#TabungASB
1. Pulangan lebih baik berbanding ASB simpanan biasa.
Jika kita menyimpan RM440 dalam akaun simpanan ASB biasa secara tunai, hasil yang kita peroleh selepas 5 tahun ialah :
- simpanan terkumpul = RM26,400
- dividen terkumpul (5.25%) = RM3,748
- jumlah keseluruhan = RM30,148
Tetapi dengan budget yang sama, kita boleh apply ASB financing RM100k dengan tempoh pembiayaan 40 tahun, bayaran bulanan RM440. Terminate ASB financing ini selepas 5 tahun dan ini adalah hasilnya :
- surrender value= RM5,000
- dividen terkumpul (5.25%) = RM29,154
- jumlah keseluruhan = RM34,154
kita dapat lebih RM4,006 dengan ASB financing berbanding ASB simpanan biasa.
Dividen ASB ni, ada naik dan turunnya. Jadi biarlah ASB financing ini berjalan lebih lama, contoh 5 tahun, untuk dapatkan purata pulangan yang lebih baik. Bukan hari ni masuk tahun depan dah batalkan ya kawan-kawan.
Ada kalanya kita nampak dividen tahunan kita rendah dari bayaran setahun kita, tapi jangan lupa yang kita masih ada surrender value bila kita terminate kelak. Itulah pentingnya simpan dividen supaya ianya boleh kekal 'compound' untuk memaksimumkan pulangan.
2. Cipta rekod CCRIS. Kalau kita tidak pernah ada sebarang rekod pinjaman,terutamanya adik-adik yang masih muda, agak sukar untuk bank meluluskan pinjaman yang lebih besar seperti pinjaman rumah.
Jadi dengan rekod bayaran ASB financing yang baik, ianya dapat membantu untuk meningkatkan 'credit scoring' untuk memohon pinjaman rumah kelak.
3. Konsep ' Force Saving' yang membantu kita menyimpan dengan lebih berdisiplin. Dengan ASB financing, kita tiada pilihan untuk tidak menyimpan kerana setiap bulan kita wajib bayar installment ASB financing kepada bank.
Mungkin mudah untuk berkata, " aku simpan ASB biasa je". Hakikatnya, berkata lebih mudah dari melaksanakannya. Sebab itu kajian yang dijalankan KWSP mendapati 84% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan tetap setiap bulan.
Dengan adanya ASB financing ni, kita dapat mendisiplinkan diri untuk menyimpan melalui bayaran yang kita buat.
4. Perlindungan takaful terhadap pembiayaan ASB financing dapat meringankan beban diri dan keluarga jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal terhadap peminjan.
Sebagai contoh jika kita memohon ASB financing RM200k beserta takaful, jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, pihak takaful akan membayar sepenuhnya atau sebahagian dari baki pinjaman tersebut, yang membolehkan kita atau keluarga untuk dapat RM200k ASB itu secara tunai tanpa perlu tunggu tamat tempoh pembiayaan.
5. Resiko sangat rendah. ASB financing ini hanya akan rugi jika paras dividen dibawah paras keuntungan bank.
Jadi ASB financing masih memberi keuntungan yang lebih baik berbanding simpanan biasa. Jika ingin bandingkan ASB financing dengan pelaburan lain yang mungkin memberikan pulangan yang lebih baik,kena ingat yang pelaburan tersebut mungkin ada resiko untuk rugi yang lebih besar juga. Jadi kita perlu teliti dan fahamkan dulu sebelum melabur.
Inilah 5 sebab utama kenapa ASB financing masih menjadi platform simpanan yang sangat baik.
Jika anda ingin mulakan simpanan melalui ASB financing, anda boleh hubungi En Faizal melalui link di bawah.
✅www.wasap.my/+60107666074
Join telegram channel dan TikTok ini untuk lebih info mengenai kewangan dan simpanan
✅t.me/bijakkewanganbyfaizal
✅https://www.tiktok.com/@faizalsifuasb
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan