Rabu, 31 Januari 2024

CUCUR UDANG


Tepung Cucur :-
https://shope.ee/5V6iuvrBnU

Bahannya:

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar yis (mauripan)
Air agak-agak (suhu biasa)
Segenggam taugeh
Secekak kecil kuchai - kerat2
1/2 batang lobak merah - sagat memanjang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Udang secukupnya (sy takde,maka sy ganti otak2)
Minyak untuk menggoreng

Caranya:

Dalam satu bekas, satu kan tepung, serbuk kunyit, yis, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.

Masukkan taugeh, kuchai dan karot, gaul rata dan perap 30 minit.

Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk dalam minyak panas. Kemudian tuangkan adunan cucur.

Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari senduk.

Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat tos kan minyak. siap.

kredit: anissa mardhiah

KEPAK AYAM PANGGANG

Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata.  Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai.

Kepak Ayam  Manis² Pedas

oven: https://shope.ee/7fBDSxsDlv

RESIPI::
1 kg kepak ayam -
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)

REMPAH²"

1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan  tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Satukan semua rempah  dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian  terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit . 

Akhir sekali,  campurkan madu dgn krpak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup ... lebih kurang 10 - 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing² dan kalau nak ranggup ke atau tidak.  Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan.  Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.

Resipi ini  lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.

Petua:
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing².

Selamat mencuba.

Kredit: victoria van bennekum MAHN

MUFFIN GEMOK MONTOK 😁😁


Resepi muffin coklat cip ❤️

Bahan A

🍫 2 cawan tepung gandum
🍫 1 cawan gula halus
🍫 1 sdk soda bikarbonat
🍫 1sdk baking powder
🍫 1/2 sdk garam halus
🍫 1/4 cawan coco powder

Bahan B
🍫 1 biji telur gred A
🍫 1 cawan susu sejat @ susu full cream
🍫 1/3 cawan minyak jagung ( sy guna minyak masak je )
🍫 1 sdk esen vanilla
🍫 Cip coklat 3/4 cawan

Cara buat 👇

👉 Satukan ke semua bahan A tadi dalam satu bekas & gaul sampai sebati smuanya..
👉 Dalam bekas yg lain pukul telur mgunakn whisk .. pukul² manja je..
👉 Masukn susu cair, esen vanilla, minyak & sebatikn smua adunan kmudian masukn cip coklat gaul² kejap..
👉 Masukn bahan² A tadi yg telah d sebatikn ke dalam adunan bahan B & gaul bg sebati..
👉 Tuang adunan ke dlm cawan cup cake & bakar pd suhu 160c selama 20 - 25 minit ( cup sz L ) & untk cup sz M bakar dlm 15 minit .. api atas bawah..

Nota❤️ jgn kacau lama sngt ye adunan tu cukup skadar bg sebati je kalau x nt muffin jd keras serta kering..

Credit :Azzu Riana Kak Long

Cookies Muffin :-
https://shope.ee/4pr0QcUDoR

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN


BAHAN2:
1 ketul Dada Ayam - potong kiub kecil
1 bj Putih Telur
1/2 cwn Tepung Kentucky
2 sb Butter
1 ulas Bwg Putih - cincang
2 tangkai Daun Kari
3 bj Cili Padi
1/2 cwn Susu Cair Evaporated (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Lada

CARA2:
1. Perap ayam dgn garam, serbuk lada & putih telur selama 5-10 minit.
Golekkan ke dlm tepung Kentucky & goreng sehingga masak & garing.
2. Cairkan butter & tumis bwg putih, daun kari & cili padi sehingga wangi.
Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga pekat.
3. Tuangkan ke atas ayam goreng & hidangkan segera dgn nasi putih

Ayam Buttermilk :-
https://shope.ee/6KfjhjF0DY

Jumaat, 26 Januari 2024

CONEYDOG ALA2 A&W

Coneydog ala2 AnW 🥰 siapa yang suka, akan suka sangatt 😘

frying pan: https://shope.ee/7Urf1OyKpT

1.bawang holand 1bjk- potong dadu
2.bawang putih 3bjk- kasi tumbuk jeaa lah (mood malas nak racik2)
3.sos tomato
4.sos cili
5.kari daging - 1peket
6.daging hancur ramly - 1peket kecik jea
7.cendawan - 1 tin (potong kecik2)

cara masak
========
1.tumis bawang holland ngan bawang putih..
2.dah naik bau, masukkan daging hancur
3.gaul2 sampai masak
4.masukkan serbuk kari yg dah di letak skit dgn air...kacau2 sebati dgn daging tu
5.masukkan sos tomato dan sos cili - nie agak2 la letak byk mana..dlm 3 sudu ok dah tu
6.jgn lupa letak perasa
7.sosej rebus dulu
8.beli roti panjang gardenia tu jea
9.potong roti, letak sosej dan letak kuah daging tu atas nie..suka bawang letak taburan bawang atasnya..
10.yummyyyyyy

Crdt : zarenaheeney@💝

Khamis, 25 Januari 2024

KEK MOIST

Sedap moist kek nii..

loyang kek: https://shope.ee/1VaQA5hMMS

Cake coklat moist
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn minyak msk
2 sudu makan serbuk koko
1cwn tpg gandum
1sudu kecil (kfc) baking powder
1sudu kecil (kfc) soda bikarbonat
1 biji telur

Caranya
🌹🌹🌹
Gula,susu,minyak,serbuk koko dimasak atas api yg slow,kacau bagi sebati dah cukup tutup api..masuk telur sebiji kacau lagi..masukkan tpg yg dah diayak dgn bahan penaik tadi kacau sebati...panaskan air dan kukus hingga masak

Coklat ganache
🌹🌹🌹🌹🌹🌹

200gm waiping cream
230gm coklat dark berlys
1sudu butter

Panaskan waiping cream dgn api slow..maauk coklat kacau bagi sebati..ttup api masuk butter kacau siap.

Adunan kek sesuai utk loyang 6

Isnin, 22 Januari 2024

RESEPI ROTI ARAB AKA ROTI PURI


BAHAN-BAHAN :

2 cwn tepung gandum
3 sdb minyak masak/marjerin yg dicairkan
1 sdb yis
1 sdt gula
1/2 sdt garam
1 cawan air panas

CARA MEMBUATNYA :

- Masuk semua bahan kecuali air panas. Gaul sampai jadi mcm serbuk roti.

- Masukkan air panas, uli smpi tak lekat ditangan & doh gebu.

- Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong & rehatkan doh dlm 30min.

- Leperkan doh. Goreng dlm minyak yang banyak & cukup panas. Api sederhana. Masa goreng curah minyak tanpa henti atas roti supaya roti kembung.

Photos from Shahida Fariza

Roti Arab :-
https://shope.ee/7fAxN9RRGT

𝑹𝑬𝑺𝑬𝑷𝑰 𝑨𝒀𝑨𝑴 𝑴𝑬𝑵𝑨𝑵𝑮𝑰𝑺 ANAK HILANG😅


Bahan untuk perapan daging/ayam:

✓ Daging/Ayam (yang ada bahagian lemak lagi sedap)
✓ 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
✓ 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
✓ 1 sudu besar perasa
✓ 4 sudu besar sos tiram
✓ 3 sudu besar sos ikan
✓ 3 sudu besar kicap manis
✓ 2 sudu besar palm thai sugar/kalau takde boleh ganti 4 sudu besar brown sugar

Cara-caranya:

1. Perap at least 3 jam. Then boleh grill, grill atas non-stick pan je.

2. Daging tu kalau halfcook dah boleh makan dah tapi ayam kena betul-betul masak okey.

3. Masak atas api perlahan.

Sambal tu senang je, korang google je pun ada:

✓ 5 ulas bawang putih ditumbuk
✓ 10 biji cili api ditumbuk
✓ 3 akar ketumbar ditumbuk
✓ 3 sudu kecil sos tiram (guna sos tiram Lee Kum Kee)
✓ 2 sudu besar sos ikan nampla
✓ 2 sudu besar thai palm sugar / 3 brown sugar
✓ 1 sudu besar perasa
✓ 1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
✓ Sedikit daun ketumbar dihiris halus

SELAMAT MENCUBA!!

Kredit: Resepi Nenek

Kambing Perap :-
https://shope.ee/4pqm01irpe

WAFFLE RANGUP


📍Bahan2 :

3 cawan tepung gandum
5 sudu gula
1sudu kecil baking powder
1/2  sudu kecill mauripan
1 sudu kecil vanila esen
2 biji telur
2 1/2 cwn air suam + 1/2 cwn susu full cream
Secubit garam
Suku cwn minyak masak

📍Cara2 :

Campurkan semua bahan..  Minyak masak last ye..  Gaulkan sebati, biarkan dlm 10 minit

Sapukan sedikit minyak pada waffle maker.. Sekali je masa mula2, sementera rehat kan bancuhan tu. panaskan wafer maker.. Letak suhu max, masak dlm 10 minit atau hingga garing

bila dah masak tu sapulah dgn sapuan yg disukai...😋😋😋

📍Tip utk waffle

Kena cukup air.. Jgn terlebih atau kurang (pakai cawan sukatan yg sama dgn tepung tadi)

Kalau suka garing masak dlm 12 ke 15 minit tapi kalau terlebih gareng nanti jd biskut😆😆.. Mak ngh pakai waffle maker russell tylor yg hitam tu,  pastikan masak suhu max.. (kalau jenis WM yg lain mak ngah tak tau)

📸 Foto & Air tangan : Noor Baini Bakar
     Sumber : Nurul Aini Mohd Hamidi

Selamat mencuba!

Tepung Waffle
https://shope.ee/7KY6tk7gP3

Ahad, 21 Januari 2024

RESEPI MEE KARI SIMPLE


4 bji bawang merah bland
1 labu bawang putih bland
2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
1 senduk cili giling
1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
2 kiub pati ayam maggi
fishcake
fishball
tauhu kering
isi ayam atau tulang2 ayam
1 kotak santan 200ml
gula & garam secukupnya
air
ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)😊😊

bahan hiasan:-
Telur Rebus
Cili merah
Sawi
Taugeh
Limau kasturi
Cara2
Tumis bahan kisar , 3sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
masukan batang sawi yang dah di potong.. batang sahaja ok... daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni... Masukkan ayam , fishball ,fishcake
Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k....
Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit... last sekali masukan tauhu kering....
tunggu sampai mendidih... siap.... boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.... ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap... saya pun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu...😊😊😊😊✌

Kredit : are peace dan Anisza mohd Shukri

Lapar malam-malam teringgat-ingat mee kari korang patut tgk sini,serius tak menyesal https://shope.ee/4VDvR8Q8Bs

RESEPI SAGU GULA MELAKA


Sagu gula Melaka ni boleh buat 2 versi.

Boleh makan dengan sos kastard atau pun dengan kelapa parut. Jom kita buatt.

Bahan-bahan :
3 cwan sagu direbus separuh masak dan basuh atau lalukan bawah air mengalir untuk buang kanji. Ekmudian ketepikan.
Masukkan 3 keping nise atau pun gula Melaka sedikit gula pasir, air dan daun pandan.
Masukkan air dalam 1 litter.
Bila dah menggelegak masukkan sagu tadi dan kacau sampai masak sehingga tiada yang biji-biji putih.
Angkat dan bolehlah masukkan ke dalam loyang. Bila dah betul-betul sejuk baru dipotong.

Bahan Sos Kastard :
1 tin susu cair
1 Sb tpg kastard
Sedikit garam
Daun pandan

Cara masak :
Masak di atas api sampai menggelegak.
Gunakan kelapa putih sahaja dan kukus sekejap.
Gaulkan dengan garam.
Potong kuih sagu yang disejukkan terlebih dahulu golek-golekan dengan kelapa.

Gula Melaka
https://shope.ee/602idEwibj

Sabtu, 20 Januari 2024

NASI KERABU


Set Lengkap Nasi Kerabu
https://shope.ee/7KY4Oblpce

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI 🙂
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
25 kuntum bunga telang, cuci, tosk dan tumbuk lumat*
2 camca besar air suam*(*disatukan dan perah untuk jusnya, tapis)
4 1/3 cawan air + jus bunga telang tadi
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN SAMBAL SOTONG 🙂
500 gram sotong (mat guna sotong kembang) dipotong
2 camca besar sos cili
1 camca besar gula merah
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 biji cili merah (mat guna 4)*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMBAL BUDU 🙂
350 ml pati santan
10 - 12 tangkai cili kering, hiris dan rendam hingga lembut*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 cm halia*(*dikisar halus)
1 keping asam gelugor
4 camca besar 'budu'
1 camca besar gula

BAHAN-BAHAN SAMBAL KELAPA 🙂
1/2 biji kelapa, diparut putih (kurang lebih 1 1/4 cawan)
1 ekor ikan kembong, dibakar, ambil isinya dan tumbuk
5 biji bawang merah*
2 batang serai, hiris*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAM 🙂
Hirisan daun selom, secukupnya
Hirisan pucuk ulam raja, secukupnya
Hirisan kacang panjang, secukupnya
Hirisan kacang botor, secukupnya
Hirisan halus bunga kantan
Hirisan daun kesom, secukupnya
Hirisan kobis, secukupnya
Hirisan halus serai (bahagian putih sahaja) secukupnya
Hirisan halus timun, secukupnya
Hirisan halus daun kunyit, secukupnya
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN 🙂
Ikan kembong goreng celop tepung
Telur asin
Belahan limau nipis
Keropok (tak letak, sebab takde)

CARA MEMBUATNYA 🙂

UNTUK NASI :- Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang air + jus bunga telang dan masukkan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga nasi tanak, biar betul2 masak dan boleh gemburkan dengan chopstick (kalau anda nak guna beras siam, sukatan air 1 nisbah 1, atau 1 bahagian beras : 1 bahagian air).
UNTUK SAMBAL SOTONG :- Celur sotong kembang sekejap dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos cili dan gula merah. Masak hingga terbit minyak. Masukkan sotong, perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matika api.
UNTUK SAMBAL 'BUDU' :- Masak santan kelapa dengan api sederhana hingga keluar minyak, kacau selalu. Masukkan bahan kisar halus, budu dan asam gelugor. Tambah gula dan masak hingga pekat. Matikan api.
UNTUK SAMBAL KELAPA :- Goreng kelapa parut putih hingga wangi dan perang sedikit. Kemudian gaul dengan bahan2 tumbuk halus. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
UNTUK NASI KERABU :- Senduk nasi secukupnya ke dalam pinggan sesuai. Letakkan semua ulam2 tadi dalam kuantiti yang secukupnya (jangan banyak sangat). Letak bahan sampingan dan hidangkan bersama sambal kelapa, sambal budu dan sambal sotong. Sedap dimakan dengan sambal sotong sejurus anda gaulkan nasi tadi dengan ulam2man, sambal kelapa dan sambal bulu...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk sambal budu tu, mat guna 10 biji cili padi merah thai dan 2 camca besar cili kisar. Anda boleh guna apa2 saja ulaman yang anda rasa nak letak, tapi pastikan ulam2 tadi dicuci, kasi tos kering2..dan baru dihiris halus. Untuk ikan pula, cm guna ikan kembong saiz kecil atau ikan kembong batu...Selamat mencuba!!!

Jumaat, 19 Januari 2024

EPF DAN UNIT TRUST : MANA LEBIH BAIK?

Nampak berlegar posting ni merata-rata dan rasa terpanggil nak bagi sepatah dua kata. Kalau nak belajar dan tambah ilmu, mari baca sampai habis.

Kenapa ramai orang yang keluarkan duit EPF dari Akaun 1 dan kemudian masuk ke unit trust tidak berjaya mendapat pulangan yang setimpal dengan risiko yang diambil? Dan kenapa ada orang yang buat benda yang sama tapi berjaya dapat pulangan melebihi kadar dividend EPF?

1. Kena faham benda paling asas. EPF dan pelaburan di unit trust adalah dua perkara yang berbeza. Tak sama langsung kalau nak compare. Macam epal dengan oren. Dua-dua buah juga, tapi rupa tak sama, rasa tak sama, kepuasan bila makan pun tak sama. Jadi, sebab apa EPF dengan unit trust tak sama?

a) Asset allocation di EPF lebih berat kepada asset class fixed income (bonds) di mana 50% dari seluruh asset di dalam EPF dilaburkan dalam instrument fixed income. 

(Side note: I have had the privilege to be one of those managing the fixed income investment for the EPF funds for its global portfolio.)

Bila kita sebut fixed income ni, apa maksud dia? Kita invest dalam apa? 

Kita invest dalam instrument yang akan bagi pulangan tetap (hence the name fixed income) di mana instrument ini dikeluarkan oleh syarikat korporat dan mereka akan bayar dividend (kebiasaannya kita guna term coupon tapi saya sebut dividend bagi senang faham).

Apa risiko kalau invest dalam fixed income?

Risiko paling utama ialah default risk, di mana syarikat tadi tak mampu bayar coupon dan juga principal. Tapi risiko ini sangat kecil sebab dah melalui proses due diligence yang sangat ketat berserta proses credit assessment secara internal sebelum pergi ke lapisan tertinggi untuk memberikan approval untuk masuk dalam list bonds yang boleh dibeli. Ini adalah proses typical yang wujud dalam mana-mana institusi pelaburan.
(Corporate governance and risk management in EPF is very very solid, trust me I've experienced it myself)

b) Tidak tertakluk kepada turun naik harga. Okay part ni saya akan jelaskan satu-satu.

Kalau kita tengok duit kita dalam Akaun EPF, kita ada nampak tak turun naik harga yang seterusnya mempengaruhi turun naik value asset kita di EPF? Takde kan? 

Maksudnya apa? Adakah pelaburan di EPF tidak tertakluk kepada market movement dan volatility di pasaran?

Tidak. Sebenarnya pelaburan di EPF masih akan berlaku turun naik harga dan beri impak kepada turun naik asset value. Tetapi maklumat itu hanya available di dalam buku EPF sahaja. Kalau awak rajin, awak boleh cari Annual Report EPF, dan cuba hadamkan. Tapi kalau awak tak rajin, awak baca je post ni.

EPF juga mengalami isu sama jika market tak perform atau bahasa slang kita sebut 'koyak'. Lagi-lagi masa tahun 2022 dulu time Federal Reserve naikkan interest rate dekat US mencanak-canak. Memang koyak habis. Tapi keadaan masih terkawal sebab asset allocation dalam EPF bukan semua terdedah kepada turun naik harga pasaran. Ini masuk next point.

c) Dalam report EPF, ada pelaburan yang dimasukkan dalam trading book (maksudnya akan terdedah kepada turun naik harga tadi) dan ada yang dimasukkan dalam HTM book. HTM book ni senang cakap dia macam apa harga beli, itulah harga yang direkodkan, takde impak kalau tiba-tiba market turun naik. Sebab apa macam tu?

Sebab EPF follow guideline financial reporting macam MFRS9, jadi untuk pelaburan yang EPF akan pegang sampai dia mature, maka tak perlu rekod turun naik harga tu.

Apa maksud pegang sampai mature tu pulak dah?

Maksud dia, contoh macam fixed income tadi. Syarikat korporat akan issue bonds ni ikut maturity tertentu. Katakan bonds tu 7y maturity, maksudnya EPF akan dapat coupon payment setiap tahun (ikut level rating, type of issuance and industry, biasanya range antara 4 hingga 7%), di mana standard practice coupon akan dibayar 2 kali setahun, selama 7 tahun dan di akhir tahun ketujuh tu bayaran principal tu juga akan dibuat bersama. Konsep dia macam kita berhutang dengan bank, kena charge berapa % and selama tempoh berapa lama. Konsep dia secara asas macam tu la tapi in this case terbalik la sebab EPF yang dapat pulangan.

So far faham kan?

Kesimpulan untuk point #1, duit kita semua di EPF ni lebih menepati classification seperti ia pelaburan di dalam fixed income. Sebab apa?

i) Duit kita di Akaun EPF tidak ada turun naik harga
ii) Setiap tahun kita dapat dividend seperti yang diumumkan EPF 

2. Melabur di unit trust pula maksudnya apa? Kita akan terdedah kepada turun naik harga setiap hari. Sepertimana turun naik pasaran saham setiap hari, seperti itu juga setiap unit trust funds akan publish harga unit trust mereka yang berubah setiap hari.

Itulah yang kita lihat dalam daily NAV yang dipublish dalam semua platform jual beli unit trust funds.

Dalam kebanyakan waktu, kita nak melabur dalam unit trust ini sebab kita nak dapatkan exposure dalam region tertentu di luar Malaysia. Dan selalunya exposure tersebut di dalam pasaran saham luar negara.

Namun, ada begitu banyak pilihan unit trust funds yang ada di pasaran dengan pelbagai jenis strategi, yang biasa disebut antaranya mungkin growth fund, aggressive fund, developed market, dividend fund dan lain-lain lagi.

Apabila nak buat analisa, unit trust funds mana yang patut anda beli/invest di dalamnya, ada banyak faktor yang perlu diambil kira. Dan dengan analisa yang betul, anda sebenarnya boleh jumpa unit trust funds yang dapat beri pulangan yang lebih tinggi dari dividend EPF.

But again, sebab kenapa anda nak melabur dalam unit trust funds pun kena jelas juga. 

Kalau anda sekadar nak dapatkan return dalam lingkungan 4-5%, maka eloklah biar saja dalam EPF tu diam-diam. Ini maksudnya, anda punya risk profile tu tak melayakkan anda untuk keluarkan duit EPF tu pun.

Sebab apa saya kata gitu?

Bukan sebab duit dalam EPF anda kurang dari level tertentu ke apa. Tapi lebih kepada risk preference level anda yang agak conservative.

Kalau anda jenis yang tak boleh nak tengok volatility yang saya sebut sebagai turun naik harga di pasaran tadi, maknanya risk profile anda jenis yang conservative.

Tapi, katakanlah anda memang nak invest dalam unit trust funds sebab nak dapatkan potential return yang lebih tinggi melalui overseas market exposure, maka kena belajar macam mana nak cari unit trust funds yang fit dengan strategi dan risk profile anda. Part ni saya takkan elaborate di sini, sebab saya tak boleh bagi specific recommendation kepada public.

Dulu semasa bertugas sebagai fund manager, tugas saya lebih berat kepada menguruskan dana EPF untuk kebaikan ahli. Dan tugas itu tak mudah. Terutama sekali bila keadaan market yang mencabar. Ada waktu, kita akan cut loss, tapi ada waktu, return dlm global fixed income boleh pergi sampai 30%. Does it make me happy? Well it does, but not to the extent that I'm willing to do it until I retire...

Cuma sekarang, tugas saya lebih kepada memastikan klien saya buat keputusan yang tepat dalam menguruskan kewangan mereka. Berdasarkan pengalaman yang saya ada, saya percaya bahawa usaha membantu masyarakat untuk buat benda yang betul ini satu jihad. Sebab terlalu ramai yang dapat maklumat yang silap, dan akhirnya tak tahu dan tak jumpa cara yang betul. Sekarang, saya lakukan dalam kapasiti peribadi untuk kongsi ilmu dan serba sedikit pengalaman yang ada. Dan itu buat saya rasa sangat satisfied.

Setiap kali saya jumpa klien saya untuk cerita tentang investment, memang saya akan buka factsheet dan explain in detail, apa info yang mereka patut tengok, macam mana nak buat comparison, apa maksud benchmark, macam mana nak tengok volatility level. Dan saya akan gunakan waktu tersebut untuk educate klien saya supaya mereka dapat buat keputusan sendiri berdasarkan maklumat yang saya kongsikan.

Sebab at the end of the day, the decision is always in their hands. Dan alhamdulillah, lepas dapat penjelasan, mereka ambil keputusan untuk ikut saranan yang saya beri. Itulah kepuasan yang paling utama.

Jadi, menjawab persoalan, yang mana lebih baik, EPF atau unit trust funds? The above was my explanation.

Jawapan pendek dia senang je, it depends 😎

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI 😋

Masak Lemak Cili Padi :-
https://shope.ee/99zh7UfHS4

Ayam 1 ekor
Bahan diblend kasar/ditumbuk
Bawang merah 5 ulas
Cili hidup merah 8 tangkai
Cili padi hijau 15 tangkai(kalau xtahan pedas 7 tangkai pun okey)
Kunyi hidup agk agk setengah inci
Garam
Santan pekat setengah cawan
Santan cair 1 cawan
(guna santan fresh baru sedap tp klau xdan,santan kotak pn xpa)

Cara masak
Tumis minyak dengan bahan yg ditumbuk . Masukkan ayam potato dan santan cair .kacau dengan api perlahan smpai mendidih.lpas mendidih masukkan santan pekat.tggu smpai mendidih lagi sekali.masukkan tomato dn tabur daun kunyit.klau pekat sgt.tambah air ikut selera masing masing 😌😌😌

Kredit: mastura mukhtar

Rabu, 17 Januari 2024

RED VELVET COOKIES

Red Velvet Cookies :-

Bahan Cookies:
- 110gr Mentega
- 40gr Gula Perang
- 95gr Gula Kastor
- 1btr Telur
1/2sdt Baking Soda
- 185gr Tepung pro sedang
- 8gr serbuk koko
- 1sdt Pewarna Merah
- 2 sudu kecil Garam
- 1sdt Ekstrak Vanila

Bahan isian Cream cheese:
- 175gr Cream cheese 
- 25gr Gula halus

Cara Membuat :

▫️Masukkan mentega, gula perang, & gula kastor.
Pukul rata
▫️Masukkan telur & vanilla, whisk lagi
▫️Masukkan pewarna merah, aduk
▫️Masukkan tepung, baking soda, serbuk koko, & garam. Aduk rata https://shope.ee/20WU0PhIKj
▫️Masukkan ke dalam peti sejuk 30-60menit
▫️Campur creamcheese & gula halus, sisihkan
▫️Ambil sedikit adonan cookies, pipihkan, masukkan isian creamcheese, tutup & bulatkan
▫️Letakkan diatas loyang, beri white chocolate chips (optional)
▫️Panggang 180°C selama 12-15 menit atau hingga matang

PUDING ROTI KAYANGAN


Roti Gardenia Kismis :-
https://shope.ee/8UjxhptQwv

Bahan Puding Roti:
* 2 kotak susu coklat
* 2 biji telur
* 1 bungkus roti coklat kismis

Bahan Sos:
* 1 tin susu cair
* 1 tin air
* 1/2 sudu tepung jagung
* 1 sudu tepung kastard
* 5 sudu gula

Cara-cara:
1. Lapik dulang dengan kertas penaik
2. Penyekkan roti di dalam dulang
3. Pukul 2 biji telur bersama 2 kotak susu coklat hingga sebati
4. Tuang diatas roti, biarkan terendam dan kembang seketika
5. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit
6. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk

Cara buat Sos:
1. Campurkan susu cair, air (tin susu), 1/2 sudu tepung jagung, 1 sudu tepung kastard dan 5 sudu gula
2. Masak dengan api perlahan, kacau sehingga pekat dan kental
3. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk
4. Potong roti dan hidangkan bersama sos berkrim Selamat mencuba!

Kredit: Munirah Jasamai 
- Follow page ini untuk resepi sedap harian.

RESEPI JELLY BALL VIRAL🔥


Bahan-bahan yang diperlukan:
1 bungkus jelly (10 gram)
Serbuk agar-agar (3 gram)
Gula 300 gram
Air 1300ml
Perisa
Buah-buahan
Bekas jelly ball

Cara-cara buat jelly ball:
1. Sediakan periuk, jangan buka api. Satukan air, serbuk jelly, serbuk agar-agar dan gula. Kacau rata.
2. Kemudian, baru buka api dan masak sehingga mendidih. Masukkan perisa.
3. Dalam bekas jelly ball, letakkan buah-buahan yang disukai.
4. Apabila wap agar-agar sudah tiada, tuangkan ke dalam bekas jelly yang berisi buah tadi.
5. Isi separuh saja, tutup bekas jelly ball dan tekan sampai keluar dari lubang kecil-kecil.
6. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga jelly keras. Selamat mencuba!

Bekas jelly ball boleh beli kat sini ⤵️
https://shope.ee/6AM236sn1k

Serbuk agar2 ⤵️
https://shope.ee/9KJ3p2rFA3

ROTI CANAI HOMEMADE

Roti canai homemade. Buat sendiri je lepas tu boleh makan bila2
1/2 kg tepung gandum (saya guna cap ros)
1biji telur
2 sudu majerin
1sudu kecil garam(larutkan dalam air)
1/2 cawan air sejuk peti ais
2 sudu susu pekat *tepung+majerin+susu jadikan serbuk roti
*masukan air garam+telur
*masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tgn
*bulat2 kan rendam dgn minyak(2 jam@lebih)
*canaikan jd mcm dlm gambar
*sedia utk di goreng😉

tqvm empunya resepi🥰

Roti Canai :-
https://shope.ee/99zdE0htvn

RESEPI AYAM MASAK KUZI


Bahan-bahan :
1½ ekor ayam potong biasa, gaul garam kunyit goreng separuh masak.
Bwg kecil dlm 20bji dimayang halus
bahagi 2, satu utk buat bwg goreng
Lagi satu masa nk menumis
Kismis hitam( rendam)
Kacang gajus sangai

Bahan-bahan blender :
Daun pudina
Daun ketumbar skali akar
Cili hijau 4,5 bji
Cili padi merah 5biji
Cili padi hijau 7'8 bji

4 sekawan :
Susu cair agak²
susu pekat dlm 3,4 sudu

Serai 2,3btg ( ketuk )
Daun pandan( simpul)

Bahan blender :
Bwg besar 2@3 labu
b.putih dlm 3, 4 ulas
Halia.dlm seinci

Serbuk jintan manis 2 sudu besar
Serbuk jintan putih 2 sudu besar
Serbuk ketumbar 2 sudu besar
(campoq semua buat pes)
Serbuk Lada hitam kasar 1 sudu Bsr
Cili blande dlm 3,4 sudu besar

Cara-cara :
1.Guna minyak yg sama goreng ayam, tambah minyak sapi 2 sdu besar..Minyak lebih pun xpa nk tumis segala rempah tu...tumis 4 skwn, daun bay kalo ada....bwg merah yg dimayang tadi sikit... agak² kekuningan masukkan serai n daun pandan dah wangi masukkan bwg blander, tumis sampai agak garing masukkan cili blnder & segala rempah semua tu...slow api masak bgi sampai hilang bau rempah..
2.Dah pecah minyak elok, da hilang bau rempah, masukkan ayam ...pastu masuk kismis yg direndam lada hitam sikit garam n gula, kiub pati ayam..pastu masukkan daun yg di blander..reneh dlm 10 @ 15 minit masukkan susu cair & susu pekat last tabur bwg goreng.. cabai hijau kacang gajus n daun ketumbar.. Dah siap...

Credit : Qasih Jue Aisya

Tepung Ayam Goreng :-

Selasa, 16 Januari 2024

RESEPI DAGING MASAK KICAP

Lembut perap daging dengan BAKING POWDER😭! Serupa daging dekat Jonny uiii!

baking powder: https://shope.ee/8pMmm8hAmY

Hari ni masak daging masak kicap, try 1 tips bagi daging lembut. Serius ampa wajibbbbb try, menjadi!

📒 Resepi Daging Masak Kicap
1. Potong daging , perap daging dengan BAKING POWDER dalam 5 minit . Lepas 5 minit boleh nampak daging tu mengembang. Bilas bersih2.
2. Bilas daging, perap daging tadi dengan kicap lemak manis, gula , garam, kunyit dalam setengah jam / sejam.
3. Hiris bawang merah, bawang putih, halia .Tumis sampai perang.
4. Masukkan daging yang perap tadi, air asam jawa, kacau2 sampai naik minyak boh bawang besar potong ring & cabai masak atau cabai burung untuk hiasan.
5. Kacau2 dah siapppp!

*daging jangan masak lama sangat. Ni guna daging beku jurr!

Kredit: Norfazila Zainurin

Ahad, 14 Januari 2024

RESEPI KUIH KASWI


Bahan-bahan untuk resepi kuih kaswi :
.
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula
1 cawan gula merah atau gula perang
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan dicampur 3 sudu makan air
Gunakan cawan metrik untuk sukatan yang tepat
.
Bagi penggemar kuih kaswi,memang kena cuba resepi kaswi yang ini.Rasanya yang lembut dan bergoyang , disalut pula dengan kelapa muda memang membuka selera.Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni.
Cara-cara penyediaan kuih kaswi bergoyang ini :
.
#1: Daripada 5 cawan air , panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang.Bila semua dah larut,tapis dan sejukkan.
.
#2: Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama dengan bahan -bahan yang lain.Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air.
.
Jangan terlebih guna air kapur.Nanti kuih akan rasa pahit dan juga keras.
.
#3: Didihkan air dalam pengukus dan alas pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti.Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih.

.
Bagi penggemar kuih kaswi,memang kena cuba resepi kaswi yang ini.Rasanya yang lembut dan bergoyang , disalut pula dengan kelapa muda memang membuka selera.Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni.
#4: Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan.Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong.
.
#5: Gaulkan potongan kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam dan gula jika suka. Kami suka tak letak apa-apa sebab kuih nya dah cukup manis.
.
Sedapnya dimakan kan untuk hidangan minum petang.Selamat mencuba resepi kuih ni.

Credit: owner resepi

Acuan Kaswi :-
https://shope.ee/6pbfG7uKYL

Sabtu, 13 Januari 2024

HOMEMADE PROSPERITY

Trobek sikit aku buat homemade prosperity. Aku rasa mcm lagi sedap je dari yg ori 🤣.

burger wrap: https://shope.ee/8pMi238ECs
.
Bahan-bahan
1. Roti gardenia
2. Daging Ramly
3. Bawang besar 1/2 potong dadu.
4. Bawang holland hiris nipis
5. Tepung gandum 2 sudu
6. Air 1 gelas
7. Lada hitam serbuk+tumbuk
8. Butter 2sb
9.sos tiram 2sb
10. Kicap manis 1sb
11.garam secukup rasa
.
Cara-cara
*mula2 letak butter pada roti n goreng dulu kejap..
*uli daging ramly n bentuk kan cam bentuk roti(refer gambar)
*goreng daging dulu(cucuk2 dgn garfu)
Sos
* panaskan butter 2sb n masukkan tepung gandum.. kacau smpai jd gold..
*pastu masukkan air 1gelas n kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap n garam.. masak sampai pekat mana korang nak..
* celupkan daging yg dh goreng tadi.. letak ats roti n letak bawang yg korg hiris tadi..
Siappppp..
.
Kredit: Mohd Faiz Fitri

Khamis, 11 Januari 2024

RESEPI MEE KUNING HOME-MADE

Saya baru siap buat mee kuning yang tak berapa kuning sebab tak ada letak serbuk kunyit atau pewarna. Pucat je dia 😅

Resepi Mee Kuning home-made:

500 gm tepung high protein (tepung gandum biasa pun boleh. Saya suka high protein supaya lebih kenyal dan tak lembik)

Mesin pasta/ mee: https://shope.ee/3AiGv5Tuee

Jadikan 220 ml:
1 biji telur + 1 putih telur
Garam
Air

Cara buat:

Uli semua bahan. Doh ni memang keras sikit. Lebih kental dari doh karipap. Rehatkan 30 minit - 1 jam.

Canai dan potong guna mesin pasta. Saya nipiskan hingga no. 3 pada mesin meleperkan tu. Dah tu potong guna pemotong Spaghetti.

Rebus dalam air panas bercampur sikit minyak. Bila dah terapung, angkat dan letak dalam besen air+ais. Bila dah sejuk, toskan.

Bila semua mee dah siap, gaul dengan sedikit minyak sebelum disimpan dalam peti ais, atau gunalah terus.

Yang dalam gambar ni hasil dari dua adunan atau sekilo tepung.

Resepi Oleh: Ida Alina Salleh

Selasa, 9 Januari 2024

RESEPI 3 JENIS COOKIES ALA FAMOUS AMOS


(pakai 1 bancuhan ja dah boleh dapat 3 jenis cookies)

cookies jar: https://shope.ee/509neRIDKM

🍪 Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.

* 250 gram Butter (nak sedap pakai pure butter) cth: lurpak
* 1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1 biji telur gred A

Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.

🍪Tambahkan Bahan B

* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung jagung
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 6 sudu besar minyak

🍪Bila dah gaul sebati bahagikan kepada 3 adunan..

1) RED VELVET COOKIES
-letak 1sdk serbuk koko
-letak 2sdb pewarna redvelvet emulco
-untuk topping  kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dgn butterscotch chip (pakai yang mana ada je..😅)

2) CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES
-yg just tambahkan topping dia ja callebaut coin tu dgn nestum..

3) CHOCOLATE ALMOND COOKIES
-letak serbuk koko dalam 4 sudu (callebaut cocoa powder)
-letak topping choc chip, almond nips (tambah ja apa2 yg korang suka ok)😉

Seterusnya....

🍪 Sejukkan Adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1jam..
Kemudian....

🍪 Sedia Dibakar

Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.

🍪Masukkan Dalam Oven

Bakar 25 minit suhu 150 darjah(oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
selamat mencuba 🥰

Kredit ; empunya resepi

Rabu, 3 Januari 2024

BEKAS KEDAP UDARA

Kt sini sy shre resepi..  Bhn2 simple je. P rsa mcm aym kfc original 😄😄.. Setabung 2 dn la 2minggu klu mls.. Klu rajin xdn seminggu Setabung besar.. Jimat kos..jimat ms xpyh g beratur beli kfc🤗🤗

bekas kedap udara cantik:
https://shope.ee/6zundLvvsg

Resepi..
1/2  peket tepung gandum
1 peket tepung beras jati
1 peket tepung jagung cap bintang
1 peket kecil serbuk kari ayam/daging
1 peket kecil serbuk kunyit
Serbuk cili klu nak pedas letak lebih tak nak pedas letak sedikit..

Cara: Campur semua bahan dalam bekas kacau dan gaul hingga  sebati dan dah siap. boleh guna terus atau simpan dalam bekas bertutup..🫰😋..

Credit to owner resepi

KEPAK AYAM MANIS2 PEDAS

Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata.  Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai.

Kepak Ayam  Manis² Pedas

oven: https://shope.ee/4pqJ3E3HN4

RESIPI::
1 kg kepak ayam -
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)

REMPAH²"

1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan  tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Satukan semua rempah  dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian  terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit . 

Akhir sekali,  campurkan madu dgn krpak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup ... lebih kurang 10 - 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing² dan kalau nak ranggup ke atau tidak.  Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan.  Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.

Resipi ini  lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.

Petua:
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing².

Selamat mencuba.

Kredit: victoria van bennekum MAHN

RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP


Resepinya mudah saja.

BAHAN-BAHAN :

Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak

**Takde sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita.

CARA MEMBUATNYA :

1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.

2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.

3. Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan.

4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.

6. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.

7. Saya punya ni saya guna hand blender.

8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.

9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka.

10. Siap!

SELAMAT MENCUBA 👍

Sambal nyet khairul aming :-
https://shope.ee/8pMRo8d1oR

RESEPI ROTI JALA 🧡


Acuan roti jala: https://shope.ee/4AacFQXhCt

☑1kg tpg gandum
☑1sdb tepung ubi (fungsi tepung ubi x nak jalanye mudah putus²)
☑ 2bji telor
☑ ½tin susu cair
☑ 2sdb minyk msk
☑ Garam 1sdb
☑ pewarna kuning
☑ air secukup nya (adunan jgn cair sgt or pekat sgt)

➡Satukan smua dlm bekas..
kacau dgn whisk smpai sebati..
next blend..tuang dlm acuan roti jala..
(Yang ni guna acuan botol)
biarkan adunan dlm 10 minit..
baru mula menebar menjala

Kredit resepi: Nora Syikin Azmi

RESEPI KEK TAPAK KUDA


kotak kek tapak kuda:  https://shope.ee/4VDSdyl6X2

4 Biji telur gred A / 5 biji B
1/2 cawan Gula castor
1/2 cawan Tepung naik sendiri
1 sdb Ovellete
3 sdk Susu tepung
1 sdk Esen vanilla
125 gram marjerin/butter (dicairkan)

CARA²
Pukul sampai gebu & kembang semua bahan kecuali butter cair. Dah gebu dan fluffy masukkan butter cair. Kaup balik sehingga sebati.
Asingkan 100g adunan dan masukkan 1sdb serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu.
Simpan sikit lebihan utk lorekkan bhgian atas.
Menggunakan loyang saiz 10 inci. Bakar suhu 150 selama 25-30 minit ikut kesesuaian oven masing².
Dah siap bakar sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Dan terbalikkan semula. Wrap dgn menggunakan plastik cyling wrap kemas².
Boleh letak filling kesukaan. Boleh letak chiller sebelum potong utk elakkan filling terlalu meleleh.

Credit to Rosmah Ahmad

AGAR-AGAR LUMUT

Alhamdulillah siap ustazah ank sekolah agama order, blk klinik ank sakit. Ibu pun buat agar-agar lumut cantik kejadian satu rumah bau pandan wangi je.

Resepi agar-agar santan pandan

cutter agar- agar: https://shope.ee/1LGQs6GNGa

Bahan-bahan:

1 liter air
20g agar-agar tali (bilas)

Masak api kuat sampai agar-agar cair jadi air

200ml santan kotak
1biji telur gred B@C
15@16 daun pandan tua hijau pekat - Cuci dan bilas daun pandan
500ml air

Cara buat:

Masuk air dalam blender dan daun pandan potong sedang2. Blender sikit2 sampai abis daun pandan, tapis guna tapis kain.

Perah dahulu buang hampas, santan dan telor blender kejap je, tapis dalam bekas air daun pandan.

Masukkan gula 3 senduk sedang dalam periuk agar-agar dan masuk air daun pandan. Kacau sesekali dan rasa.

Bila dah ok, tunggu agar-agar mendidih dan tutup api. Bilas loyang dan jangan lap, biar je dan masuk agar-agar ke dalam loyang.

Size loyang 26×28
Potong 8×8=64pcs

Resepi Oleh: Rozita Daud

IKAN STIM LIMAU

Ikan Stim Limau bahan yg simple tapi rasa sebijik kt kedai thai😍memang menambah nasi la jawabnya😋
sape suka ikan stim limau ni ❤️ silakan masak🥰

Bahan2:
🌹Ikan siakap
🌹Bawang putih cincang/potong dadu
🌹Halia hiris
🌹Serai 1btg untuk hiris & 2btg untuk letak              dalam ikan.
🌹Cili padi merah &hijau
🌹Asam Limau
🌹Daun ketumbar.akarnya jangan buang,rebus skali ngn ikan👍
🌹Garam @ sos ikan untuk perasa.

Cara2 masak ada kt gambar ye u olss🥰sangat2 senang👍
Tunggu ape lagi!!!arrr jom makan🤲

kredit: zafirah zawawi

Sos Stim Limau :-