Isnin, 2 Ogos 2021

Kerajaan PN perlu naikkan had hutang 65%, namun fobia kena undi di Parlimen, kata Najib


Sekiranya hargai nyawa manusia, sayang pada Rakyat serta negara dan hormati undang-undang, kerajaan PN sepatutnya bawa usul ke parlimen untuk naikkan had hutang kepada KDNK supaya kerajaan boleh meminjam lebih untuk bantu Rakyat secara sementara dan tidak melanggar had hutang yang ditetapkan oleh parlimen.

Inilah sebab satu persatu hospital perlu minta pihak swasta untuk sumbang kontena untuk simpan mayat, hospital-hospital kerajaan tak cukup oxygen concentrators dan kerajaan tidak mampu lebih membantu Rakyat untuk hadapi lockdown yang amat ketat untuk 14 hari sahaja bagi redakan keadaan Covid yang sudah menjadi antara paling parah dalam dunia.

Masa PRU14, kerajaan BN telah berjaya turunkan nisbah hutang ini ke 48.7% - jauh di bawah had 55% yang ditetapkan.

Tetapi dinaikkan sampai 54.4% semule masa kerajaan PH tumbang.

Lalu kerajaan PN berjaya luluskan usul dalam Dewan untuk naikkan had 55% ini ke 60% untuk membuka ruang kewangan untuk lebih membantu Rakyat.

Namun had ini telah dicecah kerajaan PN.

Maka ada keperluan amat mendesak untuk kerajaan PN naikkan had ini sekali lagi ke 65% untuk bantu Rakyat dan lawan Covid.

Tapi kerajaan PN tak akan buat sebab nafsu untuk kekalkan kuasa tak kira apa jua adalah lebih besar berbanding nyawa manusia serta keperluan mendesak Rakyat yang amat susah setelah berbulan-bulan dikurung dan negara.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia




Tiada ulasan:

Catat Ulasan