

*Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.

*Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

*Menurunkan Kolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

*Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.

*Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

*Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

*Makanan tidak cepat basi*

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

*Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

*Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

*Pewangi alami*

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

*Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

*Pewarna asli*

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

*Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam

*Mengecutkan rahim*

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

*Wallahualam*
Kredit: empunya petua

Pokok Pandan Wangi
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/1AobtJnssJ

Khamis, 9 Februari 2023

KUIH LOPES


BAHAN2:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air
3 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit air kapur.. Tak nak letak pun boleh
Pewarna hijau
Kelapa parut putih + sedikit garam.. Gaul

CARA2:
1) Cuci beras pulut.. Rendam 1 jam lebih.. Masukkan sekali sedikit pewarna hijau dan air kapur

2) Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air.. Tapiskan

3) Kemudian toskan beras pulut.. Masukkan dlm loyang..( nak alas loyang dgn daun pisang pun boleh).. Tuang sekali dgn santan, air pandan dan sedikit garam.. Nak pulut nampak lagi cantik.. Tambah beberapa titis lagi pewarna hijau

4) Kukus pulut tadi selama 40 - 50 minit

5) Atau boleh juga pulut tu kukus separuh masak.. Kemudian letak pulut agak2 dlm daun pisang.. Gulungkan..ikat kiri dan kanan daun pisang dgn tali yg sesuai.. Kemudian kukus semula sampai masak

6) Kemudian tunggu sejuk.. Potonglah ikut bentuk yg disukai.. Golekkan dlm kelapa parut putih

AIR GULA MELAKA
1 1/2 ketul gula melaka
1 cawan air
3 helai daun pandan.. Simpulkan
Sedikit garam

CARA2:
1) Masak sampai larut gula melaka/likat.. Kemudian tapiskan

2) Sedia untuk dimakan bersama kuih lopes tadi

Kredit Resepi : Zura Zul

Kuih Lopes :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/4V50a35ZlA

RESEPI SIAKAP TOMYAM


Bahan-bahan:
* Pes tomyam
* 4 batang serai 4 batang – dihiris (separuh disumbat dalam ikan)
* 1/2 inci lengkuas (dihiris)
* 4 ulas bawang putih (dihiris)
* 1 akar ketumbar (diketuk)
* Sos ikan (optional)
* 2 kiub ayam
* 1 sudu gula (gula perang / nisan)
* 1 biji limau nipis
* Sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)

Cara-cara:
1. Masukkan serai, lengkuas, bawang putih, akar ketumbar yang dah dihiris tadi dalam periuk bersama ikan siakap kita, masukkan air dan didihkan.
2. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau2. Tutup periuk dalam 5 minit.
3. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau tak ada pon ok je.
4. Kemudian masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Saya guna gula perang/ nisan. Barulah ori Thai
5. Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)
6. Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.

Kredit: Noor Hafiza Mohamad

Adabi Pes Tomyam
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/Aw1KoZN3i

KUIH KASTURI ATAU KUIH KACANG HIJAU


Bahan - bahan :
๐Ÿ”น500 gram kacang hijau
๐Ÿ”น2 cawan gula
๐Ÿ”น1 cawan kelapa parut
๐Ÿ”น1/2 cawan tepung gandum
๐Ÿ”นSecubit garam
๐Ÿ”นAir untuk merebus kacang hijau
* Gunakan cawan penyukat metrik sukatan 250 ml untuk sama dan tepat.

Cara Buat Inti Kuih Kasturi :
1. Rebus kacang hijau hingga hancur guna salah satu kaedah yang ditulis dalam tips atas. Bila dah nak nampak hancur, buang air sedikit dan keringkan sedikit sebelum masukkan bahan lain seperti kelapa parut, tepung gandum, gula dan secubit garam.
2. Teruskan mengacau sehingga inti kacang hijau ini betul-betul kering. Guna api kecil ya untuk elak hangit.
3. Selepas dah kering, angkat dan sejukkan inti sebelum anda sapu tangan dengan minyak sedikit. Bentukkan bulat-bulat inti pada saiz yang hampir sama, lepas tu tekan menjadi leper.

Bahan Bancuhan Kulit Luar Kuih Kacang Hijau :
๐Ÿ”น2 cawan tepung beras cap 1 gajah
๐Ÿ”น1 sudu teh air kapur pekat
๐Ÿ”นSedikit garam
๐Ÿ”นSedikit serbuk kunyit
๐Ÿ”น1 biji telor
๐Ÿ”นAir ais untuk rangupkan kulit

Cara - cara :
1. Bancuh semua bahan sehingga dapat kepekatan yang sesuai. Jangan terlalu cair ya. Biarkan ianya pekat mengalir.
2. Panaskan minyak banyak dalam kuali. Bila dah panas, celup inti kuih kacang hijau tadi ke dalam bancuhan tepung beras dan goreng.
3. Goreng 3-4 biji sekali gorengan.
4. Bila dah nampak kulit kekuningan, terbalikkan dan bila dah masak, toskan kuih.

*Dah siap dah resepi kuih kasturi mudah untuk anda cuba sendiri di rumah.

Sumber: Resepi Mama

Kuih Frozen Kasturi
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/7zesf7LF2W

SPICY KOREAN CHICKEN ๐Ÿ”



Bahan-bahan:

๐Ÿฃ Drummet/chicken wings

๐Ÿฃ Tepung goreng bistari (i guna yg spicy baru rasa lagi kick pedas tu)

๐Ÿฃ Blackpepper

๐Ÿฃ Serbuk cili

๐Ÿฃ Bawang putih (blender)

๐Ÿฃ Cili kisar

๐Ÿฃ Lemon

๐Ÿฃ Madu

๐Ÿฃ Sos tomato

Cara-cara:

๐Ÿ— Perap ayam dalam tepung goreng bistari. Caranya letak tepung dalam 2-3 sudu, sedikit blackpepper, sedikit bawang putih yg dikisar, masukkan sedikit air lepas tu gaul sebati. Perap dalam 10-15 minit macam tu

๐Ÿ— Salutkan ayam yg diperap tadi dalam tepung goreng bistari yg kering. Hangatkan minyak lepas tu terus letak ayam di dalam minyak goreng hangat tadi seperti hangatnya kasih abang terhadap adik ketika adik masih kurus dulu

๐Ÿ— Sangai bijan dalam kuali. Agak2 dh perang ketepikan bijan tu

๐Ÿ— Untuk sos pulak, tumis bawang putih yg dikisar tadi bersama cili kisar. Agak2 cili kisar dh garing letak serbuk cili 2-3 sudu. Nak pedas letak lagi banyak pon tadehal. Masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon agak2 la ye kalau letak banyak sangat masam plak nanti jadi sour korean chicken plak bukan spicy ๐Ÿคฃ

๐Ÿ— Agak2 sos dh gaul sebati sos tadi boleh la masukkan bijan yg disangai tadi bersama ayam yg dh siap digoreng tadi. Gaul2 sampai melekat betol2 sos dekat ayam tu. Nak tabur daun bawang lagi cantik nampak kombinasi kaler merah campur hijau gitu. I x letak sebab xde daun bawang kt rumah. Makan macam tu pon dh best dh ๐Ÿคค

Kredit: Rozlyn Farah Diana

Spicy Korea Chicken
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/7Uic48KDvW

RESEPI AYAM KENNY ROGERS


Saya buat 2 3 kali dah... Sedap ๐Ÿคค
Mungkin ada yang tak tahu dan belum cuba resepi yg mudah dan sedap ni. Saya share resepi saya buat, tapi saya guna apa yang ada kat dapur ja.. tu pun sedap๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Bahan-bahan
๐Ÿ‘‰ 2 sudu besar minyak masak
๐Ÿ‘‰ 2 sudu gula merah
๐Ÿ‘‰ 2 sudu lada hitam (ditumbuk)
๐Ÿ‘‰ 2 sudu gula putih
๐Ÿ‘‰ 1 botol sos lada hitam
๐Ÿ‘‰ 4 ulas bawang putih
๐Ÿ‘‰ 3 biji bawang besar
๐Ÿ‘‰ sedikit halia
๐Ÿ‘‰ kiub pati ayam
๐Ÿ‘‰ sedikit garam (pandai - pandai agak)
๐Ÿ‘‰ sedikit air (untuk blend)

Blend semua bahan - bahan di atas ๐Ÿ‘† dan perap ayam selama 2jam @ lebih... (lagi lama lagi sedap)

Bakar suhu 180℃ selama 60minit
Sebelom bakar...saya letak serbuk lada hitam sikit.... tgk pada gambar ๐Ÿ˜‰ kalau suka ubi boleh potong letak sekali.
(Suhu ikut oven masing - masing.. setiap oven tak sama)

Kuah lebihan perap ayam tadi jgn dibuang.... boleh masak semula dan tuang atas ayam bila ayam sudah masak๐Ÿ˜‚
Mcm biasa saya bagi sekali gambar untuk mudah kawan - kawan tengok dan buat ☺

Siapppp

Kredit: zihan remy

Order Kenny Rogers Roaster :-
https://shope.ee/cZcJs8MC

Selasa, 7 Februari 2023

NASI DAGING ADABI


✅ tumis tomato yang didadu
✅ tumis la sekali tiga sekawan
✅ bawang besar,cabai hijau
✅ tumis dengan planta,wangi
✅ pastu tuang la kurma Daging Adabi ni

Lepas tu ampa tuang la kuah ni dalam beras,Kami tambah garam dengan kiub ayam dan daging rebus dalam ni..dan masaklah macam biasa.

ni kami masak dua pot beras basmati bersamaan 3 pot air dan satu tin KURMA DAGING ADABI.

ni cara rajin sikit..agak malas ampa takyah tumis apa apa pun,tuang satu tin kurma Daging ni dalam beras ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

konsep dia sama ja macam masak beriani kambing Adabi..yang pasti semua jenis lauk tin Adabi sedapppppp ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
========================================
untuk air asam tu saya selalu buat gini ja⬇️⬇️

potong nipis tomato dan bawang besar
pastu masukkan sambal belacan ๐Ÿ˜‚
pastu campur sikit air asam jawa Adabi dan belacan sikit
letak garam sikit dan sos tomato sikit.
gaul semua sekali.

kalau takda sambal belacan,ampa potong cabai melaka.

Kredit: Hidayah Terbilang

Perencah Nasi Daging :-
https://shope.ee/89yFmGKt57

MEE REBUS ALA HJ WAHID


Bahan-bahan untuk resepi ini adalah untuk 2 kg mee kuning. Boleh makan ramai. Jika keluarga tak ramai ita cadangkan buat 1/2 daripada bahan dan anggaran untuk 1 kg mee kuning.

2 kg mee kuning
1/2 kg daging / tetel / tulang ~ daging dan tetel di hiris.

Kemudian rebus dahulu hingga empuk. Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Air rebusan jangan buang, boleh di masukkan dalam kuah nanti.

4 biji keledek sederhana besar ~ sebaiknya keledek oren kerana rasanya manis dan membuatkan kuah kita berwarna oren. Keledek ni kita rebus dahulu dengan air dan secubit garam. Bila dah empuk kisar halus. Jika tak ada keledek boleh gantikan dengan kentang. Ita guna kentang.

1 cawan tauco ~ tauco ni kita cuci dahulu kerana tauco ni dia masin. Kemudian di kisar halus.
1/2 cawan udang kering ~ udang ni di rendam dahulu , kemudian di kisar halus. Jika ada udang pepai, udang kertas atau udang putih yang kecil boleh tambah sekali dan kisar. Supaya kuah lebih manis dan enak.
3 ulas bawang putih ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
1 inc halia ~ di kisar
1 inc lengkuas ~ lengkuas boleh kisar sekali jika suka kalau tak suka rasa lengkuas yang kuat boleh hiris atau ketuk sahaja
3 batang serai ~ di ketuk perdunya
5 sudu makan rempah kari daging
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Ita tambah 2 keping asam keping.
Ita juga tambah cili kering dikisar untuk rasa pedas

Sediakan bahan-bahan untuk kuahnya terlebih dahulu. Bila dah sedia bolehlah kita mulakan proses memasak kuah mee rebus.

Mula-mula kita panaskan minyak dalam periuk.
Bila minyak dah panas kita tumiskan serai dan lengkuas. Ita dah kisar sekali lengkuas bersama bahan kisar.

Kemudian kita masukkan bahan kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan serai bagi mereka yang kisar sekali lengkuas.
Tumis hingga ia naik bau harum dan terbit minyak.

Bila dah terbit minyak, masukkan udang yang kita dah kisar halus tadi. Ita kisar sekali bersama udang pepai.
Kemudian masak dan kacau hingga garing dan terbit minyak.

Sekarang kita masukkan rempah kari. Ita suka masukkan terus rempah kari. Anda boleh campurkan rempah dengan air dan jadikan pes. Kemudian masukkan. Goreng sampai garing. Jika terlalu kering tambahkan air.

Boleh gunakan air rebusan daging.
Bagi mereka yang suka pedas boleh letakkan cili kering yang di kisar. Ita tambahkan cili kering kisar sedikit. Dalam resepi tak ada cili kering.

Masak lagi hingga cili betul-betul garing.
Sekarang kita masukkan tulang, bagi yang menggunakan tulang.

Kalau guna daging dan tetel boleh masukkan daging dan tetel. Kak campur sekali daging, tetel dan tulang pun boleh.
Jika guna daging batang pinang, boleh masukkan terus tanpa di rebus. Daging batang pinang ni lembut kalau kita rebus nanti dia hancur.

Tambahkan air dan masak hingga mesra dan daging empuk.
Bila daging dah empuk, masukkan tauco yang kita dah kisar.
Masukkan juga keledek yang kita dah kisar. Ita guna kentang dalam resepi ini.

Bila dah siap bolehlah peraskan dengan garam dan gula. Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana tauco dah masin. Ita tambahkan gula Melaka kerana ita suka kuah yang rasanya lemak. Ita juga tambahkan asam keping.

Dalam resepi tak menggunakan asam keping. Gula kena banyak ya sebab kuah mee rebus sedikit manis tapi bukan terlalu manis ya..
Renihkan sekejap kuah hingga sedikit pekat

Dah pun siap kuah mee rebus kita.

Mee rebus Tuan Hj Wahid special kerana di makan bersama keriuk-keriuk yang rangup atau kerupuk udang yang rangup. Sekarang kita sediakan pula kerupuk udang.

Resepi yang di kongsikan hanya menggunakan tepung gandum.

Jika guna tepung gandum sahaja, ia tak akan rangup dan jadi macam jemput-jemput pulak. Sedangkan jika kita makan di gerai Hj Wahid kerupuknya sangat rangup dan itu yang membuatkan mee rebusnya lain dari yang lain.

Untuk menambahkan kerangupan, ita ubah sedikit resepi dan tambahkan tepung beras, supaya kerupuknya rangup.

Perencah Mee Rebus
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/4fONWAM0UD

Isnin, 6 Februari 2023

RESEPI MEE KARI SIMPLE


4 bji bawang merah bland
1 labu bawang putih bland
2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
1 senduk cili giling
1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
2 kiub pati ayam maggi
fishcake
fishball
tauhu kering
isi ayam atau tulang2 ayam
1 kotak santan 200ml
gula & garam secukupnya
air
ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

bahan hiasan:-
Telur Rebus
Cili merah
Sawi
Taugeh
Limau kasturi
Cara2
Tumis bahan kisar , 3sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
masukan batang sawi yang dah di potong.. batang sahaja ok... daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni... Masukkan ayam , fishball ,fishcake
Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k....
Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit... last sekali masukan tauhu kering....
tunggu sampai mendidih... siap.... boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.... ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap... saya pun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu...๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š✌

Kredit Resepi : are peace dan Anisza mohd Shukri

Mee Sedap Perisa Kari :-
https://shope.ee/9zPtU3Frzm

RESEPI GULAI KAMBING


Bahan-bahan dan Cara-cara :
(500g daging kambing)
1.Tumis 1 sudu kecil campuran halba campur. (Cikgu lupa orang panggil apa. Ada jual dekat kedai)Diikuti dengan setangkai daun kari.
2.Kemudian masukkan bahan kisar di bawah sehingga wangi :
1 1/2 biji bawang merah saiz bola ping pong.
1 ulas kecil bawang putih
1 hiris nipis bulat serai
1 hiris nipis halia
1/2 hiris nipis lengkuas
3.Seterusnya, masukkan 3 sudu besar rempah kari + 1 sudu kecil serbuk cili Baba’s.
Tumis sehingga garing.
4.Tuang segelas air. Masukkan perasa peringkat pertama.
1/2 relung nisse@ 1/2 sudu besar gula melaka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
secubit dua serbuk perasa
5.Biarkan bahan tumis pecah minyak dalam api perlahan kira-kira 5-8 minit. Boleh tutup periuk. Kacau sesekali.
6.Barulah masukkan daging kambing.
7.Selepas daging mula empuk kira-kira satu jam, masukkan 1 senduk santan, diikuti satu cawan air. Kacau.
8.Tambah perasa peringkat kedua.
Garam, gula ikut citarasa sendiri.
9.Biarkan lagi kuah gulai mendidih dalam api perlahan. Masa kira-kira 6-8 minit sebelum ditutup apinya. Kacau sesekali.Siappp..
10.Padankan dengan ayam goreng.Perghh sedapnya sampai ke bintang.
11.Selamat mencuba.

Credit : Afy Al haibibi

Rempah Gulai Kambing :-
https://shope.ee/AK2j4DkMhW

Ahad, 5 Februari 2023

RESEPI KEK COKLAT KUKUS MOIST


Siapa yang tak pandai baking tu, bila dapat buat kek menjadi dan sedap, rasa happy sangat kan? Walau dah banyak yang kongsi resepi kek coklat tapi jom cuba resepi ni pula, simple saja.

Bahan-bahan:
* 1 cawan minyak masak
* 1 cawan susu cair (krimer sejat boleh jugak, saya guna full cream dutch lady)
* 1 mug susu pekat
* 1 mug serbuk koko
* 1/2 mug gula pasir (kisar halus)
* 4 biji telur A atau B
* 1 sudu kecil Esen vanila
* 1 1/2 mug tepung naik sendiri (ayak dulu) .

Cara-cara:
1. Campur semua bahan kecuali tepung.
2. Blend atau kacau sampai sebati. Kemudian masukkan tepung sikit2 dan kacau sampai sebati.
3. Tapiskan kedalam loyang yang dah sapu minyak atau butter.
4. Kukus sejam atau sampai masak. Cover bekas kek guna aluminium foil or plastik wrap masa kukus.

Bahan topping:
* 1/2 mug susu pekat
* 2 sudu besar serbuk koko
* 2 sudu besar butter

Cara-cara:
1. Campur susu pekat dan serbuk koko, kacau atas api guna api kecil sampai sebati.
2. Kemudian masukkan butter dan kacau2 sampai larut dan tutup api.

Siap. Selamat mencuba

Promosi Coklat Moist :-
https://shope.ee/LFM7H2oGu

RESEPI TOFU TELUR SWEET SOUR


Bahan-bahan:
* 3 paket tofu telur
* 1 biji telur
* 3 sudu makan cili kering kisar
* Sos cili secukupnya
* Sos tiram secukupnya
* Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan hiris halus:
* 2 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* Sedikit halia
* 1 biji tomato
* 1 biji cili merah
* 2 - 3 biji cili padi

Cara-cara:
1. Hiris bulat tafu telur. Kemudian bilas dengan air.
2. Pecahkan sebiji telur dan pukul bersama sedikit garam serta perasa.
3. Rendam tofu dalam bancuhan telur dan biarkan seketika. Kemudian goreng hingga keperangan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi.
5. Bila bawang telah layu masukkan cili kering kisar. Masak seketika hingga cili masak dan barulah masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
6. Bila dah garing perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa. Gaul sebati.
7. Masukkan tofu yang digoreng tadi. Kacau rata.
8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit : Wati Radin Othman

Toufu Lembut Segar :-
https://shope.ee/3fVo5KMSNE

NASI KERABU BIRU


BAHAN2:
Nasi
3 cawan nasi
sedikit pewarna biru (bunga telang malas nak cari penah Nampak)
air secukupnya
4 helai daun limau purut di ramas
1 batang serai dititik
sedikit garam

basuh bersih beras..masukkan air secukupnya mcm nak masak nasi.. kemudian masukkan daun limau purut dan serai serta sedikit garam

Sambal tumis
(dimasak lebih awal...belah malam jika nak buat sarapan..lg sedap)
4 biji bawang besar atau 20 biji bawang merah**
3 ulas bawang putih**
secekak lada kering direbus dan dibuang bijinya (ikut kepedasan yang ada suka)**
sedikit halia**
sedikit kunyit hidup** kalau takde gunala kunyit serbuk
1 batang serai dititik
budu
garam, gula
belacan
santan pekat
sedikit air asam jawa
1/2 cawan minyak masak

Kisar bahan yang bertanda **.dgn sedikit air.. panaskan kuali dan isi minyak masak.. dah panaskan minyak masukkan bahan kisar..tumis sehingga pecah minyak ..masukkan serai, budu, garam gula, belacan...
tumis lagi kemudian masukkan santan pekat dan sedikit air asam jawa..masak sehingga ia pekat ..siap!!

sambal ikan + kelapa
3 ekor ikan kembung
2 biji bwang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1cawan santan cair
1 sudu lada hitam ditumbuk halus
garam, gula
1 cawan kelapa parut - nak lebih pun boleh
kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) ketepikan

ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus..air rebusan jangan dibuang .. kemudian ambil isi ikan sahaja
Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi..n tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak le putar
kemudian menggunakan kuali.. panaskan 1 sudu minyak..masukkan bahan kisar tadi ..masukkan santan, lada hitam garam gula...masak sehingga ia agak kering...(rujuk gambar) kemudian rasa dah ok.masukkan kelapa goring tadi..kacau sebati..siap

Solok Ikan
2 ekor ikan kembung buang perut dan kaut isinya sahaja guna sudu
1/2 biji bawang besar
sedikit lada hitam lbh kurang 1/3 sudu besar
sedikit kelapa parut kelapa parut
garam n gula
tumbuk bawang besar, lada hitam, kelapa parut kemudian masukkan isi ikan kembung, tambah garam dan sedikit gula..tumbuk biar isi ikan hancur.. masukkan adunan ni dlm lada hijau yang telah dibelah bahagian tengahnya
kukus dlm 10 minit (saya kukus dlm periuk atasnya guna bekas penyejat dan tutup...

Sambal cuka (agak2 rasa sambal tumis tak pedas boleh buat sambal cuka)
cili padi
lada merah
cuka sikit
garam dan gula
1 ulas bawang putih di bakar sekejap

kisar kasar semua bahan utk sambal cuka..
bahan hiasan
kobis, kacang panjang, tauge, ulam raja ke, timun
keropok goring
daging bakar
lada cuka
budu (saya dah taruk banyak dlm sambal tumis)

Pewarna Nasi Kerabu
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/9UTaPl9IJM

Khamis, 2 Februari 2023

RESEPI AYAM PERCIK


Bahan-bahan:
* 7 tangkai cili kering
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 2cm halia
* 3 tangkai serai
* 2cm kunyit hidup
* 1 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar jintan manis
* Garam dan gula secukupnya
* 1 ekor ayam
* Sedikit minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

Cara-cara:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
2. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.
3. Tumis semua bahan kisar tanpa minyak, masukkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam, biarkan ayam setengah masak.
5. Keluarkan ayam dan letak di atas stand.
6. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun.
7. Bakar pada suhu 200c selama 15 minit, bakar atas dapur pun boleh.

Bahan kuah:
* 7 tangkai cili kering
* 3 ulas bawang putih
* 5 sudu sos cili
* 1 sudu besar gula merah
* 1 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Kisar cili kering bersama bawang putih.
2. Panaskan kuali, masukkan cili kering dan bawang putih tadi. Masukkan sedikit air, kacau perlahan sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili, gula merah yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula pasir dan tepung jagung.
4. Kacau sampai kuah jadi pekat.
5. Jika suka, boleh tambah bijan.
6. Tuang kuah atas ayam.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Rempah Ayam Percik :-
https://shope.ee/9UTWGgWc1H

RESIPI NASI KAK WOOK BERPUAKA


Time panas panas merecikk. Ratah ayam part paling syiokkk.

Model utama:
Nasi putih tanak letak daun pandan simpul. Khasiat banyak tauuu.

Gulai Ayam:
~bawang bombay - 4 labu
~bawang putih - 5 ulas
~halia - 1 inci setengah
~lengkuas - 1 inci setengah
rempah kari daging - 3 sudu
~rempah kerutub - 1 sudu
~Kacang panjang - potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan

Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.

Ayam Goreng Harum:
~1 ekor Ayam - potong kecik2
~Garam- 2 sudu kecik
~kunyit hidup - 2 inci tumbuk lumat
~serbuk kunyit - 1 sudu kecik
~serbuk cili - 1 sudu kecik
~*Daun kari 3 tangkai

#Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!

Cara2nya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.

Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering - direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa

Cara2nya:-
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
.
Kredit Resipi - Rusmida Rusdi

Rempah Gulai Kak Wook :-
https://shope.ee/7f1rEZEbB5

KUIH KERIA


Bahan-bahan:
๐Ÿ”น1 kg ubi keledek oren
๐Ÿ”น2 cawan tepung gandum
๐Ÿ”น1 sudu besar tepung beras
๐Ÿ”น1/2 sudu marjerin @ planta
๐Ÿ”น1 sudu kecil garam

Bahan sira gula :
๐Ÿ”น1 cawan gula
๐Ÿ”น1 cawan air

Cara-cara:
1. Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.

2. Masuk semua bahan-bahan lain ke dalam bekas keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.

3. Sapu tangan dengan minyak kemudian bulat-bulatkan doh keria tadi. Kemudian tekan buat lubang ditengah-tengah seperti membuat donut.

4. Buat sehingga adunan kuih keria habis.

5. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana besar, kemudian goreng keria sampai nampak warna kuning keemasan.

6. Angkat dan toskan.

7. Untuk membuat sira gula, masuk semua bahan ke dalam kuali. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan berbuih.

8. Kacau gula sampai pekat dan bertali kemudian tutup api.

9. Masuk kuih keria tadi gaul cepat2 supaya sira gula bersalut rata pada semua bahagian kuih keria.

10. Teruskan menggaul sampai gula tadi kering dan nampak kepingan putih gula bersalut pada kuih keria, siap untuk dinikmati.

*Jangan tutup bekas kuih keria yang sudah disalut dengan gula masa tengah panas ye nanti kuih jadi lembik dan gula cair.

Kredit : Siti Husni

Kuih Keria Frozen :-
https://shope.ee/2L0KshjO0Q

Rabu, 1 Februari 2023

KUAH KACANG


500gm kacang tanah
13 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
Serai
1 sudu paste asam jawa Adabi
2 keping asam gelugur
5 sudu gula
Garam
Perasa

1. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang kacau sampai agak masak.

2. Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing masukkan cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya.

3. Kemudian tos minyak dan biarkan sejuk sedikit.

4. Kisar semua bahan yang digoreng campur dengan air dalam 2 cawan.

5. Masukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.

6. Masukkan gula, air asam jawa, asam gelugur, garam semua sekali dan kacau rata dengan menggunakan api kecil.

7. Kacau sehingga pecah minyak, siap sedia untuk dihidangkan.

Resepi & foto : Asma Nurul Mansor

Kuah Kacang Readymade Adabi
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/3AZR7TcSpt