Selasa, 18 Jun 2024
KUIH GULUNG 3 BAHAN (15MINIT SIAP)
Jimat sejimat-jimatnya dah ni. 😅
Jom buat minum petang ni.
Bahan-bahan : (Anggaran 8-10biji)
Telur sebiji
Gula 2 sudu
Tepung pulut (Agak agak sampai jadi doh)
Cara masak :
1. Pukul telur dan gula sampai kembang. (Pukul pakai sudu jak pun boleh)
2. Dah kembang, masukkn tepung pulut. Agak agak jak sampai jadi doh. Kalau doh keras, renjis sikit air.
3. Dah uli, gulung gulung ikut bentuk macam di bawah.
4. Goreng guna api kecil. Dah panas, masukkan kuih dalam kuali. Tunggu sampai kembang dan keperangan baru angkat, jangan angkat cepat sangat risau dia mengecut.
5. Biarkan kejap, pastu tabur gula aising atasnya. Nak makan dengan sardin pun boleh 🥰.
Resepi : Kasmi Saharing
Kuih Gulung :-
https://s.shopee.com.my/1qGWBdUDqL
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan