Jumaat, 8 Disember 2023

ASAM PEDAS IKAN PARI ALA JOHOR


BAHAN-BAHAN:

•1 kg Ikan Pari ( Boleh juga guna ikan lain )
•20 tangkai @cili kering direbus *
•5 ulas bawang merah*
•1 Biji Bawang Besar*
•3 ulas bawang putih*
•2 inci kunyit hidup*
•2 inci halia*
•Sedikit belacan* ( Yang nie ada orang letak ada yang tak letak tapi saya memang letak)
•1 sudu lada hitam ( ditumbuk)
•10 tangkai daun kesum
•Bendi (terpulang nak banyak mana)
•1 batang bunga kantan dibelah 2 – (kalau ada stok letak kalau takda takpe terpulang, say biasa tak letak pom tapi kalau ada letak je)
•1 cawan air asam jawa
•Minyak untuk menumis ( minyak kene lebih ye, nanti nak mkn boleh senduk buang minyak tu)
•Air secukupnya

CARA-CARA MEMASAK:

1. Kisar bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak ( minyak kena lebih ye ) dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau, biar betul-betul pecah minyak tau.
3. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikn pari, tambah air secukupnya, asam pedas johor jangan cair ye biar pekat-pekat sikit, tp jangan pekat sangat, agak-agak lah ye.
4. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari masak.
5. Last masukkan bendi, tak payah lama sanagt nanti bendi lembek. Dah agak-agak lembut bendi tu, boleh tutup api. Dan sedia dihidangkan.

TIPS :

Sebelum beli pari pastikan cium dulu pari tu ye, kalau ada bau hanciing jangan beli, setakat ni alhamdulillah beli pari tak pernah lagi yang hanciing, tak payah segan-segan nk ciumm dulu, ciumm bau je kot

Credit to: Nor Khomariah Norrohman

Asam Pedas :-
https://shope.ee/AUTl6gElF5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan