Jumaat, 30 April 2021

Istiadat Tabal Jin Kesultanan Perak


TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak. Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasa nya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja / malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang

Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT ‘Raja Berangkat’.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas ‘Chior Keemasan’ yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh

Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian ‘Istiadat Memulih’ PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga ‘Merenjis Tepung Tawar’. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara ‘Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar’, diikuti pula dengan ‘Istiadat Bersiram Tabal’ (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan ‘Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada’ sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang.

Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa ‘Perkakas Merenjis’. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas ‘Perterakna Seri Panca Persada’.

Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat ‘Merenjis Tepung Tawar’ disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak....

๐Ÿ‘‰Amalam tabal jin sudah tidak di amalkan pada zaman sekarang ini

Hukum Haram Rentas Negeri Hari Raya Aidilfitri??


HARAM RENTAS NEGERI?

Daripada apa yang ambo faham, fatwa Mufti Wilayah tentang haram rentas negeri ini bukan lah  semata-mata rentas negeri, akan tetapi haram itu kerana tidak taat kepada arahan pemerintah. Sebagaimana sabda Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…;

ู…ู† ุฃุทุงุนู†ูŠ ูู‚ุฏ ุฃุทุงุน ุงู„ู„ู‡ ، ูˆู…ู† ุนุตุงู†ูŠ ูู‚ุฏ ุนุตู‰ ุงู„ู„ู‡ ، ูˆู…ู† ูŠุทุน ุงู„ุฃู…ูŠุฑ ูู‚ุฏ  ุฃุทุงุนู†ูŠ ، ูˆู…ู† ูŠุนุต ุงู„ุฃู…ูŠุฑ ูู‚ุฏ ุนุตุงู†ูŠ. 

Barang siapa mentaatiku, sungguh dia telah mentaati Allah. Barang siapa memaksiatiku, sungguh dia telah bermaksiat kepada Allah. Barang siapa mentaati pemimpin, sungguh dia telah mentaatiku. Barang siapa bermaksiat (tidak mentaati) kepada pemimpin, sungguh dia telah bermaksiat kepadaku.

Ibnu Hajar al-Asqalani ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ menjelaskan;

ูˆููŠ ุงู„ุญุฏูŠุซ ูˆุฌูˆุจ ุทุงุนุฉ ูˆู„ุงุฉ ุงู„ุฃู…ูˆุฑ ، ูˆู‡ูŠ ู…ู‚ูŠุฏุฉ ุจุบูŠุฑ ุงู„ุฃู…ุฑ ุจุงู„ู…ุนุตูŠุฉ ، ูˆุงู„ุญูƒู…ุฉ ููŠ ุงู„ุฃู…ุฑ ุจุทุงุนุชู‡ู…: ุงู„ู…ุญุงูุธุฉ ุนู„ู‰ ุงุชูุงู‚ ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ، ู„ู…ุง ููŠ ุงู„ุงูุชุฑุงู‚ ู…ู† ุงู„ูุณุงุฏ.

Pada hadis ini terdapat dalil wajibnya mentaati pemimpin, dengan syarat dalam perkara yang bukan maksiat. Adapun hikmah dari perintah untuk mentaati pemimpin adalah terjaganya kesatuan umat Islam. Sebab, dalam perpecahan terdapat (banyak) kerosakan.

Ada pula yang mengkaitkan fatwa ini dengan dajjal, katanya bila berfatwa salah, maka nantilah kemunculan dajjal. Kenapa perlu nanti, ada temu janji dengan dajjal kah? 

Dajjal tetap akan keluar bang, ini kerana telah sabit dalam hadis Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…, tak perlu nanti. Yang perlu buat adalah pekukuhkan aqidah. Jangan hanya tahu cakap dajjal, dajjal, dajjal, tapi aqidah entah kemana...

Dan juga, ini fatwa daripada Sohibul Fadhilah Dr Luqman(Mufti Wilayah yang sekarang) , bukan dari Dr Zulkifli(Mantan Mufti Wilayah). Jika kita tidak setuju dengan fatwa ini, hujjahkanlah dengan ilmiah, bukan dengan mencaci maki.

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู….

Coretan facebook Rasmi Muhammad Basirun

31% Kluster Covid Malaysia Selama Dua Minggu April 2021 Adalah Dari Kluster Pendidikan


Tak ada siapa dalam kerajaan yang risau bahawa hampir satu pertiga kluster baru setiap hari melibatkan sekolah ke?

Dalam tempoh 2 minggu lepas (16 Apr hingga 29 Apri), KKM telah umum 139 kluster baru di mana 43 kluster (31%) melibatkan sektor pendidikan.

Bagi saya, risiko kluster pendidikan merebak ke masyarakat adalah lebih tinggi berbanding sektor-sektor kilang dan pembinaan di mana kebanyakan mereka yang berjangkit mungkin pekerja yang tinggal bersama.

Kerumitan utama ialah secara umum murid-murid dan remaja kurang terkesan akibat Covid.

Walaupun positif, kebanyakan mereka tidak ada gejala dan sukar dikesan telah berjangkit pada ketika mereka masih boleh menjangkit orang lain.

Ertinya, murid-murid sendiri tak sedar mereka positif tetapi mereka akan menjangkit kawan-kawan, guru-guru dan orang dewasa di rumah dan seterusnya merebak ke komuniti.

Apabila Covid semakin menular ke masyarakat umum maka ianya akan jauh lebih sukar untuk KKM bendung.

Orang dewasa serta guru-guru yang dijangkit pula akan lebih terkesan dan kemungkinan jatuh sakit.

Risiko kesihatan pada orang dewasa dan orang tua yang dijangkit adalah lebih tinggi berbanding murid-murid sendiri.

Sebab itu, saya harap KKM akan menilai semula risiko bagi sektor pendidikan dan menambah baik apa yang perlu termasuk kemungkinan tukar SOP, mengurangkan jumlah hari persekolahan, mewajibkan murid-murid disaring setiap 2 minggu seperti dibuat di beberapa negara atau tutup sekolah untuk beralih semula ke PDPr selagi bilangan kluster baru pendidikan tinggi.

Apapun keputusan, jika purata 31% daripada kluster baru yang dikesan setiap hari melibatkan sekolah maka ini adalah satu masalah serta risiko besar dan tidak patut dipandang ringan.

Coretan/Kredit:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Rabu, 28 April 2021

Hospital Swasta Kekurangan Katil Untuk Pesakit Covid-19


Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini bahawa peningkatan pesakit Covid-19 telah memenuhi semua katil dan wad Covid-19 serta wad unit rawatan rapi (ICU) dan kebanyakan hospital swasta tidak mampu menerima lagi pesakit Covid-19, terutama di Lembah Klang.

“Kegusaran besar yang kita bakal hadapi adalah  fasiliti kesihatan ditutup susulan katil dan bantuan oksigen yang terhad kepada orang ramai,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Kuljit menambah kemudahan kesihatan kerajaan di Lembah Klang turut berkurangan susulan peningkatan pesakit wabak tersebut, termasuk juga kemungkinan di Johor.

Pada awal tahun ini, kerajaan telah membuat satu keputusan bahawa mereka yang positif Covid tetapi tidak sakit teruk dibenarkan untuk rawat kendiri di rumah.

Hanya yang sakit teruk dimasukkan dalam hospital.

Sebab itu, ramai tak sedar bahawa situasi semalam sebenarnya jauh lagi teruk berbanding masa Darurat dan PKP 2.0 diisytiharkan.

- Jumlah kematian semalam adalah 275% lebih tinggi
- bilangan Pesakit dalam ICU naik 64%
- bilangan pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan oksigen naik 74%
- kluster aktif Covid adalah 43% lebih banyak

Followers saya masa darurat diisytiharkan tentu masih ingat bahawa saya membantah kuat langkah kerajaan buat PKP2.0 separuh masak.

Masa itu, desakan saya ialah kita perlu buat "short and sharp" iaitu amat ketat untuk tempoh 2 minggu dengan bantuan kerajaan yang mencukupi seperti PKP1.0 dulu agar penularan Covid dapat diputuskan dan penderitaan Rakyat tidak berpanjangan.

Sebab "short term pain" adalah jauh lagi baik berbanding mudarat yang berpanjangan yang tak nampak jalan keluar.

Saya bantah kuat dan kata ianya langsung tidak masuk akal bahawa sektor-sektor kilang dan pembinaan yang sumbang bahagian besar kluster Covid dibenarkan terus beroperasi sepanjang tempoh PKP2.0 tapi sektor-sektor lain yang tak ada kaitan dihukum pula.

Seolah-olah kerajaan langsung tak serious untuk mengawal Covid dan mahu situasi Covid tetap tinggi.

Masa itu, Jkom tuduh saya meroyan sebab saya bimbang akan dimasukkan dalam penjara. Itu saja modal Jkom.

Padahal langkah kerajaan adalah begitu jelas tak masuk akal masa itu.

Oleh sebab PKP2.0 separuh masak tidak berjaya membendung Covid sepenuhnya serta bantuan kerajaan yang suam-suam, ramai Rakyat mula amat marah dengan kerajaan.

Susulan itu, pada 2 Mac 2021, kerajaan umum PKP2.0 akan berakhir dan digantikan dengan PKPB.

Pada 2 Mac, jumlah kes baru Covid adalah sebanyak 2,528 berbanding 2,232 kes semasa darurat dan PKP2.0 diisytihar.

Ya, kita menjadi negara pertama dalam dunia yang keluar lockdown dengan kes baru yang lagi tinggi berbanding masa kita mula.

Kes tinggi, buat lockdown.
Kes lagi tinggi, keluar lockdown.

Langsung tak masuk akal tapi dibuat kerajaan juga. Benar-benar berlaku di depan mata.

Walaupun diberi kuasa darurat oleh YDP Agong, kerajaan telah gagal segagalnya dalam PKP2.0 ini.

Hari ini, sasaran rentas negeri untuk Raya tak kesampaian.

Jumlah pesakit dalam keadaan kritikal, kematian baru dan kluster aktif jauh lebih tinggi berbanding masa darurat+PKP2.0 bermula.

Jumlah katil ICU bagi pesakit Covid dalam hospital swasta dan hospital awam sedang penuh dan hospital swasta kata mereka tidak lagi ada kapasiti untuk menerima pesakit Covid.

Ekonomi Rakyat biasa tak pulih. 

Nasi sudah menjadi bubur.

Apa lagi yang boleh dibuat kerajaan PN masa?

Cuma pujuk atau guna kuasa darurat untuk arahkan hospital swasta dan awam tambah kapasiti pesakit Covid dan katil ICU serta memastikan pengeluar oksigen tempatan naikkan pengeluaran dan stok mereka untuk elak kita menghadapi tragedi seperti berlaku di negara India baru-baru ini sekiranya kes-kes serious Covid tiba-tiba melonjak lagi tinggi dalam Malaysia.

Coretan/Kredit:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Selasa, 27 April 2021

Ustaz Ebit Lew Sedih betul rasa di Larkin Johor tengok 7 beradik dan ibunya sakit leukemia tinggal di hotel budget dah dekat 6bulan

Sedih betul rasa di Larkin Johor tengok 7 beradik dan ibunya sakit leukemia tinggal di hotel budget dah dekat 6bulan. Bilik kecil sangat. Semua tak sekolah. Kakak paling besar umur 15 tahun. Yang kecil 2 tahun. Dah lama tak junpa bapa mereka. 

Berat ujian mereka. Anak tolong orang jual kueh dan kacang-kacang. Kadang ada orang bantu beri duit dan makanan. Sayu tapi kagum anak ini mereka kuat nak menjaga satu sama lain. Masing-masing nak menjaga ibunya.
Sampai bilik hotel mereka terkejut sangat. Sebab kecil sangat. Terfikir bagaimanalah mereka hidup dalam bilik kecil ini. Biasalah anak-anak mereka happy jer. Mereka dapat jer duit berniaga berjalan-jalan terus bayar sewa hotel hari-hari.

Terus saya bawa mereka ke rumah apartment 3 bilik tidur selesa. Syukur mereka menerimanya. Saya akan bayar sewa setiap bulan. Cuba aturkan supaya setiap anak besar ke sekolah. Kakak yang besar dan seorang lelaki tu nampak rajin nak cari rezeki bantu mak. 
Mereka teringin nak ada baju cantik sikit. Saya kata nak baju raya warna apa. Mereka cakap maroon atau merah. Terus bawa shoping di Plaza Angsana. Dapat beli baju sama semua. Ada tiada selipar. Kaki ayam. Belikan selipar. Seronok betul adik ni semua. Tak berhenti cakap terima kasih ustaz. Lagi sedih yang kecil manja betul. Asyik dekat dan berlari-lari. Comel jer.
Selepas itu bawa ke rumah baru untuk mereka  dan makan kfc. Kami belikan perabot dan semua barang elektrik. Katil dan tilam. Serta beri sedikit duit belanja. Syukur sangat rasa. 

Saya ada cadangkan jika nak berniaga boleh buka gerai jual kueh dan air ke. Cari gerai buka dekat area tersebut. InsyaAllah kami akan cuba bantu mereka sedaya upaya. 

Terima kasih Hazlina yang tulis di fb beliau dan ada yang Tag saya. Terima kasih Dr Salwa  dari Syarikat Faiza kerana sponsor katil tilam dan lain-lain.  Doakan supaya keluarga ini dibantu Allah dan diberkati sehingga anak ini berjaya semuanya.

Sabtu, 24 April 2021

MASAKAN bermusim orang Mg Telipot dulu dulu, kekal sampai kini


Coretan: Lanbayu Seafood

 Masakan sayur lemak jambu golok bersama sotong adalah salah satu tradisi masakan orang lama lama, khususnya di kawasan pantai Mengabang Telipot.

 Bahkan ia adalah masakan popular  pesisir pantai di Pantai Timur Semenanjung walaupun kini sudah ada di sesetengah kedai makan di ibukota.

 Namun ia adalah masakan bermusim, terutama untuk mendapatkan buah gajus agak sukar jika di luar musim..begitu juga sotong segar..tetapi sotong sejuk beku boleh juga.

 Sekarang ini musim mencandat sotong bermula, alhamdulillah seperti sudah dijanjikan,.kini buah gajus (jambu golok)  sudah mula berbuah walapun masih sedikit. 
 Harganya masih tinggi di pasaran antara RM8 - RM12  sekilo.

   Mungkin ada yang berkata..ala tepi jalan berlambak pokok pokok jambu golok yang tumbuh meliar....itu dulu,.sekarang semua kena beli

 JAMBU GOLOK atau gajus atau  kajus,  janggus, kanjus, janggar, jambu monyet, jambu terong, bunga kesasar, jambu irong, ketereh (Kelantan) maraรฑon jambu mete, jambu carang, jambu monje, gaju dalam bahasa Indonesia , Ya-koi, Ya-ruang, mamuang himapan dalam bahasa Thai . Maknanya di tempat lain ada juga jambu golok ni.

Nama botaninya Anacardium occidentale L. berasal daripada family Anacardiaceae. Di dalam bahasa Inggeris gajus dikenali sebagai “cashew apple atau Cashew nut”

Pokok jambu golok ini ialah sejenis pokok yang malar hijau sepanjang tahun yang boleh mencapai ketinggian 10 – 13 merter tinggi. Gajus banyak tumbuh meliar di tepi pantai timur semenanjung Malaysia dan di kawasan kampong. Daunnya dijadikan ulam oleh orang kampong. 

Unikkan kejadian Allah terhadap buah jambu golok ni yang selalu kita buat teka teki, buah apa butirnya di luar?

Betullah  bijinya akan tumbuh terlebih dahulu dan bila hampir matang baru isinya akan tumbuh di atasnya.

 Bijinya yang terletak diluar ini mempunyai kulit yang tebal dan berbentuk seperti ginjal dan berwarna perang atau kuning atau merah atau diantaranya. Isinya amat lembut seperti span yang mengandungi air dengan rasa kelat-kelat manis ber pH asidik.

 Saintis telah mengkaji khasiat buah jambu golok ini dan sebatian utama terkandung dalam ialah kardol, metikardol, anakardol dan pelbagai khasiat yang lain.

Kegunaan Dalam Rawatan

Jus buah jambu golok yang tidak dibuang “tannin” (pembentukan kepada bahan phenolic asli tumbuhan) dikatakan ubat rawatan sakit tekak dan cirit birit. 

Didalam perubatan tradisional, daun jambu golok ni yang ditumbuk lumat dan disapukan unruk meredakan sakit gigi, penyakit kulit dan kesan daripada kulit terbakar. 
Daun juga biasanya direbus, air rebusan tersebut diminum dan ia mampu merawat cirit birit, sakit perut, kencing manis. Air rebusannya juga boleh bertindak sebagai “air moist” untuk menyegar dan membersihkan mata.

 Pada bahagian bunga pula, ia juga boleh direbus dan air rebusan tersebut diminum untuk mengubati batuk.

Struktur yang paling menonjol ialah buahnya yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan antaranya dibuat jus dan minum untuk mengubati sakit kerongkong, penyakit kulit, buasir, cirit birit, melegakan muntah muntah, melawaskan pembuangan air besar dan menghalang keguguran rambut. Disamping itu, bijinya boleh dikeringkan dan dijadikan minyak untuk merawat penyakit kulit. 

Kulit darpada batangnya juga mempunyai nilai perubatan iaitu kulit tersebut direbus dan air rebusan diminum untuk merawat penyakit kulit. Kulit daripada batangnya juga mempunyai nilai perubatan iaitu kulit tersebut direbus dan air rebusan diminum untuk mengubati sakit gigi, sakit gusi, malaria, cirit birit, sakit kerongkong, ulser mulut dan juga bertindak sebagai tonik. 

Minyak daripada biji dan jus buah juga boleh digunakan dalam industri kosmetik sebagai bahan dalam syampu dan perapi rambut. Sebab itu dulu pernah ditanam besar besaran di sempada Setiu - Besut (sebelah pantai) untuk tujuan komersial itu.

 Tapi kita selalu juga bakar buah ini diproses menjadi makanan seperti kacang...Lanbayu pernah lihat di Kg Saujana ada keluarga yang usahakan butir jambu golok ini untuk.dijual di pasar, tetapi kualitinya tidak boleh menandingi butir jambu golok dari Thai yang ranggup, tetapi harganya mahal sekali.
 Berbalik kepada sayur lemak buah gajus campur sotong..anda boleh mencubanya di musim sekarang, rasanya sekarang ini di pasar kedai Payang sudah mula ada jual buah jambu golok. Atau ada yang boleh ' minta beli 'dengan jiran jiran yang ada pokok yang sedang berbuah...pernahkah dengar perkataan 'Mintak Beli'?

Ramuan
Buah gajus 5-6 biji
Sotong 3-4 ekor
Ikan Selayang 2 ekor
Bawang besar 1 biji
Lada besar 2-3 biji
5-6 batang Kacang panjang
2 1/2 cawan Santan pekat
Air
Garam

Potong kacang panjang agak-agak. Jangan panjang sangat dan jangan pendek sangat. Celurkan kemudian asingkan.
Hiriskan buah gajus sederhana halus, asingkan biji dia. Basuh dengan garam kasar. Kalau boleh basuh banyak kali kemudian perah sehingga kering. Kita nak hampas ye bukan air.  Asingkan.

Siangkan ikan selayang dan potong dua dan buangkan tulang tepi ikan. Asingkan
Siangkan sotong dan potongkan. Agak-agak ye. Kalau sotong tu besar 2 jari potong lebih kurang 4-5. Asingkan
Hiriskan bawang besar bulat-bulat kasar sikit dan hiriskan cili menyenget. Juga kasar sikit. Asingkan

Masukkan semua bahan tadi termasuk hampas buah gajus. Masukkan santan, air, garam secukup rasa. Kalau kurang lemak boleh tambahkan santan lagi. Masak sehingga mendidih. Pastikan sotong jangan terlebih masak. Lupa nak bagitahu.
 Kalau nak buat banyak, pastikan buah gajus lebih banyak ye. Baru sedap. Isi Ikan selayang dan kacang panjang tu tidak dimasukkan pun tidak.mengapa. Selamat mencuba.
 Salam hormat dari LANBAYU Seafood..
Pakej berbuka puasa di Lanbayu Seafood di birai sungai/muara: wsap Lanbayu 013 581 1561

Jumaat, 23 April 2021

LALUAN MAT KILAU : TEMBELING - PASIR RAJA


Kebangkitan yang dicetuskan oleh pahlawan Mat kilau, ayahnya Tok Gajah (Imam Rasu), Datuk Bahaman dan ramai lagi dengan menentang penjajah British sekitar tahun 1890-an menyebabkan Hugh Clifford iaitu Residen British Pahang mengisytiharkan perang dan mengarahkan mereka ditangkap dan dihukum. Ini menyebabkan Mat Kilau dan pahlawan-pahlawan lain terpaksa berundur ke Terengganu dan Kelantan.

Terdapat tiga laluan khusus yang digunakan oleh mereka untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mengelakan ditangkap. Laluan tersebut ialah dari Tembeling di Jerantut atau Kuala Tahan ke Kampung Pasir Raja, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Dungun dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang, Kelantan. Bagaimanapun laluan yang sering digunakan oleh Mat Kilau ialah menerusi Tembeling ke Kampung Pasir Raja. Ini disebabkan kedudukan Kampung Pasir Raja yang terpencil serta dikelilingi bukit bukau dan hutan belantara merupakan tempat perlindungan yang selamat dari buruan penjajah.

Sebelum ini Kampung Pasir Raja dikelilingi oleh beberapa kampung kecil lain seperti Kampung Padang Jerangau, Kuala Chil, Lurut dan beberapa buah kampung lagi. Disebabkan kampung-kampung ini sering dilanda musibah banjir menyebabkan penduduknya berpindah dan mendiami Kampung Pasir Raja yang dikatakan lebih selamat sekaligus kampung-kampung tersebut lenyap dalam lipatan sejarah.

Kampung Pasir Raja merupakan lokasi utama persinggahan Mat Kilau sebelum menuju ke Kuala Terengganu untuk bertemu Tok Ku Paloh, salah seorang ulama yag disegani untuk mendapat panduan dan nasihat. Walaupun hanya beberapa kali singgah di Kampung Pasir Raja, Mat Kilau mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada penduduk. Di sini Mat Kilau turut menyebarkan semangat perjuangan menetang penjajah. Di samping itu Mat Kilau pernah bermalam di rumah penduduk serta mengajar silat dan amalan kebatinan kepada penduduk kampung ini.

Selain menjadi tempat perlindungan, Kampung Pasir Raja juga menjadi lokasi pertemuan utama bagi Mat Kilau dan pahlawan-pahlawan yang lain bagi membincangkan strategi untuk menyerang kembali pihak British. Justeru itu Mat Kilau telah membina dua buah kubu di sekitar kampung ini sebagai tempat perlindungan sementara.
Kubu-kubu ini diperbuat dari timbunan tanah yang digunakan sebagai tempat pengawal bertugas untuk memantau pergerakan musuh. Sebuah kubu telah pun musnah dan terhakis akibat gangguan semulajadi, tidak terjaga dan sebagainya. Namun sebuah kubu lagi yang terletak di Padang Jerangau masih lagi elok sehingga kini walaupun mengalami sedikit hakisan. Kubu ini sering menjadi lokasi kajian bagi pengkaji sejarah, orang ramai dan pelancong.
Semasa bertugas d Pasir Raja tahun tahun 2003-2005, saya pernah mengikuti dan menjejaki laluan ini bersama sekumpulan peminat sejarah dan diketuai oleh dua orang penduduk Pasir Raja sebagai penunjuk arah. Perjalanannya dari Pasir Raja ke Jeram / Lata Keling dan terus ke  Tembeling melalui permatang banjaran mengambil masa  selama 4 hari 3 mlm. Dikatakn agak lewat sampai kerana anggota rombongn ramai yang tidak biasa dengan denai, bukit dan gunung yang mencabar. Jadi perjalanan terpaksa diperlahankan.
Saya cuba untuk ikuti satu perjalanan laluan Pasir Raja ke Kuala Berang yg lebih santai tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan waktu itu. Namun saya sempat berkereta ke satu Felda di Kuala Berang, tempat penamat d Kuala Berang. Dari sini, Mat Kilau boleh berperahu ke Pasir Nering  atau ke arah kuala sungai Terengganu untuk bertemu Tokku Paloh di Kpg Paloh.

Laluan Tembeling - Gua Musang dikatakn hampir dengan jalan Kuala Lipis - Merapoh - Gua Musang, jadi ianya kurang popular sekarang disebabkan terlalu hampir dengan jalan.

Khamis, 22 April 2021

Faktor Harga Ayam Melambung

Harga ayam melambung.
- Pemerintah salahkan peniaga.
- Peniaga salahkan pemborong.
- Pemborong salahkan penternak.
- Penternak salahkan harga dedak.

Last-last pemerintah kata harga dedak adalah diluar kawalan kerajaan sebab harga soya dan jagung dunia diimport untuk menghasilkan dedak turut mencanak naik.

"20 April 2021: Kenaikan harga dedak naik di peringkat global, di luar kawalan kerajaan"
https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/kenaikan-harga-dedak-berlaku-di-peringkat-global/

Adakah ini benar-benar di luar kawalan kerajaan?

Selain harga dedak, langkah kerajaan untuk tarik balik diskaun elektrik dan tidak meletakkan harga lantai bagi minyak tahun lepas seperti disaran saya bulan Mac lalu turut menyumbangkan kepada kenaikan harga semua barang. 

(Misalnya, sayur tak makan dedak tapi harga turut naik)

Sebab itu, BNM sudah memberi amaran bahawa inflasi akan melebihi 5% dalam suku ke-2 tahun ini - iaitu tepat pada masa Raya.

Tapi memang benar bahawa dedak merupakan antara bahagian kos terbesar bagi harga ayam dan memang kenaikan harga soya dan jagung menyumbang kepada harga dedak.

Tapi bukan saja harga soya dan harga jagung naik tapi harga kebanyakkan komoditi pertanian dunia mencanak naik juga di seluruh dunia termasuk harga sawit akibat kekurangan stok setelah pengeluaran tergendala pada tahun lepas ketika seluruh dunia buat lockdown yang memanjang.

(Itulah sebab harga sawit naik mencanak juga. Bukan kerana usaha kerajaan).

Namun, Malaysia ada pilihan.

Kerajaan BN dahulu telah mengenakan cukai dunia runtuh (windfall tax) sebanyak 3% apabila harga minyak sawit melebihi RM3,000 satu tan (diturunkan ke RM2,500 oleh kerajaan PH dahulu).

Apabila harga sawit mula melepasi RM3,000 satu tan pada akhir tahun lepas, kerajaan PN sudah menjangka untuk mengutip cukai durian runtuh sebanyak RM500 juta.

"30 Nov 2021: Kerajaan dijangka peroleh RM500j dari cukai durian runtuh sawit tahun depan"
https://malaysiagazette.com/2020/11/30/kerajaan-dijangka-peroleh-rm500j-dari-cukai-durian-runtuh-sawit-tahun-depan/

Kini, harga sawit sudah melebihi RM4,300 maka hasil dari durian runtuh ini lagi besar.

Jika tak cukup, boleh naikkan kadar cukai dari 3% ke 5% sebab ianya tidak memberi kesan yang besar kepada keuntungan pengeluar sawit di Malaysia sebab minyak sawit amat tinggi sekarang.

Maka hasil dari cukai durian runtuh ini boleh digunakan untuk memberi subsidi untuk dedak ayam untuk menurunkan semula harga ayam selagi harga komoditi tinggi dan selagi ekonomi pendapatan dan kadar pengangguran belum memulih.

Tapi kerajaan PN tak buat begini tetapi memilih jalan mudah untuk kenakan harga kawalan yang agak rendah (berbanding harga pasaran sebelum ini) bagi ayam untuk tempoh sebulan yang tidak menyelesaikan punca utama kenaikan harga ayam iaitu harga dedak.

Tapi kaedah ini ada risikonya sebab ianya mungkin membawa kepada kekurangan bekalan ayam atau kerugian yang besar bagi peniaga, pemborong atau penternak sebab siapa yang nak jual barang jika ianya pada harga yang merugikan?

Nanti tak cukup bekalan ayam masa raya, orangramai marah pulak.

Sebab itu, kerajaan boleh timbang cadangan saya.

(Jika cukai durian runtuh sawit masih tak cukup untuk subsidi dedak atau subsidi ayam, boleh cuba tarik balik dan agihkan semula dedak kepada Jkom)

Coretan / Kredit :
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Adik ni Namanya Airell 8 tahun Mengidap Kanser Nak Jumpa Ustaz Ebit Lew Sangat Minta saya Doakan


Pohon doakan puasa ni doa makbul sangat. Doa panjang-panjang yer. Sayu hati rasa. Tengah duduk jaga ayah di husm kubang kerian terbaca status fb anak namanya airell 8 tahun mengidap kanser nak jumpa saya sangat minta saya doakan. Anak sulung dari 3 beradik. Kami dibangunan yang sama. Tingkat jer lain.. Anaknya dah tak sedar. Sedih sangat tengok tadi. Sekarang bergantung alat pernafasan.  Saya sempat ziarah doakan dan beri sedikit hadiah buat mak ayahnya. 

Adik comel dalam gambar ini saya ziarah di rumah McDonald dalam USM untuk anak kanser. Sesetengah yang  bila mengerang kita jadi kasihan dan tak tahu nak buat apa. Waktu sakit kadang mereka dah tiada ubat. Mengerang menangis sakit.

Saya beli hadiah-hadiah dan mainan untuk adik yang boleh bergerak dan bermain. Datang hospital untuk kimo. Berlari-lari seronok macam tak sakit. Itulah anak-anak. Time sakit jer kasihan. Bagus di banyak hospital ada buat program bantu anak kanser. 

Ya Allah berat ujianmu anak-anak. Semoga Allah bantu dan beri kekuatan pada semua anak ini. Kuatkan mak ayah mereka. Ya Allah bantulah pesakit kanser di seluruh dunia. Sembuhkanlah anak-anak ini ya Allah.

Credit / Coretan
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Rabu, 21 April 2021

Petua Kaya Dunia dan Akhirat

1. Ustaz Ebit Lew
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
No. Acc: 8603546376 (CIMB)

2Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri
DarSA Resources (Pondok DarSA)
No. Acc: 5521-0762-8511
(MAYBANK)

3Ustazah Norhafizah Musa
TAHFIZ MADINATUL HUFFAZ
No. Acc: 5642 2162 9975 (MAYBANK)

4. Ustazah Asma Harun
Sahabat I Care Resources
No. Acc: 12225010026317 (Bank Islam)

5Ustaz Amin
Yayasan AI Amin
No. acc: 5622-7260-3690 (Maybank)

6Ustaz Yaakub Yusra
Murtadha Dakwah Centre
No. Acc: 552059807117 (Maybank)
Pertubuhan Darul Hikmah Malaysia
No. Acc: 552059805132 (Maybank)

7. Ustazah Isfadiah
Akademi Keluarga Fitrah
No. Acc: 12159010018741 (Bank Islam)


8. Malaysia Relief Agency Foundation (MRA)
No. Acc: 26424500007270 (RHB)


9. Muslim Care Malaysia Society
No. Acc: 564490413882 (Maybank)
No. Acc: 14014010147470 (BIMB)


10. Pertubuhan Kasih Neelofa
No. Acc: 8604198113 (CIMB)


11. Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI)
Tahfiz Al-Ummah
Al Ummah Intelligent Management
No. Acc: 100540134051 (Affin Bank)
2M

12. Tabung Kemanusiaan MAPIM
No. Acc: 562263540066 (Maybank)


13. Yayasan Maghfirah
No. Acc: 8603221427 (CIMB)


14. Yayasan Ikhlas
No. Acc: 562834636228 (Maybank)


15. YADIM - Yayasan Dakwah Islam
No. Acc: 566010625428 (Maybank)


16. Yayasan Raja Shamri (Third Force)
No. Acc: 03090010066340 (Bank Islam)
No. Acc: 8604333655 (CIMB)


17. Cikgu Mohd Fadhli Salleh
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DANA KITA
No. Acc: 564221646925 (MAYBANK)


18. PUSAT TAHFIZ SAHABAT PRIHATIN SABAH
BANK ISLAM
10052010118308
3/4


19. PIBG WAQAF SURAU SK KEPAYAN

BANK ISLAM

10016010101467

20. Madrasah Tahfiz Darul Tanwiriah

MAYBANK

555126519797


Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) telah ditubuhkan pada 18 Februari 1988 di bawah Akta KWAN 1988.


Objektif penubuhan KWAN adalah untuk memastikan penggunaan optima hasil sumber-sumber asli Negara yang menyusut agar dapat memberi sumber pendapatan yang berterusan dan stabil demi faedah negara dan generasi akan datang.

Mengikut peruntukan Akta KWAN 1988, pihak-pihak yang wajar membuat sumbangan termasuklah PETRONAS atau
sumber-sumber menyusut yang lain dan pihak yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan sumber-sumber alam semulajadi.

Sejak ditubuhkan, hanya pernah ada satu pengeluaran dibuat kerajaan dari dana KWAN ini iaitu sebanyak RM42 juta untuk projek projek pemeliharaan tanah dan ekosistem Wetland Sanctuary di Putrajaya.

Masa saya PM, tiada pengeluaran dibuat dari dana ini.

Malah saiz dana berkembang hampir 4 kali ganda dari RM4 bilion menjadi lebih RM16 bilion pada akhir tahun 2017 dalam tempoh saya PM hasil sumbangan lebih tinggi dari Petronas serta pulangan pelaburan yang tinggi.

Laporan Tahunan Kwan 2017: https://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2018-12-05/ST.112.2018%20-%20ST%20112.pdf

Namun, kerajaan PN hari ini telah menggunakan kuasa Darurat untuk wartakan satu pindaan ke atas akta KWAN untuk benarkan pengeluaran bagi pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin. 
http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20210421_PUA186.pdf

Ini berikutan satu lagi warta kerajaan PN pada masa darurat untuk gantung akta-akta kewangan negara supaya kerajaan boleh berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan atau pemantauan parlimen.

Saya tiada masalah jika pindaan pada Akta KWAP hari ini adalah untuk tujuan vaksin Covid namun saya ada keraguan apa yang terjadi kepada peruntukan sebanyak RM3 bilion dalam belanjawan tahun 2021 yang diluluskan dalam parlimen pada tahun lalu.

Namun kerajaan pernah beritahu kita bahawa peruntukan RM2 bilion sudah cukup untuk membeli vaksin bagi 83% daripada penduduk Malaysia manakala RM1 bilion diperlukan untuk kos penyimpanan dan pengagihan.

"Saya telah memohon dari Menteri Kewangan (Tengku Zafrul) sebelum ini berilah anggaran harga kita (kerajaan), pada waktu itu kita perlukan RM3 billion untuk 70 peratus daripada populasi rakyat Malaysia, tetapi sukacita (kini) kita dapat 82.8 peratus dengan komitmen harga RM2.05 billion," katanya."
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-beli-vaksin-berjumlah-rm205-bilion-kurang-dari-anggaran-awal-khairy-268170

Akan tetapi selepas darurat dilaksanakan PM8 secara tiba-tiba telah naikkan peruntukan RM3 bilion ini sebanyak 66% kepada RM5 bilion dengan alasan mahu memendekkan tempoh pemberian vaksin sebanyak 2 bulan dari Februari 2022 ke akhir tahun 2021.

"Kerajaan akan menaikkan peruntukan bagi program imunisasi daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion untuk mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021, berbanding sasaran awal iaitu pada suku pertama tahun 2022," katanya
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemerkasa-kerajaan-tingkatkan-peruntukan-pelaksanaan-vaksin-kepada-rm5-bilion-pm-288499

Kenapa pula perlu dana tambahan sebanyak RM2 bilion untuk pendekkan tempoh vaksin selama dua bulan sahaja?

Dan apa telah terjadi dengan peruntukan asal RM3 bilion untuk vaksin dalam bajet 2021, dana dari hasil penjualan aset negaram rizab-rizab tunai kerajaan lain seperti Khazanah Nasional dan BNM serta pinjaman baru kerajaan sebanyak RM75 bilion sejak tahun bermula sehingga dana KWAN yang dibina masa BN untuk generasi masa depan perlu dijarah?

Credit/ Coretan,
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Selasa, 20 April 2021

Nasihat Ulasan Apek Cina kepada kawan-kawan MCA ( dan juga DAP ) tentang Ke-Malaysia-an.


Saya dapati terdapat sebahagian kawan MCA yang berfikiran Ke-China-an. Antaranya, memuja kerajaan Republik Rakyat China secara berlebihan, pengiktirafan UEC, Bahasa Ibunda dan sebagainya.

Kebudayaan Cina dan Bahasa Cina sememangnya menjadi salah sebahagian kebudayaan Malaysia. Cumanya, perjuangan kalian telah berlebihan.

Terdapat suara Ke-Malaysia-an di kalangan kalian di MCA tetapi diketepikan dan ditengelami. Mereka berhujah dalam Bahasa Kebangsaan sewaktu mesyuarat agung, mereka membantu tanpa mengira kaum, namun, kalian tidak menghargai mereka.

Hari ini saya ingin menceritakan kisah tentang pengasas parti kalian, Mendiang Tun Sir Tan Cheng Lock.

Pertama sekali, Tun Sir Tan Cheng Lock adalah seorang keturunan peranakan. Beliau Tidak bertutur dalam Bahasa Mandarin. Beliau adalah berpendidikan Bahasa Inggeris di Raffles Institution, Singapura dan Bahasa Melayu.

Walaupun beliau adalah seorang Cina, tetapi beliau kerap meminta agar orang Cina di Malaya untuk menyokong Malaya, dan bukannya Tanah Besar China.

Sewaktu berada dalam kerajaan bersama Allahyarham Tunku Abdul Rahman,  Tun Sir Tan Cheng Lock memperjuangan pendidikan percuma kepada Pendidikan Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris. Namun, beliau juga memperjuangkan subsidi untuk pendidikan vernakular, di mana kita tidak akan mendapat subsidi sebegini dimana jua dunia ini. 

Tun Sir selalu berfikiran bagaimanakah untuk membantu rakyat yang susah, tanpa mengira kaum, terutamanya petani Melayu dan penoreh getah India, termasuk gaji minima, perumahan dan bantuan perubatan.

Walaupun beliau tidak menjadi menteri, tetapi beliau tetap memperjuangkan Ke-Melaya-an. Beliau membantah Komunisma sekeras-kerasnya, dan berhubungan baik dengan Kuomintang( kini Taiwan ) yang berperang dengan Komunis China. Salah satu rakan seperjuangan beliau di MCA, Tun Sri Colonel Lee Hau-Shik ( HS Lee ) adalah Colonel Kuomintang.

Sebagai seorang peranakan, kalau tengok Rumah beliau, adalah lagi Cina daripada kebanyakkan Cina di Malaysia . Beliau mengamalkan Confuciousnisma, yang merupakan tunjang kepada falsafah dan kebudayaan Cina. Tetapi, beliau fasih dalam bahasa Melayu dan Inggeris, menjadikan beliau seorang yang peka akan majoriti penduduk di Malaya.

Kalau ingin menjadi seorang Cina yang berjaya mengamalkan Sikap “ Malaysian” , contoh terbaik, adalah Mendiang Tun Sri Tan Cheng Lock.

Saya nasihati rakan-rakan MCA yang bersikap ke-China-an ini untuk mempelajari daripada pengasas kalian .

Terima kasih

Sumber Coretan,
Facebok Page Rasmi
Ulasan Apek Cina

Sama-Sama Doakan Kesembuhan Ayah Ustaz Ebit Lew


Doakan ya. Semoga bapa saya sihat sentiasa. Dah 3 bulan ni kesihatannya merosot. Tak boleh makan sangat dan tak gerak kemana-mana. Atas katil je. Rindu ayah teramat sangat. Seorang ayah yang kerja siang malam. Tak reti berehat dari muda demi keluarga. Hidupnya bahagia memberi sesuatu buat isteri dan anak-anak. 

Seorang ayah yang lupa dirinya. Dimata dan hatinya hanyalah kebahagiaan buat isteri dan anak-anak. Hari-hari bercinta dengan mak. Menghargai mak macam remaja bercinta. Melihat dirinya sakit membuat hati saya amat sedih dan gelisah..

Ya Allah berilah kesihatan buat bapa. Berilah semangat dan kekuatan buat dirinya. Saya berada disini sekarang asbab doa dan kasih sayang ibu dan bapa saya ini. Mak dah pergi dulu. Bapa ku inilah kekuatan buat diriku.

Coretan,
Facebook Page Rasmi,
Ustaz Ebit Lew

Dr M Tarik Balik Sokongan Terhadap Najib Razak

Semalam saya ulas semula bahawa dendam Mahathir terhadap saya tiada kena-mengena dengan 1MDB.

Sebagai bukti, saya naikkan kenyataan Mahathir sendiri semasa dia tarik sokongan terhadap saya pada tahun 2014.

Antara sebab dia kata saya lagi teruk banding Pak lah ialah:
- bersikap rendah diri kepada negara jiran (saya tak buat jambatan bengkok)
- saya mansuhkan ISA (dan diganti dengan SOSMA)
- wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan dalam pilihan raya (BR1M yang dimaksudkan dia)
-  pengabaian industri tempatan (saya kurangkan cukai import untuk kereta daripada Jepun)
- pertambahan cuti (saya perkenalkan Hari Malaysia pada 16 Sept)
- saya perkenalkan dan naikkan gaji minimum.
- saya rosakkan hubungan antara kaum (Mahathir tak suka dasar 1Malaysia)

Itulah dia dari mulut dia sendiri. 

Saya cuba buat terbaik dan paling adil pada Rakyat tapi dia tak suka sehingga dia dendam terhadap saya sehingga hari ini.

Atas alasan-alasan yang diberikan dia di atas secara umum (dan sebab-sebab yang tidak diumum dia seperti anak dia kalah pemilihan UMNO dan saya tak beri geran percuma RM3 bilion kepada Proton),  Mahathir berpakat dengan PM8 (semasa dia masih Timbalan PM) untuk tumbangkan saya bermula tahun 2014. 

Sebab itulah dia dendam pada saya sehingga hari ini dan telah menpergunakan segala institusi kerajaan untuk mengenakan saya 

"18 Julai 2014: Dr M tarik balik sokongan pada Najib"
https://www.malaysiakini.com/news/271960

Coretan,
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Isnin, 19 April 2021

"Zaid menyifatkan kemarahan dan kebencian Mahathir terhadap Najib adalah total dan tidak kehabisan."


Menurutnya, kemarahan Mahathir terhadap Najib tidak ada kena mengena dengan 1MDB kerana beliau tidak pernah menghukum sesiapa pun termasuk dirinya sendiri kerana skandal kewangan.

Kebencian dan kemarahan Mahathir terhadap Najib berpunca apabila Ahli Parlimen Pekan itu mahu menjadi Presiden UMNO dan perdana menteri yang agak bebas daripada arahan dan telunjuknya.

Katanya, Mahathir marah Najib kerana Najib menolak permintaannya untuk dana yang besar untuk Proton, selain usaha Najib menjual Proton kepada kumpulan luar yang dapat menghidupkan semula Proton dan menghentikan kerugian besar.

Zaid Ibrahim ini tahu sebab dia bersama Mahathir masa dia mula bergerak secara umum menentang saya termasuk membawa Mahathir ke himpunan BERSIH.

Memang benar bahawa punca Mahathir benci saya bukan sebab 1MDB seperti yang saya tulis dahulu.

Dia memang tahu bukan saya yang rancang untuk songlap 1MDB.

Jika tak percaya, tanyalah soalan ini pada dia.

"Kenapa Najib yang "curi" RM2.6b (tapi sudah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian) tapi Goldman Sachs yang bayar RM16 bilion dan Ambank yang bayar RM2.83 bilion untuk selesaikan kes pula?"

Tengok dia jawab apa.

Dari tahun 2014 lagi (iaitu sebelum berita RM2.6b terkeluar) dia sudah berpakat dengan PM8 untuk tumbangkan saya seperti diakui oleh anak dia sendiri dalam mahkamah tinggi.

(PM8 juga pernah buat perkara yang sama dengan Pak Lah dan selepas itu juga tumbangkan Mahathir sendiri. Sebab itu, saya pecat dia dahulu - bukan sebab dia tanya mengenai 1MDB tapi sebab berkomplot dengan Mahathir bersama beberapa pegawai kerajaan)

“Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014,” kata Mukhriz dalam keterangan di Mahkamah Tinggi.

"13 Julai 2017: Mukhriz Mengaku Mahathir, Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib"
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/07/13/mukhriz-mengaku-tun-m-jatuh-najib

Namun sebelum tahun 2014 pun, Mahathir sudah mula tidak gemar dengan saya apabila saya tolak cadangan dasar dia yang saya anggap ketinggalan zaman, tak adil pada Rakyat atau langsung tak masuk akal.

Dia juga bantah keras sebab saya laksanakan dasar gaji minima dan naikkan gaji penjawat awam (sebab dia mahu Malaysia tetap sebagai negara kos murah untuk tarik pelabur asing) serta dasar BR1M.

Seperti apa yang saya pernah tulis sebelum ini, Mahathir lagi marah pada saya sebab dia salahkan saya apabila anak dia kalah dalam pemilihan UMNO pada akhir tahun 2013 dan selepas itu kerajaan BN tolak permintaan dia sebagai Executive Chairman Proton untuk mendapat geran percuma sebanyak RM3 bilion untuk Proton.

Masa itu Proton sudah 100% milik swasta. Bagaimana pula kerajaan boleh beri wang RM3 bilion secara free kepada sebuah syarikat 100% milik swasta? 

Lebih-lebih lagi, syarikat Proton rugi besar masa itu dan kita berpendapat bahawa memberi wang percuma berbilion-bilion pada Proton tanpa pembahuran dan rakan strategik tidak akan menyelematkan Proton.

"Just two months ago, Minister of International Trade and Industry (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed confirmed that Proton had requested a grant, but said it was not an unusual practice among local industry players. While he did not disclose the amount, it reportedly was as much as RM3 billion, although this was denied by Proton."

"30 May 2014: Edge Weekly: Dr Mahathir as Proton chairman sparks debate"
https://www.theedgemarkets.com/article/edge-weekly-dr-mahathir-proton-chairman-sparks-debate

Ini juga berlaku pada awal tahun 2014. Sebab itu, anak dia kata dia dah berpakat dengan PM8 untuk tumbangkan saya pada tahun 2014 juga.

Sebab itu, Mahathir amat benci pada saya dan selepas dia jadi PM, dia kenakan saya dengan pelbagai jenis dakwaan mahkamah dan tindakan agensi kerajaan (yang diteruskan kerajaan PN).

Tak apalah. Dia nak benci saya buat selama-lamanya, dia punya hal.

Saya tetap tenang sebab saya yakin saya telah berusaha untuk buat paling baik untuk negara dan Rakyat (termasuk berjaya selamatkan Proton) dan saya bukan perompak, penyamun atau penyangak seperti sering diratib dia.

Najib ini cuma seorang sahaja daripada 32 juta penduduk Malaysia.

"18 April 2021: Dr Mahathir akan bertanding atas tiket Bersatu kerana masih marah Najib, Anwar"
https://malaysiagazette.com/2021/04/18/dr-mahathir-akan-bertanding-atas-tiket-bersatu-kerana-masih-marah-najib-anwar/

Coretan,
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Kerajaan BN Bukan Kerajaan Yang Gagal


Kalau semua dok bantai kerajaan, pelabur tak berani masuk?

Ko ingat masa saya PM, pembangkang tak bantai kerajaan ke?

Tiap-tiap hari mereka bantai kia.

Sampai bekas Menteri yang jaga agama tidur tepi jalan, saya digelar kepit dan Mahathir kata isteri saya gemuk sehingga jalan macam gearbox.

Ya, pembangkang bantai kerajaan BN masa saya PM dengan amat kuat sekali tiap-tiap hari tapi pelaburan asing dan ekonomi tetap mantap sehngga pelaburan asing kita masa itu paling tinggi dalam sejarah dan antara tertinggi di ASEAN.

Sebab itu, dividen dan hibah tiap-tiap tahun adalah amat tinggi secara konsisten sepanjang tempoh 9 tahun saya PM.

Takdelah berita Hibah 1.25% atau dividen ASB 4.25% masa itu.

Bukan secara pelaburan asing datang masa kita dibantai teruk dan difitnah kerajaan yang bankrup tapi pelabur asing turut datang ke Malaysia masa itu.

Seperti Raja Saudi, Raja Salman yang datang ke Malaysia dengan pelaburan RM33 bilion.

Kita tak pergi ke sana untuk zoom meeting dengan baginda dan menteri Umrah dan Haji Arab Saudi juga tidak dipecat selepas kita melawat.

Raja Salman yang datang ke Malaysia.

Seperti Jack Ma, pemilik syarikat internet terbesar negara China yang datang ke sini untuk buka data center dan Free Trade Zone Digital.

Dan banyak lagi tahun itu seperti syarikat HSBC, Prudential dan CCCC yang bersetuju buka HQ ASEAN mereka di Malaysia.

Sebab apa? 

Sebab kerajaanBN dulu bukan #kerajaangagal

Coretan,
Facebook Page Rasmi,
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Ahad, 18 April 2021

Cadangan Dato Seri Najib Razak Kepada Kerajaan Malaysia Cara Untuk Tarikh Pelabur Melabur di Malaysia


Nak tarik pelabur?

1. Henti darurat. Pulihkan demokrasi.

2. Kawal Covid betul-betul. Jgn dengan cara separuh masak. Percepatkan kadar vaksinasi Covid.

3. Jgn salahgunakan perundangan dan institusi kerajaan termasuk LHDN untuk tujuan politik.

4. Pulihkan sebuah kerajaan dipilih Rakyat dengan majoriti yang kukuh tanpa membeli katak.

5. Halatuju dan visi ekonomi yang jelas. Bukan visi seperti WKB2030 yang entah siapa faham.

6. Jgn sesuka hati batal perjanjian-perjanjian projek termasuk projek bersama negara-negara lain.

7. Jgn jual semua aset-aset yang jana pendapatan untuk negara

8. Jgn pilih menteri yang terbukti gagal jaga ekonomi/negara dalam kerajaan PH dan ditugaskan semula dalam kerajaan PN untuk tarik pelabur. Pilih pemimpin yang ada track-record baik.

9. Jgn asyik memberi alasan-alasan tak masuk akal kepada Rakyat seperti "terlalu banyak orang tua dalam parlimen", "perlu 3 tahun 2 bulan untuk integrasi JPN/SPR untuk laksana Undi18", "Graduan perlu bersyukur jika mendapat kerja dengan gaji di bawah gaji minima".

10. Jangan asyik keluarkan kenyataan yang menghakis keyakinan pelabur seperti negara tidak ada wang lagi atau penjawat awam perlu potong gaji untuk bantu ekonomi negara.
 
https://www.facebook.com/11726505964/posts/10157992331440965/?d=n

Coretan,
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Covid-19 : Varian India ini ada dua mutasi dan ramai pakar bimbang sebab ianya menular dengan begitu laju sekali.


Pada 15 Feb 2021, jumlah kes baru Covid negara India adalah sekitar 9,100 orang manakala Malaysia sekitar 2,700 kes.

Masa itu, beberapa pakar berpendapat bahawa keadaan Covid di India sudah reda sebab antara 50% hingga 60% daripada penduduk di sana sudah mencapai imuniti secara semulajadi sebab ramai telah dijangkit dan pulih tanpa disedari.

Namun kes Covid India mula melonjak naik pada bulan lalu dengan kadar amat seram sehingga mencapai lebih 260,000 kes baru semalam.

Lebih 60% daripada kes baru Covid di India didapati adalah dari varian baru yang mempunyai mutasi berkembar yang kini digelar Covid varian India.

Varian-varian berbahaya seperti mutasi UK dan Afrika Selatan (yang telah berjaya menular dalam komuniti tempatan di Malaysia) hanya ada satu mutasi.

Varian India ini ada dua mutasi dan ramai pakar semakin bimbang sebab ianya sedang menular dengan begitu laju sekali.

Kebanyakan yang dijangkit pula adalah orang muda. Mereka yang sakit juga lebih sukar untuk dirawat berbanding varian lain.

Pakar-pakar juga tak pasti jika vaksin Covid yang ada sekarang akan berkesan ke atas varian baru India ini.

Sebelum ini, saya perhatikan dari laporan-laporan MKN bahawa masih ramai pengunjung dari negara India yang sedang masuk ke Malaysia.

Kluster Sivagangga yang mengganas di negeri Kedah tahun lepas  juga berpunca dari pelawat dari India yang ingkar kuarantin.

Dengan ini, saya TUNTUT kerajaan PN naikkan kembali tempoh kuarantin wajib bagi pelawat dari luar negara terutamanya dari negara India dari 7 hingga 10 hari ke 14 hari dengan serta-merta.

Jangan ambil risiko dan jangan memperjudikan nyawa Rakyat dan negara.

Coretan,
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Khamis, 15 April 2021

TERUMBU LAYANG LAYANG.


Setelah meletusnya konflik ketenteraan antara China dan Vietnam pada Januari 1974 di Gugusan Paracels, China secara terang-terangan menuntut keseluruhan Laut China Selatan sebagai perairan yang berada di bawah takluk dan penguasaannya.

Vietnam pula bertegas mempertahankan Gugusan Paracels dengan alasan gugusan tersebut telah berkurun-kurun di bawah kedaulatannya. 

Konflik ini secara langsung telah membuka mata negara lain yang bersempadan Laut China Selatan untuk membuat tuntutan dan penempatan di terumbu berkenaan termasuklah Malaysia.

Laut China Selatan merupakan laluan perhubungan antara Lautan Pasifik di timur dan Lautan Hindi di barat. Keindahan dasar lautnya yang diiktiraf antara 10 yang tercantik di dunia juga antara faktor perairan ini menjadi rebutan. 

Ini jelas dengan penempatan yang dibuat oleh Filipina di Terumbu Laksamana yang terletak hanya 26 batu nautika timur laut Terumbu Peninjau dan penempatan Vietnam di Terumbu Perahu yang terletak hanya 35 batu nautika barat laut Terumbu Mantanani. 

Terumbu lain yang berdekatan ialah Pulau Kecil Amboyna dan Terumbu Cornwalis yang diduduki oleh Vietnam.

Berikutan pengisytiharan perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) pada 20 September 1979, kabinet telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang berada dalam lingkungan ZEE Malaysia bagi mengukuhkan tuntutan Malaysia di Perairan Spratly. 

Melalui keputusan dan arahan kabinet, kajian terperinci telah dilakukan oleh Rejimen Jurutera Tentera Darat yang mendapati sebahagian sahaja terumbu berada dalam kawasan ZEE yang sesuai untuk didirikan tugu sebagai penanda dan penempatan.

Antaranya ialah Terumbu Layang-Layang (Stesen LIMA TLDM) yang kini lebih dikenali sebagai Pulau Layang-Layang. Pembinaan tugu bermula pada 21 Jun 80, manakala penempatan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM pada Mei 1983. 

Pada awal penubuhan penempatan TLDM di Terumbu Layang-Layang pada tahun 1989, kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu ini perlu dimajukan sebagai pusat pelancongan seiring dengan kerja-kerja pembangunan ke atas penempatan TLDM.

Dan berikut catatan anggota tentera yang terlibat dalam operasi berkenaan.

1. Awal tahun 80an dahulu belum ada Pulau Layang-layang, yang ada hanyalah terumbu.

2. Tun Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu.

3. Maka ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi.

4. Kumpulan pertama seramai 11 anggota mendarat dan menduduki Terumbu Layang Layang (TLL) secara tetap pada awal Mei 1983 dari KD MUTIARA, tidak terdapat sebarang infrastruktur di sana. 

5. Ponco digunakan sebagai khemah untuk tempat tinggal. Semasa air pasang, kawasan kering yang terdapat di TLL berukuran lebih kurang 40 kaki panjang dan 5 ke 10 kaki lebar. 

6. Jadi, khemah perlu didirikan di atas kawasan kering ini. Sering terjadi apabila cuaca buruk, air laut akan masuk ke dalam khemah semasa anggota sedang tidur dan membasahi pakaian dan peralatan yang ada di dalam khemah! Kerana kepenatan, ada juga anggota Paskal yang terus tidur walaupun pakaian mereka telah basah!

7. Makanan yang dibawa adalah ‘Pack Rations’ dan air tawar dibawa dalam ‘jerry can’. Kerana kesulitan bekal-ulang, air tawar hanya digunakan untuk minum dan masak. 

8. Untuk mandi dan mencuci, air laut digunakan sepenuhnya! Hujan yang turun merupakan satu nikmat, dimana akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota untuk mandi dan sebagainya.

9. Memancing merupakan hobi untuk anggota yang tidak bertugas bagi mendapatkan ‘rangsum segar’.

10. Disebabkan ketiaadan infrastruktur, anggota melakukan tugas pemerhati (Observation Post) di atas batu karang yang berada di sekitar kawasan khemah baik pada siang atau pun malam hari.

12. Semasa air pasang, anggota perlu meharungi air laut untuk merapat ke tempat tugas di atas batu-batu karang tersebut. 

13. Ada kalanya mereka terpaksa mengharungi air laut hingga ke paras dada di dalam gelap untuk ke tempat tugas di atas batu! 

14. Di siang hari, anggota terdedah kepada panas terik matahari dan pada malam hari mereka terdedah kepada tiupan angin kencang Laut China Selatan tanpa sebarang perlindungan. 

15. Pada musim Monsoon pula, mereka dibasahi hujan yang mencurah-curah tanpa henti baik pada siang atau pun di malam hari. 

16. Setelah bertugas di TLL selama dua minggu atau lebih, semua anggota Paskal kelihatan lebih mirip kepada ‘African’ daripada ‘Asian’ kerana terbakar matahari!

17. Kumpulan ini hanya dibekalkan dengan senjata ringan seperti M16 dan GPMG untuk mempertahankan diri.

18. Alat komunikasi yang dibekalkan adalah radio HF TRA 921 dan PRC77. Disebabkan keterbatasan bateri, radio hanya dihidupkan dua kali sehari iaitu pada jam 8 pagi dan 8 malam untuk menghantar ‘sitrep’ (situation report) ke Markas di Labuan.

19. Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat helikopter Nuri TUDM.
20. Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.

21. Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina.

22. Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak.

23. Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.

24. Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia.

25. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.
26. Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.

27. Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur.

28. Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.

29. Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang.
30. Akhirnya stesyen LIMA berdiri megah.

Begitulah kisah ATM mengambil pulau terumbu sekangkang kera ini bagi menghalang Vietnam, Filipina dan China masuk campur.

Kemudian kerajaan Malaysia bawah kepimpinan berani Tun Dr Mahahtir menambak terumbu ini, menggunakan tanah yang diangkut dari tumpah darah kita, dari Sabah, sehingga Layang Layang kini berkali ganda saiz asalnya, menempatkan markas tentera, pangkalan TLDM, sebuat resort, sebuah landasan terbang yang mampu daratkan pesawat Hercules C130 dan pesawat tempur.

Kini Pulau Layang Layang adalah kubu pertahanan utama kita di Laut China Selatan, mengawas laut ZEE. 

Layang Layang wujud ketika China menuntut seluruh Laut China Selatan hingga ke pesisir Sabah dan Sarawak.
:
Credit Ali Qaseh


Rumah Anak Yatim Ustaz Ebit Lew di Rumah Kasih Umat' di Durban South Afrika

Sayu sebak gembira sangat. Tercapai cita-cita saya untuk bina 'Rumah Kasih Umat' di Durban South Afrika. Kami ambil 50 orang anak jalanan dan anak yatim. Tak sekolah. Kebanyakannya bukan Islam. Saya beri tanggungjawab pada ustaz ustazah di sana menguruskan. Gaji dan lain-lain akan kami tanggung. Semua free buat anak ini.
Sedih tengok anak ini semua. Sebahagian orang takut dengan mereka. Tapi mereka semua anak yang sangat baik. Tadi sempat buat ice breaking dengan mereka. Sebahagian kami ambil dari jalanan dan tiada mak ayah. Comel jer semua. Rindu anak dekat rumah. Semua cepat mesra dengan kami.

Kami akan daftarkan anak ini sekolah harian. Petang akan sambung kelas dirumah. Disini juga akan siapkan makanan untuk penduduk susah disekitar sini setiap hari. Kami beli tilam, peti ais dan semua keperluan rumah yang lain. 

Tadi masa nak tinggalkan mereka. Semua sebak dan melambai. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Rabu, 14 April 2021

Ustaz Ebit Lew Memberi Kasih Sayang Kepada Hamba Allah Sehingga Keringkan Rambut di Bandar Durban, Afrika Selatan


Sayu masa tengok pakcik ni. Kasihan rasa. Masa pusing dekat bandar Durban South Afrika tunggu makanan tiba ternampak seorang seperti orang gila. Tidur tepi longkang dekat kedai. Mundar mandir dan kerja garu kepala. 

Saya terus dekat dan cuba berbual. Scott berumur 60 tahun. 15 tahun tidur dijalanan.  Katanya selalu bila hujan baru mandi. Bila rapat baru tahu dia pernah berkahwin dan ada 3 orang anak. Isterinya dah berkahwin lain seorang boss besar sebuah tempat. Dia kecewa gagal dalam hidupnya. Dia teringat anaknya. Katanya apapun semua salah saya. 
Saya sebut saya cina Malaysia. Dia cerita jackie chan. Saya tanya pernah tengok movie mission imposible. Dia kata tak suka tengok sebab katanya cerita itu mudah jer semua boleh capai dan mudah. Tapi hidup ini tak semudah itu. Tak semua benda kita dapat. Saya cerita bahagia itu dihati dan menerima positif dengan yang terjadi dalam hidup.

Orang tempatan ada yang membantu. Tapi dia memang susah nak ajak buat apa-apa terutama gunting rambut. Sentiasa tidur tepi longkang situ depan kedai. Saya bawa beli baju seluar dan barang lain. Ajak makan kfc. Dan cuba bawa ke hotel. Hari pertama bila ada orang mencelah dia terus menolak semuanya. Saya datang lagi hari kedua. Dari takut-takut dia jadi rapat dengan saya. Macam kawan-kawan dah. Sekarang saya bawa ke hotel disini untuk mandi dan tidur. Dia gembira sangat. Dia macam ketinggalan tentang hp dan lain-lain. Orang tempat semua terkejut dia nak ikut saya. Syukur rasa. 
Saya ada cadangkan tempat tinggal untuknya. Sedang berusaha memujuknya. Berbeza ujian setiap orang. Siapa tahu apa rahsia disebalik semuanya.

Ustaz Ebit Lew Membantu Peniaga Bazar Ramadhan Yang Khemahnya Diterbangkan Ribut Pada Ramadhan Pertama


Sebak sayu rasa hati semalam bila tengok khemah makcik jual Yong Tau Fu di Wangsa Maju runtuh rosak diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam. Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat Rm800 juga semuanya modal. Berat ujian mereka. Disinilah rezeki dan harapan mereka. Ujian mereka. 
Saya terus ke sana tadi. Saya belikan 7 khemah baru beli untuk mereka buat 7 peniaga yang tiada khemah. Berikan sedikit duit belanja buat sebahagian peniaga.

Betapa besar harapan seorang peniaga menanti bazar Ramadhan ini. Dengan nak dapat tapak. Ramai yang nak masuk. Dengan keadaan covid 19 sekarang. Allahuakbar. 
Bila saya beri sedikit duit tadi wajah makcik ni berubah sebak sayu jer. Ucap terima kasih. Gembira rasa dapat melihat beberapa peniaga gembira hari ini.
Saya borong dekat 3 kedai tadi. Beli makanan mereka dengan bekas-bekas saya pinjam dahulu sebab nak jamu orang buka puasa. Melihat senyuman mereka buat saya gembira. Ada ibu tunggal. Ada bawa anak tolong berniaga. 

Ramai berlari-lari ajak ambil gambar dan hadiah saya apa sahaja mereka jual. Saya juga beri sedikit belanja hadiah buat mereka.
Musim hujan sekarang. Agak kurang orang membeli. Tengok makanan banyak rasa sedih. Tapi kata peniaga disini. Beginilah ustaz cari rezeki. Adat berniaga. InsyaAllah sekejap lagi ramai datang membeli. Allahuakbar. 
Berapalah sangat untung mereka. Tapi demi rezeki halal. Bagi kita mungkin sedikit tetapi bagi peniaga 50 sen itu rezeki buat mereka. 

Saya doakan Allah berkatkan dan mudahkan buat semua peniaga Bazar Ramadhan dan Pasar malam di seluruh Malaysia.