Khamis, 9 Februari 2023

KUIH LOPES


BAHAN2:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air
3 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit air kapur.. Tak nak letak pun boleh
Pewarna hijau
Kelapa parut putih + sedikit garam.. Gaul

CARA2:
1) Cuci beras pulut.. Rendam 1 jam lebih.. Masukkan sekali sedikit pewarna hijau dan air kapur

2) Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air.. Tapiskan

3) Kemudian toskan beras pulut.. Masukkan dlm loyang..( nak alas loyang dgn daun pisang pun boleh).. Tuang sekali dgn santan, air pandan dan sedikit garam.. Nak pulut nampak lagi cantik.. Tambah beberapa titis lagi pewarna hijau

4) Kukus pulut tadi selama 40 - 50 minit

5) Atau boleh juga pulut tu kukus separuh masak.. Kemudian letak pulut agak2 dlm daun pisang.. Gulungkan..ikat kiri dan kanan daun pisang dgn tali yg sesuai.. Kemudian kukus semula sampai masak

6) Kemudian tunggu sejuk.. Potonglah ikut bentuk yg disukai.. Golekkan dlm kelapa parut putih

AIR GULA MELAKA
1 1/2 ketul gula melaka
1 cawan air
3 helai daun pandan.. Simpulkan
Sedikit garam

CARA2:
1) Masak sampai larut gula melaka/likat.. Kemudian tapiskan

2) Sedia untuk dimakan bersama kuih lopes tadi

Kredit Resepi : Zura Zul

Kuih Lopes :-
👉https://shope.ee/4V50a35ZlA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan