Sup Dumplingπ₯ halal bersama mee wantan kicap. Dumpling lembut berenang-renang dlm mulut. Puas hati buat sendiri boleh makan sampai puas.
mee wantan:
https://shope.ee/fxaKATeyWcookware:
https://shope.ee/qH0WVo9CNTips dapatkan rasa mee wantan yg bersih,licin dan lembut macam mee tarik asli zie ada kongsi dibawah:
Bahan inti dumpling:
π1 keping Isi ayam bahagian dada saiz besar
π10 ekor isi udang
ππ» kisar tanpa air dua bahan ni atau cincang lumat
πDumpling pastry (segera) secukupnya
π1/2 batang lobak merah disagat halus
π2 tangkai Daun bawang dihiris
π1 sudu kecil Serbuk lada sulah
π1 sudu kecil Minyak bijan
Serbuk maggi cukup rasa
Garam & gula secukup rasa
ππ» Campurkan semua bahan diatas kecuali 'Dumpling pastry'
dan kacau sebati.
ππ»Sudukan inti ditengah kulit dumpling dan sapu air dengan jari dikelilingnya supaya melekat. Lipat dua ,sapu lagi air keliling dan kelim setiap bucu wantan dengan kemas.
Bahan Sup Dumpling:
☘️Bebola ikan
☘️Tauhu telur lembut
π¦4 Ulas Bawang putih tak perlu hiris
π¦3 kepin hirisan Halia
π¦1 biji bawang besar dipotong 4
π¦1/2 batang hirisan lobak putih dihiris bulat
π¦1 Kiub pati ayam
π¦2 sudu besar serbuk pati ayam
π¦Garam & gula jika perlu
π¦Air secukupnya mengikut banyak kuah yg disukai
Cara-cara buat sup dumpling:
π¦ Rebus semua bahan sup kecuali tauhu telur dan bebola ikan.
π¦Bahan rebusan dah lembut bolehlah keluarkan semua bahan rebusan ambil kuah sahaja.
π¦Masukkan dumpling yg dah siap dibuat awal tadi diikuti tauhu telur lembut dan bebola ikan.Kemudian tabur daun bawang .Dumpling timbul keatas maknanya dah masak.
Cara Masak mee wantan:
πLerai-leraikan mee wantan. Celurkan sekejap mee wantan di dalam air panas menggelegak dgn sedikit minyak .Kacau2 dan Toskan lalu milas dengan air biasa ulang proses ni 3x untuk dapat hasil mee yg licin bersih. (Celur sekejap sahaja bukan rebus lama)
Mee Wantan Kicap:
π. Tumis bawang putih setelah bwg garing keluarkan bawang. Masukkan:
π. kicap lemak manis
π. Beberapa titik minyak bijan
π. Sedikit kicap pekat
π sedikit kuh sup dumpling
Masak sekejap semua bahan ni dan gaul bersama mee wantan siap.
kredit: Aisyah humairah