Khamis, 29 Februari 2024

AYAM KENNY ROGERS

Ayam seksi tumpang lalu kejap. Tayah p kenny rogers dh kome.. Jimatt poket😋

Resepi

Ayam sekor2 atau potong 4. Nk seksi biarkan dia sekor2.

Bahan A
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia

Bahan B

sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.

Selamat mencuba

Kredit : Nurul Aini Mohamed Ali

Rempah Perap Ayam Madu :-
https://shope.ee/8pNqw7UBGs

Rabu, 28 Februari 2024

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI


1 kg siput sedut
2 ikat pucuk ubi
5 ulas bawang merah ~ kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
2 inc kunyit hidup ~ kisar halus
2 inc halia ~ kisar halus
15 tangkai cipi padi ~ kisar halus
2 batang serai ~ di titik
500 ml santan

Siput sedut di berus hingga bersih
Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur
Potong bahagian ekornya
Cuci bersih dan toskan

Pucuk ubi ambil bahagian pucuk daun yang lembut
Rebus hingga empuk, angkat dan toskan

Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan santan, serai dan siput
Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
Masukkan pucuk ubi
Perasakan dengan garam
Masak hingga kuah sedikit pekat
Sedia di hidangkan

Kredit kepada empunya resepi

Rencah Masak Lemak :-
https://shope.ee/6AN8P9r1NY

MASAK LEMAK PUCUK PAKU DENGAN UDANG


1 mangkuk besar pucuk paku yang telah di bersihkan
10 ekor udang sederhana besar
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya~ akarnya bersihkan hiris2 sikit puang kotor tanahnya
2 batang serai ~ di titik

Bahan Kisar
15 tangkai cili padi ~ kalau tak suka pedas boleh kurangkan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 keping asam keping

garam dan secukup rasa
1 mangkuk santan

Kisar semua bahan kisar dalam mesin pengisar
Masukkan bahan kisar dalam periuk
masukkan serai dan daun ketumbar
masak hingga harum
Masukkan udang

tambahkan air jika kuah kering
Masukkan asam keping dan garam secukup rasa
masukkan santan
bila kuah dah didih, masukkan pucuk paku
Masak kejap je.. sampai sayur lecur sikit je
Tutup api dan hidangkan

Kredit kepada empunya resepi
Semoga Allah murahkan lagi rezeki buatnya

Perencah Masak Lemak :-
https://shope.ee/6AN8P9r1NY

RESEPI CHEESE TART BUNCIT


Resepi Shell Tart 👇

1 ) 125gm majerin/butter

2 ) 150gm gula kastor

3 ) 1 biji telur saiz B

4 ) 400gm tepung gandum

5 ) Esen Vanilla

Cara2 : Buat Shell Tart

1 ) Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.

2 ) Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.

3 ) Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.

4 ) Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.

5 ) Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.

6 ) Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.

7 ) Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

BAHAN FILLING CHEESE :

1 ) 500gm cream cheese dari peti sejuk

2 ) 100gm gula kastor

3 ) 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit

4 ) 2 sdb butter

5 ) 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

INTI :

Apa-apa filling kegemaran.

Cara2 : Buat Filling Cheese

1 ) Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.

2 ) Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.

3 ) Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.

4 ) Masukkan dalam piping bag.

5 ) Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.

6 ) Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.

7 ) Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.

8 ) Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.

9 ) Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering

Acuan Cheese Tart
https://shope.ee/7AFfGmRBj9

Selasa, 27 Februari 2024

PUDING ROTI KAYANGAN


Bahan Puding Roti:
* 2 kotak susu coklat
* 2 biji telur
* 1 bungkus roti coklat kismis

Bahan Sos:
* 1 tin susu cair
* 1 tin air
* 1/2 sudu tepung jagung
* 1 sudu tepung kastard
* 5 sudu gula

Cara-cara:
1. Lapik dulang dengan kertas penaik
2. Penyekkan roti di dalam dulang
3. Pukul 2 biji telur bersama 2 kotak susu coklat hingga sebati
4. Tuang diatas roti, biarkan terendam dan kembang seketika
5. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit
6. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk

Cara buat Sos:
1. Campurkan susu cair, air (tin susu), 1/2 sudu tepung jagung, 1 sudu tepung kastard dan 5 sudu gula
2. Masak dengan api perlahan, kacau sehingga pekat dan kental
3. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk
4. Potong roti dan hidangkan bersama sos berkrim Selamat mencuba!

Kredit: Munirah Jasamai

Roti Gardenia Jumbo
https://shope.ee/AKCeNUewDr

RESEPI PATTY AYAM HOMEMADE

Nak beli selalu memang tak mampu. Anak pula ramai, sekali makan dah habis. Rupanya mudah je nak buat. Nampak sama tapi tak serupa. Jom saya kongsikan caranya :

400g isi dada ayam
2 biji kentang
1 btg lobak merah
1 biji telur
1 biji bawang holland
2 sk serbuk lada hitam
2 sk serbuk lada putih
1 sk chilli flakes
1 sk mixed herbs
6 sb tepung ubi kayu
2 sb mentega

Kisar isi dada ayam, kentang, lobak dan bawang dalam 'food processor' sehingga halus.

Campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk. Uli sebati. Lapikkan acuan di atas kertas pembakar. Kepalkan adunan dan bentukkan ikut acuan.

Kemudian, bolehlah kukus sebentar patty yg sudah siap selama 3 minit sebelum di simpan dlm peti sejuk beku.

Patty boleh di grill sebentar atas kuali dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba! 😊

Kredit Geliga Rasa

Patty Burger :-

RESEPI SHELL OUT HOMEMADE 😋


BAHAN-BAHAN :

* 2 sudu rempah kari daging
* Gula
* Garam @ perasa secukupnya
* Ketam
* Sotong
* Lala
* Udang
* Bunga kobis
* Brokoli
* Jagung rebus

BAHAN KISAR :

* 2 biji bawang besar
* Satu genggam cili kering
* 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak sedikit & masukkan bahan yang kisar tadi.

2. Tunggu sambal naik minyak, kemudian masukkan rempah kari daging dan masak sehingga betul2 pekat. Masukkan gula, garam & perasa secukupnya.

3. Masukkan ketam. Gaul rata.

4. Masukkan sotong. Gaul rata.

5. Tunggu 5 minit dan masukkan lala. Gaul rata.

6. Akhir sekali masukkan udang, bunga kobis & brokoli. Gaul rata semuanya.

7. Kalau ada jagung rebus, boleh potong dan masukkan sekali. Gaul rata lagi dan siap.

NOTA :
Air jangan letak  terlalu banyak sebab udang dan sotong akan keluarkan air

Kredit : Nur Syafiqin

SELAMAT MENCUBA 👍

Rempah Kari :-

ROTI TELUR CHEESE


Bahan-bahan :

Roti
Telur
Keju

Cara-caranya:

💖Letakkan 2 keping keju diatas roti, kemudian letakkan sekeping lagi roti di atas keju tersebut seperti sandwich.

💖Salutkan roti tersebut dengan telur yang telah dipukul. Panaskan minyak dan gorengkan.

💖Setelah keperangan, angkat roti.Roti telur cheese sedia untuk di hidang

Cheese block
https://shope.ee/7fBl2O9Ghd

🍦RESEPI BISKUT AISKRIM🍦


BAHAN-BAHAN:
▪️ 130gm mentega
▪️ 60gm gula ising
▪️ 160gm tepung gandum
▪️ 30gm tepung jagung
▪️ 20gm tepung ubi
▪️ 1/4 sudu teh serbuk penaik
▪️ 20gm serbuk badam
▪️ Sedikit esen vanilla
▪️ 1 biji kuning telur | untuk sapuan
▪️ Sedikit coklat masakan | dicairkan
▪️ Gula-gula manik | hiasan

CARA MEMASAK 👩‍🍳

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

2. Kemudian campurkan kesemua tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul sehingga menjadi doh.

3. Canai doh dan terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim.

4. Susun kepingan doh yang telah diterap tadi diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatasnya dan bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak.

5. Sejukkan biskut seketika dan kemudian celup hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.

6. Taburkan gula-gula manik berwarna dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

Sumber asal resepi & Gambar : rasa(dot)my

Esen Vanilla :-
https://shope.ee/9KJz1M0k1N

Rabu, 21 Februari 2024

BISKUT SAMPAN LEGEND


Saya guna resepi asal Azlina Ina

250g butter pure butter baru sedap
100g gula ising
1 biji telur
1 sb esen vanila
30g susu tepung
500g+- tepung gandum cap ros

cara2
satukan butter dan gula mix sebati kalau guna senduk pn buleh.
masuk kan telur dan esen vanila gaul rata
masuk kan susu tepung dan tepung sikit2 sampai habis
korg uli smpai agak2 jd doh yg lembut

Inti sampan dia
120g butter pure butter
150g kelapa kering
30g gula ising
50g badam cincang bakar dulu
50g ceri merah dan hijau nak letak kismis sekali pn boleh

cara buat inti
mix butter dan ising sebati
tambah bahan2 lain gaul rata ja

ok sekarang cara buat biskut sampan ni
ambik doh tekap padBiskut sampan lagend.

Saya guna resepi asal Azlina Ina

250g butter pure butter baru sedap
100g gula ising
1 biji telur
1 sb esen vanila
30g susu tepung
500g+- tepung gandum cap ros

cara2
satukan butter dan gula mix sebati kalau guna senduk pn buleh.
masuk kan telur dan esen vanila gaul rata
masuk kan susu tepung dan tepung sikit2 sampai habis
korg uli smpai agak2 jd doh yg lembut

Inti sampan dia
120g butter pure butter
150g kelapa kering
30g gula ising
50g badam cincang bakar dulu
50g ceri merah dan hijau nak letak kismis sekali pn boleh

cara buat inti
mix butter dan ising sebati
tambah bahan2 lain gaul rata ja

ok skrg cara buat biskut sampan ni
ambik doh tekap pada acuan, tekan padat dan keluakan elok2 jgn buat tebal2 ok.
masuk kan inti dan bakar 170 masa 20-25 minit acuan.keluakan elok2 jangan buat tebal2 ok.
masuk kan inti dan bakar 170 masa 20-25 mnt

Buttercup :-
https://shope.ee/9A0YnvGNsq

AYAM BERSOS LIMAU SUNKIS


1. Ayam filet basuh first dan gaul dgn tepung n goreng dengan tepung jagung yg letak garam ... ketepikan selepas masak, jgan tertalu garing
2. Tumis bavvang putih dngan halia dim minyak yg sedikit .. masukkan sos plum n sedikit garam
3. Masukkan capsicum yg didadu .. done ..
Sosnya
Perahan sunkis 2 biji..masukkan dim periuk .. masukkan air tepung jagung n kacau .. masukkan sedikit sos plum ... dah masak curahkan atas ayam ... oh ya letak kunyit sikit nak bg kuning

Credit: semua photos owner and google.Sorry pinjam

Limau Sunkist :-
https://shope.ee/3AjLeJIqS8

IKAN GORENG ASAM JAWA


Dulukan rasa pelik sangat bila ada orang goreng ikan sampai rentung hitam macam tu. Lagi hitam lagilah sedap katanya.
Rupanya baru tahu mereka goreng ikan tu guna garam dan asam jawa. Memang enak juga rasa isi dan kulit ikannya.
Kebetulan anak- anak mahukan lauk simple harini. Maka kita buatkan lah,
Ikan Sardin Goreng Asam Jawa,
Ikan Sardin
Asam Jawa secukupnya
½ sk Mushroom seasoning
Sedikit garam
1. Gaulkan rata kesemua bahan dan goreng bersama minyak.
2. Ikan memang akan nampak macam dah hangit tapi sebenarnya tak pun.
3. Bila dah masak sepenuhnya boleh diangkat. Toskan minyak. Siap!
Saja saya lawankan dengan budu. Anak-anak pertama kali rasa budu harini. Awal tu muka masing-masing jem je. Kenapa budu? Kenapa bukan kicap manis? Tapi bila dah rasaa hah baru tahu.
Bertambah yaa kawan-kawan.
Nasi dan lauk dah habis!

Kredit : Norhayati Maliq

Asam Jawa Kampung :-
https://shope.ee/6UznUDwB7g

AYAM BAKAR


Bahan-bahan (2 orang}
500 g ayam
2 biji lemon - dipotong
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
1 sudu besar oregano flakes
2 sudu kecil sweet paprika
1 sudu kecil cayenne pepper
1 sudu kecil garam
Cara-cara
Perah 2-3 potongan lemon dan sapu pada ayam.Campurkan minyak zaitun, bawang putih, oregano, paprika, cayenne pepper dan garam. Perap ayam dengan campuran ini selama 5-10 minit.Bakar ayam dan potongan lemon di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 45 minit.Pastikan kulit ayam keperangan dan isi dalamnya masak sebelum dihidangkan.

Credit: Pemilik asal gambar dan resepi

Sebarang komen adalah tanggungjawab sendiri

Sos Perap BBQ
https://shope.ee/A9t5oWuXmX

Khamis, 15 Februari 2024

RESIPI KEK TAPAK KUDA LEMBUT DAN GEBU


Bahan-bahan:

4 Biji telur gred A / 5 biji B
1/2 cawan Gula castor
1/2 cawan Tepung naik sendiri
1 sdb Ovellete
3 sdk Susu tepung
1 sdk Esen vanilla
125 gram marjerin/butter (dicairkan)
Cara-cara membuat:

1. Pukul sampai gebu dan kembang semua bahan kecuali butter cair. Bila sudah gebu dan fluffy, masukkan butter cair. Kaup semula hingga sebati.

2. Asingkan 100g adunan dan masukkan 1sdb serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu.

3. Simpan sikit lebihan utk lorekkan bhgian atas.

4. Menggunakan loyang saiz 10 inci. Bakar suhu 150 selama 25-30 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.

5. Dah siap bakar, sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Dan terbalikkan semula. Wrap degnan menggunakan plastik cyling wrap kemas-kemas.

6. Boleh letak filling kesukaan. Boleh letak chiller sebelum potong untuk elakkan filling terlalu meleleh.

Semoga perkongsian resipi ini dapat memberikan manfaat kepada semua dan selamat mencuba.

Kredit Resepi : Tuan Adriana Arissa

Kek Tapak Kuda :-
https://shope.ee/9zZV9KTVCc

TEPUNG BUNGKUS


⚘3 cawan santan
⚘1 1/2 cawan tepung beras
⚘1 sudu gula
⚘Sedikit garam
⚘1. Masak atas api perlahan sehingga pekat sambil kacau.
⚘2. Kemudian tutup api.
Bahan inti :
⚘1/2 biji kelapa muda
⚘1 ketul gula melaka
⚘1 cawan air
⚘Daun pandan
Cara:
⚘1. Kacau atas api sampai kering, letak tepung sikit untuk bagi kelapa lembap bersalut. Kalau kurang manis tambah gula putih.
⚘2. Dah masak buat bulat2 kecil untuk dijadikan inti.
⚘3. Bolehlah dibungkus dengan adunan tadi.
⚘4. Kukus api sederhana dalam 15 minit.
Resepi & foto : kredit to real owner moga murah rezeki⚘🥰🙏🏻

Tepung Beras :-

Rabu, 14 Februari 2024

KERABU TAUGE BERSAMA KERANG


Bahan-bahan:

2 cawan tauge
5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa

*boleh ditambah cili api jika sukakan pedas

Cara:

1. Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa.
2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.
4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa.

Nasi Kerabu Dapur :-

Isnin, 12 Februari 2024

TART NENAS RANGUP


250g butter..pepe jenis butter pun boleh (sya gune anchor)
1 1/2 sb gula icing
1 bj tlur
1 sk esen vanila
4 sb air sejuk(dlm peti)
Sedikit pwrne kuning lemon

Kacau sebati bhn di ats gune senduk kayu pun boleh...msukkn

3 sb tpg jagung
1 sk emplex
300 - 350 tpg gndum cap rose
Tpg msukkn spruh2 ye ..tkut doh keras tkleh nk tekan plak
Dohnye lmbut tk melekat di jari

Tuk sapuan atas tart gune kuning telur+pwrne kuning lemon+air sikit

Selamat mencuba..

kredit: Danglela Wati

Tart Nenas Cheese Rangup
https://shope.ee/9zZR2cOieB

RESEPI BLUEBERRY CHEESE TART SEDAP DI PAGI HARI RAYA😋😋

https://shope.ee/A9sqNiavgw

Resepi Crust🧁

🧁170gm butter
🧁50gm gula aising
🧁1 biji telur Gred C
🧁290gm tepung gandum
🧁1 sudu kecil esen vanilla
🧁acuan tart

Cara-cara:

Pukul butter dan gula..Jangan putar lama sangat.

🥣Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

🥣Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh..

🥣Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 150’c selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

🥣Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Resepi Cheese:

🧁250gm cream cheese
🧁50gm gula kastor / gula halus
🧁1 biji telur Saiz B
🧁½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

🥣Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

🥣Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni..

🥣Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri..😜😜

🥣Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi..

🥣Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi.

🥣Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

🥣Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi...selepas itu boleh hias di atas tat tu dgn buah..kalau xnak boleh ukir corak di atas tat tersebut😊

Tadaaa siap😋😋😋
Selamat mencuba..buah tu ada anggur je..bolehlah kan drp kosong dia atsnya..🥰

Kredit: Dian NurFarah

RESEPI CHEESE TART BUNCIT


Resepi Shell Tart 👇

1 ) 125gm majerin/butter

2 ) 150gm gula kastor

3 ) 1 biji telur saiz B

4 ) 400gm tepung gandum

5 ) Esen Vanilla

Cara2 : Buat Shell Tart

1 ) Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.

2 ) Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.

3 ) Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.

4 ) Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.

5 ) Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.

6 ) Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.

7 ) Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

BAHAN FILLING CHEESE :

1 ) 500gm cream cheese dari peti sejuk

2 ) 100gm gula kastor

3 ) 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit

4 ) 2 sdb butter

5 ) 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

INTI :

Apa-apa filling kegemaran.

Cara2 : Buat Filling Cheese

1 ) Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.

2 ) Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.

3 ) Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.

4 ) Masukkan dalam piping bag.

5 ) Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.

6 ) Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.

7 ) Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.

8 ) Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.

9 ) Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering

Kredit : roshidah abu bakar

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

𝐓𝐀𝐑𝐓 𝐍𝐄𝐍𝐀𝐒 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 𝐓𝐔𝐋𝐈𝐏 🌷

Tart Nenas

https://shope.ee/6fIyCQVn4T

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐨𝐡

350 gram Butter(klu nak guna pure butter pon boleh
2 sdb gula aising
2 sdb susu pekat
1 biji kuning Telur
1 sdt esen vanila
550 g Tepung gandum
50 g Tepung jagung
Sedikit pewarna kuning
 
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐢𝐧𝐭𝐢

Jem Nenas Ready made(timbang seberat 5g)

𝐂𝐚𝐫𝐚-𝐂𝐚𝐫𝐚

1. Butter dan gula dipukul hingga kembang (sy guna senduk je) Masukkan susu pekat.kuning telur,esen vanila dan pewarna kuning. Pukul lg hingga sebati.

2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayak terlebih dahulu.masukkan sedikit2 dan uli sebati hingga menjadi doh yg lembut tak melekat ditangan.

3.Rehatkankan doh selama 30 minit sebelum dicanai.

4. Ambil sedikit dari adunan dan diwarnakan warna hijau untuk daun tulip.

5. Kemudian bolehlah diterap dengan acuan pilihan mengikut kreativiti masing2.

6. Bentukkan seperti bunga tulip.isi inti jem nenas dan hiasi dengan daunnya sehingga habis

7. Bakar dengan suhu 150°c 20 minit.Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan diredai...selamat mencuba.

Kredit: Iza Afiza

𝑻𝑨𝑹𝑻 𝑵𝑬𝑵𝑨𝑺 𝑱𝑬𝑳𝑰𝑻𝑨


Bahan Doh :

350 gram Butter(klu nak guna pure butter pon boleh
2 sdb gula aising
2 sdb susu pekat
1 biji kuning Telur
1 sdt esen vanila
550 g Tepung gandum
50 g Tepung jagung
Sedikit pewarna kuning
  
Bahan untuk inti

Jem Nenas Ready made(timbang seberat 6-7g)

Cara-Cara :

1. Butter dan gula dipukul hingga kembang.Masukkan susu pekat.kuning telur,esen vanila dan pewarna kuning.Adun lg hingga sebati.

2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayak terlebih dahulu.masukkan sedikit2 dan uli sebati hingga menjadi doh yg lembut tak melekat ditangan.

3.Rehatkankan doh selama 30 minit sebelum dicanai.

4. Ambil sedikit dari adunan dan diwarnakan warna hijau untuk garisan dan merah untuk bunga..

5. Kemudian tekan adunan kedalam acuan tart, letakkan jem dan gulung.. deco ikut kretiviti masing-masing..

6. Bakar dengan suhu 150°c 20 minit.Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan diredai...selamat mencuba.

Kredit: Iza Afiza

TART NENAS PANDAN VERSI GULUNG


Bahan-bahan:
butter 250 salted
1sudubesar esen pandan coconut
pewarna hijau epal 1sudu kecil
telur kuning 1
susu tin 5 sudubesar
susu tepung 1/2 cawan
tepung jagung 1/2 cawan
tepung gandum tambah sikit2 sampai jadi doh yang selesa di tangan.

Satukan:
butter
susu pekat
esen pandan coconut
pewarne hijau aple
susu tepung
kacau kan,
Tambah tepung jagung dan kacau.
Last tambah kan tepung gandum sket2 smpai jd doh.
Kalau yang gulung kene sapu telur kuning sket atas die.
Tabur kelapa kering.
Bakar suhu 170 masa 25 minit,done.
SELAMAT MENCUBA

Credit :Azlina Ina Fans

RESEPI TART LABU


Acuan Tart Mini

250 gram butter
2 sudu mkn icing sugar
1 biji telur buang putih separuh
1 sdt esen vanila
2 sudu mkn minyak sapi. X ltk pon blh. Ni nk bg lg creamy
2 sudu mkn susu tepung
1/2 cwn tpg jagung
1/4 cwn tpg kastad
3 cwn tpg gandum
Cara
Satukn butter. Sapi n gula. Gaul sebati. Masuk telur n esen. Kacau
Masuk susu tpg, tpg jagung n kastad. Kacau sebati. Akhir madukkn gandum sikit sikit kalau dah blh bentuk x yah semuakan. Tapi klu masih lembik tambh lagi.
Inti jem nenas klu rajin buat sendiri klu x beli je kat bakery...
Bakar ikut oven masing
Sy sertakn gambar mould utk buat bunga kecik atas tu

Klu guna butter premium n minyak sapi qbb x yah masuk susu tepung..

Kredit: Ithnin Halipah

TELUR GORENG CANTIK

nak telur goreng cantik, gebu dan besar?? senang jeeee!!! cuma masukkan air biasa 1-2 camca besar untuk 1 biji....pastu pukul2...goreng- pasti anda kagum!!!!.(telur dadar kosong)

Tak sangka kan!! Senang jeaaaa...

atau

4 biji telor bawang, tomato, potongan cabai besar atau cabai melaka boh sebiji2 dalam telor tu....pastu boh garam sikit dan "air"  6-8 camca besar....telor anda pasti menakjubkan....trylah yeaa...jadilah seperti dalam gambar ini

Kalau nk telor dadar jadi tebal mcm kat restoran mamak tu....campur tepung gandum  sikit....tu lah rahsianya. cubalah

Sumber : Ida Shahida

Pan Telur Goreng

Sabtu, 10 Februari 2024

RESEPI KUAH KACANG


Bahan-bahannya:
5 cawan kacang tanah yang telah dikisar kasar - Kak Noor beli yang telah siap dikisar
2 batang serai - dititik
*3 sudu besar gula perang atau gula merah
3 sudu besar gula putih
3 keping asam gelugor (asam keping)
¼ cawan pati santan atau ¼ cawan susu sejat
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk perasa – jika suka
¾ cawan marjerin
¼ cawan minyak kelapa

Bahan-bahan B (Digoreng kering tanpa minyak dan kemudian dikisar):
100 g cili kering
8 batang serai – dihilis halus
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 inci halia
2 inci lengkuas
½ inci belacan
Air secukupnya untuk mengisar

Penyediaan Bahan-bahan B:
1. Cili kering dipotong kecil dan kemudian direbus ataupun direndam dengan air panas sehingga lembut. Kemudian dibasuh. Semasa membasuh, ramas cili kering supaya bijinya keluar. Kemudian toskan.
2. Semua bahan B digoreng kering terlebih dahulu di dalam kuali sehingga naik bau lebih kurang 15 minit.
3. Masukkan bahan B di dalam blender bersama air secukupnya. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus.

Cara-cara membuat kuah kacang:
1. Panaskan marjerin dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak.
2. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa, asam gelugor, dan serai. Kacau rata sehingga semua bahan mesra.
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang tanah kisar dan kacau rata. Masukkan pati santan dan juga air secukupnya. Kuah kacang mestilah jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Masak sehingga kuah mendidih.

Kacang Tumbuk Kacang Tanah
https://shope.ee/B5R1Dck2C

Jumaat, 9 Februari 2024

RESEPI AIR ASAM


Cili padi 10biji
Cili besar 2 biji
Tomato 1biji
Belacan 2 ibu jari
.
- goreng dengan myk sikit.
Lepas tu masukkan dlm blender bersama :
.
Kerisik 2 sudu besar
Asam jawa adabi 2 sudu besar
Air suku cawan ikea
Gula
Garam
.
Blend semua.
.
Bahan hiris:
Bawang besar
Cili besar
Cili padi
Tomato
Limau kasturi hiris dengan kulit skali
.
Campur kan bahan blend dengan bahan hiris.
.
Ps: kalau anpa suka pekat, bahan blend td boleh lebih kan. Cili padi lg byk lg meletop.
Air tu pun ikut nak pekat ke cair. Kalau suku cawan tu pekat sgt, tambah sket nt pun xpe.
.
Lepas tu kan, kau rebus kerang, perisi masuk dlm air asam ni. Walaweiiiii...

Sumber : kuali mama

Air Limau
https://shope.ee/5AU5wVrqam

Selasa, 6 Februari 2024

TALAM JAGUNG🌽 LEMAK MANIS


Acuan: https://shope.ee/4fXjvs7Sii

-lapisan atas
1 cwn tepung beras
2 cwn santan
1/2 st garam

-lapisan bawah
1 cwn jagung manis dlm tin
1 cwn tepung beras
2 sb tepung kastard
2 cwn santan
1/2 cwn gula
Sdkit pewarna kuning

Cara²nya:
Campur semua bahan lapisan bwh kecuali jagung kacau sebati & masak hingga mdidih@sdkit likat,kemudian br msukkn jagung & kacau sbati..
Oles myk pd acuan & kukus 7mnit.
Utk lapisan atas campur semua bahan kacau sebati & masak atas dapur hingga naik wap,sblm tuang adunan cucuk sikit lapisan yg da siap di kukus,kukus 10mnit..siap kukus buka penutup & biarkn berwap dlm 1-2mnit utk dptkn permukaan yg cantik😘
Sekian selamat mencuba 💞

Kredit, Nieyna Alias

Jumaat, 2 Februari 2024

KUIH SEMPERIT / DAHLIA


https://shope.ee/5pjbJLZUTG

Hanya guna 3 bahan & masak guna dapur gas je pun dah jadi semperit. Dgn syarat jgn derhaka resepi 😇
Puasa tak lama lagi dah! Lepas tu raya!!!

Bahan-bahan semperit:
✅1 paket tepung jagung brand 350 gram,
✅1/2 cawan susu pekat
✅1 cawan planta
Cara-cara membuat adunan semperit:
1. Kacau planta dengan susu pekat. Kemudian masukkan tepung jagung dan uli manja menggunakan tangan sahaja.
2. Jika adunan masih lembik, tambah tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak keras dan tidak terlalu lembik.
Cara bakar guna dapur gas:
1. Ambil kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Pastikan penutup kuali ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan masak sekata.
2. Tak perlu letak air dalam kuali kerana sudah ada pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
3. Sebelum mula membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit. Kemudian barulah letak dulang untuk membakar biskut.
4. Tidak perlu sapu minyak pada dulang biskut. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
5. Masa membakar mengikut jenis biskut. Contohnya biskut semperit ambil masa 15 minit sehingga kekuningan.
Periuk bertutup tu saya dptkan kt sini :
https://shope.ee/AKC0ewdaT4 (penutup biasa)
https://shope.ee/9ewJrn4uL4 (penutup bertangkai)
*tgk  harga dia, murah! Patut la ramai beli, bagus utk persiapan ramadan dan raya

Credit NorizaAwangHamat

Khamis, 1 Februari 2024

AISKRIM MALAYSIA

Aiskrim Malaysia pasti gebuuuuu

Plastik Aiskrim Malaysia :-
https://shope.ee/9A01jzpNqr

-1 tin Susu cair
-1tin Susu pekat
-4 tin air kosong ( sukat guna tin Susu)
-1 sk garam
-2 Sudu membukit t.jagung@ t.ubi (bancuh larut)
-1 Sudu vanilla
- berly's coins ( salutan pada base aiskrim)

Cara2:

-Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung.
-masak hingga mengelegak,pastikan kacau2 ye.
-masukkan bancuhan tpg jagung Dan sentiasa kacau lagi supaya tidak hanggit Di bawah.
-sudah mengelegak tutup api Dan pastikan betul2 sejuk baru masuk Dalam plastik aiskrim.
-tutup API baru masukkan esen vanilla.
-setelah sejuk mixer Kan supaya adunan lebih Halusss.

*Resepi 1 adunan ini dapat Dalam 21-25pcs
*Sukatan air jgn terlebih sebab itu boleh jadi punca aiskrim berkaca Dan kurang gebu.
*Base Susu nie boleh jugak letak perisa lain seperti Milo,capucino,teh,solero,strawberry Dan pelbagai.

Kredit: Kuali Mama