30 Julai
KUIH BADAK BERENDAM π
Bahan Bahan :
Bahan Doh :
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan air pandan
Bahan Inti :
1 1/2 cawan kelapa parut
1 cawan gula melaka / gula merah
1/4 cawan air
1 sb gula ( optional )
1 sb tepung gandum
daun pandan
Bahan Kuah :
2 cawan santan
1 cawan air
1 sb tepung jagung
daun pandan
garam dan gula secukupnya
Bahan Lain :
air untuk merebus
Cara Cara :
satukan Bahan Doh , air mestilah dituang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh .
ketepikan seketika .
untuk membuat inti , masak gula bersama air sehingga larut .
masukkan juga daun pandan .
kemudian tapiskan dan masak semula sehingga mendidih .
masukkan kelapa parut dan kacau sebati .
apabila inti hampir kering , masukkan tepung gandum dan kacau rata .
masak sehingga kering .
tutupkan api dan sejukkan seketika .
ambil sedikit doh tadi , bulatkan dan leperkan .
letakkan inti di bahagian tengah dan tutup semula doh dengan kemas .
jadikan seperti bebola .
ulang sehingga habis .
isikan air di dalam periuk dan masak sehingga mendidih .
sementara itu kita sediakan pula Bahan Kuah , satukan ke semua Bahan Kuah dan kacau sebati hingga tiada tepung yang berketul .
kemudian masak di atas dapur sehingga pekat .
tutupkan api .
masukkan doh yang telah siap tadi ke dalam air yang telah mendidih .
masak sehingga doh timbul di permukaan .
angkat dan masukkan ke dalam Bahan Kuah .
( sy masukkan doh ke dalam air sejuk , kemudian letakkan doh di dalam pinggan . barulah dituang bahan kuah ) .
hidangkan di dalam pinggan , alaskan bersama daun pisang jika ada .
siap π
Tepung Pulut :-
πhttps://shope.ee/40CBrWGuES
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
Sejak masa Rasulullah shallalahu alaihi wasallam diketahui bahwa dinar dan dirham telah menjadi bagian dari kehidupan muslim unt...
-
Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri Profession Assessment Centre (PAC) atau Ujian Bakat untuk...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan