Selasa, 9 Januari 2024

RESEPI 3 JENIS COOKIES ALA FAMOUS AMOS


(pakai 1 bancuhan ja dah boleh dapat 3 jenis cookies)

cookies jar: https://shope.ee/509neRIDKM

๐Ÿช Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.

* 250 gram Butter (nak sedap pakai pure butter) cth: lurpak
* 1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1 biji telur gred A

Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.

๐ŸชTambahkan Bahan B

* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung jagung
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 6 sudu besar minyak

๐ŸชBila dah gaul sebati bahagikan kepada 3 adunan..

1) RED VELVET COOKIES
-letak 1sdk serbuk koko
-letak 2sdb pewarna redvelvet emulco
-untuk topping  kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dgn butterscotch chip (pakai yang mana ada je..๐Ÿ˜…)

2) CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES
-yg just tambahkan topping dia ja callebaut coin tu dgn nestum..

3) CHOCOLATE ALMOND COOKIES
-letak serbuk koko dalam 4 sudu (callebaut cocoa powder)
-letak topping choc chip, almond nips (tambah ja apa2 yg korang suka ok)๐Ÿ˜‰

Seterusnya....

๐Ÿช Sejukkan Adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1jam..
Kemudian....

๐Ÿช Sedia Dibakar

Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.

๐ŸชMasukkan Dalam Oven

Bakar 25 minit suhu 150 darjah(oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
selamat mencuba ๐Ÿฅฐ

Kredit ; empunya resepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan