Selasa, 18 Jun 2024
CILI JERUK
BAHAN² :
250 Gram cili hijau muda
1 Cawan cuka makan
4 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
2 cawan air untuk msk cili
1 sudu teh kapur makan
CARA PENYEDIAAN RESEPI CILI JERUK ..
1. Basuh bersih cili hijau muda dan dipotong serong ketebalan yg seragam . Lepas da siap semua masukan dlm bekas . Larutkan kapur makan dlm air. rendamkan cili selama 1 - 2 jam . toskan dan basuh bersih sekurang²nya 3 kali untuk hilangkan bau kapur . fungsi kapur adalah untuk rangupkan cili jeruk walaupun da lama .
2. Didihkan 2 cawan air dan bila telah mendidih tutup api. masukan cili potong tadi . Masukan cili potong tadi & kacau rata . Proses ini hanya ambil masa msk 20 - 30 saat shj . jgn lama kacau nanti lembek . Terus tos cili . Isikan dlm bekas kaca yg telah dibasuh dgn air panas .
3. Panaskan sekejap cuka gula garam dgn api kecil . tak perlu sampai mendidih . Cukup untuk larutkan semua bahan . Tutup api bila da larut . Terus masukan dlm bekas kaca yg mengandungi cili potong tadi .
4. Biarkan 45 minit & boleh da guna cili jeruk anda itu.. simpan dlm peti sejuk & cili jeruk anda boleh bertahan selama sebulan . jgn diletakan diluar peti kita tak guna pengawet kimia menghalang kulat .
Siap, Selamat mencuba 💞
Kredit : Suriawati
Cili Jeruk :-
https://s.shopee.com.my/qORrIwjBo
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan