Khamis, 11 Januari 2024

RESEPI MEE KUNING HOME-MADE

Saya baru siap buat mee kuning yang tak berapa kuning sebab tak ada letak serbuk kunyit atau pewarna. Pucat je dia ๐Ÿ˜…

Resepi Mee Kuning home-made:

500 gm tepung high protein (tepung gandum biasa pun boleh. Saya suka high protein supaya lebih kenyal dan tak lembik)

Mesin pasta/ mee: https://shope.ee/3AiGv5Tuee

Jadikan 220 ml:
1 biji telur + 1 putih telur
Garam
Air

Cara buat:

Uli semua bahan. Doh ni memang keras sikit. Lebih kental dari doh karipap. Rehatkan 30 minit - 1 jam.

Canai dan potong guna mesin pasta. Saya nipiskan hingga no. 3 pada mesin meleperkan tu. Dah tu potong guna pemotong Spaghetti.

Rebus dalam air panas bercampur sikit minyak. Bila dah terapung, angkat dan letak dalam besen air+ais. Bila dah sejuk, toskan.

Bila semua mee dah siap, gaul dengan sedikit minyak sebelum disimpan dalam peti ais, atau gunalah terus.

Yang dalam gambar ni hasil dari dua adunan atau sekilo tepung.

Resepi Oleh: Ida Alina Salleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan