Jumaat, 8 Disember 2023

TALAM KELADI (sukatan cawan)


Alatan : Loyang 10"
Kalau ada ubi keladi, potong dadu dan kukus 10 minit.

Bahan Lapisan Putih (bawah) :
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair (lihat nota πŸ‘‡πŸ»)
Santan perahan ke dua. Kalau kelapa 1 biji,  campurkan 1 kotak kecil santan kotak, takut tak cukup lemak. Kalau dah cukup santan tak perlu santan kotak dah.
1 sudu kecil garam

Cara:
Panaskan kukusan.
Sapu loyang dengan minyak, lapik plastik kemas-kemas.
Sebatikan bahan-bahan di atas dan tapis.
Masak sekejap dengan api sederhana sambil kacau.
Bila adunan dah naik wap dan nampak pekat, masukkan ubi keladi potong, kacau dan tutup api.
Tuangkan ke dalam loyang.
Kukus selama 25 minit.

Pastikan air kukusan tak menitis atas lapisan kuih.

Bahan Lapisan Keladi (ungu) :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 esen vanilla
1 cawan gula kastor
Sedikit garam
2 sudu besar kordial keladi
1 sudu kecil pewarna ungu
1 cawan santan pekat
1½ cawan santan cair (lihat nota πŸ‘‡πŸ»)
Santan perahan ke dua. Kalau kelapa 1 biji,  campurkan 1 kotak kecil santan kotak, takut tak  lemak. Kalau dah cukup santan tak perlu santan kotak dah.

Cara:
Sebatikan semua bahan, kacau hingga tak berketul dan tapis masuk periuk.
Masak sekejap dengan api sedehana.
Kacau bila dah nampak pekat, naik wap dan padamkan api.
Cakar-cakar dulu lapisan bawah baru tuang adunan ungu.
Kukus selama 25 minit.
5 minit terakhir, buka tudung kukusan untuk keringkan permukaan atas talam.
Sejuk baru potong ya.

Kredit: Iedaa Jahaya

Tepung Kuih Talam Keladi :-
https://shope.ee/4fVw3ipv9f

Tiada ulasan:

Catat Ulasan