Nampak berlegar posting ni merata-rata dan rasa terpanggil nak bagi sepatah dua kata. Kalau nak belajar dan tambah ilmu, mari baca sampai habis.
Kenapa ramai orang yang keluarkan duit EPF dari Akaun 1 dan kemudian masuk ke unit trust tidak berjaya mendapat pulangan yang setimpal dengan risiko yang diambil? Dan kenapa ada orang yang buat benda yang sama tapi berjaya dapat pulangan melebihi kadar dividend EPF?
1. Kena faham benda paling asas. EPF dan pelaburan di unit trust adalah dua perkara yang berbeza. Tak sama langsung kalau nak compare. Macam epal dengan oren. Dua-dua buah juga, tapi rupa tak sama, rasa tak sama, kepuasan bila makan pun tak sama. Jadi, sebab apa EPF dengan unit trust tak sama?
a) Asset allocation di EPF lebih berat kepada asset class fixed income (bonds) di mana 50% dari seluruh asset di dalam EPF dilaburkan dalam instrument fixed income.
(Side note: I have had the privilege to be one of those managing the fixed income investment for the EPF funds for its global portfolio.)
Bila kita sebut fixed income ni, apa maksud dia? Kita invest dalam apa?
Kita invest dalam instrument yang akan bagi pulangan tetap (hence the name fixed income) di mana instrument ini dikeluarkan oleh syarikat korporat dan mereka akan bayar dividend (kebiasaannya kita guna term coupon tapi saya sebut dividend bagi senang faham).
Apa risiko kalau invest dalam fixed income?
Risiko paling utama ialah default risk, di mana syarikat tadi tak mampu bayar coupon dan juga principal. Tapi risiko ini sangat kecil sebab dah melalui proses due diligence yang sangat ketat berserta proses credit assessment secara internal sebelum pergi ke lapisan tertinggi untuk memberikan approval untuk masuk dalam list bonds yang boleh dibeli. Ini adalah proses typical yang wujud dalam mana-mana institusi pelaburan.
(Corporate governance and risk management in EPF is very very solid, trust me I've experienced it myself)
b) Tidak tertakluk kepada turun naik harga. Okay part ni saya akan jelaskan satu-satu.
Kalau kita tengok duit kita dalam Akaun EPF, kita ada nampak tak turun naik harga yang seterusnya mempengaruhi turun naik value asset kita di EPF? Takde kan?
Maksudnya apa? Adakah pelaburan di EPF tidak tertakluk kepada market movement dan volatility di pasaran?
Tidak. Sebenarnya pelaburan di EPF masih akan berlaku turun naik harga dan beri impak kepada turun naik asset value. Tetapi maklumat itu hanya available di dalam buku EPF sahaja. Kalau awak rajin, awak boleh cari Annual Report EPF, dan cuba hadamkan. Tapi kalau awak tak rajin, awak baca je post ni.
EPF juga mengalami isu sama jika market tak perform atau bahasa slang kita sebut 'koyak'. Lagi-lagi masa tahun 2022 dulu time Federal Reserve naikkan interest rate dekat US mencanak-canak. Memang koyak habis. Tapi keadaan masih terkawal sebab asset allocation dalam EPF bukan semua terdedah kepada turun naik harga pasaran. Ini masuk next point.
c) Dalam report EPF, ada pelaburan yang dimasukkan dalam trading book (maksudnya akan terdedah kepada turun naik harga tadi) dan ada yang dimasukkan dalam HTM book. HTM book ni senang cakap dia macam apa harga beli, itulah harga yang direkodkan, takde impak kalau tiba-tiba market turun naik. Sebab apa macam tu?
Sebab EPF follow guideline financial reporting macam MFRS9, jadi untuk pelaburan yang EPF akan pegang sampai dia mature, maka tak perlu rekod turun naik harga tu.
Apa maksud pegang sampai mature tu pulak dah?
Maksud dia, contoh macam fixed income tadi. Syarikat korporat akan issue bonds ni ikut maturity tertentu. Katakan bonds tu 7y maturity, maksudnya EPF akan dapat coupon payment setiap tahun (ikut level rating, type of issuance and industry, biasanya range antara 4 hingga 7%), di mana standard practice coupon akan dibayar 2 kali setahun, selama 7 tahun dan di akhir tahun ketujuh tu bayaran principal tu juga akan dibuat bersama. Konsep dia macam kita berhutang dengan bank, kena charge berapa % and selama tempoh berapa lama. Konsep dia secara asas macam tu la tapi in this case terbalik la sebab EPF yang dapat pulangan.
So far faham kan?
Kesimpulan untuk point #1, duit kita semua di EPF ni lebih menepati classification seperti ia pelaburan di dalam fixed income. Sebab apa?
i) Duit kita di Akaun EPF tidak ada turun naik harga
ii) Setiap tahun kita dapat dividend seperti yang diumumkan EPF
2. Melabur di unit trust pula maksudnya apa? Kita akan terdedah kepada turun naik harga setiap hari. Sepertimana turun naik pasaran saham setiap hari, seperti itu juga setiap unit trust funds akan publish harga unit trust mereka yang berubah setiap hari.
Itulah yang kita lihat dalam daily NAV yang dipublish dalam semua platform jual beli unit trust funds.
Dalam kebanyakan waktu, kita nak melabur dalam unit trust ini sebab kita nak dapatkan exposure dalam region tertentu di luar Malaysia. Dan selalunya exposure tersebut di dalam pasaran saham luar negara.
Namun, ada begitu banyak pilihan unit trust funds yang ada di pasaran dengan pelbagai jenis strategi, yang biasa disebut antaranya mungkin growth fund, aggressive fund, developed market, dividend fund dan lain-lain lagi.
Apabila nak buat analisa, unit trust funds mana yang patut anda beli/invest di dalamnya, ada banyak faktor yang perlu diambil kira. Dan dengan analisa yang betul, anda sebenarnya boleh jumpa unit trust funds yang dapat beri pulangan yang lebih tinggi dari dividend EPF.
But again, sebab kenapa anda nak melabur dalam unit trust funds pun kena jelas juga.
Kalau anda sekadar nak dapatkan return dalam lingkungan 4-5%, maka eloklah biar saja dalam EPF tu diam-diam. Ini maksudnya, anda punya risk profile tu tak melayakkan anda untuk keluarkan duit EPF tu pun.
Sebab apa saya kata gitu?
Bukan sebab duit dalam EPF anda kurang dari level tertentu ke apa. Tapi lebih kepada risk preference level anda yang agak conservative.
Kalau anda jenis yang tak boleh nak tengok volatility yang saya sebut sebagai turun naik harga di pasaran tadi, maknanya risk profile anda jenis yang conservative.
Tapi, katakanlah anda memang nak invest dalam unit trust funds sebab nak dapatkan potential return yang lebih tinggi melalui overseas market exposure, maka kena belajar macam mana nak cari unit trust funds yang fit dengan strategi dan risk profile anda. Part ni saya takkan elaborate di sini, sebab saya tak boleh bagi specific recommendation kepada public.
Dulu semasa bertugas sebagai fund manager, tugas saya lebih berat kepada menguruskan dana EPF untuk kebaikan ahli. Dan tugas itu tak mudah. Terutama sekali bila keadaan market yang mencabar. Ada waktu, kita akan cut loss, tapi ada waktu, return dlm global fixed income boleh pergi sampai 30%. Does it make me happy? Well it does, but not to the extent that I'm willing to do it until I retire...
Cuma sekarang, tugas saya lebih kepada memastikan klien saya buat keputusan yang tepat dalam menguruskan kewangan mereka. Berdasarkan pengalaman yang saya ada, saya percaya bahawa usaha membantu masyarakat untuk buat benda yang betul ini satu jihad. Sebab terlalu ramai yang dapat maklumat yang silap, dan akhirnya tak tahu dan tak jumpa cara yang betul. Sekarang, saya lakukan dalam kapasiti peribadi untuk kongsi ilmu dan serba sedikit pengalaman yang ada. Dan itu buat saya rasa sangat satisfied.
Setiap kali saya jumpa klien saya untuk cerita tentang investment, memang saya akan buka factsheet dan explain in detail, apa info yang mereka patut tengok, macam mana nak buat comparison, apa maksud benchmark, macam mana nak tengok volatility level. Dan saya akan gunakan waktu tersebut untuk educate klien saya supaya mereka dapat buat keputusan sendiri berdasarkan maklumat yang saya kongsikan.
Sebab at the end of the day, the decision is always in their hands. Dan alhamdulillah, lepas dapat penjelasan, mereka ambil keputusan untuk ikut saranan yang saya beri. Itulah kepuasan yang paling utama.
Jadi, menjawab persoalan, yang mana lebih baik, EPF atau unit trust funds? The above was my explanation.
Jawapan pendek dia senang je, it depends ๐
Tiada ulasan:
Catat Ulasan