Sayunya hati. Tadi kami ke Kajang Selangor. Dapat berita sepasang suami isteri dengan 2 orang anak remaja sudah 6 bulan tinggal dalam pondok buruk di celah semak sebelah laluan kereta api. Kasihan mereka. Mak dan adiknya telah pergi menumpang di rumah saudara. Ujian mereka. Ayah bekas askar. Anak lelakinya 18 tahun kerja kutip sampah. Rajin orangnya. Tiada SPM last belajar darjah 6. Saya tengok ic. Alamat Kajang.
Menangis melihat keadaan adik ni. Saya minta team ambil mak dan adiknya. Supaya semua dapat duduk semula kembali. Saya carikan rumah sewa untuk mereka. InsyaAllah kita akan bayar sewa bulannya sehingga mereka boleh berdikari sendiri. Syukur dapat cari rumah yang selesa berdekatan kilang cermin. Adik ni nak buat part time disitu.
Adik ni menangis gembira. Muda lagi dapat beri kehidupan baru buat keluarga. Kata saya,dulu saya tiada duit keluarga saya susah. Sekarang Allah beri rezeki lebih sikit pada saya tapi mak ayah saya dah tiada. Adik syukur muda-muda kerana rajin Allah takdirkan kita berjumpa disini. Terima kasih ustaz.
Terima kasih kak Rose dan keluarga yang mesej saya dan masyarakat sekitar yang selalu dan banyak membantu.
Adik tadi nak belajar solat dan lain-lain. InsyaAllah kami akan membantu. Doakan ye buat keluarga ini yer. Semoga Allah bantu mudahkan. Terima kasih semua masyarakat badan kerajaan dan bukan. Terima kasih Masjid dan Pusat Zakat. Terima kasih NGO semua. Terima kasih yang bersama usaha ini. Terima kasih jiran masyarakat prihatin. Terima kasih semua. Kami cuma debu dan baru merangkak dalam usaha yang besar ini.
Dengan pertolongan Allah juga. Tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah. Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira agama bangsa dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan