Jumaat, 8 Disember 2023

MEE AYAM INDONESIA / MEE AYAM PANGSIT


Alhamdulillah.. Kurus jgak la kaki mama ko seminggu cuti sekolah... Bahagian lain belum lagi nmpknya... Kaki je sbb mengulang soploh kali ruang tamu terus ke dapo😁😁😁

πŸ’ŸKuah

Bwng putih ketuk
Halia ketuk
Serbuk lada sulah
Tulang ayam

Cara2
1. Rebus semua bahan bersama.. Sekali gus masukkan dlm periuk.. Letak garam dan perasa.. Boleh juga letak kiub ayam kalau nak.

πŸ’ŸAyam kicap

Hiris isi ayam
Bwng putih ketuk
Halia ketuk
Kunyit ketuk
Kicap manis
Cili api jika perlu

Cara2.
1. Tumis halia, bwng putih dan kunyit.. Boleh jugak letak cili api klau nak.
2. Masukkn isi ayam dan goreng bersama sehingga masak kemudian masukkan kicap manis. Tggu sehingga kuah kicap agak pekat.. Siap..

πŸ’ŸMee

Mee ayam(tktau rupe dia.. Indonesia je ada) /mee wantan/megi kosong/mee kuning.. Haa pilih la mana yg senang.. Rebus dan ketepikan.. Nnti tuang kuah je..
Sayur sawi jgn lupe celur sekali..

Cara hidangan..
Rebus mee dan celur sayur.. Letak dlm mangkuk.
Letak kuah ayam rebus tadi
Letak ayam kicap
Letak bawang goreng
Letak daun bwng hiris
Letakkan sos... Jika perlu
Potong la cili api klu nak.. Haaa mkn la

kredit: nur aisya

Gardenia Numie :-
https://shope.ee/20V5tUhGkq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan