Khamis, 26 Ogos 2021

TYT Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura bertanya khabar Tan Sri Muhyiddin Yassin


Hari ini saya menerima panggilan telefon daripada TYT Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura, antara lain bagi bertanya khabar dan mengetahui perkembangan saya selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

TYT Lee Hsien Loong turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas hubungan serta kerjasama baik yang kami sama-sama jalinkan sepanjang lebih setahun bergelar rakan sejawat, dan berdoa saya dapat terus memainkan peranan dalam aspek hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Saya menaruh keyakinan hubungan baik Malaysia-Singapura ini akan terus ditingkatkan di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri. TYT Lee Hsien Loong juga memberi jaminan langkah memperkasakan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam pelbagai aspek akan terus diperkasakan.

Secara peribadi, saya amat menghargai nilai persahabatan yang ditunjukkan TYT Lee Hsien Loong, bukan sahaja kebelakangan ini, bahkan ketika kami saling mengenali lama dahulu. Masih segar diingatan pertemuan bersemuka dan bersejarah kami di tengah-tengah Tambak Johor pada Julai tahun lepas, iaitu sejurus saya menjawat jawatan Perdana Menteri, manakala beliau sendiri baru saja mengangkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai Perdana Menteri.

Saya doakan TYT Lee Hsien Loong diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan mentadbir Singapura.

Sumber
Facebook Page Rasmi
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
MANTAN PERDANA MENTERI

Bursa Saham Terbaik di Dunia


Bursa Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.

Indeks bursa telah melonjak naik lebih 80 point dalam tempoh singkat itu. 

Namun pemulihan keyakinan pelabur tempatan dan asing ini dan berasaskan harapan bahawa dasar dan perlaksanaan kerajaan baharu akan berbeza dari dulu.

Malah aliran keluar dana asing yang berbulan-bulan lamanya telah bertukar kepada aliran masuk minggu lepas.

"23 August 2021: Foreign investors turned net buyers on Bursa Malaysia last week after seven weeks of net outflow, with a marginal inflow of RM6.71 million, according to MIDF Research."
https://www.theedgemarkets.com/article/foreign-investors-turned-net-buyers-inflow-rm67m-last-week-%E2%80%93-midf-research

Namun, keyakinan pelabur dan pemulihan ekonomi ketika ini akan terbantut sekiranya kita tidak:
1) menurunkan jumlah kes baharu Covid dan membuka semula ekonomi;
2) membantu peniaga memulihkan modal dan aliran tunai yang telah lama terkesan di bawah lockdown yang sudah 3 1/2 bulan lamanya sejak PKP 3.0 bermula pada 12 Mei.

Sejak minggu lepas, negara masih top 10 dalam dunia tiap-tiap hari bagi kes baharu tanpa mengambik kira saiz penduduk. Dari segi saiz penduduk, kita masih catat kadar antara paling tinggi dalam dunia bagi kes baharu dan kes kematian.

Selagi kes baharu tinggi, ramai pelabur asing dan tempatan akan tidak berani melabur untuk membina business baharu atau mengembangkan business sedia ada jikapun diberi kelonggaran.

Selagi kes baharu tinggi, pelanggan juga akan tidak berani keluar rumah untuk membeli jikapun diberi kelonggaran.

Ada cara dan ada penyelesaiannya.

Insya-Allah, akan disempurnakan oleh kerajaan baharu bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup Rakyat yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



Ahad, 22 Ogos 2021

Slogan Keluarga Malaysia - PM Ismail Sabri


Tahniah PM9 atas ucapan sulung yang penuh keikhlasan dan bermakna.

Pendekatan Keluarga Malaysia dan pelawaan kepada pihak pembangkang untuk sumbang pada pemulihan negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu demi negara dan Rakyat.

PM9 juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini - iaitu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk melawan Covid, membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi.

Bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

Saya dan seluruh Rakyat Malaysia akan membantu merealisasikan impian ini.

Kita maju jaya bersama.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



India dilanda varian Delta.



India buat lockdown.  Kes dan kematian turun. India buka semula. 

Menteri-menteri India mengaku kesilapan dan letak jawatan.

Negara jiran Indonesia dilanda varian Delta. 

Indonesia buat lockdown. Kes dan kematian turun. Indonesia mula buka semula.

Presiden dan menteri-menteri  Indonesia mengaku kesilapan dan minta maaf.

Kes dan kematian Covid Malaysia pula semakin naik dan tetap tinggi semakin lama kita laksanakan lockdown.

Sehingga kes aktif Covid Malaysia cecah suku juta pesakit semalam.

Jadi, pengerusi baru MKN dalam kerajaan baharu perlu cari sebab dan perbezaan kenapa lockdown kita gagal dan kenapa negara-negara lain mampu berjaya walaupun menghadapi cabaran yang sama.

Jangan kekalkan dan pandang sahaja pendekatan lama yang tidak berhasil secara berpanjangan.

Adakah kita perlu buat lockdown amat ketat bersama bantuan wajar untuk 7 hari hingga 10 hari bagi negeri-negeri yang masih lapor kes tinggi dengan kadar vaksinasi rendah ataupun melakukan saringan besar-besaran secara percuma mengikut daerah?

Kena perbetulkan sebab Rakyat sudah dikurung 100 hari sejak PKP 3.0 bermula - bersamaan dengan 3 bulan 8 hari. 

Bukan satu tempoh yang pendek atau adil untuk halang Rakyat mencari rezeki.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



Jumaat, 20 Ogos 2021

Ustaz Ebit Lew Memberi Bantuan di Yan, Kedah.


Ziarah dan misi bantuan ke Yan Kedah. Bawa hadiah Tilam dan barang makanan serta sumbangan. Sebak lihat di pusat operasi menyelamat ini lebih 300 orang. Tadi berjumpa Ketua pengarah Bomba Kedah yang bekerja keras dalam misi ini bersama Bomba, PDRM, APM, Rescue Bencana Malaysia, dan Ngo lain yang dari awal membantu. 

Masjid Jamek Yan dan Sekolah Kebangsaan Hj Nyak Gam menjadi tempat tumpuan NGO membantu. Sekolah habis semua komputer,alatan, meja, perabot,sehingga semua cakap sama semua pakaian habis sampai tiada pakaian dalam. Ramai yang cuma dapat selamatkan diri je. Perabot dan barang elektrik semua habis. Sedih lihat mereka. Berat ujian. 

Petugas bertungkus lumus mencari mangsa banjir. Belum pernah terjadi sebesar ini kata mereka. Kami bersama team Masjid Jamek Yan dan Masjid Ahmadiah bawa sedikit bantuan dan sumbangan buat petugas disini. 

Semoga menjadi asbab kebaikan.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Tan Sri Muhyiddin Yassin Menunaikan Solat Jumaat di Masjid di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara


Alhamdulillah, hari ini saya dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara bersama jemaah yang lain di bawah pematuhan SOP yang teratur dan ketat.

Kita perlu sentiasa mengambil langkah proaktif dan bertanggungjawab secara individu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua terpelihara apabila kita berada di khalayak ramai termasuk di masjid dan di kawasan awam lain.

Berdoalah agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari virus COVID-19 dan diberi kekuatan untuk menempuh ujian, cabaran dan rintangan daripada pandemik ini. Mudah-mudahan keadaan akan beransur pulih dan negara Malaysia yang kita cintai ini akan sentiasa aman, makmur dan bangkit menjadi lebih kuat dari sebelumnya, insya-Allah.

Oleh itu, usah berhenti berdoa mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT. Itulah sifat hamba-Nya yang tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan atas kurniaan yang Maha Esa. 

Jika kita sentiasa berpandu kepada jalan Allah, Al-Quran dan Sunnah, saya yakin dan percaya hidup kita akan lebih tenang dan bermakna.

Do not do what you feel is right. Do what Allah say is right. Do what is right. Kepada Allah SWT jualah kita berserah.

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8

Khamis, 19 Ogos 2021

KEMUDAHAN TAMBAHAN SEKTOR SOSIAL DAN EKONOMI BAGI INDIVIDU YANG TELAH MENERIMA VAKSINASI LENGKAP


Pada 8 dan 15 Ogos 2021, Kerajaan telah mengumumkan kemudahan-kemudahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu-individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Seterusnya pada hari ini, saya telah mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membincang dan mempertimbangkan cadangan oleh Jawatankuasa Khas Teknikal MKN untuk memperluaskan lagi kemudahan sektor sosial dan ekonomi terutamanya bagi Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sidang Khas MKN pada hari ini juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua-Ketua Setiausaha dari setiap kementerian, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah MKN, Ketua Pengarah Imigresen dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang berkenaan.

Untuk makluman, pertimbangan yang dibuat pada hari ini mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang telah melebihi 50 peratus. Pencapaian ini adalah lebih awal daripada yang disasarkan sebelum ini iaitu 31 Ogos 2021.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum perkembangan awal yang positif daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di beberapa buah negeri iaitu di WP Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan negeri-negeri Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya).

Data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa setakat ini, kesemua negeri yang dinyatakan telah mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori 3 hingga 5 apabila liputan dos lengkap vaksin COVID-19 bagi populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) telah melebihi 40 peratus. 

Pada masa yang sama, data daripada Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) bagi Hospital menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik. Contohnya purata pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital KKM di negeri-negeri Lembah Klang telah menurun. Situasi ini dilihat selari dengan pencapaian kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di Lembah Klang  yang memberangsangkan iaitu 73.8 peratus.

Apabila liputan imunisasi meningkat, kita akan melihat kes-kes COVID-19 yang perlu dimasukan ke ICU mula menunjukkan trend mendatar and diharapkan akan menurun.

Sehubungan itu, Sidang Khas MKN pada hari ini telah bersetuju untuk memberikan kemudahan-kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 PPN.

Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Contohnya Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan

b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Contohnya Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Kemudahan-kemudahan tambahan yang dibenarkan bagi sektor sosial secara amnya adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Dine-In kini DIBENARKAN bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya:

i. Saya ingin menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik. Risiko penyebaran virus COVID-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam  premis berbanding di luar.

ii. Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

iii. Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat. 

b. Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga DIBENARKAN bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya serta terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.

i. Aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik. Oleh itu, aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

ii. Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah DIBENARKAN selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

iii. Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah TIDAK DIBENARKAN. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.
 
iv. Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

v. Aktiviti yang dibenarkan juga termasuklah perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.

Sidang Khas MKN juga bersetuju memberikan kemudahan tambahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran bagi Fasa 1 PPN dan seterusnya. Kemudahan yang dibenarkan secara amnya adalah seperti berikut:

a. Operasi Pasar Malam dan Pasar Minggu adalah DIBENARKAN

i. Pihak penguatkuasa yang berkenaan serta pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Kesemua kemudahan yang saya umumkan hari ini akan mula berkuatkuasa pada JUMAAT, 20 OGOS 2021. Perincian bagi kemudahan-kemudahan yang baru saya umumkan ini akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat.

Ingin saya tegaskan bahawa setiap kementerian dan agensi yang memantau kemudahan-kemudahan tersebut, termasuk pemilik premis, MESTILAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat.

Jika berlakunya jangkitan di premis yang menikmati kemudahan-kemudahan ini, KKM terutamanya akan segera mengambil langkah sewajarnya termasuk melakukan penilaian semula risiko serta tidak menolak kemungkinan menutup serta-merta premis atau kawasan yang terlibat selain mengeluarkan kompaun kepada pihak yang dikenalpasti melanggar SOP.

Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab bersama dalam usaha mengatasi pandemik COVID-19 ini. Sememangnya, kemudahan ini juga meletakkan tanggungjawab ke atas rakyat yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk membuat penimbangan risiko kendiri yang rasional dan bijaksana dalam menghadapi ancaman virus COVID-19 yang kini sudah berleluasa di dalam komuniti kita.  Insya-Allah Kita Menang Bersama. 

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI

19 OGOS 2021KEMUDAHAN TAMBAHAN SEKTOR SOSIAL DAN EKONOMI BAGI INDIVIDU YANG TELAH MENERIMA VAKSINASI LENGKAP

Pada 8 dan 15 Ogos 2021, Kerajaan telah mengumumkan kemudahan-kemudahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu-individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Seterusnya pada hari ini, saya telah mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membincang dan mempertimbangkan cadangan oleh Jawatankuasa Khas Teknikal MKN untuk memperluaskan lagi kemudahan sektor sosial dan ekonomi terutamanya bagi Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sidang Khas MKN pada hari ini juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua-Ketua Setiausaha dari setiap kementerian, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah MKN, Ketua Pengarah Imigresen dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang berkenaan.

Untuk makluman, pertimbangan yang dibuat pada hari ini mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang telah melebihi 50 peratus. Pencapaian ini adalah lebih awal daripada yang disasarkan sebelum ini iaitu 31 Ogos 2021.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum perkembangan awal yang positif daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di beberapa buah negeri iaitu di WP Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan negeri-negeri Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya).

Data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa setakat ini, kesemua negeri yang dinyatakan telah mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori 3 hingga 5 apabila liputan dos lengkap vaksin COVID-19 bagi populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) telah melebihi 40 peratus. 

Pada masa yang sama, data daripada Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) bagi Hospital menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik. Contohnya purata pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital KKM di negeri-negeri Lembah Klang telah menurun. Situasi ini dilihat selari dengan pencapaian kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di Lembah Klang  yang memberangsangkan iaitu 73.8 peratus.

Apabila liputan imunisasi meningkat, kita akan melihat kes-kes COVID-19 yang perlu dimasukan ke ICU mula menunjukkan trend mendatar and diharapkan akan menurun.

Sehubungan itu, Sidang Khas MKN pada hari ini telah bersetuju untuk memberikan kemudahan-kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 PPN.
Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Contohnya Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan

b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Contohnya Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Kemudahan-kemudahan tambahan yang dibenarkan bagi sektor sosial secara amnya adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Dine-In kini DIBENARKAN bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya:

i. Saya ingin menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik. Risiko penyebaran virus COVID-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam  premis berbanding di luar.

ii. Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

iii. Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat. 

b. Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga DIBENARKAN bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya serta terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.

i. Aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik. Oleh itu, aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

ii. Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah DIBENARKAN selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

iii. Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah TIDAK DIBENARKAN. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.
 
iv. Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

v. Aktiviti yang dibenarkan juga termasuklah perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.

Sidang Khas MKN juga bersetuju memberikan kemudahan tambahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran bagi Fasa 1 PPN dan seterusnya. Kemudahan yang dibenarkan secara amnya adalah seperti berikut:

a. Operasi Pasar Malam dan Pasar Minggu adalah DIBENARKAN

i. Pihak penguatkuasa yang berkenaan serta pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Kesemua kemudahan yang saya umumkan hari ini akan mula berkuatkuasa pada JUMAAT, 20 OGOS 2021. Perincian bagi kemudahan-kemudahan yang baru saya umumkan ini akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat.

Ingin saya tegaskan bahawa setiap kementerian dan agensi yang memantau kemudahan-kemudahan tersebut, termasuk pemilik premis, MESTILAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat.

Jika berlakunya jangkitan di premis yang menikmati kemudahan-kemudahan ini, KKM terutamanya akan segera mengambil langkah sewajarnya termasuk melakukan penilaian semula risiko serta tidak menolak kemungkinan menutup serta-merta premis atau kawasan yang terlibat selain mengeluarkan kompaun kepada pihak yang dikenalpasti melanggar SOP.

Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab bersama dalam usaha mengatasi pandemik COVID-19 ini. Sememangnya, kemudahan ini juga meletakkan tanggungjawab ke atas rakyat yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk membuat penimbangan risiko kendiri yang rasional dan bijaksana dalam menghadapi ancaman virus COVID-19 yang kini sudah berleluasa di dalam komuniti kita.  Insya-Allah Kita Menang Bersama. 

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI SEMENTARA

Sumber
Facebook Page Rasmi

19 OGOS 2021

Selasa, 17 Ogos 2021

Kesemua negeri yang dinyatakan telah mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori 3 hingga 5 apabila liputan dos lengkap vaksin COVID-19 bagi populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) telah melebihi 40 peratus.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sejak 26 Julai yang lalu, Kerajaan melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti ataupun Operation Surge Capacity di Lembah Klang bagi mempercepatkan proses vaksinasi terutamanya ke atas populasi di WP Kuala Lumpur dan Selangor. 

Alhamdulillah, berkat usaha gigih dan kerjasama yang amat baik daripada semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), para petugas barisan hadapan keselamatan dan sukarelawan di pusat-pusat pemberian vaksin (PPV), kadar pemberian vaksin lengkap di Lembah Klang telah mencapai 64.7 peratus manakala kadar pemberian vaksin untuk dos pertama sahaja telah pun mencecah 104.2 peratus.

Rentetan daripada pencapaian ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media pada 13 Ogos 2021 menyatakan bahawa KKM kini telah menyaksikan kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital bagi semua kumpulan umur mula menunjukkan penurunan.

Kita juga sudah mula melihat perkembangan awal yang positif daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di beberapa buah negeri iaitu di WP Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan negeri-negeri Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya).

Data yang dikumpul oleh KKM menunjukkan bahawa setakat ini, kesemua negeri yang dinyatakan telah mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori 3 hingga 5 apabila liputan dos lengkap vaksin COVID-19 bagi populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) telah melebihi 40 peratus. 

Semalam apabila buat pertama kalinya, tidak ada kes jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan di WP Labuan. Sehingga 14 Ogos 2021, kadar vaksinasi lengkap di WP Labuan telah mencapai 88.1 peratus. Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan diharapkan dapat dilihat berlaku di negeri-negeri lain juga, insya-Allah.

Pada masa yang sama, data daripada Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) bagi Hospital menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik. Contohnya purata pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital KKM di negeri-negeri Lembah Klang telah menurun.

Pada 31 Julai 2021, purata sehari pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan adalah 909 orang. Alhamdulillah, hasil perancangan rapi Kerajaan dan pelaksanaan strategi oleh KKM serta kesan vaksinasi, purata sehari pesakit yang menunggu telah menurun kepada 239 orang pada 13 Ogos 2021.

Saya amat berharap agar trend penurunan ini akan berterusan dan dapat mengurangkan beban kes COVID-19 yang serius serta kemasukan pesakit ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Walaubagaimanapun, kapasiti pesakit di ICU masih lagi penuh memandangkan rawatan pesakit di ICU adalah jauh lebih rumit dan memakan tempoh lebih panjang berbanding di wad biasa.
 
Dalam pada itu, usaha mempercepatkan vaksinasi juga turut ditumpukan di negeri-negeri lain yang sedang mengalami peningkatan kes. Untuk makluman, Kerajaan telah membekalkan sebanyak 2 juta dos vaksin COVID-19 kepada negeri Johor baru-baru ini dan dan akan membekalkan 1.5 juta dos vaksin kepada negeri Sabah dalam bulan Ogos ini. Setakat ini, sebanyak 44.1 peratus daripada populasi dewasa di dalam negara telah pun menerima vaksinasi lengkap manakala 72.1 peratus telah menerima suntikan dos pertama.

Semua pencapaian ini tidak mungkin dapat kita lihat pada hari ini tanpa perancangan yang rapi dan pelaksanaan strategi yang kukuh oleh Kerajaan, serta kerjasama dan sokongan yang sangat baik daripada rakyat. Saya pernah nyatakan dahulu, dan saya akan katakan sekali lagi.

Rakyat Malaysia, anda semua adalah insan yang hebat. Anda semua begitu tabah dan sabar mengharungi pandemik ini walaupun pada hakikatnya amat sukar untuk dilakukan.

Insya-Allah, data-data yang dikongsikan ini menunjukkan perkembangan yang baik. Segala usaha Kerajaan Perikatan Nasional semakin hampir dengan kejayaan dan insya-Allah kita pasti akan berjaya keluar dari cengkaman pandemik ini dengan teratur dan selamat melalui Pelan Pemulihan Negara. 

Ingin saya ulangi strategi Kerajaan adalah jelas, lebih ramai yang divaksinasi dengan lengkap, lebih ramai penduduk Malaysia yang dilindungi dari jangkitan dengan teruk, lebih kurang beban kepada sistem kesihatan awam kita dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dapat dibuka supaya kita kembali berperingkat-peringkat ke kehidupan norma baharu. 

Apa yang lebih penting, jangan sesekali kita berputus asa dengan cabaran ini dan lupa bahawa COVID-19 adalah musuh utama kita semua. 

Semoga Allah SWTsentiasa memberkati perjuangan dan usaha kita bersama, insya-Allah.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

Ahad, 15 Ogos 2021

Kes baharu Covid berbanding saiz penduduk(Negara-negara Islam)


Jangan kaitkan Melayu Islam pula.

Sebab Melayu tak gagal. Islam tak gagal. 

Melayu-Islam tak gagal sehingga menjadi antara negara paling teruk dalam dunia dikesan Covid dengan kadar kes baharu dan kadar kematian baharu per kapita tertinggi.

Yang gagal adalah pengerusi MKN yang berulang-kali membuat kesilapan demi kesilapan demi kesilapan bagi dasar lawan Covid.

Kesilapan-kesilapan yang akhirnya membawa kepada pengorbanan nyawa dan kerosakan ekonomi yang begitu besar.

Jika dah berulang kali gagal dan gagal biarpun sudah diberi kuasa penuh darurat selama 7 bulan, apa maksudnya?

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



NGO Rayu Agong Ampunkan Najib Untuk Lantik Jadi PM Interim adalah Untuk Kenakan Najib Razak


Apabila ini menjadi beri utama portal PN MalaysiaNow dan ianya disiar secara live, kita tahu-tahu lah pihak siapa punya kerja untuk kenakan saya.

Saya berterima kasih pada NGO ini sebab mengambil berat pada saya tetapi saya tak pernah berhubung dengan mereka dan tidak diberitahu tentang petisyen mereka kepada Istana pagi tadi.

Saya ulang...

Saya mahu kes-kes saya melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus sebab ianya satu-satu cara sahaja untuk bersihkan nama saya sepenuhnya.

Saya tidak mahu kes saya digugurkan begitu sahaja dan saya tidak mahu apa-apa campurtangan politik.

Saya amat yakin saya tidak bersalah.

Sebab itu apa perlunya saya diampun sekiranya saya tak salah?

Berani kerana benar.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



Khamis, 12 Ogos 2021

Istana tulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk minta pengesahan kedudukan sokongan pada PM8 | Najib Razak


Istana tulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk minta pengesahan kedudukan sokongan pada PM8.

Surat Istana disalin kepada kedua-dua Timbalan.

Timbalan kebun durian/homestay kata dia tak nampak surat ini.

Timbalan Speaker Azalina kata memang wujud surat dari Istana ke Dewan Rakyat tersebut.

Istana minta surat pengesahan dihantar sebelum 2pm pada 10 Ogos 2021.

Seperti dilapor media, Speaker Dewan Rakyat sudahpun balas surat kepada Istana bahawa PM8 cuma ada sokongan 100 ahli parlimen.

(Mana mungkin Speaker Dewan Rakyat tak balas surat Istana?)

"12 Ogos 2021: Speaker Dewan Rakyat sahkan Muhyiddin hilang sokongan sebagai Perdana Menteri?"
https://malaysiapost.com.my/2021/08/12/speaker-dewan-rakyat-sahkan-muhyiddin-hilang-sokongan-sebagai-perdana-menteri/

Tapi speaker enggan sahkan sebab kata "dia tidak dapat memberi ulasan berkaitan isu berkenaan terutama melibatkan Istana Negara."

"“Maaf, saya tak boleh komen mengenai komunikasi rasmi saya, lebih-lebih lagi kalau dengan pihak Istana,”
https://malaysiapost.com.my/2021/08/12/saya-tidak-boleh-komen-speaker/

Surat dari Speaker ke Istana ini penting sebab ianya merupakan pengesahan rasmi Dewan Rakyat kepada Istana berhubung kedudukan PM8.

Kita sama-sama tunggu pengesahan apa yang ditulis dalam surat tersebut.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia




PM Muhyiddin Yassin Menghadap oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor


Hari ini saya diterima menghadap oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Saya menjunjung setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas perkenan Baginda Tuanku. Pada sesi itu, saya mempersembahkan perkembangan semasa isu-isu di dalam negara untuk makluman Baginda Tuanku. 

Baginda Tuanku juga turut berkenan untuk santapan tengah hari dan mempersila saya bersama-sama untuk turut serta. 

Menjunjung kasih Tuanku.

Terdahulu, pagi tadi saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir menghadiri upacara Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Yang Ke-14 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim telah berkenan menyempurnakan titah pembukaan sidang yang berlangsung dalam pematuhan SOP yang ketat ini.

Antara lain, Baginda Tuanku di dalam titahnya membangkitkan kebimbangan berhubung peningkatan kes COVID-19 berikutan penularan varian-varian baharu yang lebih merbahaya dan mudah berjangkit dan merebak kepada orang lain. Baginda Tuanku juga menitahkan Yang Berhormat Speaker segera menangguhkan persidangan sekiranya penilaian kesihatan mendapati wujud risiko atau ancaman daripada pandemik ini.

Selaku ADUN, saya mengambil tanggungjawab atas titah Baginda Tuanku yang menitahkan ahli mesyuarat memberi tumpuan serta membincangkan hal berkaitan menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi negeri untuk kebaikan rakyat Johor, bukannya hal-hal lain berkenaan politik dan kepentingan sendiri.

Insya-Allah, atas kapasiti yang ada, saya akan pastikan titah nasihat Baginda Tuanku diberi keutamaan dan diambil tindakan sewajarnya khususnya berkaitan usaha menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi negeri Johor dan juga negara.

Segala titah pedoman dan titah nasihat Baginda Tuanku akan dijadikan panduan kepada saya dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat. Sebagai seorang pemimpin, kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu rakyat sedaya upaya dengan penuh keikhlasan agar kita dapat menang bersama dalam perang melawan pandemik COVID-19 ini.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

Isnin, 9 Ogos 2021

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1443 kepada semua umat Islam di negara ini |- Najib Razak


Bismillahirrahmanirrahim

Hijrah menjadi agenda penting dalam strategi dakwah Rasulullah S.A.W. 

Ianya merupakan simbolik utama antara situasi Islam dimartabatkan dan direndahkan dengan situasi Islam memerintah dan bermaruah.
 
Hijrah Rasulullah S.A.W. telah mengangkat dan mentransformasi kembali martabat Islam dengan denyut nadi kemenangan umatnya dan kekuasaan agama Allah.

Ianya merupakan nilai manifestasi hijrah yang seharusnya tercetus setiap kali sambutan tahun baru Hijrah.

Peristiwa Hijrah telah didokong padu oleh golongan Muhajirin dan Ansar seperti yang disebutkan dalam Surah Al-Hasyr ayat 8 dan 9.

Wasilah untuk mencapai kejayaan dapat dilihat dari ketelitian dan kehalusan perancangan strategi yang diatur Nabi S.A.W. untuk berhijrah.

Baginda memberi tanggapan terburuk bagi risiko yang bakal dihadapinya dan tidak meninggalkan sebarang pertimbangan untuk ruang kegagalan.

Ianya boleh diumpamakan bagaimana sebuah kapal yang teguh diketuai seorang nakhoda berkemahiran bersama anak kapalnya yang taat dan setia, belayar bersama dengan halangan, arus bergelora, angin kuat sehingga akhirnya boleh sampai ke destinasi dengan selamat.

Jelaslah bagaimana strategi Baginda S.A.W. menjaga kerahsiaan, hanya memberi maklumat kepada mereka yang dipercayai sahaja. Ini pula dibantu oleh daya usaha Syaidina Abu Bakar R.A. dengan bantuan keluarga dan orang bawahannya.

Iktibarnya, inilah juga nilai manifestasi Hijrah yang diagendakan oleh parti UMNO sehingga mencapai kejayaan, kemajuan kepada agama, bangsa dan negara selama berdekad sejak dulu, kini dan selamanya.

Sebagai sebuah negara Islam progresif dan moderat, ianya perlu dinaungi oleh parti atau organisasi yang kuat, mempunyai pemimpin bermaruah, sentiasa mendahulukan rakyat dan mengutamakan Maqasid Syariah dalam tadbir urus negara.

Ianya memerlukan kuasa politik atau daulah siasah yang stabil, sentiasa mempertahankan keluhuran undang-undang berasaskan Raja Berperlembagaan.

Ambillah iktibar dari strategi dakwah Rasulullah S.A.W. dalam peristiwa Hijrah ini, terutamanya dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19, krisis ekonomi dan krisis politik ketika ini.

Marilah bekerjasama memastikan negara kita maju ke hadapan, menguatkan perpaduan dan persaudaraan antara semua kaum dan agama. 

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1443 kepada semua umat Islam di negara ini.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia




Sabtu, 7 Ogos 2021

Tahniah buat jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang kerana menghadiahkan pingat perak buat Malaysia


Syabas "The Pocket Rocketman"

Tahniah buat jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang kerana menghadiahkan pingat perak buat Malaysia menerusi acara Keirin basikal trek, Sukan Olimpik Tokyo, sebentar tadi.

Kejayaan ini tentunya menambahkan keceriaan buat kontinjen negara sebelum temasya sukan tersohor ini melabuhkan tirainya.

Biar apa pun warnanya, kilauan pingat yang dikutip di pentas sukan terbesar ini tentunya memberi makna cukup signifikan buat anda dan juga negara apabila melihat Jalur Gemilang dinaikkan.

Seluruh rakyat Malaysia pastinya amat berbangga dengan aksi dan semangat tidak mudah mengalah yang anda tunjukkan. Saya turut merasa sayu melihat tangisan kemenangan sebentar tadi. Kami di Malaysia amat memahami perasaan serta kesukaran yang anda lalui sepanjang temasya ini. Terima kasih saya ucapkan atas segala pengorbanan anda demi negara.

Syabas juga kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Seri Reezal Merican, barisan kejurulatihan dan seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan ini.

Kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula, saya ingin katakan yang kegagalan mengiringi Azizulhasni ke peringkat akhir tidak seharusnya mematahkan semangat anda.

Iltizam dan semangat 'Demi Malaysia' yang dipamerkan apabila sanggup mengetepikan kesakitan yang dialami semasa di peringkat saringan dan suku akhir dengan sendirinya membuktikan anda adalah wira yang perlu disanjungi. Terima kasih Shah Firdaus.

Tahniah Azizulhasni!
Syabas Shah Firdaus!

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia


Bukan 102 |- Najib Razak


Bukan 102. 

Sebenarnya kurang dari 100 setakat ini.

Mungkin 90-95 nanti atau kurang lagi.

Sebab itu, saya percaya bahawa PM8 telah berbohong kepada YDP Agong semasa dia kata dia masih ada sokongan majoriti.

Sekiranya benar-benar ada sokongan majoriti, sesiapa akan buat undian serta-merta untuk menyelesaikan segala keraguan berhubung keabsahannya. Bukan tunggu sebulan.

Lagipun, ganti PM tidak bermaksud seluruh kerajaan akan henti berfungsi. 

Jika kerajaan akan lumpuh sebab semua bergantung pada PM sahaja maka ianya adalah risiko amat besar.

Kerajaan tetap jalan cuma dasar akan berbeza.

Sebagai bukti, kerajaan tetap berjalan walaupun PM8 masuk hospital seminggu semasa dia diarea. Tak lumpuh pun kerajaan.

USA tak dijahanamkan apabila Biden ganti Trump bulan Januari lalu di tengah pandemik.

Jepun juga tak jahanam apabila Yoshihide Suga ganti Shinzo Abe pada bulan September lalu di tengah pandemik.

Sidang media yang dikatakan 31 orang BN menyokong biarpun pernah kata 40 orang sebenarnya adalah bukti kukuh bahawa PM8 sudah hilang sokongan majoriti.

Itupun makin hari makin berkurang setelah satu per satu daripada 31 orang yang dinamakan itu letak jawatan kerajaan atau keluarkan kenyataan untuk menafi sokong PM8.

Selagi keabsahan PM8 tidak diselesaikan secepat mungkin (secepat mungkin bukan bermaksud 3-4 bulan kemudian), selagi kerja tawar-menawar, hadiah durian, sidang media dan meeting kat rumah tengah malam akan berterusan.

Itulah fokus seluruh negara bagi masa sebulan lagi - bukan fokus pada Covid atau ekonomi.

Jadi, ianya lebih adil pada negara dan Rakyat bahawa undian berlaku secepat mungkin dan bukan sebulan lagi.

Kalau dah gagal segagalnya mengawal Covid, menjaga ekonomi dan untuk usaha membeli/mengugut katak walaupun diberi kuasa penuh darurat 7 bulan dengan seluruh jentera kerajaan, maka ianya sudah tiba masa untuk menerima realiti dan memberi laluan kepada pemimpin lain.

Memandangkan Malaysia sudah antara paling parah dalam dunia dari segi Covid dan ekonomi, ianya agak mustahil bahawa prestasi orang yang ganti dia akan menjadikan Malaysia lagi teruk daripada paling parah dalam dunia.

Bagaimana nak jatuh ke paling corot sekiranya sudah paling corot?

Kita perlu juga perhatikan siapa yang masih bekap PM8 pada masa undian berlaku.

Sebab ramai akan buat rumusan masa itu bahawa mereka yang ketinggalan bas dan masih ingin berkait dengan kerajaan tanpa keabsahan yang gagal segagalnya sehingga saat terakhir itu adalah mangsa-mangsa sogokan dan ugutan "scheme of things".

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



Jumaat, 6 Ogos 2021

TALIAN KHAS BANTUAN MAKANAN PARLIMEN PEKAN


Sepanjang masa Covid-19 ini, ramai yang terjejas.

Hilang kerja. Pendapatan berkurangan. 

Keperluan tidak mencukupi.

Pejabat Parlimen Pekan dan BN Pekan telah menghulurkan kepada seramai yang mungkin.

Imam, bilal, siak, peniaga kecil, pekerja buruh, pesara, warga emas, orang Asli.

Pintu kami tidak tutup dan tidak henti memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Saya bimbang mungkin masih ada di Pekan yang memerlukan pertolongan dari segi keperluan makanan.

Saya ambil keputusan untuk kongsikan nombor talian yang penduduk Pekan boleh hubungi:

014-7055403
014-7055404

Saya cuba bantu seramai yang saya boleh.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



Perdana Menteri Malaysia singgah di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Raya untuk menyampaikan sumbangan makanan basah dan Bakul Prihatin Negara kepada 50 penghulu kampung di sekitar Pagoh dan Muar, Johor.

Hari ini saya singgah di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Raya untuk menyampaikan sumbangan makanan basah dan Bakul Prihatin Negara kepada 50 penghulu kampung di sekitar Pagoh dan Muar, Johor.

Sebanyak 1,000 bakul disediakan untuk diedarkan oleh para penghulu bersama-sama sukarelawan Skuad Prihatin Negara kepada masyarakat setempat, di samping barangan basah seperti sayuran, ikan dan ayam segar.

Bakul Prihatin Negara adalah program nasional yang telah digerakkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama sektor korporat baru-baru ini, sebagai nilai tambah kepada program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan sejak pandemik COVID-19 melanda. Ia bertujuan membantu mereka yang terkesan tanpa mengira batas kaum dan fahaman politik.

Justeru, saya nasihatkan mereka yang tertinggal daripada senarai penerima supaya segera menghubungi pemimpin masyarakat atau wakil rakyat masing-masing. Insya-Allah kita akan pastikan bantuan dihantar secepat mungkin.

Di bawah Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sahaja sebanyak 500,000 Bakul Makanan telah diedarkan melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Tidak cukup dengan itu pada 1 Julai lalu, di bawah Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sejumlah RM66.6 juta diperuntukkan untuk Bantuan Bakul Makanan dengan kadar RM300,000 setiap ahli Parlimen, tanpa mengira parti kerajaan atau pembangkang.

Di bawah Bakul Prihatin Negara yang baru digerakkan 15 Julai lalu pula, lebih 60,000 bakul telah diedarkan yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 isi rumah di seluruh negara.

Hasrat Kerajaan tidak lain adalah untuk menolong rakyat yang terkesan akibat pandemik, justeru marilah kita bersama-sama berusaha memulihkan negara, di samping berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita semua dan tanah air yang kita cintai ini dilindungi hendaknya.

#KerajaanPrihatin
#MenangBersama
#BakulPrihatinNegara
Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

Khamis, 5 Ogos 2021

Najib Razak Sanggup Sokong Kerajaan PN Sekiranya...

Saya sanggup sokong kerajaan PN sekiranya ada sesiapa boleh jelaskan kenapa kerajaan PN mengambil langkah-langkah berikut dan kenapa ianya bukan kesilapan amat besar yang terlalu jelas.

1. Bermula dengan bulan Jun 2020. Langkah tidak lagi memerlukan pelawat asing kuarantin di pusat kerajaan tetapi kuarantin kendiri di rumah. Lepas itu, kerajaan U-turn satu bulan kemudian tetapi terlambat sebab varian baharu berjaya masuk dan mencetuskan kluster Sivagangga pada bulan Julai dan Covid mengganas di negeri-negeri utara. 

Inilah sebenarnya punca gelombang ini - bukan sekadar PRN Sabah yang berlangsung dua bulan kemudian.

2. Pada bulan Oktober 2020, langkah kerajaan hanya perlukan kurantin kendiri selama 3 hari sahaja bagi mereka yang pulang dari PRN Sabah. Lalu u-turn seminggu kemudian tetapi sudah terlambat.

3. Langkah kerajaan membenarkan rentas negeri dan pelancongan pada bulan Disember 2020 ketika kes baharu sebanyak 1,600 kes biarpun kerajaan sudah meminta darurat untuk kali pertama sebulan dahulu ketika kes cuma sekitar 500.

Akibat keputusan ini, kes naik ke 2,232 sebulan kemudian. Ini membuka jalan untuk kerajaan meminta darurat sekali lagi pada bulan Januari.

4. Langkah kerajaan tiba-tiba mengurangkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing daripada 14 hari ke 7 hingga 10 hari pada bulan Disember lalu pada ketika seluruh dunia sedang ketatkan lagi proses kuarantin mereke sebab varian baharu sedang mengganas.

Paling malangnya ialah langkah ini hanya U-turn 5 bulan kemudian pada bulan April 2020.

Masa itu sudah terlambat sebab varian-varian UK, Afika Selatan dan India ataupun dikenali sebagai varian Delta sekarang sudah masuk ke negara.

5. Langkah kerajaan membuat PKP separuh masak pada PKP 2.0 di mana kilang dan tapak pembinaan merupakan penyumbang terbesar Covid ketika itu. Tapi semua sektor lain disekat kecuali sektor kilang dan tapak pembinaan.

Ini seumpama tangan kanan patah tetapi dibalutnya seluruh badan kecuali tangan kanan.

Dan diulangi lagi kesilapan ini bagi PKP 3.0, total lockdown, PKPD dan PPN. Diumum Total tapi dibenarkan 129,000 syarikat dan 1,100 tapak pembinaan seluruh negara terus beroperasi.

6. Pada bulan Februari 2020, Kerajaan umum sekolah dibuka semula pada bulan Mac ketika kes baharu lebih tinggi berbanding masa darurat bermula.

Biarpun kluster-kluster pendidikan semakin banyak setiap hari dan lebih 80,000 murid sudah dijangkit pada bulan April, kerajaan masih teruskan sekolah bersemuka termasuk di kawasan yang sudah dilaksanakan PKP.

Malah ibubapa disuruh jangan risau kononnya kerajaan ada caranya untuk mengawal kluster pendidikan.

Akibat ini, murid sekolah yang tidak bergejala dan sukar dikesan positif Covid membawa balik virus ke rumah masing-masing untuk menjangkit ahli keluarga.

Ahli keluarga pula menular virus ke komuniti sehinga Covid menjadi sporadik di mana-mana.

7. Kerajaan tunggu sehingga penggunaan kapasiti ICU cecah 103% sebelum mengumumkan total lockdown seminggu dahulu pada bulan Jun biarpun KP KKM dan beberapa menteri kerajaan sudahpun memberi amaran bahawa penggunaan ICU hospital sudah membimbangkan seawal bulan April.

Langkah yang lembab ini yang menyebabkan sistem hospital tidak mampu bertahan.

Paling menyedihkan ialah langkah-langkah tersebut adalah terlalu jelas merupakan satu kesilapan besar yang tidak masuk akal ketika ianya dilakukan - melainkan niat ialah untuk membiak Covid supaya ada alasan untuk meminta darurat dan tidak ditamatkan awal.

Setiap kali langkah-langkah di atas dilaksanakan, saya telah berulang-kali memberi amaran bahawa ianya akan membawa parah pada negara tetapi kerajaan tidak mahu dengar.

Ya, pandemik mengancam seluruh dunia tetapi Malaysia tidak jadi antara negara paling corot dalam dunia dari segi Covid dan ekonomi tanpa sebab.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



Alhamdulillah Kita Berjaya Capai Kadar Vaksinasi Tertinggi -Tan Sri Muhyiddin Yassin


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sejak 12 Julai 2021, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya merekodkan pemberian dos harian sebanyak lebih 400,000 dos hampir setiap hari.

Alhamdulillah semalam, kita telah berjaya mencapai kadar vaksinasi harian tertinggi setakat ini iaitu *507,050* dos. Ini menjadikan jumlah individu yang telah menerima dos pertama sehingga semalam ialah *10,920,862* dan sejumlah *5,104,054* individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Sukacita saya juga ingin mengumumkan bahawa seramai 46.7% daripada populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan seramai 21.8% pula telah mendapat dos yang penuh.

Pencapaian ini selari dengan sasaran yang ditetapkan dan sudah semestinya perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai.

Dengan vaksinasi, kita akan dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital dan mengurangkan kes-kes jangkitan yang teruk, seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara, insya-Allah.

Terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan PPV yang membantu melancarkan pelaksanaan program ini.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia


Rabu, 4 Ogos 2021

Ustaz Ebit Lew Bersyuku Dapat Sumbang 2 Buah Kontena Sejuk Beku Simpanan May4t di Hospital Kepala Batas dan Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani.


Syukur sangat rasa kami dapat beli 2 buah kontena sejuk beku simpanan mayat dan terus serahkan ke Hospital Kepala Batas dan Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani. Kami pasang sekali rak simpan jenazah. Terus pasang dan digunakan.

Masa sampai tadi jadi sebak. Bila dengar cerita Dr dan pegawai hospital. Cara mereka berterima kasih buat saya jadi sebak sangat. Hari Sabtu kami berbual. Hari ini Selasa dah sampai katanya. Banyak lagi hospital memerlukan kontena ini. Doakan ye.
.
Berat ujian negara kita kali ini. Semoga Allah beri kekuatan buat Dr, Nurse, Frontliner, dan semua petugas KKM. Allah beri sembuh pada yang sakit. Semoga Allah mudahkan segala urusan pesakit dan keluarga. Menangis mendengar kisah-kisah di Hospital.

Terima kasih PDRM membantu memudahkan kerja misi bantuan ini. Terima kasih Team ATMS membantu tadi. Terima kasih semua kru PKUM di sg Petani. Terima kasih KKM. Terima kasih Pihak Hospital. Terima kasih tuan puan semua yang bersama kami selama ini. InsyaAllah kita akan cuba bantu dari semasa ke semasa. Pasakit dan yang meninggal dunia bukan orang lain. Keluarga kami juga. Sama-sama kita membantu dan mendoakan.
Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Isnin, 2 Ogos 2021

Kerajaan PN perlu naikkan had hutang 65%, namun fobia kena undi di Parlimen, kata Najib


Sekiranya hargai nyawa manusia, sayang pada Rakyat serta negara dan hormati undang-undang, kerajaan PN sepatutnya bawa usul ke parlimen untuk naikkan had hutang kepada KDNK supaya kerajaan boleh meminjam lebih untuk bantu Rakyat secara sementara dan tidak melanggar had hutang yang ditetapkan oleh parlimen.

Inilah sebab satu persatu hospital perlu minta pihak swasta untuk sumbang kontena untuk simpan mayat, hospital-hospital kerajaan tak cukup oxygen concentrators dan kerajaan tidak mampu lebih membantu Rakyat untuk hadapi lockdown yang amat ketat untuk 14 hari sahaja bagi redakan keadaan Covid yang sudah menjadi antara paling parah dalam dunia.

Masa PRU14, kerajaan BN telah berjaya turunkan nisbah hutang ini ke 48.7% - jauh di bawah had 55% yang ditetapkan.

Tetapi dinaikkan sampai 54.4% semule masa kerajaan PH tumbang.

Lalu kerajaan PN berjaya luluskan usul dalam Dewan untuk naikkan had 55% ini ke 60% untuk membuka ruang kewangan untuk lebih membantu Rakyat.

Namun had ini telah dicecah kerajaan PN.

Maka ada keperluan amat mendesak untuk kerajaan PN naikkan had ini sekali lagi ke 65% untuk bantu Rakyat dan lawan Covid.

Tapi kerajaan PN tak akan buat sebab nafsu untuk kekalkan kuasa tak kira apa jua adalah lebih besar berbanding nyawa manusia serta keperluan mendesak Rakyat yang amat susah setelah berbulan-bulan dikurung dan negara.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia




Ustaz Ebit Lew Dapat berita sepasang suami isteri dengan 2 orang anak remaja sudah 6 bulan tinggal dalam pondok buruk di celah semak sebelah laluan kereta api.

Sayunya hati. Tadi kami ke Kajang Selangor. Dapat berita  sepasang suami isteri dengan 2 orang anak remaja sudah 6 bulan tinggal dalam pondok buruk di celah semak sebelah laluan kereta api. Kasihan mereka. Mak dan adiknya telah pergi menumpang di rumah saudara. Ujian mereka. Ayah bekas askar. Anak lelakinya  18 tahun kerja kutip sampah. Rajin orangnya. Tiada SPM last belajar darjah 6. Saya tengok ic. Alamat Kajang.

Menangis melihat keadaan adik ni. Saya minta team ambil mak dan adiknya. Supaya semua dapat duduk semula kembali. Saya carikan rumah sewa untuk mereka. InsyaAllah kita akan bayar sewa bulannya sehingga mereka boleh berdikari sendiri. Syukur dapat cari rumah yang selesa berdekatan kilang cermin. Adik ni nak buat part time disitu.

Adik ni menangis gembira. Muda lagi dapat beri kehidupan baru buat keluarga. Kata saya,dulu saya tiada  duit keluarga saya susah. Sekarang Allah beri rezeki lebih sikit pada saya tapi mak ayah saya dah tiada. Adik syukur muda-muda kerana rajin Allah takdirkan kita berjumpa disini. Terima kasih ustaz.

Terima kasih kak Rose dan keluarga yang mesej saya dan masyarakat sekitar yang selalu dan banyak membantu.

Adik tadi nak belajar solat dan lain-lain. InsyaAllah kami akan membantu. Doakan ye buat keluarga ini yer. Semoga Allah bantu mudahkan. Terima kasih semua masyarakat badan kerajaan dan bukan. Terima kasih Masjid dan Pusat Zakat. Terima kasih NGO semua. Terima kasih yang bersama usaha ini. Terima kasih jiran masyarakat prihatin. Terima kasih semua. Kami cuma debu dan baru merangkak dalam usaha yang besar ini.
Dengan pertolongan Allah juga. Tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah. Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira agama bangsa dan negara.
Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Tiga Negeri Masuk Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa Rabu, 4 Ogos 2021.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Petang ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperincikan kemudahan kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin. Turut dibincangkan adalah kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi.

Perkara ini perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Insya’Allah kemudahan-kemudahan ini akan saya umumkan dalam waktu yang terdekat dan diharapkan dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan juga membantu sektor ekonomi kita dengan mengambilkira keselamatan rakyat. 
Ingin saya tekankan juga di sini bahawa strategi kerajaan adalah memberikan vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk dewasa di Malaysia bagi memastikan pemulihan negara dapat dijalankan dengan lancar. 

Lebih ramai yang divaksinasi, lebih ramai yang terlindung, lebih kurang tekanan dan bebanan kepada sistem kesihatan negara dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang boleh dibuka dengan selamat.

Pada mesyuarat petang ini juga, Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) YB YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah membentangkan perkembangan pelaksanaan PPN.

Alhamdulillah, sukacita ingin saya umumkan bahawa tiga buah negeri yang menunjukkan prestasi yang amat baik akan beralih ke Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa Rabu, 4 Ogos 2021. 

Tahniah dan syabas saya ucapkan. Suka untuk saya mengingatkan agar SOP dan peraturan yang telah ditetapkan terus dipatuhi dan semua usaha untuk menambahbaik situasi pandemik di negeri masing-masing diteruskan.

Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya. Kita harus optimis dan terus bergerak ke hadapan supaya pemulihan negara dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan selamat.
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersama

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

Ahad, 1 Ogos 2021

Syabas Nur Dhabitah !! , Ikhlas Daripada Perdana Menteri Malaysia



Aksi dan tentangan yang anda pamerkan dalam final sebentar tadi adalah amat mengagumkan.

Biar pun tanpa pingat, kelibat dan aksi anak muda berusia 22 tahun ini nyata menghiburkan bersama semangat yang tidak mudah mengalah. 

Layak ke final dan berada di tempat keempat daripada 12 peserta dalam temasya sukan tersohor, Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga adalah satu kejayaan yang perlu anda banggakan.

Jangan sedih. Perjalanan anda masih jauh. Masih banyak kejayaan yang boleh dilakar termasuk pada edisi Sukan Olimpik akan datang.

Senyumlah Nur Dhabitah!

#DemiMalaysia

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

Ucapan Tahniah Perdana Menteri Kepada Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Pemenang Pingat Gangsa Pertama Malaysia di Olimpik Tokyo 2020


Tahniah Malaysia!
Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik!

Kemenangan dan sumbangan pingat yang amat diharap serta dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan tanah air.

Pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang diraih malam ini tentunya mampu menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada atlet-atlet negara yang lain untuk memburu kilauan pingat seterusnya.

Tahniah saya ucapkan kepada pasangan Aaron Chia-Wooi Yik, serta barisan kejurulatihan atas sumbangan pingat sulung buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Tokyo ini.

Buat pasangan muda kita ini, teruskan usaha dan berjuanglah demi negara. Anda telah membuktikan yang negara boleh menaruh harapan kepada anda. Tahniah, anda kebanggaan Malaysia! 

Syabas!

Demi Malaysia! 
Demi Malaysia!
Demi Malaysia!

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia