Rabu, 23 Jun 2021

BEKALAN ELEKTRIK DIKAMPUNG ERA SEBELUM DAN SELEPAS .


..Sebelum tahun 1963 , Kampung Lubuk Merbau Kuala Kangsar masih belum lagi menerima bekalan tenaga elektrik .Suasana gelap dan suram menyelubungi setiap dari rumah penduduk kampung dimalam hari .  Penduduk masih menggunakan pelita tanah untuk memberikan sedikit cahaya , dan bagi mereka  yang lebih berkemampuan akan menggunakan lampu gasoline untuk menerangi persekitaran didalam maupun diluar rumah mereka .Ada juga diantara penduduk yang menggunakan pelita kabait untuk tujuan tersebut .

Kehidupan tatkala itu amat daif dan sederhana dengan segala pergerakan serta kegiatan diwaktu malam harinya agak terbatas . Jika diwaktu siang harinya penduduk penduduk kampung sebuk berusaha mencari razeki untuk menyara kehidupan , pada waktu malam harinya pula adalah waktu untuk mereka berihat .Pada ketika itu , pelbagai jenis pekerjaan dilakukan untuk menampung penghidupan seharian . Ada yang menoreh getah , ada yang bertani dengan cara mengerjakan sawah padi dan ada yang menternak haiwan peliharaan seperti kambing , kerbau dan lembu .Terdapat juga diantara  penduduk kampung yang masuk kehutan bagi mencari hasil hasil hutan untuk dijual .

Waktu malamnya , jika mereka berkumpul , mereka hanya akan berkumpul di surau surau dan masjid .Berjalan diwaktu malam dengan bertemankan cahaya dari pelita tanah . Selepas makan malam tiada lagi aktiviti sampingan  yang dilakukan oleh mereka .Keadaan dikampung pada ketika itu gelap , hening dan sunyi sepi telah mendorong semua keluarga berada dirumah masing masing . Bersiap sedia untuk tidur bagi merihatkan diri serta melepaskan lelah disiang harinya tadi .

Apabila tiadanya bekalan elektrik , bermakna tiada juga alat alat kelengkapan elektrik dirumah rumah mereka .Tiada peti television untuk dituntun , tiada radio untuk didengari dan tiadanya peti ais untuk menyimpan bahan bahan makanan . Pendekkata kehidupan pada ketika itu amat sederhana dan rengkas . Apa yang amat penting pada ketika itu adalah tenaga kudrat untuk melaksanakan kerja kerja seharian demi kelangsungan hidup .

Walaupun diwaktu malamnya gelap dan sunyi sepi , amat jarang sekali kita mendengar berlakunya kes kes jenayah kecurian ataupun kes pecah rumah pada ketika itu .Justeru itu hampir keseluruhannya penduduk kampung boleh melelapkan mata dengan perasaan tenteram tanpa adanya kerisauan akan berlakunya sebarang kes kes jenayah tersebut .

Bekalan elektrik telah mula sampai dikampung saya pada pertengahan tahun 1963 .Seingat saya , pada peringkat awalnya , sekumpulan pekerja dari Kinta Electrical Distribution(KED) telah beberapa kali memasuki kampung untuk membuat bancian dan plan laluan bagi membolehkan tiang tiang elektrik didirikan .Pada masa tersebut , tiang tiang elektrik hanya diperbuat dari kayu sahaja .

Bekalan elektrik yang sampai dikampung saya , adalah berpunca dari sebuah empangan hidroelektrik dan sebuah stesen kuasa hidroelektrik yang telah dibina di Cenderoh , Kuala Kangsar pada tahun 1930 .

Empangan ini pada awalnya dibina bagi tujuan memudahkan industri perlombongan bijih timah di Lembah Kinta . Pembenaan empangan ini juga dibuat berikutan dari banjir besar pada tahun 1897 dan tahun 1926 di Sungai Perak . Empangan Chenderoh ini adalah empangan dan stesen kuasa hidroelektrik yang tertua di Malaysia. Kesemua kerja kerja pembenaan empangan ini telah dijalankan oleh syarikat "The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited" . (PRHEP).

Empangan ini pada masa tersebut mampu menakung sebanyak 50 juta gelen air dan membentuk sebuah tasik buatan manusia seluas 16 km persegi. Oleh kerana kawasan konsesinya luas, PRHEP mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah anak syarikat iaitu Kinta Electrical Distribution (KED) pada tahun 1928.

Penyambungan bekalan elektrik dikampung saya oleh pihak KED pada masa itu telah membawakan banyak perubahan terutamanya kehidupan diwaktu malam penduduk kampung .Jika sebelum ini setiap malam akan berlalu dengan kelam dan sepi , tetapi kini setiap rumah dikampung telah diterangi oleh cahaya elektrik .Jalan jalan dikampung yang juga selama ini gelap gelita telah turut dilempahi dengan cahaya .

Keadaan di Pekan Lubuk Merbau sudah tidak lagi sama dengan keadaan sebelumnya . Keadaan pekan yang telah terang benderang itu telah menyebabkan ramai diantara penduduk kampung menjalankan aktiviti diwaktu malam .Aktiviti sosial telah dihidupkan  termasuk aktiviti aktiviti sukan seperti bermain badminton .Dewan orang ramai Lubuk Merbau yang selama ini terbiar sepi diwaktu malam telah dihidupkan dengan pelbagai kegiatan kemasyarakatan termasuk juga persembahan persembahan kebudayaan dan juga  pementasan bangsawan .

Peti Television telah mula diperkenalkan di negara kita pada tahun 1963 dengan  penggunaan sistem analog hitam putih pada peringkat awalnya . Untuk menghidupkan suasana pada malam hari sebuah peti TV hitam putih telah diletakkan didewan orang ramai Lubuk Merbau untuk tuntunan umum , dengan dikenakan sedikit bayaran sudah semestinya . 

Walaupun tiada banyak saluran dan rancangan TV yang ada pada masa itu , tetapi kehadiran sebuah TV didewan orang ramai itu sudah cukup mengujakan penduduk kampung . Ada ketikanya rancangan "Warta Berita " didalam bahasa Tamil yang tidak difahami turut dituntun oleh orang ramai , termasuk saya yang tidak terkecuali .

Pada malam malam tayangan gambar Melayu , orang ramai berkumpul seolah berpesta . Selain dari tayangan gambar , rancangan gusti dan perlawanan bola sepak tidak ketinggalan menjadi daya penarik kepada orang orang kampung .

Selain dari dewan orang ramai , beberapa orang penduduk kampung yang berkemampuan telah turut membeli peti TV hitam putih ini untuk tuntunan keluarga dan jiran jiran mereka . Yang saya ingat antara penduduk kampung terawal yang telah mampu membeli sebuah peti TV ketika itu adalah En Yusuf Dajwi @ Pak Wi dan Cikgu Amri .

Rumah rumah mereka turut menjadi tumpuan kepada penduduk sekitar untuk menuntun rancangan TV pada masa masa tertentu , khususnya ketika tayangan gambar Melayu .

Disamping peti Television , secara beransur pelbagai lagi peralatan elektrik telah diperkenalkan .Antaranya yang terawal adalah peti ais dan radio transistor dan kemudiannya diikuti oleh pelbagai lagi peralatan peranti elektronik moden.Seiring dengan itu , kehidupan penduduk kampung telah bertambah sempurna dan moden .Lebih ramai yang telah mampu membeli pelbagai peralatan elektrik untuk kegunaan seharian dirumah mereka .

Peti TV hitam putih yang pertama dirumah saya adalah dari jenis Philips pada tahun 1972  .Sebuah peti TV hitam putih terpakai yang telah diberikan oleh abang ipar .Peti TV itu walaupun kadangkala menimbulkan masalah dari segi siarannya , tetapi telah tetap mampu memberikan ilmu pengetahuan dan hiburan kepada keluarga saya sehinggalah pada tahun 1982 .Pada tahun 1982 tersebut yang juga merupakan tahun pelancaran TV bewarna keseluruh pelusuk tanah air ,  saya yang ketika itu telah bekerja telah membelikan sebuah peti TV Nasional 20" bewarna untuk tuntunan ahli keluarga saya .

Sesungguhnya kehadiran bekalan elektrik dikampung saya pada tahun 1963 telah membawa banyak kemajuan kepada penduduk dikampung saya .Anak anak tidak lagi perlu berjelaga hitam dihidung untuk mentelaah buku dengan ditemani oleh pelita minyak tanah . Suri rumah kini telah lebih selesa membuat kerja kerja rumah termasuk memasak didapur .Ketua keluarga kini boleh menarik nafas lega dibawah putaran kipas angin atau hembusan nyaman dari penghawa dingin . Dan yang lebih pentingnya , penduduk kampung telah dapat bersama menikmati arus permodenan selaras dengan apa yang dinikmati oleh warga lain dinegara kita Malaysia .

Akhirnya ada dua persoalan ingin saya lontarkan .

Pertamanya .Apakah perasaan dan tindakan kita jika ditakdirkan ditempat kita telah terputus bekalan elektrik selama beberapa hari .

Kedua.Masih adakah anak anak kita yang mengenali pelita tanah , pelita gasoline atau pelita kabait pada masa kini .
Masih kenalkah anak anak kita dengan minyak tanah @ gas yang amat penting kepada kita generasi lama seperti saya dan tuan puan yang sewaktu dengan saya .

Sumber :
Facebook Group Page
Sejahtera Malaysiaku Dulu - Dulu Official

FELDA LURAH BILUT


Felda pertama di negara kita. Dibuka pada April 1958 dengan peneroka berbilang kaum berjumlah 616 dan kawasan 13,000 ekar. Terletak di Bentong, Pahang.

Sebuah filem bertajuk Bilut dihasilkan, lakonan Rosham Nor dan Eja. Memenangi beberapa anugerah.

Jadi kebanggaan Pahang dan Malaysia. Projek rancangan pembangunan tanah  pertanian besar2an pertama di Msia dan dunia.

Sumber :
Facebook Group Page
Sejahtera Malaysiaku Dulu - Dulu Official

BUDU


Dulu dulu saya tak kenal budu , tak pernah tengok apatah lagi untuk merasai budu .Yang saya kenal pada masa itu hanyalah kicap .Cincalok pun saya tak kenal dan tidak pernah rasa .

Saya mula mengenali budu di Depoh Polis semasa training konstabal pada tahun 1977.Ada ramai geng Kelantan sekali training dengan saya .Masa makan tengah hari , saya nampak beberapa orang membawa bekas atau botol berbalut kertas surat khabar .Semasa makan saya nampak mereka menuangkan sedikit bahan didalam botol tersebut didalam piring , dan makan bersama ikan goreng dan nasi .

Satu hari semasa makan tengahari saya sengaja duduk disebelah seorang budak Kelantan nama Abdullah .Abdullah ni dah agak berumur sedikit sebab dia menyambung perkhidmatannya dari askar .Banyak pengalamanlah tu .Lauk hari itu màcam biasa , ikan goreng , sayur dan kuah gulai.

Sebelum makan , Abdullah buka botol yang berbalut kertas surat khabar itu dan menuangkan sedikit isinya kedalam piring . Abdullah yang nampak saya memerhatikan perbuatannya telah menegur saya .

" Mu nak ka" tanya Abdullah kepada saya .
" Apa dia tu" tanya saya semula kepada Abdullah .
" Budu " jawab Abdullah ringkas kepada saya.
"Budu tu apa " tanya saya semula kepadanya sambil mata menjeling kearah botol tersebut .

Abdullah tidak mengendah atau memberikan jawapan kepada pertanyaan saya .Dia terus makan dengan khusyuk ,cicah ikan goreng dengan budu dan makan dengan nasi .

Selepas makan , balik ke berek untuk berihat sekejap .Sebelah katil saya pun budak Kelantan namanya Salleh , tapi saya panggil Awe sahaja .

" Awe, budu tu apa " saya bertanya kepada Awe. Mendengar pertanyaan saya Awe ketawa sambil membuka peti hitamnya untuk mengambil sesuatu .
" Ni budu , mu nak ka , kalau mu nak esok mu makan kat sebelah ambo " kata Awe sambil menyarungkan kasut boot kawad ke kakinya .

Esoknya sewaktu makan tengahari saya telah mengambil tempat disebelah Awe .Seperti Abdullah , Awe pun membalut botol budunya dengan kertas surat khabar .Timbul pertanyaan didalam benak fikiran saya , adakah budu ini benda larangan , jika tidak kenapa ianya perlu dibalut dengan kertas surat khabar .

Saya tidak bertanyakan soalan itu kepada Awe .
Awe terus membuka botol yang dibawanya dan menuangkan kedalam piring.Dan piring itu kemudiannya diletakkan olehnya dihadapan saya .

" Mu rasa lah sendiri budu ni , mu makan dengan ikan goreng ." kata Awe mengajar saya .

Saya ambil piring itu dan menuangkannya kedalam piring saya kesemuanya .Dah jadi màcam kuah .Awe yang nampak perbuatan saya itu telah menegur dengan meninggikan suaranya .
" Bukan màcam tu , ini bukannya gulai, budu ini untuk dicicah dengan ikan goreng .Kalau màcam ni tak sampai seminggu , habislah budu ambo " kata Awe sambil menarik muka..marah agaknya .

Saya teruskan makan nasi berkuahkan budu .
Aduhh ..masin yaamat. Saya hanya makan nasi sedikit sahaja , Awe mengambil kuah budu didalam pinggan saya dan menuangkannya kembali kedalam piringnya .

Itulah pertama kalinya saya merasai keenakan budu .Walaupun terasa masin , tetapi rasanya ada aura yang tersendiri .Sejak dari hari itu , saya tidak lagi menoleh kebelakang .Budu sudah menjadi sajian saya hampir setiap hari di dewan makan Pulapol tersebut .

Bila Awe bagitau stock budu nak habis , saya pula dah pandai membeli sebotol budu .Kirim kat budak budak pekerja didewan makan itu .

Bila dah mula bertugas , apabila masuk operasi saya siap berpesan kepada anak anak buah yang berasal dari Kelantan agar membawa sekali budu semasa operasi didalam hutan .Kebiasaannya didalam hutan , budu akan dipadankan dengan buah geduak atau kerdas yang pokoknya agak mudah dijumpai didalam hutan .

Bila saya bertugas di Kelantan , level kebuduan saya kini telah bertambah tinggi .Budu akan dicicah dengan apa sahaja ulam ulaman ataupun ikan atau daging bakar .Pada masa itu , saya sudah pandai memilih mana satu budu yang sedap .

Saya juga kebiasaannya akan meminta kedai makan meletakkan sedikit tempoyak kedalam piring budu tersebut .

Walaupun bahan asasnya adalah sama iaitu ikan bilis yang telah diperam lama bersama garam , tetapi setiap dari jenis budu ada sedikit perbedaan rasanya .

Bagaimanapun bagi sayalah , dahulunya saya lebih menggemari budu dari Selatan Thailand yang agak kehitam hitaman sedikit warnanya . Mungkin semasa saya bertugas di Rantau Panjang dahulu , budu Selatan Thailand ini mudah didapati dan harganya sedikit murah dari budu di Kelantan .

Tetapi apabila zaman PKP ni , saya sudah mula beralih kepada budu made in Kelantan .

Apapun kata orang , jika nak pandai bercakap didalam loghat atau slanga Kelantan , kita kena selalu makan budu .Saya yang kini telah lebih dari empat puluh tahun makan budu , masih tergagap gagap nak bertutur didalam slang Kelantan walaupun pernah hampir enam tahun bertugas dibumi Kelantan .Tidak cukup dengan itu , bini ambo pun Mek Klate ..hah guano tu .

Sumber :
Facebook Group Page
Sejahtera Malaysiaku Dulu - Dulu Official

Jumaat, 18 Jun 2021

SURAT RAJA HAJI SEBELUM DITIKAM PENGKIANAT


Usaha terakhir menyatukan Nusantara dan Melayu dibawah satu Khalifah. Perlu diketahui diutara tanah Melayu terdapat negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan penjajah dan diserahkan kepada Thailand, negeri-negeri inilah antara cadangan bermulanya penyatuan tanah Melayu dibawah 1 Khalifah di Nusantara, tetapi usaha ini dihidu musuh maka usaha-usaha penyatuan digagalkan dari dalam alam Mleayu itu sendiri, antara kisah Raja Haji.

Sewaktu para pejuang yang setia bersama Raja Haji sedang mendirikan solat, pengkhianat yang turut sama berpura-pura bangkit tatkala imam dan yang lain masih berada dalam sujud yang panjang, lalu mereka secara khianat menancapkan pisau di belakang antara mereka sehingga syahid.

Surat Raja Haji ;

“Maka pada hari ini, tanggal 19 Rajab 1198 Hijrah bersamaan dengan 17 Jun 1784, di Tanjung Palas Teluk Ketapang inilah warkah yang tertulis. Warkah ini kutulis atas sejadah, mengadap kiblat dalam keadaan berwuduk setelah selesai solat dan doa panjang untuk sekalian umat Melayu. Al-Qurán di sebelah kananku, kitab Dala-il Khairat di sebelah kiriku. Badik pusaka di pinggangku. Sungguh demikian, aku amat menyedari bahawa terdapat di kalangan armada perang Melayu yang aku satukan dan pimpin ini terdapat golongan Melayu yang menjadi musuh dalam selimut: berwajah Melayu berhati Belanda. Usahlah ditanya bagaimana aku mengetahuinya kerana tahu di angin turun naik.

Apabila Allah menghendaki terjadi sesuatu perkara, maka tiada siapa pun yang dapat mengelaknya. Biar sahaja mereka masuk menyelinap ke dalam kubu kami dan mengepung aku. Syak fasik, yakin salih, batulah yang jadi juadah! Nah, wahai si munafik! Aku sesekali tidak pernah takut kepada kalian. Marilah kita berdepan sebagai lelaki Melayu yang sejati. Engkau kendonglah panji perjuanganmu. Aku junjung panji perjuanganku! Nyawa kita di tangan Allah. Matiku di medan perang ini, tandanya sentiasalah aku hidup di sisi Allah. Matimu di medan perang, tandanya celakalah engkau di Akhirat nanti.

Maka Maha Adillah Allah Taala sebagaimana terdapat golongan yang munafik dan petualang bangsa, akan ada golongan di kalangan umat Melayu sesudah kami yang akan menyambung perjuangan kami. Maka sambutlah panji perjuangan kami dengan penuh harga diri. Dalam hati merekalah aku hidup dan menjadi cita-cita mereka pula mati kerana berjuang. Semangat mereka menyerupai kami, walaupun bilangan mereka tidak seramai bilangan munafik dan petualang.”

Raja Haji menulis pada akhir warkahnya (setelah memperoleh alamat, sebelum peristiwa khianat berlaku), sekiranya perjuangannya itu benar, semoga Allah mengekalkan tulisannya itu dan membutakan mata penajajah daripada menjumpai warkah ini, supaya warkahnya itu sampai kepada seluruh umat Melayu pada generasi mendatang.

Sumber dari Panji hitam.

Al Fatihah buat perjuangan ninda ninda terdahulu..

LEFTENAN ADNAN VS JENERAL TOMOYUKI YAMASHITA

14 FEBUARI 1942

SIAPA HARIMAU MALAYA SEBENAR?

Begitulah ungkapan oleh Jeneral Tomoyuki Yamashita, seorang pegawai tentera Jepun yang menganggap Leftenan Adnan sebagai Harimau Malaya ekoran keberaniannya mempertahankan Bukit Candu seorang diri menentang ratusan tentera Jepun pada 1942

Pada tarikh itulah tanah melayu jatuh sepenuh nya ketangan jepun.setelah bukit chandu di singapura di serang habis-habisan oleh jepun pada pukul 2.00 pagi.kompeni RAMD dibawah bimbingan leftenan adnan saidi tidak dapat bertahan.tetapi bukan semudah itu jepun mampu melawan HARIMAU MALAYA kita.

Tahu kah anda apa Jeneral Tomoyuki Yamashita kata kan pada divisyen nya bila telah berjaya menawan singapura?

"Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun..dan jepun memerlukan 10 divisyen lagi untuk melawan malaya."

Jeneral Tomoyuki Yamashita, seorang pegawai tentera tertinggi Jepun pun mengaku  Leftenan Adnan sebagai Harimau Malaya ekoran keberaniannya mempertahankan Bukit Candu seorang diri menentang ratusan tentera Jepun..tapi yang dapat gelaran HARIMAU MALAYA jeneral yamashita kerana dia yang dapat melawan malayan dan membunuh leftenan andnan..

Bagi aku bukan yamashita harimau malaya..tetapi LEFTENAN ADNAN BIN SAIDI HARIMAU MALAYA YANG SEBENAR.DIA PAHLAWAN MELAYU.

Allahyarham Koperal Yaakob turut menceritakan apa sebenarnya terjadi pada wira negara itu. Menurut beliau apabila pihak Jepun berjaya menemui Allahyarham Leftenan Adnan, Allahyarham dibelasah teruk walaupun beliau pada ketika itu mengalami kecederaan kaki. Beliau kemudian diseret dan kepalanya dan diserkup dengan guni. pihak Jepun segera menggantung beliau pada sebatang pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet. Setiap kali Allahyarham ditikam, beliau menjerit takbir Allahuakbar sehinggalah menghembuskan nafas terakhirnya
Leftenan adnan di bunuh dengan kejam..Tentera Jepun mengeluarkan perintah agar mayat Lt Adnan dibiarkan pada pohon berkenaan sebagai amaran kepada sesiapa yang cuba menetang Jepun akan menerima nasib yang sama.kekejaman tentera jepun tidak dapat dimaaf kan.

(Al-FATIHAH)
LEFTENAN ADNAN DAN BUAT PAHALAWAN YANG TELAH GUGUR.PNS

Cc : FB Semangat Jebat

Selasa, 15 Jun 2021

Bantuan Kerajaan Malaysia Yang Dikemaskini Pada 14 Jun 2021

Berikut adalah SENARAI BANTUAN2 KERAJAAN yang anda boleh mohon ketika ini untuk meringankan bebanan PKP 3.0 - Mohon viralkan untuk manfaat bersama ye🔥





















𝙈𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙖𝙙𝙖 𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙞𝙣𝙛𝙤 𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙣𝙞.. 𝙏𝙤𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙎𝙚𝙗𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙮𝙚.. 𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙖𝙨𝙗𝙖𝙗 𝙠𝙚𝙗𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣. 😇

NASI LEMAK 3 KUPANG


1989……Berbekalkan duit bekal 5 kupang yg ayah aku bagi, aku pun serbu kantin sekolah dgn rakan2 sekelas 2 Melur. Waktu rehat sesi pertama darjah 1, 2 & 3.

Dengan duit 5 kupang lepas la beli nasi lemak sambal ikan bilis. Sepinggan 3 kupang. Air sirap sekupang & baki lagi sekupang boleh beli gula2 Kiss Me, Hudson kaler kuning atau coklat liat yang ada batang balut plastik belang2. Dulu kecoh cakap ada lemak babi. Asal ada tulis ‘gluten’ je cakap lemak babi. Agenda Yahudi!!!! 😅

Aku pun sambar sepinggan nasi lemak. Pinggan saiz sederhana warna jingga. Duduk di kerusi panjang bersesak2 dgn budak2 lain. Sebelah aku senior darjah 3. Aku tak kenal sangat tapi memang kerap jumpa waktu rehat. Tersengeh sorang2 macam kerang. Tapi dia tak makan. Baju sekolah pun belemoih tak pasti mana entah dia berkubang.

Baru 2 sudu aku suap ke mulut, aku rasa lain macam. Nak kata basi, tak melekit pulak sambal bilis tu. Nasi pun tak berbau. Aku cuba lagi 1 sudu. Tau2 terus tangkap kepala. Pening macam nak pitam. Takkan makcik kantin nak santau aku. Aku bukannya artis mcm Andrian, penyanyi kanak2 yg paling top zaman tu.

Aku ni jenis kalau rasa pelik memang aku tak habiskan makanan. Hidup susah pun memilih. Aku toleh tepi, senior darjah 3 baju belengas tadi masih ada. Rasa kesian pula tengok dia tak makan. Mungkin duit tak cukup nak beli nasi. Simpan balik sekolah nak pi tikam kat kedai Pak Tua depan Nat Sabtu. Mungkin juga nak beli laksa hisap straw yg dijual mak Muzairy. 

Dengan hati suci murni & niat untuk sedekah, aku pun tanya

“Mau nasi ni? Aku dah kenyang.”

Tanpa segan silu pinggan jingga tu dia tarik. Bukan main pelahap dia makan. Aku pula hairan macam mana dia boleh habiskan nasi lemak yang rasanya lain macam. Habis waktu rehat aku pun balik ke kelas. Kepala makin pening & macam nak pitam. Meja sebelah aku ada Isa. Muka macam Mamak Penang. Pi sekolah pun pakai seluar pendek. Tak reti jaga aurat. Tak habis2 gigit pensil dari pagi. Dah tinggal separuh pensil 2B dia makan. Tengok Isa buat aku makin pening. Aku bagitau Cikgu Salina, dia suruh aku lena kat meja belakang.

Tapi rasa pening & loya masih tak hilang. Balik rumah perut pula dah mula meragam. Sehari cirit-birit. Badan makin panas. Esok tu aku terus demam. Mak bawa aku pi Pusat Kesihatan Beseri jumpa MA tersohor, Abg Sabri. Aku pun bagitau demam lepas makin nasi lemak kat kantin sekolah. Dia bagi ubat demam Cortal untuk kanak-kanak. Tapi demam aku berlarutan tak kebah2. Dari 2 hari sampai seminggu aku tak ke sekolah. Seingat aku tu la demam paling teruk aku pernah kena selain demam campak masa darjah 5.

Kes aku ni jadi perhatian sekolah. Kebetulan Cikgu Rokiah tinggal selang 3 rumah dari rumah aku. Anak perempuan dia sebaya & sekelas dengan aku. Comel juga orangnya. Cikgu Rokiah dapat tau pasal nasi lemak 3 kupang. Entah macam mana lepas tu Jabatan Kesihatan datang buat spot check kantin sekolah dan tak lama lepas tu kontrak pengusaha kantin tu ditamatkan. Aku tak pasti sebab apa. Mungkin kebersihan & penyediaan makanan kot. 

Secara tak langsung mungkin sebab aku, bisnes makcik kantin tu lingkup. Mungkin juga dah ada kes sebelum tu. Lepas seminggu lebih, aku pun masuk balik sekolah. Ada kawan yang perasan aku hilang lama. Ada yang tak tau apa-apa. Aku sendiri pun tak pasti aku keracunan makanan atau pun kena santau. 😅

Budak darjah 3 yang habiskan nasi lemak aku tu pula tak pernah lagi aku jumpa. Aku pun tak tau apa jadi kat dia. Nak tanya kawan2, tak tau nama. Cuma boleh bagi gambaran baju belengas saja. Sekolah tu bukan dia sorang je baju belengas. Pagi2 ramai yg main takraw & dok flip sebelum masuk kelas. 

Semenjak kejadian nasi lemak 3 kupang aku jadi trauma nak makan kat kantin. Tiap2 pagi aku tapau Nasi Lemak Telur Puyoh kat Man Maklang Bi. Nasi lemak paling viral zaman tu di Beseri. Penuh orang beratur pagi2. Sampaikan kedai mamak sebelah pun boleh lingkup. 

Nak cuba nasi lemak yang dijual makcik kantin baru tak berani sehinggalah RMT/ RMP mula diperkenalkan tahun 1992. Breakfast bihun & mee goreng pagi2. Berebut air kotak coklat dengan kawan2. Tapi kupon pulak selalu hilang lepas letak dalam bakul yg disediakan di kantin. 

RMT pun tak lama aku hadap…..lepas terkena sekotak air coklat yang dah expired. Takkan nak biarkan trauma Nasi Lemak 3 kupang berulang!!!

Bila naik sekolah menengah, nasi lemak dah 5 kupang. Tapi detik baru bermula. Aku mula mengenal Fanta Susu Mak Nen.

Sumber :
Facebook Group Page
Malaysiaku Dulu - Dulu Official

SELUAR HARAM JADAH


Episod 2

“Uncle…..kaki mau 25” belakang poket Batman, pinggang ada hook (cinch), kaki mau lipat.” Perincian rapi diberikan Buntat kepada Uncle Chong Chit, tukang jahit paling top di Perlis. Bazar Lama depan Tokong & Kelab Hokkien.

“Boleh boleh….mau bikin apa pun boleh.” Balas Chong Chit sambil menggentel bulu roma tahi lalatnya yang sepanjang 2 inci di pipi. Sesekali ditiup rambut beliau yang menutupi mata. Sengaja dibiarkan panjang. Menutup ‘bulan’ di tengah kepala. Berbaju singlet jenama Pagoda dan seluar pendek khakis. Itulah baju korporat kedai Chong Chit. Ya….imej Chong Chit saling tak tumpah Pendekar Kung Fu Katak, Kung Fu Hustle.

Chong Chit, Tukang Jahit Kangar & Joseph Tailor adalah tukang jahit terkemuka di Kangar sebelum kemunculan OZ HOMME SDN BHD memecah monopoli dengan rekaan yang lebih moden dan menepati jiwa remaja. 

Seluar sekolah tempah sudah menjadi kewajipan. Andai memakai seluar yang dibeli di KK Department mahupun Looking Good pastinya menjadi celaan di sekolah. Dipadankan pula dengan baju kemeja lengan panjang kain licin dan oversized, jam Boy London bertukar warna hijau, kasut Penguin atau Pallas Slip On yang disapu kapur campuran Nila Ujala. 

Jenama Penguin lebih menjadi pilihan kerana harganya lebih murah. Cuma RM7 sepasang. Kegemilangan fesyen paling top awal 90an hinggalah kemunculan ‘Seluar Haram Jadah.’ Rambut pula belah tengah. Tersimpan beberapa urat yang panjang hingga ke dagu. Tersembunyi rapi dengan sapuan Tancho. 

Buntat muncul di depan Koperasi sekolah. Port melepak rakan-rakan sebaya di tangga Kelas BAKA, menantikan awek cun melintas. Gaya berjalan Buntat persis model. Dikibas-kibas kaki seluar 25 inci yang ditempah di kedai Chong Chit. Riak wajahnya penuh bangga. Dia sudah memecahkan rekod sekolah. Dia kini pelajar yang memiliki seluar sekolah dengan bukaan kaki paling besar, 25 inci!!! 

Tahun 1996 meniti kemuncaknya. Fesyen Mat Tiarap berleluasa. Seluar slack straight cut warna hijau pucuk pisang mula menjadi buruan. Habis Biasiswa Kecil Persekutuan dikeluarkan dengan alasan membeli baju dan seluar sekolah yang baru. 

Namun, fesyen gelebeh seluar straight cut yang sudah 3 tahun mendominasi tiba-tiba mula pudar. Daripada scene Skateboard, secara tiba-tiba Alien Workshop muncul menjadi tarikan baru ketika hujung tahun 1996. Dengan design cawat & poket labuh, ia mula menjadi kegilaan remaja, hinggakan mendominasi kedai-kedai pakaian di Padang Besar. Harganya cuma RM20. Minta kurang dapat RM15. Boleh dipakai dengan riak takbur, acah-acah barang original. Kecoh sekampung anak Mail Kuda ada seluar Alien Workshop. 

Bersambung….

* Watak Buntat tiada dlm gambar.

Sumber :
Facebook Group Page
Malaysiaku Dulu - Dulu Official

Sabtu, 12 Jun 2021

LESEN MEMANDU 1984



Anda pernah lihat lesen memandu dulu-dulu? Inilah lesen memandu arwah ayah yang dikeluarkan oleh JPJ pada  10 Januari 1984. Sudah 37 tahun usia lesen ini. Ianya berbentuk sehelai kertas bersaiz slip bank sahaja. 

Ayah dapat lesen ini setelah setahun memegang lesen L. Bila sudah ada lesen, baru rasa senang hati menunggang motor di jalan besar depan rumah. Tak risau lagi kena saman dan sebagainya. Bolehlah ayah ambil adik-adik balik dari sekolah dan ke sana sini dengan mudah. 

Ayah sempat guna lesen memandu ini setahun sahaja kerana pada 24 April 1985 ayah telah kembali ke alam baqa setelah motosikal Honda C70 yang ayah tunggang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kg. Buloh (Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu).Al-Fatihah.

Sumber :
Facebook Group Page
Sejahtera Malaysiaku Dulu - Dulu Official

SUNGAI CHEMPIAS .


..Kecuali anak bandar , kebanyakkan dari kita anak anak kampung dahulu , pastinya amat biasa dengan satu aliran air yang terdapat dikampung kampung kita untuk kegunaan seharian seperti bermandi manda , untuk diminum dan juga membasuh kain kain baju .

Aliran air ini jika agak sedikit besar dinamakan sungai , kecil sedikit dinamakan parit dan lebih kecil dinamakan alur .Aliran air tersebut amat besar manafaatnya kepada kita semua pada waktu itu , tidak kiralah samada airnya mengalir deras  maupun mengalir lesu .

Bagi Warga kampung saya dan kawasan sekitarnya , nama Sungai Chempias bukanlah satu nama yang asing .

Sungai yang tanpa hentinya mengalir dan telah sekian lama menabur bakti kepada penduduk kampung ini bermula dari anak anak sungai di celah celah kawasan gunung berbatu didalam lengkungan Banjaran Bintang dan Gunung Changkat Ponggeng sebelum ianya menyatu dan membentuk air terjun Batu Hampar di Kampung Paya Lintah , berhampiran Kampung Laneh .

Sungai ini bermula di Kampung Paya Lintah , Padang Rengas dan berakhir di Kampung Kota Lama Kiri di Kuala Kangsar . Sepanjang alirannya sejauh lebih kurang dua puluh lima km ,  sungai ini telah merentas beberapa buah kampung termasuklah Kampung  Laneh , Labu Kubung , Lubuk Merbau , Tanah Merah dan seterusnya kampung kampung didalam Mukim Kota Lama Kiri sebelum ianya bercantum dengan Sungai Perak .

Sungai Chempias yang terdapat pada hari ini , bukanlah sama keadaannya dizaman dahulu khususnya dalam tempuh seratus dua ratus tahun dahulu .

Didalam era abad ke 19 , Sungai Chempias dikatakan mempunyai dasar yang dalam dan mampu menampung tongkang yang sederhana besar berulang alik diantara muara di Sungai Perak dengan kawasan kawasan dipendalaman untuk membawa keluar hasil hasil hutan .Manakala untuk kayu kayu balak yang telah ditebang akan dibiarkan hanyut terapung sehingga sampai ke lokasi yang ditetapkan sebelum ianya diikat ditebing sungai .

Menurut cerita yang diturunkan secara lisan dari mulut kemulut , Kampung Lubok Merbau  dipercayai telah diterokai sejak awal 1800-an lagi . Ianya bermula dengan perpindahan sebahagian penduduk  dari kampung-kampung ditepi tebing Sungai Perak yang telah menyusur Sungai Chempias dengan menaiki tongkang untuk mencari penempatan baru bagi menggantikan penempatan lama mereka yang kerap dilanda banjir .
Penempatan awal mereka adalah di Kampung Lubuk Merbau Tua sebelum sebahagian besar dari mereka berhijrah pula untuk membentuk perkampungan baru di Kampung Lubuk Merbau .Kebanyakkan mereka ini adalah 'Immigrant' yang berasal dari Wilayah Bukit Tinggi , Sumatra dan telah berhijrah beramai ramai ke Tanah Melayu untuk memulakan penghidupan baru .

Ditahun 1960 an dan 1970 an , Sungai Chempias merupakan sumber air utama kepada penduduk kampung disekitarnya .Dengan airnya yang jernih , penduduk kampung telah menjadikan air sungai ini sebagai sumber air minuman dan masakan seharian .Bagitu juga untuk tujuan mandi manda dan membersihkan diri , selain dari telaga , Sungai Chempias adalah tempatnya yang ditujui .

Pada ketika itu , terdapat banyak ikan termasuk udang didalam sungai ini .Ikan ikan seperti ikan haruan , ikan keli , ikan baung , sebarau amat mudah didapati samada dengan cara memancing , menahan bubu atau menjala .
Terdapat banyak lubuk lubuk yang dalam yang menjadi tempat habitat ikan ikan tersebut .

Bagi kebanyakkan penduduk kampung , kebiasaannya mereka akan menggunakan pancing atau taut untuk mendapatkan ikan ikan itu .Manakala sebahagian kecilnya yang lebih berpengalaman akan menyelam sambil menjala dilubuk lubuk tersebut .

Manakala jika disebelah malamnya pula , dengan berbekalkan lampu suluh dan parang , dengan istilahnya 'menyuluh' orang orang kampung juga akan mampu mendapatkan ikan dengan banyaknya dengan cara menyuluh Bagaimanapun hasil tangkapan adalah turut bergantung kepada kerajinan dan jauhnya kita pergi menyuluh .

Bagitu juga dengan udang galah ..pada masa tersebut masih banyak kedapatan udang galah didalam Sungai Chempias .Hal ini mungkin agak sukar dipercayai oleh generasi baru ,tetapi itulah hakikatnya .Dengan hanya menyeluk dibawah kayu kayu terbiar dan lubang lubang kayu didalam sungai tersebut , kita akan mampu untuk mendapatkan beberapa ekor udang galah didalam saiz yang agak besar .

Salah satu cara lagi yang kerap digunakan oleh penduduk kampung khususnya dari kalangan kanak kanak dan remaja adalah menggunakan daun daun kayu ,daun pokok Pisang atau daun pokok Pinang yang telah diikat dan diletakkan didalam air berhampiran dengan tebing .

Apabila dibiarkan rumpunan daun daun kayu tersebut beberapa hari didalam air , ianya akan berupaya menarik minat ikan atau udang untuk  berkumpul disitu dan akan dijadikan sebagai habitat baru .

Setelah yakin bahawa telah terdapatnya ikan atau udang didalam rumpunan itu , ianya kemudian akan ditarik secara perlahan lahan dan kebiasaannya akan ada lagu dinyanyikan sekali ..lagunya saya telah lupa , tetapi lagu tersebut bertujuan agar ikan ikan yang berada didalam rumpunan daun daun tersebut tidak akan lari semasa proses penarikan bermula.

Rumpunan daun  atau namanya ' Umbun' kalau tidak silap saya itu akan ditarik kekawasàn berpasir dan dari situ hasilnya akan dilihat .Kebiasaannya terdapat banyak ikan dan udang didalam rumpunan daun daun tersebut .

Pada akhir tahun 1970 an , dengan bertambahnya penggunaan racun racun rumpai disawah padi , pihak pihak yang tidak bertanggung jawab telah menyalahgunakan racun rumpai tersebut khususnya racun cap tengkorak untuk menuba ikan ikan di Sungai Chempias .

Pada ketika itu , kita akan turut merasa sedih apabila melihat ikan ini terapung mati didalam sungai disebabkan perasaan sikap tamak haloba manusia .Penggunaan racun ini untuk menuba ikan telah berterusan sehinggalah  racun ' Endosulfan' ini telah diharamkan penggunaannya oleh pihak berkuasa pada tahun 2005 .

Oleh kerana penggunaan racun yang berterusan sejak sekian lamanya itu sebagai bahan untuk menuba ,  telah menyebabkan semua kehidupan termasuk udang dan ikan telah pupus di Sungai Chempias .

Bagaimanapun , sejak pengharaman racun 'Enfosulfan ' itu , kehidupan ikan ikan dan udang telah mula dikesan semula di Sungai Chempias , walaupun jumlahnya tidak lagi sama seperti dulu dulu .

Terdapat dua buah empangan kecil telah di bena di Sungai Chempias bagi Mukim Lubuk Merbau iaitu di Kampung Labu Kubung dan Kampung Tanah Merah .

Empangan ini diadakan bagi tujuan mengawal dan menyalurkan sebahagian air dari Sungai Chempias untuk kegunaan pesawah padi .Dengan itu , air telah dapat disalurkan kesawah padi mengikut jadualnya dan telah banyak membantu para petani didalam mengerjakan tanah sawah mereka .

Tahun 1970 an dahulu , terdapat ramai juga orang orang luar selain dari penduduk tempatan yang mendulang bijih didalam Sungai Chempias ini . Bagaimanapun aktiviti ini tidak lagi diketahui samada masih berjalan ataupun telah tiada kini .

Sesungguhnya , Sungai Chempias terlalu besar jasanya kepada penduduk penduduk setempat dimasa masa yang lalu .

Saya percaya , ramai daripada kita membesar bersama Sungai Chempias ini atau lain lain sungai dikampung kita dahulu .

Paling paling tidak pun pernah mandi disungai ini pada ketika hendak pergi ataupun pulang dari sekolah .Mandi disungai dengan airnya yang jernih adalah satu kepuasan sejati kepada orang orang kampung seperti saya .
Sumber :
Facebook Group Page
Sejahtera Malaysiaku Dulu - Dulu Official

SAYA, KAK LONG & ZA 1970


Ini gambar saya dengan kak long dan adik saya Za. Gambar tahun 1970. Saya sempuras lagi, baru berusia 3 tahun. Za setahun manakala Kak Long pula 10 tahun.

Adik saya Za sihat walafiat lagi waktu itu tetapi dua tahun kemudian dia jatuh sakit. Tak tahu sakit apa. Rata - rata berubat. 

Lama juga dia terlantar sakit. Semasa sakit dia meracau-racau, "Mak, nak gi kat mak!" katanya. "Ni mak lah ni. Za duk atas riba mak dah ni." balas emak, "Tak! Bukan! Mak kita duduk kubur!" katanya. Apalagi, kami semuapun pakat menangis belaka.

Pada masa yang lain Za minta kain selimut. Emakpun selimutkan Za dengan kain selimut. "Tak nak! Nak selimut dengan kain putih!" Emak pun peluk Za erat-erat. Kata-kata itu sungguh meruntun pilu. Emak ingat dia akan kehilangan Za sepertimana dia telah kehilangan dua lagi anaknya Arwah Jamilah dan Arwah Noraini yakni kakak saya ketika masih usia bayi.

Alhamdulillah setelah berubat ke sana-sini, klinik hospital dan rawatan tradisional akhirnya adik saya Za itu kembali sihat. Che saya berniat jika Za sihat dia akan mandikan Za dengan air kolah Masid Putih.

Bila Za sudah sihat, chepun bawalah Za ke Masjid Putih (Masjid Abidin) Kuala Terengganu untuk menunaikan hajat tersebut. Jauh juga masjid tu dari kampung saya, lebih kurang 60 batu. Lama juga baru sampai maklumlah ikut jalan lama. Jambatan Sultan Mahmud pun belum dibina lagi. 

Za yang nama penuhnya Zaharah adalah adik saya yang paling rapat. Ini kerana perbezaan usia kami hanyalah dua tahun. Dia kenal semua kawan saya dan saya tahu semua kawannya. 

Keakraban kami menjadi contoh sebagai 'adik-beradik hok tak rajin berbalah' oleh jiran-jiran kami. Ya, kami tidak pernah bergaduh tetapi dia selalu menjadi mangsa saya yang suka menyakat. Haha. 

Tahun 1982 Za terpilih ke MRSMKT sedangkan saya bersekolah kampung sahaja. Kami sering berutus-utus surat kerana itu sahajalah medium perhubungan yang kami ada. Sebulan sekali dia akan balik ke rumah menaiki bas kompeni yang akan lalu di hadapan rumah. 

Sekarang Za ini telahpun  kembali ke rahmatullah pada malam Jumaat 27 Januari 2012 dalam usia 43 tahun kerana ketumbuhan dalam kepala. Sungguh kehilangannya sangat dirasai sehingga kini. Al-Fatihah buat adikku Zaharah binti Dollah (9 Meii 1969 - 27 Januari 2012). 

Kak Long sekarang telah berusia 61 tahun. Masih sihat walafiat. Saya pula telah menjadi seorang pesara sambil membilang usia yang masih bersisa sebelum berpulang menurut jejak mereka yang telah pergi.

Sumber :
Facebook Group Page
Sejahtera Malaysiaku Dulu - Dulu Official

Khamis, 10 Jun 2021

Mengabangku yang Hilang


Pantai Pengkalan Maras Mengabang Telipot kampungku...akibat hakisan, 
telah hilang 'mengabang' yang menjadi tempat lanbayu & kawan kawan mandi manda di zaman anak anak @ awal remaja...(mengabang tu ialah anak sungai yang mengalir ke laut).
bila musim air limpah (musim.hujan) kami akan bukakan aliran ke laut, maka lajulah air masuk ke laut...bolehlah kami bermain 'air jemela' yang bermaksud  air laju umpama di water park'.
 Kala itu airnya masih belum tercemar..kini kalau masih ada kini -segala 'mok nenek" dah masuk ke 'mengabang' tak dapat mandi manda  seperti dulu lagi
  bila musim 'main pantai' orang sebelah kg Maras datang buat bangsal daun nyiur..macam runah teres..
 kami tidak balik ke.rumah kegembiraan sama..tidur di tepi pantai (di atas pasir) hingga ke waktu pagi..tanpa selimut pun...tak pasti sejuk ke tidak
  kalau lapar semasa 'main panta'  hanya mampu beli keropok lekor goreng yg diletak dalam daun jambu laut..kadang kadang ada juga dijual buah berangan goreng dan buah cokok (maninja) goreng pasir.
  rasanya di sebelah pantai Tanjung Gelam, ada persamaan juga kisah & kenangan seperti ini

oh kenangan..tinggallah kenangan..
di mana kawan dulu...
kawan dulu.....
yang sama bergandingan
Sumber:
Facebook Group
Gabungan Anok Mengabang Telipot 
Lanbayu


Ramai juga orang Mg Telipot /Terengganu, menyertai Felda, bukan baru: sejak akhir 1960an, 1970an malah ada yang lewat sikit sertai LKTP itu 1980an.

2. Felda peringkat awal ialah di Belara, Jerangau, Bukit Bading, kemudian Kerteh, malah banyak juga di negeri Pahang seperti Jengka dan lain lain. Generasi yang sertai sekitar 1960an dan 1970an ramai yang telah meninggal.Apapun kenangan penglibatan mereka tetap ada.

3.. Dulu kebanyakan nelayan kecil atau  ketiadaan pekerjaan (menganggur) tetapi setelah menyertai tanah rancangan hidup mereka tidak sesukar dulu lagi. Kehidupan suami isteri yang yang dipenuhi dengan warna warna derita telah mula berubah ceria biarpun terpaksa berkorban di peringkat awal penghijrahan.  

4.. Walaupun kebanyakan mereka hari ini sudah tua dah, malah ramai yang sudah meninggal, tetapi pewaris mereka tetap ada sebagai generasi kedua atau generasi penerus.

5. Malah kini sudah menjadi warga Felda dan Mg Telipot hanya tinggal kenangan cuma sebagai kampung yang ditinggalkan.

6. Ada yang miliki memori indah, info berguna..kisah kisah berkaitan ..jom kongsikan bersama.  

Sumber:
Facebook Group
Gabungan Anok Mengabang Telipot 
Lanbayu

Selasa, 8 Jun 2021

BASIKAL


Hari ini dikatakan Hari Basikal Sedunia. Kalau ikut sejarahnya basikal pertama dicipta oleh Karl Von dari German, 1817. 

Sebenarnya di kalangan kita banyak kenangan menggunakan basikal, terutama semasa zaman persekolahan.

Di masa lalu untuk memiliki basikal bukan sesuatu yang mudah. Zaman dulu dulu di awal kemerdekaan kalau ada basikal tu, kira orang beradalah juga. Justeru pada masa itu kebanyakan berjalan kaki sahaja. Yang ada kereta lembu tu kebanyakan di pekan pekan (bandar).

Bagi yang seangkatan Lanbayu memanglah ke sekolah Menengah Maras (sekarang Tengku Mizan) menaiki basikal 7 batu pergi dan  7 batu balik. Selama 5 tahun juga bersekolah dan kayuh basikal melalui Wakaf Tengah, Balai Mara's,.Gelong, Maras dan.Padang Kemunting,.lalu sampailah ke sekolah. Kalau tidak silap hampir satu jam juga.

Laluan itu masa pertengahan 1970an dan awal 1980an tidak sibuk...laluan kawasan pertanian (sawah padi) dan kebun sayuran.

Lucunya zaman itu selalu ambil buah jambu batu (jambu butir banyak) yang tumbuh meliar di pingir jalan.

Namun sebenarnya kebanyakan kami pandai berbasikal sejak di bangku sekolah rendah lagi, semasa darah 6 terutamanya. Tidak kiralah basikal tua ke, basikal copper ke, basikal buruk ke, tidak kisah sangat waktu itu. Bila dah ke sekolah menengah adalah perasaan malu malu kalau basikal kita agak buruk, terutama bagi murid perempuan.

Zaman kami tidak ada pun basikal subsidi. Yang tidak mampu memiliki basikal tumpang kawan kawan, malah ada sahabat yang berjalan kaki ke.sekolah sejauh itu . Juga terdapat seorang murid perempuan sanggup guna basikal tua (besar) ayahnya untuk ke sekolah...ini kisah benar masa sukar & susah dulu dulu....sekarang Alhamdulillah kebanyakan dah hidup senang.

Tempat baiki basikal zaman kami kalau sebelah Kg Kolam/Kg Tengah di kedai Cina Hoki, manakala kalau sebelah Wakaf Tengah, kedai Arwah Bakar.

Jika anda ada kenangan dan pengalaman BASIKAL boleh kongsikan di sini.

Sumber:
Facebook Group
Gabungan Anok Mengabang Telipot 
Lanbayu

BUDU- SUKA DOK MAKAN? CU CUBA HARI NI ATAU ESOK


1.Jarang anak Mg Telipot tidak suka budu, terutama yang tinggal di sebelah pantai. 

2.Dikatakan kalau makan nasi sepinggan, tetapi jika dimakan bersama budu dll bahan seperti asam limau, lada, ulam ulaman- ia tidak cukup sepinggan mungkin dua pinggan ke atas. Lada pula untuk lbih sedap digunakan lada burung (lada yang saiznya kecil tetapi pedas). Teruna tampan.& gadis cantik pun ramai suka makan budu...budu bukan lagi bahan yang memalukan sebenarnya tetapi tinggi khasiat sebenarnya.

3. Budu ini biasanya cukup disukai orang Terengganu dan Kelantan serta selatan Thai. Malah di.pulau Natuna pun penduduk sana buat dan makan budu, terutama yang asal dari Terengganu (pulau Seluan, Natuna) Walaupun ia adalah bilis yang diperam bersama garam dan berbau, terutama kalau lama diperam tetapi ia cukup membuka selera.

4. Mungkin ada yang memikirkan ia makanan yang agak jelek, tetapi kajian mendapati banyak zat dan khasiatnya.

  5. Kajian ke atas budu telah dibuat  para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan terbarunmembuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. 

6. Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal .Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

7. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

8. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). 

9.Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

10. Justeru itu hari ini budu telah mula dikomersialkan, dikilang dan dibotolkan, malah dibungkus dalam bekas yang mudah dibawa seperti 'ubat gigi'. 

12. Namun sesetengah kita lebih suka budu kampung yang dikatakan lebih ori, tiada campuran bahan awet. Malah dikatakan yang diproses berskala kecil di kampung/pantai lebih terjamin kebersihan. Namun sudah hampir tiada lagi budu dalam tempayan/leger, kebanyakan kini diperam dalam bekas plastik .

Sumber:
Facebook Group
Gabungan Anok Mengabang Telipot 
Lanbayu

SECEBIS NOSTALGIA BECA (TEKSI ORANG ZAMAN DULU PANGGIL')




1.Pernahkah kalian naik beca di bandar kuala terengganu , terutama zaman kanak kanak dulu.

2. Biasanya dulu orang Mg Telipot naik beca atau ada juga orang dahulu panggil 'teksi' selepas naik bot penambang untuk ke stesen bas, hospital, pulau kambing, jalan Sultan Omar , Batas Baru dan lain lain destinasi dalam bandar Kuala Teregganu.

3. Biarpun masa lalu sudah jauh meninggalkan kita, namun masih ramai pengayuh beca yang masih panjang umur meneruskan perjuangan demi sesuap nasi.

4.Mereka tetap menjadi sebahagian warisan yang menghidupkan suasana bandar Kuala Teremgganu yang kian sepi.

5. Kebanyakan dari mereka (pokcik beca) sudah pun di senja usia, maklumlah sudah puluhan tahun mengabdikan diri , menanggung keluarga sekian lama hasil dari kepayahan itu. Biarpun sekadar RM10 sehari mereka berusaha dan tetap berusaha...mereka mengayuh dan tetap mengayuh atau 'gateh' selagi kudrat masih bersisa.

6.. Di kala PKP dan lockdown ini, kehadiran mereka bagaikan sudah tidak bermakna lagi, dalam dunia pengangkutan awam...mereka terus kehilangan penumpang.

6. Justeru itu Alumni Pelajar Master Pengurusan UPM (1999-2000) menyelami denyut nadi para pengayuh yang dalam kegetiran itu.

7. Alumni itu seramai 25 orang mengumpul sedikit bantuan kewangan untuk disampaikan kepada warga paling terkesan itu dengan barangan dapur bernilai RM100 untuk 20 orang pengayuh beca berkenaan di bandar Kuala Terengganu.

Haji Zakaria  Ibrahim  dari Mengabang Telipot (Pok Ya Laksa) yang mewakili kawan kawan dalam usaha kecil itu , sekurang kurang menjadi penyejuk rasa buat mereka.
8.Pok Ya bekas Pendaftar UMT yang pernah 'gateh teksi' (beca) zaman awal remajanya zaman dulu dulu di Mengabang Telipot ke pasar Maras barangkali cukup merasai denyut nadi golongan itu.

9. Seorang bekas pengayuh beca di bandar Kuala Terengganu yang berasal dari Mg Telipot, dikesan oleh Lanbayu ialah Pok Nong  masih ada .

10. "Kami kumpul sedikit bantuan itu dalam masa tujuh hari dan Alhamdulillah ambe mewakili bekas pelajar batch kami itu untuk sedikit meringankan bebanan mereka biarpun tidak seberapa" kata Pok Ya.

"Ada stori yg mengusik jiwa biler geng pengayuh beca kite dekati...rm5 sehari kalu dpt ari tu ada kala balik tangan tidak berisi...tapi mereka gagahi juga demi menyara keluarge walaupun tlh berusia...mereka ni paling muda 64 thn yg paling tua 80 thn...di mana kan ku cari ganti...serupa dgn pengayuh beca ini...psr payang k trg...semoga ada insan2 yg turut ambik kisah terhadap mereka..." kata Pok Ya cukup mengesankan jiwa kita mendengarya.

11. Mungkin ada kalangan sahabat ada kenangan menaiki "BECA' . Bolehlah kongsikan bersama. Atau apa apa pendapat untuk keluarkan mereka ini dari kesukaran...atau apa apalah ucapan kata kata semangat dan membahagiakan, simpati buat mereka pokcik pokcik beca ini.
LANBAYU.
Sumber:
Facebook Group
Gabungan Anok Mengabang Telipot 
Lanbayu

SEJARAH TEMPOYAK


Tempoyak diriwayatkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan sehari-hari penduduk Terengganu. Ketika Abdullah bin Abdulkadir Munsyi berkunjung ke Terengganu sekitar tahun 1836, ia mengatakan bahwa salah satu makanan kegemaran penduduk setempat adalah tempoyak. Berdasarkan sejarah yang ada dalam Hikayat Abdullah, tempoyak merupakan makanan khas rumpun bangsa Melayu, yaitu suku bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia yang terdapat di Sumatra dan Kalimantan.

Tempoyak atau tempuyak adalah masakan yang berasal dari buah durian yang difermentasi. Tempoyak merupakan makanan yang biasanya dikonsumsi sebagai lauk saat menyantap nasi. Tempoyak juga dapat dimakan langsung, tetapi hal ini jarang sekali dilakukan karena banyak yang tidak tahan dengan keasaman dan aroma dari tempoyak itu sendiri. Selain itu, tempoyak dijadikan bumbu masakan

Citarasa dari Tempoyak adalah asam, karena terjadinya proses fermentasi pada daging buah durian yang menjadi bahan bakunya. Tempoyak dikenal di Indonesia, terutama di Bengkulu, Palembang, Lampung, Sumatra Barat, Jambi, dan Kalimantan. Selain itu, makanan ini juga terkenal di Malaysia. Di Palembang, tempoyak dimasak dengan campuran daging ayam. Di Lampung, tempoyak menjadi bahan dalam hidangan seruit atau campuran untuk sambal.

Cara pembuatan

Adonan tempoyak dibuat dengan cara menyiapkan daging durian, baik durian lokal atau durian monthong (kurang bagus karena terlalu banyak mengandung gas dan air). Durian yang dipilih diusahakan agar yang sudah masak, biasanya yang sudah tampak berair. Kemudian daging durian dipisahkan dari bijinya, setelah itu diberi sedikit garam. Setelah selesai, lalu ditambah dengan cabe rawit yang bisa mempercepat proses fermentasi. Namun proses fermentasi tidak bisa terlalu lama karena akan mempengaruhi cita rasa akhir.

Setelah proses di atas selesai, adonan disimpan dalam tempat yang tertutup rapat. Diusahakan untuk disimpan dalam suhu ruangan. Bisa juga dimasukkan ke dalam kulkas, tetapi fermentasi akan berjalan lebih lambat.

Tempoyak yang telah difermentasi selama 3-5 hari cocok untuk dibuat sambal, karena sudah asam dan masih ada rasa manisnya. Sambal tempoyak biasanya dipadukan dengan ikan Teri, ikan mas, ikan mujair, ikan patin, ataupun ikan-ikan lainnya.

SURAT RAJA HAJI SEBELUM DITIKAM PENGKIANAT

Usaha terakhir menyatukan Nusantara dan Melayu dibawah satu Khalifah. Perlu diketahui diutara tanah Melayu terdapat negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan penjajah dan diserahkan kepada Thailand, negeri-negeri inilah antara cadangan bermulanya penyatuan tanah Melayu dibawah 1 Khalifah di Nusantara, tetapi usaha ini dihidu musuh maka usaha-usaha penyatuan digagalkan dari dalam alam Mleayu itu sendiri, antara kisah Raja Haji.

Sewaktu para pejuang yang setia bersama Raja Haji sedang mendirikan solat, pengkhianat yang turut sama berpura-pura bangkit tatkala imam dan yang lain masih berada dalam sujud yang panjang, lalu mereka secara khianat menancapkan pisau di belakang antara mereka sehingga syahid.

Surat Raja Haji ;

“Maka pada hari ini, tanggal 19 Rajab 1198 Hijrah bersamaan dengan 17 Jun 1784, di Tanjung Palas Teluk Ketapang inilah warkah yang tertulis. Warkah ini kutulis atas sejadah, mengadap kiblat dalam keadaan berwuduk setelah selesai solat dan doa panjang untuk sekalian umat Melayu. Al-Qurán di sebelah kananku, kitab Dala-il Khairat di sebelah kiriku. Badik pusaka di pinggangku. Sungguh demikian, aku amat menyedari bahawa terdapat di kalangan armada perang Melayu yang aku satukan dan pimpin ini terdapat golongan Melayu yang menjadi musuh dalam selimut: berwajah Melayu berhati Belanda. Usahlah ditanya bagaimana aku mengetahuinya kerana tahu di angin turun naik.

Apabila Allah menghendaki terjadi sesuatu perkara, maka tiada siapa pun yang dapat mengelaknya. Biar sahaja mereka masuk menyelinap ke dalam kubu kami dan mengepung aku. Syak fasik, yakin salih, batulah yang jadi juadah! Nah, wahai si munafik! Aku sesekali tidak pernah takut kepada kalian. Marilah kita berdepan sebagai lelaki Melayu yang sejati. Engkau kendonglah panji perjuanganmu. Aku junjung panji perjuanganku! Nyawa kita di tangan Allah. Matiku di medan perang ini, tandanya sentiasalah aku hidup di sisi Allah. Matimu di medan perang, tandanya celakalah engkau di Akhirat nanti.

Maka Maha Adillah Allah Taala sebagaimana terdapat golongan yang munafik dan petualang bangsa, akan ada golongan di kalangan umat Melayu sesudah kami yang akan menyambung perjuangan kami. Maka sambutlah panji perjuangan kami dengan penuh harga diri. Dalam hati merekalah aku hidup dan menjadi cita-cita mereka pula mati kerana berjuang. Semangat mereka menyerupai kami, walaupun bilangan mereka tidak seramai bilangan munafik dan petualang.”

Raja Haji menulis pada akhir warkahnya (setelah memperoleh alamat, sebelum peristiwa khianat berlaku), sekiranya perjuangannya itu benar, semoga Allah mengekalkan tulisannya itu dan membutakan mata penajajah daripada menjumpai warkah ini, supaya warkahnya itu sampai kepada seluruh umat Melayu pada generasi mendatang.

Sumber dari Panji hitam.

Al Fatihah buat perjuangan ninda ninda terdahulu..
#nusantara

Isnin, 7 Jun 2021

Makam Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II dan permaisurinya, Tunku Puteri Almarhum Tunku Ishak, ditemukan di Anak Bukit


Penemuan  empat lagi kubur termasuk yang dipercayai makam Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II dan permaisurinya, Tunku Puteri Almarhum Tunku Ishak, ditemukan di Anak Bukit dianggarkan berusia 239 tahun.

Sultan Muhammad Jiwa memerintah Kedah dari 1710 hingga 1778 dan beliau membuka dua kota pemerintahan iaitu di Kota Setar dan Anak Bukit.Dua daripada kubur itu mempunyai binaan kepok (binaan pusara) yang terdiri daripada lapisan batu bata yang agak tinggi dan terletak bersebelahan, dipercayai makam pasangan diraja berkenaan.

Satu lagi kubur yang berada bersebelahan makam Sultan Muhammad Jiwa pula mempunyai binaan kepok memanjang, namun lebih rendah dan dipercayai milik pembesar pada zaman itu, manakala satu lagi kubur tidak dapat dikenal pasti identitinya.Sultan Muhammad Jiwa mangkat pada 20 Sept 1778 dan dimakamkan di Kota Setar, bagaimanapun makamnya tidak ditemui sehingga kini.
Batu nisan di Anak Bukit inilah yang paling besar pernah dijumpai di Kedah.
"Nisan tersebut biasanya dipanggil sebagai batu Acheh, semua batu nisan Acheh diimport ke sini dari Acheh dan dijual kepada golongan atasan dan bangsawan, rakyat biasa hanya guna nisan kayu atau nisan berbatu sungai," katanya.
Pada 23 Mac lalu, penemuan makam dipercayai milik Sultan Kedah ke-16 Sultan Ataullah Muhammad Shah di Bukit Pinang, kira-kira sebulan selepas menemui makam Sultan Kedah ke-14 Sultan Muhyiddin Mansur Shah di Kampung Chegar, Mukim Jeram, Tunjang.

#creditalammelayu

Ahad, 6 Jun 2021

Sebab Kenapa Anak Muda Perlu Simpan Emas?


1. Bayar balik pinjaman pendidikan
2. Simpanan Kecemasan
3. Modal Miliki Aset
4. Hantaran Perkahwinan
5. Modal Berniaga
6. Deposit Kenderaan Pertama

Berminat nak simpan emas?

www.wassap.my/60146392686/tabungemasGAP

Ardi
PG00067677
Public Gold Authorized Dealer

#Emas #Public #Gold #Amazing #Bar #Jongkong999 #Jongkong916 #Goldbar999 #Goldbar916 #Barang #Kemas #Dinar #Dirham #Pajak #Gadai #Arrahnu #Islam #Perak #Silver

Sabtu, 5 Jun 2021

Kereta Api koc Kelas 3 KTM pada tahun 1960an - 1990an


Siapa ada pengalaman menaiki keretapi mel malam atau koc Kelas 3 KTM pada tahun 1960an - 1990an? Biasanya saya dan family akan menempah koc Kelas 2 dengan tempat tidur kalau kami berkunjung ke Kuala Lumpur atau Pulau Pinang dari Singapura. Bila berpindah ke Malaysia keluarga saya tetap memilih koc kelas 2 dengan tempat tidur untuk perjalanan jauh samada ke JB/Singapura atau Butterworth. Tapi ada satu tahun saya dan seorang teman membuat "last minute plan" untuk bercuti di Pulau Pinang ketika cuti perayaan Deepavali. Kami cuba menempah tiket koc Kelas 2 bersama tempat tidur. Malangnya semua tiket
Kelas 1, Kelas 2 dengan tempat tidur dan Kelas 2 tempat duduk sahaja telah habis dijual. Kami tidak ada pilihan melainkan membeli tiket Kelas 3. Maka bermula episod perjalanan dengan keretapi paling menarik yang pernah saya alami. 

Walaupun merasa sedikit tidak selesa tapi kami dapat berkenalan dengan ramai para penumpang. Gelagat para penumpang di Kelas 3 cukup menghiburkan. Ada yang bermain guitar sambil menyanyi. Ada seorang kakak menggantung buaian untuk anaknya. Ada yang tidur di atas lantai koc. Ada yang kerap kali menghisap rokok. Bermacam-macam gelagat! Suasana tambah seronok bila keretapi berhenti sebentar di stesen untuk mengambil penumpang. Para penjaja makanan akan menaiki koc untuk menjaja jualan mereka. "Kopi panas! Mee hoon goreng! Karipap panas!" Untuk dilaungkan oleh para penjaja untuk menarik perhatian para penumpang agar membeli bahan jualan mereka. 

Namun suasana demikian tidak ujud lagi dengan bermulanya perkhidmatan ETS iaitu keretapi elektrik pantas yang membawa penumpang dari KL-Butterworth-Padang Besar dan KL-Gemas. Melalui maklumat yang saya dapati, keretapi penumpang yang menggunakan enjin kuasa diesel masih lagi beroperasi bagi perjalanan dari JB-Gemas-Tumpat. Saya kurang pasti sama ada sektor perjalanan ini masih membenarkan para penjaja yang menaiki keretapi dari stesen-stesen untuk menjual bahan makanan dalam keretapi.

Sumber:
Facebook Group
Malaysiaku Dulu-Dulu Official

Jumaat, 4 Jun 2021

Sejarah Bermulannya Nombor Pendaftaran Kenderaan Malaysia


Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

Kenapa Perak bermula dengan A ?

Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

No plate Special

Proton: Issued for certain Proton cars.
Perodua: Issued for certain Perodua cars.
WAJA: Issued for Proton Waja cars.
Chancellor: Issued for Proton Chancellor cars.
Persona: Issued for Proton Persona cars.
Satria: Issued for Proton Satria cars.
Tiara: Issued for Proton Tiara cars.
Perdana: Issued for Proton Perdana cars.
LOTUS : Issued for Lotus cars.
KRISS: Issued for Modenas Kriss motorcycle.
Jaguh: Issued for Modenas Jaguh motorcycle.
NAZA: Issued for Naza vehicles.
SUKOM: Issued only during the 1998 Commonwealth Games, which was held in Kuala Lumpur at that year.
XIII NAM: Issued only during the 2003 NAM Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
X OIC: Issued only during the 2003 OIC Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
XI ASEAN: Issued only during the 2005 ASEAN Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
BAMbee: Issued only during the 2000 Thomas and Uber Cup which was held in Kuala Lumpur at that year.
XXX IDB: Issued to members and participants of the Islamic Development Bank conference.

G1M :  Gagasan 1 Malaysia 

Teksi pulak:
HA: Ipoh & Taiping in Perak
HB: Klang Valley, Selangor
HC: Kuantan, Mentakab & Temerloh in Pahang
HD: Kota Bharu, Kelantan
HJ: Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang & Kulaijaya in Johor
HK: Alor Star & Sungei Petani in Kedah
HL: Labuan
HM: Malacca
HN: Seremban, Negeri Sembilan
HP: Penang & Prai
HQ: Kuching, Miri, Sibu & Bintulu in Sarawak
HS: Kota Kinabalu, Sandakan & Tawau in Sabah
HT: Kuala Terengganu, Terengganu
HW: Kuala Lumpur

Khamis, 3 Jun 2021

Kisah Abg Yang Jual Majalah Komik bedekatan dengan Sekolah Chi Wen, Pekan Bahau, Negeri Sembilan

Al kisah di awal tahun ini apa bila aku ke kedai Abang ni yang berbangsa India untuk membeli air mineral.Kedai abang ini terletak di Pekan Bahau,Negeri Sembilan.Kedai beliau berpindah di tempat baru tidak jauh di tempat lama yang bedekatan dengan Sekolah Chi Wen.

Aku sangat mengenali dan masih ingat akan sosok wajah abang ini dan tiba-tiba mengimbau kenangan 25 tahun dahulu ketika di bangku sekolah rendah dan menengah.Kedai abang ini yang selalu aku akan singgah selepas pulang dari pusat tuisyen di Wawasan Murni kerana abang ini adalah salah satu kedai di Pekan Bahau yang menjual surat khabar,majalah dan komik.Yeah,aku kedai beliau tak lain dan tak bukan untuk membeli majalah Ujang,Dragon Ball dan semua koleksi komik karya pelukis terkenal Hong Kong iaitu Tony Wong dan Ma Weng Seng.Komik kegilaan anak-anak muda ketika itu merupakan Alam Pewira,Juara Wira,Dendam Kesumat,Dewata Raya,Pedang Setiawan Raja Rimba dan banyak lagi.

Ketika aku bayar duit air mineral aku beli,aku dah terfikir nak “confessed” apa yang pernah aku lakukan.Selesai bayar,aku cakap “bang boleh saya cakap sesuatu” “dia balas apa dia”?
“Bang saya dahulu,masa umur sekitar 13-14 tahun pernah curi komik kat kedai lama abang,jadi saya nak mohon maaf atas apa saya lakukan dahulu.Masa itu duit tak berapa nak ada,tapi saya nak baca and simpan komik tu.Aku lihat abg tuh muka nya mulai hiba,mata nya mula berkaca tapi menahan.Aku hulurkan sekeping nota duit untuk bayar balik walapun dia kata tak perlu.Aku tetap cakap ambil dan percaya lah bang saya tak curi komik lebih pada  10.Aku mencuri tapi tak la jadi sampai berterusan.Aku ceritakan setiap kali aku beli majalah Ujang aku selitkan buku komik Hong Kong tuh kat dalam dan aku gulung siap2 dan terus bayar harga buku Ujang je.Tapi dalam majalah Ujang tuh dah ada 2 komik yg aku dah selitkan.Oleh kerana abg tuh dah kenal aku jadi dia tak syak apa2.Abg tuh tersenyum dan dia cakap awak bukan pertama datang confess macam ini.Ada yang datang dah ada anak semua.Saya halalkan dan saya juga faham dan saya juga pernah nakal.Dia cakap abg ambil duit awak ini dan abg derma laa kepada siapa yg memerlukan.Walaupun agama kita berbeza tapi kita nak dosa kita diampunkan tuhan kita.

Allahuakbar,terima kasih abg,lega sudah hati aku dengan penjelasan nya.Aku cakap “hutang tetap hutang,saya mencuri tapi klu abg tak halalkan saya juga akan susah nanti menjawab dengan tuhan saya.Saya dah lama nak jumpa abg untuk hal ini tapi harini Allah gerakkan saya jumpa abg.Wajah abg itu kelihatan sayu dan dia kata sekarang “kita 0-0”Saya pun dah tua,apa saya nak selain sihat adalah ketenangan hati.

Terima kasih abg penjual majalah,saya doakan kamu dan keluarga sentiasa sihat dan dimurahakn rezeki.Terima kasih kerana melayan baik bekas2 pencuri komik kedai anda dengan baik. // 7 April 2021,Pekan Bahau,Negeri Sembilan.

Sumber:
Facebook Group Official
Malaysiaku Dulu-Dulu Official