Ahad, 30 Julai 2023

KUIH BADAK BERENDAM ๐Ÿ’“


Bahan Bahan :

Bahan Doh :
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air pandan

Bahan Inti :
1 1/2 cawan kelapa parut
1 cawan gula melaka / gula merah
1/4 cawan air
1 sb gula ( optional )
1 sb tepung gandum
daun pandan

Bahan Kuah :
2 cawan santan
1 cawan air
1 sb tepung jagung
daun pandan
garam dan gula secukupnya

Bahan Lain :
air untuk merebus

Cara Cara :

satukan Bahan Doh , air mestilah dituang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh .
ketepikan seketika .
untuk membuat inti , masak gula bersama air sehingga larut .
masukkan juga daun pandan .
kemudian tapiskan dan masak semula sehingga mendidih .
masukkan kelapa parut dan kacau sebati .
apabila inti hampir kering , masukkan tepung gandum dan kacau rata .
masak sehingga kering .
tutupkan api dan sejukkan seketika .
ambil sedikit doh tadi , bulatkan dan leperkan .
letakkan inti di bahagian tengah dan tutup semula doh dengan kemas .
jadikan seperti bebola .
ulang sehingga habis .
isikan air di dalam periuk dan masak sehingga mendidih .
sementara itu kita sediakan pula Bahan Kuah , satukan ke semua Bahan Kuah dan kacau sebati hingga tiada tepung yang berketul .
kemudian masak di atas dapur sehingga pekat .
tutupkan api .
masukkan doh yang telah siap tadi ke dalam air yang telah mendidih .
masak sehingga doh timbul di permukaan .
angkat dan masukkan ke dalam Bahan Kuah .
( sy masukkan doh ke dalam air sejuk , kemudian letakkan doh di dalam pinggan . barulah dituang bahan kuah ) .
hidangkan di dalam pinggan , alaskan bersama daun pisang jika ada .
siap ๐Ÿ’“

Tepung Pulut :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/40CBrWGuES

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU THAI ALA RESTORAN


Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap sederhana besar

4 ulas bwg putih

1 biji bwg holland

1 kiub pati ayam

5 biji cili padi

2 inci halia

2 batang serai

3 sudu sos ikan

1 cawan jus limau nipis

1 sudu gula

Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan

CARA-CARANYA:

1. Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap.

2. Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air.

3. Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan.

4. Masukkan ikan ke dalam pengukus.

5. Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan.

6. Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan.

7. Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak.

8. Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah.

SELAMAT MENCUBA.

Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Airtangan dan foto- Eniza M. Salim

Thai Stim Fish Sauce :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/10YaHp26rI

SAMBAL KENTANG ๐Ÿฅ” GARING

Makan dengan nasi panas2 aduiii sedapnya.. Tak percaya cubalah ๐Ÿ‘‡

1kg kentang๐Ÿฅ”
☝️ Kupas dan sagat halus
Rendam dlm air sejuk(ais) 30 minit.
(tujuan:untuk buang kanji)

Cuci bersih dan toskan
Goreng hingga garing. Masa goreng boleh masukkan dain kari supaya lebih sedap

Ketepikan

2 genggam cili kering
☝️ Panaskan minyak. Minyak dah betul2 panas baru masukkan cili kering. Goreng sekejap je.
Angkat, toskan.
Tumbuk  guna lesung batu supaya lebih sedap๐Ÿ˜‹

2 genggam ikan bilis
Goreng & tumbuk

5 ulas bawang putih hiris nipis
☝️Goreng hingga garing.
Toskan dan tumbuk

1/2 cawan bawang goreng.
☝️Tumbuk

Kemudian,
Panaskan kuali, TANPA minyak. Masukkan
cili kering
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang goreng
Gula
Garam
Gaul sebati, api kecil shj.

Masukkan kentang.. Siap

Simpan dlm bekas kedap udara.

Sambal Goreng Kentang :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/9KDiDCZAYL

RESEPI CHEESE๐Ÿง€๐Ÿง€ TART BUNCIT


Piping :-
https://shope.ee/3Ad4N1Gyae
Acuan shell :-
 https://shope.ee/6pWMjpNKdK

Resepi Shell Tart ๐Ÿ‘‡

1 ) 125gm majerin/butter
2 ) 150gm gula kastor
3 ) 1 biji telur saiz B
4 ) 400gm tepung gandum
5 ) Esen Vanilla

Cara2 : Buat Shell Tart

1 ) Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.
2 ) Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.
3 ) Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.
4 ) Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.
5 ) Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.
6 ) Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.
7 ) Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

BAHAN FILLING CHEESE :
1 ) 500gm cream cheese dari peti sejuk
2 ) 100gm gula kastor
3 ) 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit
4 ) 2 sdb butter
5 ) 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

INTI :

Apa-apa filling kegemaran.
Cara2 : Buat Filling Cheese
1 ) Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.
2 ) Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.
3 ) Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.
4 ) Masukkan dalam piping bag.
5 ) Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.
6 ) Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.
7 ) Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.
8 ) Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.
9 ) Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering

Kredit : to owner๐Ÿ’•๐Ÿ™๐Ÿป

RESEPI CAKOI LEMBUT DAN MUDAH


Tray oil ( penapis minyak):
https://shope.ee/8ey0hERWvA

Bahan-bahan cakoi :

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :
Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.

Nota :
Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.

๐Ÿ’šResepi Kuah Pandan untuk Cakoi (Ala Kaya Cakoi)๐Ÿ’š

Bahan kuah pandan untuk cakoi :-
1 1/2 sb tepung kastard
1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)
sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)

Cara-caranya:

Masuk sumanya dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.

Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi Sedap Sangat anda!

RESEPI NASI GORENG PAPRIK ALA THAI


Bahan-Bahan:

Bahan Nasi Goreng – (3 orang makan)

3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 seduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut selera)
sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa

Bahan Paprik Campur –

Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)

Cara Memasak:

Nasi Goreng –

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.

2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.

3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.

4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.

Paprik campur –

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.

2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.

3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.

4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.

5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.

Pek Kembara Nasi Goreng Paprik :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/1q7ezkGxBg

RESEPI PUDING LABU PANDAN


Bahan lapisan kuning
●1 bungkus agar²
●250gm labu kuning kukus
●500ml air
●200ml susu cair
●150gm gula pasir
●1sdt garam

Bahan lapisan putih
●1 bungkus agar²
●800ml santan
●150gm gula pasir
●150gm cendol
●1sdt garam

Bahan lapisan hijau
●1 bungkus agar²
●300ml susu cair
●500ml air jus pandan
●150gm gula pasir
●1sdt garam

Cara membuat

1. Blender labu kuning dengan air, campur kesemua bahan kuning, masak hingga mendidih lalu tuang kedalam acuan.

2. Masak semua bahan lapisan putih, kecuali cendol hingga mendidih. biarkan suam kuku dan sedikit kental baru masukan cendol lalu tuang perlahan atas lapisan kuning.

3. Campur semua bahan lapisan hijau masak hingga mendidih ,tuang perlahan atas lapisan bagian putih. Letak dalam peti sejuk dalam sejam, potong dan sajikan.

*Serbuk Agar-Agar putih cap burung layang-layang.

Selamat mencuba.

Kredit: empunya resepi

Serbuk Puding :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/3VFsyEyPy8

Jumaat, 21 Julai 2023

RESEPI AIR CINCAU LAICI KETAGIH


Bahan2
1liter susu full cream
1 tin Krimer Sejat Cair
1 tin Krimer Manis Pekat
2 block cincau (diparut)
2 tin laici
biji selasih secukupnya
Sedikit garam
ais secukupnya

Cara:
1. Mula-mula cincau diparut
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk ..kacau sabati..
3. Masukkan ais. Kacau dan hidangkan..

๐ŸŒบ slmt mencuba๐ŸŒบ

Perasa Laici :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/3VFsnxrgEC

RESEPI IKAN BAKAR


Bahan-bahan:
* Ikan bawal
* Daun pisang
* 1 inci lengkuas
* 1 inci halia
* 2 batang serai
* 3-4 ulas bawang putih
* Serbuk kunyit
* 1 labu kecil bawang besar atau bawang merah
* 2 senduk cili kering kisar
* Lada hitam – optional
* Belacan – optional

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan hingga sebati – kecuali ikan dan daun pisang.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
3. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Masak hingga garing dan ketepikan.
4. Letakkan ikan di atas daun pisang.
5. Lumurkan pes pada ikan dan balut ikan.
6. Panaskan kuali leper atau non-stick.
7. Bakar sebelah bahagian dahulu, kemudian terbalikkan. Bakar hingga masak.
8. Kemudian boleh hias mengikut kesukaan.

Kredit: Mohd Faisel Ab Halim

Rempah Perapan Ayam Madu :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/504gaYlg70

CARA BUAT SAMBAL TUMIS NASI LEMAK YANG PADU!


1. KISAR
Mula-mula, kisarkan
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia seinci
Belacan separuh tapak tangan (digoreng garing dahulu)
Ikan bilis segenggam (goreng dahulu)

2. TUMIS
Lepas kisar, tumiskan dengan minyak menggoreng ikan bilis tadi. Masa ini kalau ada yang suka bawang dalam sambal, boleh masukkan bawang yang dihiris dalam sambal. Ikan bilis pun boleh masuk sama.
Selepas bahan kisar dan nampak garing, masukkan pula cili kering (yang dah siap direbus dan kisar) dalam 6-7 senduk. Kacaukan sampai naik minyak. Guna api perlahan.

3. PERASAKAN
Bila dah naik minyak, perasakan dengan garam (suku sudu besar), gula (6-7 sudu besar), pes asam jawa (suku sudu besar), gula perang / gula melaka (2 sudu besar). Gula perang ni fungsinya nak bagi sambal tu berwarna cantik @ merah pekat.

4. TUNGGU MENDIDIH
Kalau nak terus makan, boleh tutup api bila sambal dah mendidih. Kalau nak buat niaga, masak perlahan selama 2 jam supaya sambal tahan lama

5. Masukkan telur yang dah siap masak, dah siap

Kredit : sha ash

Sambal Tumis Padu :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/6fCuZXuU2S

RESEPI IKAN MASAK ASAM CUKA


Bahan2:
Ikan isi siap digoreng.jgn sampai garing
Bawang besar 2biji*
Bawang putih 4ulas*
Cili besar*
Cili api*
Biji sawi*
Halia*
Air asam
Cuka 2sudu mkn
Air
Garam perasa n gula bg lebih
Timun

Cara memasak
- Panaskan lebihan minyak kemudian masukkan bertanda *.tumis sehingga wangi
- kemudian masukkan ke semua bahan kecuali ikan.tunggu sehingga mendidih.
- dah mendidih masukkan ikan.pastikan rasa semua ada masam n manis.
- siap utk dihidang n mkn dgn nasi panas2..

Sumber : Arieza Rieza

Cuka Mudim :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/3psjCA5AyP

RESEPI RISOLES SARDINE


*Bahan2*
2 cawan tpung gandum
1 sudu bsar tpung jagung
2 cawan santan
2 1/2 cawan air
1 biji telur
Secubit garam

*Cara2*
1) Satukan kesemua bahan..blender hingga sebati..halus

2) Panaskan kuali/non stick..sapu nipis je minyak..tuang 1 senduk adunan..dadarkan..biarkan seketika..boleh angkat..buat sehingga habis adunan

3) Risoles tadi ambil sekeping..masukkan inti..cara gulung macam buat kuih ketayap..buat kesemuanya

*Bahan Untuk Salut Risoles*
1 biji telur..campur sedikit garam..di pukul
Bread crumb (akak guna yang putih) secukupnya

## Celup risoles ke dalam telur
## Salut dengan bread crumb
## Goreng hingga garing keemasan

*Bahan Inti Sardin*
1 tin sardine (tin kecil)..hancurkan
1 biji bawang besar..cincang
3 ulas bawang putih..cincang
3 biji kentang (sederhana)..potong dadu kecil2
Cili kisar/cili padi..untuk pedas
Daun bawang..jika suka
Garam & serbuk perasa secukup rasa

*Cara2*
1) Tumis bawang besar & bawang putih..naik bau..masukkan cili kisar..gaul2 sebati

2) Masukkan kentang..masak sampai empuk sedikit kentang..masukkan sardin..gaul2..perasakan dengan garam & serbuk perasa..last masukkan daun bawang..kacau sebati

๐Ÿฒ๐Ÿ‘‰๐ŸปAir fryers beli di sini: https://shope.ee/8KL6ymVhWF
๐Ÿ˜๐Ÿ‘‰๐Ÿปmini rice cooker hanya RM28:
https://shope.ee/7A99ajP7qu

RESEPI BIHUN GORENG


Bahan-bahan dan cara-cara :
Untuk separuh peket bihun (4 orang makan)
Tumbuk bawang kecik, bawang putih, ikan bilis.
Dah kuning masukkan cili blend 3 sudu.
Dah garing masukkan isi ayam.
Kacau seminit, masukkan air sikit, sos tiram dengan sos cili.
Masukkan bihun, sayur, kicap, garam, perasa.
Kemudian masaklah sampai bihun tu lembut.

Tips nak bagi bihun cantik :
Rendam bihun dengan air paip biasa.
Start nak mula masak tu boleh rendam dah.
Dan la lembut sementara nak tumbuk & tumis bawang.
Jangan rendam dengan air panas.

Serius memang senang buat bihun goreng ni sebenarnya ๐Ÿ˜Š

Credit : Atiqah Wahab

Perencah Bihun Goreng :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/fvfCoLFXd

SAMBAL BELACAN TOM YAM


( Saya belajar dengan isteri tokeh kedai tom yam melayu siam)

Bahan
Resepi asal cili api semata.. tapi saya olah campur cili merah sikit
10 biji cili api+3 biji cili merah
3 ulas bawang putih yg besar.. kecil2 buh 5 biji..sbb memang kene ada bau bawang putih
Belacan... saya guna itam + putih( bakar/ goreng dulu)
Gula
Garam
Pak aji sikit jika suka
Asam kasturi pun agak byk biar masam.. ambil jus saja
boleh campur sikit cuka jika perut tak de masalah

CARA
blend semua guna butang pause.... tak mau halus sgt... (kasar cam kedai tom yam selalu kita makan tu)
Perasa secukup nya.. biar sama naik rasenya
Siap..selamat mencuba
Saya dah guna resepi puluhan tahun

Saya edit.. belacan itam tu belacan sebelah utara..sdp belacan ni..

Credit : Ummu Naim Qalaq

Sambal Belacan Ketagih :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/fyPPAYzL

RESEPI CUCUR BADAK SEDAP


BAHAN A (Untuk kulit)
3 biji keledek oren(Sederhana besar)
tepung gandum
1/2 sudu garam (agak-agak)
1 sudu gula (agak-agak)
Air utk rebusan
minyak masak (utk sapu ditangan supaya tidak melekat masa uli kecik2)
.
**Kupas keledek oren dan potong utk cepat empuk. Rebus bersama air yg dicampur sesudu garam dan toskan bila empuk. (boleh cucuk pkai garfu utk tahu dh empuk ke tidak).
.
Setelah tos, lenyek2kan sehingga sekata dan biarkan sejuk seketika.
.
Masukkan 1/2 sudu garam dan sesudu gula dan gaul bersama keledek kemudian masuk sedikit demi sedikit tepung. ( agak-agak jgn keras sgt nti kulit liat. Buat lembut tpi boleh bentuk)
.
BAHAN B (Inti)
1/2 biji kelapa parut
*3 btg serai gemok (hiris halus)
*15 biji cili kering (ikut selera)_bsuh dan rendam
* 5 ulas bwg kecil
300g udang kecil @ sengengam (kupas buang kpla dan ekor)
garam
gula
asam keping
serbuk kunyit
2cawan air
.
**blander bahan yg bertanda*
.
masukkan kelapa parut, bahan yg diblander udang ke dlm kuali dgn api perlahan.
.
masukkan secawan air dan sesudu kecil serbuk kunyit. gaulkan...jika tidak rata, masukkan sedikit lg air. gaul sehingga rata.
.
campakkan sekeping asam keping.
.
masukkan sesenduk gula dan 1/2 sudu garam
.
gaul sehingga kering. rasa...(inti perlu manis sedikit)
.
sudah kering, angkat dan sejukkan.
.
♡ cara menguli♡
.
sapu minyak masak pada tpk tgan, ambik adunan ubi sebesar bola ping pong dan lenyek sehingga mnjadi bulat leper...masukkan inti dan tekup inti dan uli mnjadi bulat2. dah siap boleh terus goreng...tq...slmt mncuba ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜˜
.
Kredit Resepi: Nurol Fatin Khalid

Cucur Badak Frozen :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/8UeWWrrBHc

RESEPI APAM JEPUN


BAHAN BAHAN :

2 cwn tpg gndm
1 sk soda bicarbonate
1 cwn susu cair
1 bj telor
1 cwn air
1/2 packet yis kering
3 sb gula
1 sb margarine -cairkan
1 sk garam
1 sk esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Inti : jam nenas atau kacang merah atau chocolate paste atau sekaya.

CARA PENYEDIAAN :

Campurkan air bersama yis n gula Utk aktifkan yis.. Biar berbuih.

Campurkan susu cair dgn telor dan margarine cair..ketepikan.

Bahan2 lain dimasuk kedlm bekas,dan tuang campuran yis td dan juga campuran telur + susu, gaul rata, bila dah sebati,tapis kemudian perap 1 jam dgn menutup bekas.

CARA MEMASAK :

Panaskan kuali leper ,sapu minyak. Sapu Minyak juga keliling Acuan. Acuan nya yg buat egg banjo.

Tuang 1/2 adunan biar 1 min baru sudukan inti, kemudian tutup dgn 2 sb lg adunan batter, tutup kuali..

Biar dlm 2-3 min kikis Acuan dgn pisau supaya kuih lekang dari adunan..bila kuih tanggal dari acuan balik2 kan supaya masak sekata. Angkat.

Kredit : empunya resepi

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ‘

Acuan Kuih Apam :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/7A98idKFKU

BAKED MACARONI WITH MEATBALL


Creamy sauce :
๐Ÿฅ• 1 cawan susu segar
๐Ÿฅ• 2 sudu besar buttercup/marjerin
๐Ÿฅ• 1 sudu besar tepung gandum
    ** dimasak atas api Yang kecil hingga sedikit pekat. Ketepikan

Macaroni :

๐Ÿฅ• 1 cawan macaroni, direndam dalam 30min sebelum direbus. Rebus hingga empuk dgn sedikit garam & minyak

๐Ÿฅ• 1 bungkus bebola daging.. Terpulang nk guna bnyk mana.. Basuh, toskan & goreng bersama minyak hingga garing 

๐Ÿฅ• 1 labu bawang merah, dicincang halus
๐Ÿฅ• 2 ulas bawang putih, dihentak & dicincang halus
   ** tumis kedua bahan tersebut hingga naik bau, jgn hangus

๐Ÿฅ• 1 cawan daging hancur/kisar kedalam tumisan bawang² tadi. Letak 1 sudu kecil lada hitam yg dikisar halus & garam secukupnya . Kalau nk pedas letak black pepper lebih xpe.

๐Ÿฅ• 1 batang carrot & lada benggala hijau, dipotong dadu. Masukkan kedalam bhn tumisan tadi. Kacau rata & masak hingga air daging tadi sedikit kering.

๐Ÿฅ• masukkan 1 tin SOS prego 300gram kedalam bahan² tadi, diikuti dgn bebola daging Yang telah kita gorengkan tadi. Masak lagi hingga kuah mendidih.

๐Ÿฅ• dah mendidih,, masukkan macaroni yg telah direbus & kacau rata. Matikan api

๐Ÿฅ• turn on oven, panaskan dalam 10min dgn suhu 170 .

๐Ÿฅ• susun bebola daging kedalam aluminium foil. Kutip la bebola tadi tu dulu,, lps tu ceduk pulak macaroni. Curah dgn creamy sos yg mula² kita buat tadi. Dah tu, tabur la mozzarella cheese sebanyak yg korang suka..kalau nk pedas,, add on cili hiris kat atas tu.. Then bakar selama 20min atau hingga cheese mencair.

Apepon selamat mencuba.. Ubahla ikut creativity & selera tekak masing² .

Kredit : ain kamis

Prego Macaroni :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/7Ulz79zCkb

MURTABAK POPIA SIMPLE


BAHAN2 INTI

๐Ÿ3 keping daging burger @ daging / ayam cincang
๐Ÿ1 biji bawang besar potong dadu
๐Ÿ1 ulas bawang putih
๐Ÿ1 sdb rempah kari daging
๐Ÿ1 sdb rempah kurma
๐Ÿ3 biji kentang potong dadu( rebus hingga lembut)
๐ŸDaun sup
๐ŸSedikit kiub daging/ayam

Cara2
๐Ÿ‚Tumis kan bawang yg di potong dadu hingga naik bau...
๐Ÿ‚Masukkan rempah kari + rempah kurma (bancuh dengan air)...tumis hingga pecah minyak.
๐Ÿ‚Baru masukkan daging burger yg telah di hancurkan...
๐Ÿ‚Lepas tu masukkan kentang yg telah di rebus tadi..dan letakkn sedikit air...masak hingga kering.
๐Ÿ‚Akhir sekali perasakan dgn garam + gula dan perasa..

Telur 2biji
-----------------
๐Ÿ‚Sekatakan dan sudukan dlm inti (rujuk pada gambar di bawah)

★Letakkan inti di tengah2 kulit popia yg di ltak secara menyerong...sudukan telur di atas inti tersebut dan lipat kan kulit popia ( rujuk gambar di bawah )...Gunakan minyak yg sedikit sahaja utk mngorengkannya...api kecil ya★

kulit popia secukupnya
cheesedale keping juga jngan lupa ( kalo sukala ) @ mozarella....mna2 yg korang suka

kredit to Sha Roziah Al Yahya

Mini Murtabak  Frozen :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/1foCAKstrJ

RESEPI AGAR-AGAR GULA MERAH


Bahan-bahan :
18gm Agar-agar tali (gune je sepeket tu, kalau gune serbuk sy agak x pasti sbb x pnh try)
1250ml air
1sudu Esen vanilla
1biji telur
2sudu gula putih(boleh kurangkan jadi 1 sudu jika x nak manis)
1kotak santan
1cwn gula merah (kire bleh dpt 1/2 mngkuk putih ikea tu)

Cara-cara :
1. Didihkan air, masukkan agar2 tali ..biar dia hancur dalam tu.
2. Seterusnya masukkan gula merah, gula putih, esen vanilla ..masak sehingga mendidih.
3. Dalam bekas lain satukan santan dan telur, kacau2 lepas tu tuang dalam periuk ..masak dia dlm 5mnit dgn api perlahan ..lepas tu kuatkan api bg dia naik buih dan trus tutup api tuang dlm loyang.
4. Sejukkan dan boleh dipotong

Selamat mencuba

Kredit : Tengku RosElyza Raja Muhammad

Agar-Agar Puding Powder :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/2L3sxMvHJC

RESEPI APAM PISANG GEBUSS


BAHAN A :

7 biji pisang berangan (kalo pisang tu besar kurangkan sebiji)
3/4 cawan gula perang (sy nak jimat sy guna gula pasir jer)
2 sdt baking soda (jgn membukit nanti pahit)
1 sdt double action baking powder
(satukan semua bahan ini dlm bekas dan lecek guna gelas)

BAHAN B :

1 sdb perahan limau (limau nipis bole/limau kasturi/lemon)
1 cawan minyak masak
3 biji telur gred A (blend 2 minit)

BAHAN C :

2 cawan tepung gandum (rajin ayak..kalo x rajin x payah๐Ÿ˜…)

BAHAN HIASAN :

2 biji pisang berangan hiris nipis (kalo tebal pisang tu lemas ๐Ÿ˜)

CARA-CARANYA :

Masukkan perahan limau dlm pisang yg dilecek tadi..kacau sebati..
Bila dah sebati masukkan minyak masak..kacau lagi..Masukkan pula telur yg dah diblend tadi..kacau sebati lagi..Masukkan tepung kacau sebati..peram dlm bekas bertutup selama 1 jam..
Panaskan air kukusan hingga mendidih..api sederhana besar..leser acuan guna minyak atau mentega..
Masukkan adunan 3/4 acuan..letak hirisan pisang...kukus selama 20mnt..siap..biar suam2 baru kuarkan drp acuan..

Kredit Resepi : mariana zainal

Dicuba oleh : norazizah hasbolah

Selamat Mencuba ๐Ÿ‘

Kek Pisang 3 Beradik :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/6zpiVpBP8u

SARBAT SELASIH DAN AIR KELAPA


Siapa yang pernah datang Penang dan pernah minum air sarbat nyok di Chowrasta. Ini dia resepi

Bahan2
1. Perisa nenas
2. Pewarna merah
3. Biji selasih - Rendam hingga kembang
4. Getah anggur - Rendam hingga kembang
5. Kembang semangkuk - Rendam hingga kembang
6. Air kelapa muda

Cara2
1. Masukkan perisa nenas, pewarna merah dan daun pandan ke dalam periuk yg berisi air. Masak hingga mendidih
2. Bila sejuk, masukkan air kelapa muda, biji selasih, getah anggur, kembang semangkuk dan gula. Wanginya bau air nyok sarbat.
3. Kacau dan masukkan ketul ais
4. Selamat berbuka. Cubalah. Tak rugi.

Resepi oleh : Arif Budiman Zainal Abidin

Biji Selasih :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/4AVWOXjkPI

PHAD PHED AYAM


Ayam 1/2 ekor potong kecik2..

Blend halus;
Bawang besar 1-2 biji
Bawang putih 6 ulas
Serai 3 batang
Lengkuas 1 cm
Halia 1 inchi
Cilipadi kampung 15 biji (lebih kalau nak pedas)
Cili kering 6-7 btg (potong2 tak payah rendam)
Kunyit hidup 1 inci
Belacan 1 cm

Bahan lain;
Daun limau purut 5 helai
Asam keping 1
Garam, gula
Kacang panjang

Caranya;
Tumis bahan blend smpai pecah minyak, masuk asam keping, daun limau purut... masukkan ayam gaul rata, tutup kuali sekejap untuk bagi ayam masak.. perasakan, biarkan hingga ayam masak, sebelum tutup api masukkan kacang panjang..

Kredit: ahmad shinoda

Perencah Masakan Phad Phed Ayam :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/4Kowaf5UTR

KUIH KASWI

Kuih KASWI pandan lembut bergedik,kenyal dan cantekk ..

Acuan kaswi: https://shope.ee/6fCnYvuQ3c

Bahan-bahan
==========
1 cawan air pandan (kisar 4 helai daun pandan )
1 cawan santan cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
1 sb air kapur
sedikit garam

Acuan sapu dlu dengan sedikit minyak, isi adunan sehingga penuh acuan tu. Kukus 15 minit... Dah masak angkat tunggu kuih betul² sejuk baru keluarkan drpd acuan. Resepi ni boleh dpt lbh kurang 24 biji kuih. Kelapa parut kukus sekejap untuk tahan lama tak mudah basi.

kredit: ziela ramli

RESEPI BEBOLA BERGEDEL AYAM


frying pan ikea: https://shope.ee/9UX1gHla1l

BAHAN-BAHAN :

* 6-7 biji kentang - dipotong dadu
* Isi ayam - dikisar
* Serbuk lada sulah
* Garam
* Lada merah –dihiris
* Bawang merah – dihiris
* Daun sup – dihiris
* 3 biji telor
* Bawang goreng.

CARA MEMBUATNYA :

1. Goreng kentang yang dah dipotong dadu, kemudian lenyekkan dalam mangkuk.

2. Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam, hirisan daun sup, lada merah, bawang merah, sebiji telur dan bawang goreng. Gaul rata semua bahan.

3. Kemudian gentel bulat2 macam meatball.

4. Simpan sebentar dalam bekas & masukkan dalam peti sejuk (1/2jam) seblom digoreng.

5. Lepas itu, pukul 2 biji telur dalam mangkuk, panaskan minyak, celupkan bergedil tadi dan boleh mula menggoreng. Siap untuk dihidangkan bersama soto, lada kicap atau dimakan begitu saja.

Kredit : Har Ryea

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ‘

IKAN KERING MASAK SAMBAL


Bahannya:
Segenggam lada kring (ikut pdas)
3ulas bwg putih
1bji bwg merah
Bilis (agak2 je)
☝️ blnder
4sdu gula
1cmca gram
Sdikit perasa
2sdu cuka (bio ikn ttp rngup,x ltak gnti air asm pn blh)
๐Ÿ‘‰tumis smpai kering &  pkat..

Kredit resepi ini kepada ana lyana via masak apa hari ni

Pes Sambal :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/4V8Jg1WrBe

COKLAT MOIST

Suka Betul saya buat kek coklat moist versi kecik ni..

saya share kan resepi saya guna

cup plastik kek coklat: https://shope.ee/2L3p4UmwrZ
periuk kukus: https://shope.ee/4fRfndXroN

serbuk koko 1 cawan
gula 1 cawan
minyak 1 cawan
susu manis 1/2 cawan
susu cair 1 cawan
telur gred A 3 biji
tepung 1 cawan
esen vanila,soda bikarbonat dan baking powder 1 sudu kecil..

blend telur dan esen smpai kembang

Masuk semua bahan campur kecuali tepung,baking powder, soda,telur dan masak atas api skejap jngan bagi berketul2 api slow..

baru masuk kan tepung,soda b dan baking powder.. tutup api gaul smpai tak ketul kemudian tuang telur yg di blend..

masuk kat pengukus masak selama 15 min

topping
serbuk koko 1 cawan
susu manis 1 cawan
minyak 1 cawan
susu cair setengah cawan
(sama masak atas api kecil smpai tak berketul)

sejuk kan dulu kek baru topping style saya..

semoga memberi manfaat kepada semua suri rumah sekalian.. boleh la jimat kalau ada majlis2 anak ke atau jadikan side income๐Ÿ˜˜

selamat mencuba๐Ÿ˜˜
kredit: cik izzah