Bahan lapisan bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan air pandan
3 cawan air putih
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pewarna hijau
Sedikit air kapur (optional)
1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
2. Bila bancuhan sudah tidak berketul buka api dan kacau lagi sampai masak.
3. Tepung akan kelihatan pekat berkilat bila sudah masak. Padamkan api dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian, biarkan seketika.
Bahan lapisan atas :
4 sudu besar (jangan membukit) tepung beras.
4 cawan santan (boleh guna 2 cawan santan pekat & 2 cawan air tapi lebih sedap jika guna santan lebih supaya rasa lemak)
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada bahan berketul.
2. Buka api dan masak hingga adunan menjadi pekat dan berkilat, padamkan api.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi lapisan hijau tadi. Masukkan dengan secukupnya.
4. Sejukkan tepung pelita dan bolehlah dinikmati.
*Air kapur perlu dibancuh cair sahaja jika pekat kuih akan berbau kapur.
Resepi & foto : Shakinah Zainal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan