Isnin, 6 Februari 2023

RESEPI GULAI KAMBING


Bahan-bahan dan Cara-cara :
(500g daging kambing)
1.Tumis 1 sudu kecil campuran halba campur. (Cikgu lupa orang panggil apa. Ada jual dekat kedai)Diikuti dengan setangkai daun kari.
2.Kemudian masukkan bahan kisar di bawah sehingga wangi :
1 1/2 biji bawang merah saiz bola ping pong.
1 ulas kecil bawang putih
1 hiris nipis bulat serai
1 hiris nipis halia
1/2 hiris nipis lengkuas
3.Seterusnya, masukkan 3 sudu besar rempah kari + 1 sudu kecil serbuk cili Baba’s.
Tumis sehingga garing.
4.Tuang segelas air. Masukkan perasa peringkat pertama.
1/2 relung nisse@ 1/2 sudu besar gula melaka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
secubit dua serbuk perasa
5.Biarkan bahan tumis pecah minyak dalam api perlahan kira-kira 5-8 minit. Boleh tutup periuk. Kacau sesekali.
6.Barulah masukkan daging kambing.
7.Selepas daging mula empuk kira-kira satu jam, masukkan 1 senduk santan, diikuti satu cawan air. Kacau.
8.Tambah perasa peringkat kedua.
Garam, gula ikut citarasa sendiri.
9.Biarkan lagi kuah gulai mendidih dalam api perlahan. Masa kira-kira 6-8 minit sebelum ditutup apinya. Kacau sesekali.Siappp..
10.Padankan dengan ayam goreng.Perghh sedapnya sampai ke bintang.
11.Selamat mencuba.

Credit : Afy Al haibibi

Rempah Gulai Kambing :-
https://shope.ee/AK2j4DkMhW

Tiada ulasan:

Catat Ulasan