Jumaat, 29 Disember 2023

BUAH MELAKA KUKUS

Kuih yg sedap makan panas2....
BUAH MELAKA KUKUS bila di gigit gula melaka pecah n cair dalam mulut adalah suatu kenikmatan....

-Buah melaka kukus-

Tepung pulut
Air daun pandan
Air kapur sikit
(uli semua smp jd doh)

Inti tu gula melaka

Bulat2 kan mcm nk buat kuih onde2 lpastu susun dlm bekas,loyang dll yg boleh d kukus...ketepikan dlu...

Bahan kedua

Santan
Tepung beras/gandum dlm 2,3 sudu besar
Garam
(bancuh semua ni smp larut...jgn cair sgt,,jgn pekat sgt)

Lpas tu boleh curah kt dlm bekas yg ada kuih td...

Panaskan kukus dan kukus dgn api besar slama 10-15mnt smp msak...

kredit: ella adyella

Kuih Melaka :-
https://shope.ee/2L8qLbuD3Z

Isnin, 25 Disember 2023

CUCUR UDANG


Bahannya:

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar yis (mauripan)
Air agak-agak (suhu biasa)
Segenggam taugeh
Secekak kecil kuchai - kerat2
1/2 batang lobak merah - sagat memanjang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Udang secukupnya (sy takde,maka sy ganti otak2)
Minyak untuk menggoreng

Caranya:

Dalam satu bekas, satu kan tepung, serbuk kunyit, yis, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.

Masukkan taugeh, kuchai dan karot, gaul rata dan perap 30 minit.

Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk dalam minyak panas. Kemudian tuangkan adunan cucur.

Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari senduk.

Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat tos kan minyak. siap.

kredit: anissa mardhiah

Adabi Tepung Cucur :-
https://shope.ee/1qCS3qkWKv

Sabtu, 23 Disember 2023

NASI AYAM PENYET


Nasi pakai beras biasa je.
Ayam seekor belah 8.

BAHAN PERAP AYAM
- 1 sudu jintan manis
- 1 sudu jintan putih
- 1 sudu biji ketumbar
- 1 sudu lada hitam
- 3batang serai (hiris halus)
-  Kunyit hidup (agak2 saya guna 2ulas sebesar jari ibu)

Cara nya :
Masukkan semua bahan dalam blender atau batu lesung kasi tumbuk lagi umpppp. πŸ˜‚
Pastu perap dalam 1jam. Lepas tu boleh goreng dalam minyak yg panas.

Jom buat SAMBAL
- 5biji lada merah
- 10biji cili padi
- 1biji tomato
- sedikit belacan
- 3biji bawang merah

Cara nya :
Goreng semua bahan sekejap kecuali tomato.
Lepas tu blender atau nak lagi sedap guna la  lesung batu tumbuk dalam tu.. 😁

Tempe dan tauhu saya goreng guna kunyit perapan ayam.

Ayam da siap goreng ketuk dengan batu lesung.baru la nama dia ayam penyet.

Selamat MENCUBA semua.

kredit: syaza azh

Paste Makanan Malaysia :-
https://shope.ee/4AaK5Mtm9A

BIHUN GORENG SEDAP


Bahannya:
1 pck bihun celur n ptong
Cli mesin 1 senduk
Bwang kcil 5 ulas blend
Bwang putih 6 ulas ketuk
Ikan blis tmbuk 2 sudu
Sos tiram 1 sudu
Minyk bijan 1 sudu
Serbuk lada putih 1 sudu
Sos tomato 1 sudu
Kicap lmak mnis 1 sudu
Taugeh
Sawi
Dging ayam udg fishball or ikut suka
.
Cara2:
Pnaskn sikit mnyk
Tumis bwang n cli mesin
Msukn sos tiram tomato minyk bijan serbuk lada... biar sketika msukn ikn blis dan bhn2 sperti aym n dging
Msukn  ikan blis garingkn
Msukn syur dan sdikit garam
Last msukn bihun n taugeh
Biarkn garam sekata
.
Siap di hidang

Sila komen share

Kredit : pakcik lan

Bihun Cap Istana :-
https://shope.ee/2q4wV0epSR

RESEPI KUIH PERIA

Resepi KUIH PERIA paling mudah dn pantas

Homemade Frozen Kuih Peria :-
https://shope.ee/A9rXEYBE8G

Inti
🀜🏻 1biji kelapa putihnya saja
🀜🏻 300gm gula merah(boleh letak lebih jika tk cukup manis)
🀜🏻 100gm gula pasir
🀜🏻 2helai daun pandan, disimpul
🀜🏻 letak semua dlm periuk, letak sedikit air, masak dgn api perlahan
.
Kulit
πŸ‘πŸ» 500gm tepung pulut
πŸ‘πŸ» 200gm tepung gandum
πŸ‘πŸ» 400gm santan pekat
πŸ‘πŸ» 300gm air pandan
πŸ‘πŸ»
sedikit pewarna hijau epal
πŸ‘πŸ» sedikit garam
.
Cara-cara
-Satukn santan, air pandan, pewarna dn garam. kacau sebati
-satukn tpg gandum dn tpg pulut, gaul mesra. uli dgn bancuhn santan tadi.
-utk dapatkn corak jalur pda kuih tu, guna sarung buah lai, senang cepat tk buang masa. klu guna lidi pencucuk, jenuh le nk siapkn. utk inti boleh juga tukar dgn kacang
-sapu sarung buah lai tu dgn minyak masak dulu, klu tk nanti melekat

Kredit resepi: ‎Zara Abdul‎
Selamat mencuba.

5 SEBAB KENAPA ASB FINANCING MASIH MENJADI PILIHAN YANG BAIK UNTUK SIMPANAN TERUTAMANYA UNTUK ANAK MUDA.

#TabungASB

1.   Pulangan lebih baik berbanding ASB simpanan biasa.

    Jika kita menyimpan RM440 dalam akaun simpanan ASB biasa secara tunai, hasil yang kita peroleh selepas 5 tahun ialah :

- simpanan terkumpul = RM26,400
- dividen terkumpul (5.25%) = RM3,748
- jumlah keseluruhan = RM30,148

    Tetapi dengan budget yang sama, kita boleh apply ASB financing RM100k dengan tempoh pembiayaan 40 tahun, bayaran bulanan RM440. Terminate ASB financing ini selepas 5 tahun dan ini adalah hasilnya :

- surrender value= RM5,000
- dividen terkumpul (5.25%) = RM29,154
- jumlah keseluruhan = RM34,154

kita dapat lebih RM4,006 dengan ASB financing berbanding ASB simpanan biasa.

    Dividen ASB ni, ada naik dan turunnya. Jadi biarlah ASB financing ini berjalan lebih lama, contoh 5 tahun, untuk dapatkan purata pulangan yang lebih baik. Bukan hari ni masuk tahun depan dah batalkan ya kawan-kawan.

    Ada kalanya kita nampak dividen tahunan kita rendah dari bayaran setahun kita, tapi jangan lupa yang kita masih ada surrender value bila kita terminate kelak. Itulah pentingnya simpan dividen supaya ianya boleh kekal 'compound' untuk memaksimumkan pulangan.

2.   Cipta rekod CCRIS. Kalau kita tidak pernah ada sebarang rekod pinjaman,terutamanya adik-adik yang masih muda, agak sukar untuk bank meluluskan pinjaman yang lebih besar seperti pinjaman rumah.
  
    Jadi dengan rekod bayaran ASB financing yang baik, ianya dapat membantu untuk meningkatkan 'credit scoring' untuk memohon pinjaman rumah kelak.

3.   Konsep ' Force Saving' yang membantu kita menyimpan dengan lebih berdisiplin. Dengan ASB financing, kita tiada pilihan untuk tidak menyimpan kerana setiap bulan kita wajib bayar installment ASB financing kepada bank.
  
    Mungkin mudah untuk berkata, " aku simpan ASB biasa je". Hakikatnya, berkata lebih mudah dari melaksanakannya. Sebab itu kajian yang dijalankan KWSP mendapati 84% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan tetap setiap bulan.
  
    Dengan adanya ASB financing ni, kita dapat mendisiplinkan diri untuk menyimpan melalui bayaran yang kita buat.

4.  Perlindungan takaful terhadap pembiayaan ASB financing dapat meringankan beban diri dan keluarga jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal terhadap peminjan.
  
    Sebagai contoh jika kita memohon ASB financing RM200k beserta takaful, jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, pihak takaful akan membayar sepenuhnya atau sebahagian dari baki pinjaman tersebut, yang membolehkan kita atau keluarga untuk dapat RM200k ASB itu secara tunai tanpa perlu tunggu tamat tempoh pembiayaan.

5.   Resiko sangat rendah. ASB financing ini hanya akan rugi jika paras dividen dibawah paras keuntungan bank.

    Jadi ASB financing masih memberi keuntungan yang lebih baik berbanding simpanan biasa. Jika ingin bandingkan ASB financing dengan pelaburan lain yang mungkin memberikan pulangan yang lebih baik,kena ingat yang pelaburan tersebut mungkin ada resiko untuk rugi yang lebih besar juga. Jadi kita perlu teliti dan fahamkan dulu sebelum melabur.

Inilah 5 sebab utama kenapa  ASB financing masih menjadi platform simpanan yang sangat baik.

Jika anda ingin mulakan simpanan melalui ASB financing, anda boleh hubungi En Faizal melalui link di bawah.

www.wasap.my/+60107666074

Join telegram channel dan TikTok ini untuk lebih info mengenai kewangan dan simpanan

t.me/bijakkewanganbyfaizal
https://www.tiktok.com/@faizalsifuasb

Jumaat, 22 Disember 2023

KAMBING PERAP

Klaau beli kambing siap perap mahaiii.

pan grill: https://shope.ee/10dGJ3vEHd

Moh perap kambing.. Next saya tnjuk yang msak dan cara nak buat sos black paper .. Skrang perap lu yer sbb lagi lama perap lagi sedap..

Bawang putih
Cili bland
Lada hitam
Halia skit
Blend semua yg kat ataih to..

Tambah kan
Serbuk paprica kalau xda xpa sbb dah ada cili kering..
Sos cili
Sos tiram
Harbs mixed@ cajun klau ada.. (klau xda xpa harbs nie)
Rosemery hat kering pon ok..
Ajinototo
Garam
Gula sikittt je

Ha gaul semua perap semalaman... Lagi lama perap lagi sdap.. Ok bakar jgn terlebih masak yer nanti x juicy lak..

Selasa, 19 Disember 2023

SOM SOM SAGU /KANJI SOM ~SOM


bekas comel: https://shope.ee/7ADp0lqbrD

BAHAN SAGU

1 cwn sagu
3 cwn air
2 helai pandan
sedikit pewarna hijau

CARANYA

~masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
~keluarkan pandan
~masukkan sagu
~kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan
~tuang sagu ke dalam bekas kecil
~ kukus selama 15min sehingga sagu jernih
~sejukkan
*** boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus
dengan menambah sukatan air
opah x nk lembik sgt jd opah kukus..

BAHAN KANJI SOM~SOM

1/2 cwn tepung beras
4 cwn santan
garam secukup rasa

CARANYA

~satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan
~masak hingga hingga pekat dan meletup2 dengan api sederhana
sentiasa dikacau utk mengelakkan berketul ye
~tuang adunan ke atas sagu
~sejukkan

BAHAN AIR GULA

1 1/2 cwn air
4 keping gula kerek/melaka
*boleh guna gula merah
1/4 cwn gula pasir
2 helai pandan disimpul

CARANYA

~satukan semua bahan
~masak api sederhana hingga mendidih
~tapis dan sejukkan
~siap

SELAMAT MENCUBA

Ahad, 17 Disember 2023

RESEPI DONUT🍩


acuan donut: https://shope.ee/601pc8XJqe

▶️ 1 peket yis mauripan
▶️3 cawan tepung gandum
▶️3 cawan air suam
▶️3sb gula ( nak manis boleh tmbah gula ikut hampa suka manis tahap mana,ain suka kurang manis sat lagi gaul dgn gula juga)
▶️3sb susu pekat
▶️2sb marjerin
▶️1biji telur
▶️Gula halus atau gula aising ( untuk gaul donut nanti)

▶️ Cairkan marjerin,bila dah sejuk tambah telur pukul sikit dan ketepikan dulu
▶️Gula dan susu pekat disatukan didalam air suam,kacau hingga larut,masukkan yis,kacau lagi,biarkan dalam 10minit.
▶️selepas 10minit yis akan naik berbuih2,masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur,kacau.
▶️ Selepas tu boleh masuk kan bahan2 semua ke tepung gandum,uli sampai jadi doh.
▶️Dah jadi doh,rehatkan doh tu dalam 30minit.
▶️Dah rehatkan doh,uli tumbuk2 bagi buang angin, selepas tu boleh buat lar bentuk bulat macam bola,susun kat talam jarang2(tabur tepung sikit)
▶️Dah siapkan bentukkan bulat2,biarkan dalam 10-15minit macam tu,bagi kembang elok baru lar goreng.
▶️Goreng dalam api yang serdahana
▶️Dah siap goreng gaulkan dengan gula halus or gula aising..dah siapppπŸ˜‹

Credit : Nur Aien

TELUR AIR ASAM


• Rebus telur dalam 5minit (buat separuh masak lagi sedap)
• Hiris bawang dan lada cili
• Buat air asam jawa
• Letak sikit gula n garam  dan aji(kalau suka)
• Pastu tuang atas telur rebus yg dah dibelah dua
• Biarkan dalam 5-10minit supaya kuah tu serap dalam telur

Makan dengan nasi panas2 πŸ€—πŸ˜‹

Selamat mencuba ✌️

Kredit : Mahfuzah Aidi

Asam Jawa Kampung :-
https://shope.ee/9zXx1xkjj9

RESEPI APAM BALIK SEDAP & GEBU


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur: 
Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Marjerin

Cara-cara
Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.

Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.

Kredit Azie Kitchen

Apam balik segera :-
https://shope.ee/4ppqs4jN4P

Rabu, 13 Disember 2023

KUIH TEPUNG TALAM


BAHAN2nya..
BahanUntukLapisanBawah..
1cwn gula merah..
Stengah cwn gula..
2cwn air..

Caranya..
Satukan semua bahan pastu masak bg mendidih..dah mendidih tutup api tapis bagi sejuk..ketepikan..

1cwn tepung beras..
1sb tepung jagung..
Skit kapur sirih..

Caranya..
Satukan semua bahan dgn air gula td..pastu blend. ..pastu tuang dlm periuk..bukak api yg pelahan kacau..jgn tinggai na..sekejab ja..agak2 suam2 kuku dah boleh tuang dlm acuan..pastu kukus selama 20 minit..kukus dgn api sederhana ja..bila dah siap angkat n sejukkan..klu ada air atas kuih tu buang ja..jom kita tengok bahan untuk lapisan atas pulak..lupa pulak nak gtau.pastikan lapisan bawah betul2 sejuk baru tuang lapisan atas ya..sbb nak pastikan antara lapisan akan melekat..

BahanUntukLapisanAtas..
2cwn santan..klu nak lemak guna yg pekat
4sb tepung beras..jgn membukit ya
1sb tepung jagung..
Skit garam..nak lemakkan kuih

Caranya..
Satukan semua bahan pastu blend..kemudian tuang dlm periuk masak agak2 suam2 kuku ja..api yg pelahan ya..kacau jgn tinggai..dah siap tuang atas lapisan bawah td..kukus selama 30 minit..siap..sejuk dah boleh potong..klu nak potongan kuih yg cantik potong dengan benang ya..insyaallah cantik ja..selamat mencuba..😍

Kredit : Masni Bahari

Tepung Kuih Talam :-
https://shope.ee/6paoylpqSI

KOCI PULUT HITAM

Cik abang kakak dah masak ke?

periuk kukus: https://shope.ee/LNLEDlg01

INTI KELAPA
===========

▪1 biji kelapa parut
▪1/2 cwn gula merah
▪2 sudu B gula pasir (ikut la nk manis mana)
▪1/2 cwn air
▪2 helai daun pandan
▪1 sudu B tpg ubi (biar inti tk berderai)
▪Secubit garam

-masak gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut..tapis air gula
-masukkan kelapa.kacau hingga air kering dan kelapa masak.last
masukkan tpg ubi..kacau sebati
-biarkan sejuk dan buat bulat ikut la nk bsr mana

ADUNAN DOH
============
▪1 paket (500g) tpg pulut
▪1/2 cwn beras pulut hitam (rendam kemudian kisar halus & tapis )
▪Secubit garam
▪Air secukupnya
-bancuh tepung dgn pati beras pulut hitam dan air hingga menjadi doh yg tk melekat di tangan..
-ambil sedikit adunan dan isikan inti ditengah2 kemudian bulatkan
-rebus dlm air yg mendidih hingga timbul
-angkat dan toskan..kemudian masukkan dlm dadih santan yg telah dimasak terlebih dahulu
-balut koci dgn daun pisang yg telah dilayur

UNTUK DADIH
============
▪1/2 cwn tpg beras
▪1 sudu bsr tpg jagung
▪3 cwn santan pekat
▪Garam secukup rasa
- bancuh semua bhn di atas kemudian msk atas api yg kecil hingga pekat dan masak..

Credit : empunya Resepi

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH STYLE CHEFPAPA


tray oil basket: https://shope.ee/8f2T9NSW3T

Ayam seekor potong 20 pcs - basuh bersih ketepikan
Serai 5 btg - Potong 1/2" , 1/2" mcm tu
Halia 2 "
Lengkuas 1"
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Biji ketumbar 1 SB
Jintan Manis 1 SB
Jintan Putih 1 SB

Blender semua πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘† jgn terlalu halus
Lps tu tapis buang air...
Tuang semua tu dlm bekas yg berisi ayam tadi.
Mskkan rempah kari 1 pek kecil
Mskkan serbuk cili 1 pek kecil.
Garam, aji n gula secukup rasa.
Mskkan tepung jagung 2 Sudu besar
Telur ayam sebiji dan gaul bagi rata.
Perap dlm 1/2 jam gaul lg dan goreng hingga tenggelam ayam tersebut .
Bila dah hampir garing mskkan daun kari . Agak2 dah masak angkat bersama2 daun kari tersebut.
Ulang mcm tu smpai selesai menggoreng...

Credit : Nazri Mat Zain

SPICY BUTTERMILK SPAGHETTI


2 sudu besar butter
10 helai daun Kari
5 biji cili padi ( cincang )
3 ulas bawang putih ( cincang )
1 @ 2 cawan susu cair
Sedikit tepung jagung (letak sikit kemudian kacau tengok pekat kuah)
Secubit serbuk kunyit
Udang @ sotong

1. Cairkan butter masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi tumis sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan udang @ sotong gaul sehingga masak.

3. Masukkan susu segar kemudian masukkan tepung jagung kacau sehingga kuah pekat.

4. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi & foto : ASH (Foodhunter)

Pes Udang Buttermilk :-
https://shope.ee/2VRl5ZGBIk

RESEPI KUAH MEE HAILAM DAGING


Bahan-bahan :

2ulas bawang besar
4ulas bawang putih
segemgam cili kering(di blender)
1ulas b.merah dihiris
3ulas b.putih di ketuk2
Sawi,carot dan telur

Bahan-bahan :

Tumiskan bhn hirisan smpi naik bau dan bhn yg di blender,sesudu sos cili,sos tiram dan kicap pekat mudim tp blh jer pakai ikut kicap kegemaran masing2 ye..

bila kuah dah didih. masukkn daging dan sesudu lada hitam..mask sampi empuk..bila dah empuk letak pecahkan telur dlm 3,4 biji,

masukn sawi,carot sedikit bancuhan air tepung jagung tuk pekatkn sedikit kuah.. masa nk mkn blh la dihidang dgn mi atau ketiow dan taugeh serta cili padi potong ye..

selamat mencuba!

Kredit : Eddy Lela de Boom

Pes Mee Hailam :-
https://shope.ee/99ybUBa6mu

RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS


BAHAN:
* 5 biji telur- grade A yg sjuk( ambik dlm pti)
*225 gram gula halus( 1 cawan rata)
*220 gram tepung gandum * (2 cwn rata)
*1 sudu kecil rata baking powder*
*1 sudu besar ovelette
*150 ml susu cair
*1/2 sudu kecil garam
*100 ml minyak jagung/ masak
* 1 sudu kecik esen vanila
* pewarna ikut suka
* hawflakes secukupnye
.
CARA2 MEMBUATNYA::

1.PAnaskan air dlm pengukus sehingga mendidih.loyang di sapu minyak/ butter Dan d alas baking paper.....ketepikan.

2.ayak tepung Dan baking powder.kemudian
Campur kesemua bahan2 d dlm mangkuk mixer_ kecuali minyak,hawflakes,
pewarna

3.pukul adunan sehingga sebati Dan gebu,
Masukkan minyak Dan Gaul sebati dgn senduk atau spatula sehingga sebati

4.bahagikan adunan Kek kepada 2, atau ikut suka lah..saya 2 warna dh cukup
Dan warnakan mengikut warna pilihan

5. tuang adunan yg telah d warnakan ke dlm loyang,ratakan adunan pertama Dan susun secukupnye hawflakes d permukaan

6.kukus slma 5-10 mnt dlm kukusan yg tlah d panaskan dulu.pastikan lapisan Kek telah masak baru d lapis dgn lapisan seterusnye

7.buat sehingga habis,lapisan seterusnya dan susun hawflakes Dan kukus. untuk lapisan yg terakhir kukus 20 minit supaya Kek masak keseluruhannyee....

8.setelah kek masak,biarkan d dlm loyang selama 10 minit kemudian d balikkan d atas redai Kek supaya sejuk.
.
Sumber: Hajah Aishah Zakirai

Kek Lapis Coklat :-

KUIH KASWI

RESEPI kuih Kaswi Paling Sedap
.
Bahan-bahan untuk resepi kuih kaswi :

periuk kukus: https://shope.ee/3pwyc69LUJ

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula
1 cawan gula merah atau gula perang
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan dicampur 3 sudu makan air
Gunakan cawan metrik untuk sukatan yang tepat
.
Bagi penggemar kuih kaswi,memang kena cuba resepi kaswi yang ini.Rasanya yang lembut dan bergoyang , disalut pula dengan kelapa muda memang membuka selera.Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni.
Cara-cara penyediaan kuih kaswi bergoyang ini :
.
#1: Daripada 5 cawan air , panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang.Bila semua dah larut,tapis dan sejukkan.
.
#2: Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama dengan bahan -bahan yang lain.Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air.
.
Jangan terlebih guna air kapur.Nanti kuih akan rasa pahit dan juga keras.
.
#3: Didihkan air dalam pengukus dan alas pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti.Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih.

.
Bagi penggemar kuih kaswi,memang kena cuba resepi kaswi yang ini.Rasanya yang lembut dan bergoyang , disalut pula dengan kelapa muda memang membuka selera.Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni.
#4: Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan.Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong.
.
#5: Gaulkan potongan kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam dan gula jika suka. Kami suka tak letak apa-apa sebab kuih nya dah cukup manis.
.
Sedapnya dimakan kan untuk hidangan minum petang.Selamat mencuba resepi kuih ni.

kredit: to empunya resepi

Jumaat, 8 Disember 2023

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL


Bahan-bahannya

Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 btg serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak
Cara2:
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Kredit Resepi: Dzanariah

Pes Sambal Ikan Bakar :-

ASAM PEDAS IKAN PARI ALA JOHOR


BAHAN-BAHAN:

•1 kg Ikan Pari ( Boleh juga guna ikan lain )
•20 tangkai @cili kering direbus *
•5 ulas bawang merah*
•1 Biji Bawang Besar*
•3 ulas bawang putih*
•2 inci kunyit hidup*
•2 inci halia*
•Sedikit belacan* ( Yang nie ada orang letak ada yang tak letak tapi saya memang letak)
•1 sudu lada hitam ( ditumbuk)
•10 tangkai daun kesum
•Bendi (terpulang nak banyak mana)
•1 batang bunga kantan dibelah 2 – (kalau ada stok letak kalau takda takpe terpulang, say biasa tak letak pom tapi kalau ada letak je)
•1 cawan air asam jawa
•Minyak untuk menumis ( minyak kene lebih ye, nanti nak mkn boleh senduk buang minyak tu)
•Air secukupnya

CARA-CARA MEMASAK:

1. Kisar bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak ( minyak kena lebih ye ) dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau, biar betul-betul pecah minyak tau.
3. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikn pari, tambah air secukupnya, asam pedas johor jangan cair ye biar pekat-pekat sikit, tp jangan pekat sangat, agak-agak lah ye.
4. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari masak.
5. Last masukkan bendi, tak payah lama sanagt nanti bendi lembek. Dah agak-agak lembut bendi tu, boleh tutup api. Dan sedia dihidangkan.

TIPS :

Sebelum beli pari pastikan cium dulu pari tu ye, kalau ada bau hanciing jangan beli, setakat ni alhamdulillah beli pari tak pernah lagi yang hanciing, tak payah segan-segan nk ciumm dulu, ciumm bau je kot

Credit to: Nor Khomariah Norrohman

Asam Pedas :-
https://shope.ee/AUTl6gElF5

RESIPI SAMBAL KICAP PALING SEDAP & TAHAN LAMA.


BAHAN-BAHAN:

2 genggam cili padi hijau
1 genggam baeang goreng
8 ulas bawang putih
Kicap lemak manis secukupnya
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
2 biji limau nipis
Sedikit gula
Secubit garam jika perlu

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng cili padi serta bawang putih hingga kekuningan. Angkat. ( Cili padi perlu dipatahkan terlebih dahulu bagi mengelakkan ia meletup masa menggoreng.)

2. Masukkan bahan goreng tadi ke dalam bekas pengisar, masukkan juga bawang goreng.

3. Masukkan kicap. Kuantitinya sehingga menutupi paras bahan tadi.

4. Tambahkan kicap pekat dan kicap cair untuk warna sambal yang cantik.

5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut cita rasa, jus limau nipis, Tambahkan juga secubit garam jika perlu.

6. Kisar sambal hingga lumat. Tuang ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Boleh tambah perisa jika perlu.

7. Simpan dalam air thighs container dalam chiller yang sejuk.

Sambal Kicap :-
https://shope.ee/40GFjh9CHh

TALAM KELADI (sukatan cawan)


Alatan : Loyang 10"
Kalau ada ubi keladi, potong dadu dan kukus 10 minit.

Bahan Lapisan Putih (bawah) :
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair (lihat nota πŸ‘‡πŸ»)
Santan perahan ke dua. Kalau kelapa 1 biji,  campurkan 1 kotak kecil santan kotak, takut tak cukup lemak. Kalau dah cukup santan tak perlu santan kotak dah.
1 sudu kecil garam

Cara:
Panaskan kukusan.
Sapu loyang dengan minyak, lapik plastik kemas-kemas.
Sebatikan bahan-bahan di atas dan tapis.
Masak sekejap dengan api sederhana sambil kacau.
Bila adunan dah naik wap dan nampak pekat, masukkan ubi keladi potong, kacau dan tutup api.
Tuangkan ke dalam loyang.
Kukus selama 25 minit.

Pastikan air kukusan tak menitis atas lapisan kuih.

Bahan Lapisan Keladi (ungu) :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 esen vanilla
1 cawan gula kastor
Sedikit garam
2 sudu besar kordial keladi
1 sudu kecil pewarna ungu
1 cawan santan pekat
1½ cawan santan cair (lihat nota πŸ‘‡πŸ»)
Santan perahan ke dua. Kalau kelapa 1 biji,  campurkan 1 kotak kecil santan kotak, takut tak  lemak. Kalau dah cukup santan tak perlu santan kotak dah.

Cara:
Sebatikan semua bahan, kacau hingga tak berketul dan tapis masuk periuk.
Masak sekejap dengan api sedehana.
Kacau bila dah nampak pekat, naik wap dan padamkan api.
Cakar-cakar dulu lapisan bawah baru tuang adunan ungu.
Kukus selama 25 minit.
5 minit terakhir, buka tudung kukusan untuk keringkan permukaan atas talam.
Sejuk baru potong ya.

Kredit: Iedaa Jahaya

Tepung Kuih Talam Keladi :-
https://shope.ee/4fVw3ipv9f

RESEPI REMPEYEK RANGUP


BAHAN-BAHAN :

* 1 kg tepung beras
* 5 cawan air
* 2 cawan santan pekat
* 1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup crunchy)
* 1 biji telur
* 8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
* Garam secukup rasa
* 3 sudu besar jintan manis**
* 3 sudu besar jintan kasar**
* 3 sudu besar ketumbar biji**

CARA MEMBUATNYA :

1. Kisar kering bahan bertanda **. Nak guna lebih pun boleh.

2. Bancuh semua bahan diatas bersama bahan kisar. Air kena pandai agak, buat sukatan 5 cawan dulu, tengok macam pekat baru tambah sikit2, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

3. Goreng seketul dua dulu selepas bancuh untuk tengok struktur kuih. Kalau tebal, boleh tambah sikit air. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.

4. Selepas dapat struktur yang sempurna, boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul2 panas. Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.

5. Sebelum goreng jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak2. Bilis dan kacang kena jemur dulu supaya kekal rangup bila dah digoreng.

NOTA :
Untuk mendapatkan rempeyek yang rangup, kena masukkan sedikit kapur makan. Dan sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaallah sedap.

Kredit : Ct Suryati

Rempeyek Mini Sedap :-
https://shope.ee/1LFSS6RwdU

AYAM GORENG BEREMPAH


1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
Daun kari secukupnya
Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

------
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.

Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.

Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Siap...

Kredit resepi & foto : zulfazalovescooking

Pes Ayam Goreng Berempah :-
https://shope.ee/8A5lgnoYnT

RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG PETAI 😍😍😍

Bahan bahan:

10 ekor udang kuning
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa

Cara cara:

Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.

Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.
Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.

Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

like & share

Sambal Petai Bilik Merah :-
https://shope.ee/5KlZb2fqym

PULUT SERUNDING KELAPA


Inti Serunding Kelapa
Bahan - bahan :
.
πŸ”Ή2 bj kelapa parut
πŸ”Ή1 mangkuk cili kering yg sudah diblend
πŸ”Ή2 labu bwg besar *
πŸ”Ή4 ulas bwg putih *
πŸ”Ή6 - 8 btg serai *
πŸ”Ή1 genggam ikan bilis πŸ”Ή21/2 cawan gula
πŸ”Ή11/2 sudu besar garam kasar
πŸ”ΉSedikit perasa

Cara - caranya :

πŸ”Ή Semua bahan bertanda * dihiris dan dikisar bersama ikan bilis..
πŸ”ΉMasukkan semua bahan dlm kuali dan biar sehingga inti kelapa pedas kering.. πŸ”ΉSenangkan.. 😍😍😍

Pulut Tanpa Santan
Bahan - bahan :

πŸ”Ή1/2 kg beras pulut ~ dibasuh bersih dan toskan.
πŸ”Ή3½ cawan air
πŸ”Ή1 sudu kecil garam kasar
πŸ”Ή 4 sudu mnyk masak

Cara - caranya :

πŸ”ΉMasukkan semua bahan kecuali mnyk masak.. ( kak long guna rice cooker je yer )
πŸ”ΉBila pulut dah nak kering..br masukkan mnyk masak.. kacau n biar pulut masak sepenuhnya..
πŸ”ΉTekap pulut dgn acuan dan gaul rata dgn inti kelapa pedas @ serunding kelapa..
πŸ”ΉPulut serunding kelapa siap utk dihidang..πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹.

❤Kredit Pn Hajjah Napsiah Hj Abd. Malek

Pulut Bakar :-
https://shope.ee/6paMiZYYt9

MEE AYAM INDONESIA / MEE AYAM PANGSIT


Alhamdulillah.. Kurus jgak la kaki mama ko seminggu cuti sekolah... Bahagian lain belum lagi nmpknya... Kaki je sbb mengulang soploh kali ruang tamu terus ke dapo😁😁😁

πŸ’ŸKuah

Bwng putih ketuk
Halia ketuk
Serbuk lada sulah
Tulang ayam

Cara2
1. Rebus semua bahan bersama.. Sekali gus masukkan dlm periuk.. Letak garam dan perasa.. Boleh juga letak kiub ayam kalau nak.

πŸ’ŸAyam kicap

Hiris isi ayam
Bwng putih ketuk
Halia ketuk
Kunyit ketuk
Kicap manis
Cili api jika perlu

Cara2.
1. Tumis halia, bwng putih dan kunyit.. Boleh jugak letak cili api klau nak.
2. Masukkn isi ayam dan goreng bersama sehingga masak kemudian masukkan kicap manis. Tggu sehingga kuah kicap agak pekat.. Siap..

πŸ’ŸMee

Mee ayam(tktau rupe dia.. Indonesia je ada) /mee wantan/megi kosong/mee kuning.. Haa pilih la mana yg senang.. Rebus dan ketepikan.. Nnti tuang kuah je..
Sayur sawi jgn lupe celur sekali..

Cara hidangan..
Rebus mee dan celur sayur.. Letak dlm mangkuk.
Letak kuah ayam rebus tadi
Letak ayam kicap
Letak bawang goreng
Letak daun bwng hiris
Letakkan sos... Jika perlu
Potong la cili api klu nak.. Haaa mkn la

kredit: nur aisya

Gardenia Numie :-
https://shope.ee/20V5tUhGkq

KEK PISANG GEBU GUNA BLENDER AJEEE


Kek Pisang : https://shope.ee/9euWHNIwQS

Sumber Resipi : Noraini Sulaiman

1 cawan gula pasir (boleh adjust sendiri tahap kemanisan)
1 cawan minyak jagung/ minyak masak.
4 biji telur
8 biji pisang emas (saya guna pisang berangan dalam 5-6 biji)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
Sedikit garam (saya tambah)

Cara - cara :
Panaskan oven 10-15 minit suhu 160 -170°c.

1. Campur tepung gandum , baking powder & baking soda . Ayak. Asingkan .
2.Sediakan blender (pengisar) . Masukkan telur , gula & garam . Blend hingga kembang.
3. Masukkan minyak , blend lagi .
4. Masukkan pisang , blend halus . Off blender. Asingkan bahan ini dalam 1 mangkuk besar.
5.Ambil tepung diayak tadi , masukkan sedikit demi sedikit dalam bahan yg di blend tadi. Gaul sebati. Jangan lebih2 gaul ye. Asal sebati je.
6.Lenserkan loyang. Lapik baking paper. Bakar 160 -170°c /45-50minit ikut oven masing2. Siap .

Selamat mencuba 😊

Kredit: Aliah Yahaya Alia

RESEPI STRAWBERRY YOGURT BREAD πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“


menu ilham dari resepi yang viral kat Tiktok. Sedap, lembut dan topping juicy macam pudding gitu.

Rasa masam² manis strawberry yogurt πŸ˜‹

Bahan cuma perlu ada :

1. Bread
2. Telur
3. Yogurt
4. Strawberry
5. Vanilla (optional)
6. Madu@Maple Syrup (xnak manis boleh skip)

Cara² nya boleh rujuk pada gambar.

Selamat mencuba πŸ₯ͺ✨️

Sumber : linda safar

Dapatkan Dessini air fryer rm12 sahaja pd 25 nov tepat jam 12am
πŸ‘‰πŸ‘‰https://shope.ee/7f9RY8CGi1

Khamis, 7 Disember 2023

KEK PISANG CHOC


-LOYANG SIZE 8'

(Panaskan oven terlebih dahulu 150 atas bawah)

A)
Pisang 320gm

B)
Telur 5biji(izzah guna gred A)
Secubit garam
Gula pasir halus 210gm
Choc Emulco 15gm
Minyak 225gm

C)
Tepung kek self raising 220gm
15gm Cocoa Powder
1tsp baking soda

-Blend semua bahan B lebih kurang 5minit
-Masukkan bahan A pisang blend lagi sekali untuk sebati kan lebih kurang masa 1-2minit
-Dan masukkan tepung&baking soda dan sambung blend 1minit
-sapu minyak pada keseluruhan loyang 8inch atau nak alas baking paper pun boleh.
-tuang adunan kedalam loyang

-bakar suhu 150 -160 atas bawah selama 50min-1jam(sehingga masak permukaan atas golden brown)suhu dan masa bergantung pada kepanasan oven masing2.
-30minit terakhir keluarkan loyang dari oven dan hias pisang yang dah dipotong halus untuk hias atas kek dan boleh tambah jugak choc chip untuk hiasan.
-tunggu sejuk baru potong.

*takder blender boleh guna handmixer*
*takder tepung kek boleh guna tepung gandum tapi kena tambah baking powder 1tsp*

Kek Pisang :-

Jumaat, 1 Disember 2023

HOMEMADE GARLIC BUTTER


parsley/ italian herb: https://shope.ee/2fieuO2y6j

Pasangan serasi garlic butter dgn french bread.Saya suka grill kat pan garing² saja tanpa cheese , lagi sedap. Yang dengan cheese ni untuk breakfast suami🀭

Kita buat garlic butter sendiri.. sedap ikut citarasa kita.Saya suka masak atas api untuk bagi naik bau butter ni.

Resepi
2 cwn@4 stick butter (takda butter guna ja marjerin,tak salah pun)
5 ulas bawang putih-  goreng atau bakar(Airfryer) dgn sedikit butter,jangan bagi hangus lak.(lenyekkan)
1 sdk serbuk bawang putih(ikut suka)
1 sdk serbuk bawang(ikut suka)
Daun parsley fresh@kering- cincang, kalau fresh lagi sedap. Qty-ikut citarasa
1sdK Italian mix herb
1sdK serbuk lada hitam@serbuk paprika
Garam kalau guna unsalted butter.
Masak semua sekali sampai butter cair ja tau jangan terlebih masak nanti jadi ghee lak.🀭

kredit: rohani sabtan

BINGKA PANDAN

Bingka pandan a.k.a kuih bakar atau kalau kat belah utara ni panggil bengkang gandum..sebabnya semua bhn boh dlm blender pastu blend ja then bakaq...settled...

loyang: https://shope.ee/htjOJwZO

Walaupun semua org tau cara buat dia tapi kami tetap jgk nak share resepi..😁

1½ cwn tepung gandum
2biji teloq
3cwn air (campur santan kotak bersama susu cair sukat bagi cukup 3cwn..kalau nak letak air daun pandan boleh campur sekali asalkan bagi cukup 3cwn)
1sb paste pandan
1sb butter/majerin
¾cwn gula
Secubit garam

Cara
1. Masukkkan bhn basah dulu ke dalam blender, blend dulu semua bhn tu hingga gula hancur..
2. Kemudian baru masukkan tepung gandum dan blend sekejap ja agak bagi semua tepung tu diadun sebati..bila dah masukkan tepung, jgn blend lama2 tau..nanti bengkang tu akan jadi keras dan liat..
3. Boleh taburkan bijan jika suka..pastu tuang dlm loyang yg disapu butter..then bakar dlm oven api atas bawah suhu 200'c selama 1jam ikut jenih oven masing2..5min terakhir boleh on api atas ja utk garingkan bhg atas..kalau guna af lagi mudah...on suhu 200'c set masa 20-25min..

Tips:
Kalau nak bagi kale nampak cantik, campurkan pewarna hijau dan kuning..kalau letak hijau semua, hijau tu nampak terang sgt...

Untuk resepi ni sukatan gula just nice..klu suka manis boleh letak secawan..klu x suka letak ½cwn naa...ataupun klu x nak letak gula boleh gantikan susu pekat manis .sukatan ikut manis uolls la nak tara mna...

Selamat mencuba dan silakan share...πŸ˜‰

kredit: jat faridah

KASWI PANDAN LEMAK


loyang: https://shope.ee/A9ofq0vzCi

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama

Cara membuatnya
Satukan kesemua bahan,kacau sebati dan tidak berketul.Tapis
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit
Sejukkan.Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi
.
Resepi: Noraslinda Bugal

CEKODOK / JEMPUT2

Cekodok/jemput2 ikan bilis rangup di luar dan lembut di dalam.. Dah sejuk pun masih lembut lagi...

frying pan: https://shope.ee/qH0inJWOu

Bahan-Bahan:
πŸ₯ž Tepung Gandum - 2 cawan (diayak)
πŸ₯ž Tepung Jagung - 1/2 cawan (diayak)
πŸ₯ž Udang Segar (saiz kecik) - semangkok (buang kulit)
πŸ₯žBaking Powder - 1 sudu teh
πŸ₯ž Bawang Besar - sebiji (potong dadu)
πŸ₯ž Mentega / Marjerin - 1 1/2 sudu besar (dicairkan dulu)
πŸ₯ž Udang Kering - segenggam (rendam air panas sampai kembang, pastu tos dan blend kering)
πŸ₯ž Garam & Serbuk Perasa sikit
πŸ₯ž Telur Ayam - sebiji
πŸ₯ž Serbuk Kunyit - 1/2 sudu teh

Cara-Cara:
Gaul semua bahan sampai rata.. Masukkan air sikit demi sikit sampai adunan melekat kat sudu (tak terlalu cair dan tak terlalu pekat).. Rasa masinnya dulu.. dan perap adunan kejap 15 minit.. Panaskan minyak, gunakan 2 sudu besar, cedok adunan dgn sudu (1/2 - 3/4 penuh sudu) dan gunakan sudu lagi satu utk tolak adunan dlm sudu ke dalam minyak.. Dengan cara ni, cekodok akan cantik bulat2 dan tak leper.. Goreng sampai garing.. dap!!

Note: Kalau takde udang, boleh buat cekodok bawang + ikan bilis.. bawang besar potong dadu, blend kering ikan bilis, carrot potong dadu kecik2 dan/atau kacang panjang potong kecik2 gak... Gaul semua..

Kredit : Zawiyah Awang

KUIH BAKAR


Kuih kegemaran.
Senang je nk buat..kisar semua bhn dan bakar.wangii satu rumah.

blender: https://shope.ee/10aQslxvgO

RESEPI
2cwn tepung gandum
2cwn pati santan
1cwn air pandan
3\4 cwn gula @ klu suka manis 1 cwn
1 sudu teh garam
4biji telur
2 sudu makan butter
sedikit bijan
sedikit pewarna
cara2..blend smua bahan diatas kecuali bijan,tapis..oleskan loyang dgn butter,tuang adunan kemudian tabur bijan.bakar suhu 170 api atas bwh selama 1jam arau hingga masak..selamat mncuba.

Kredit resepi:Noor Baini Bakar
Airtangan dan pic:Eniza M Salim

Isnin, 27 November 2023

APAM KAMPUNG

Apam kampung acuan kaswi viral😬
Cubaan pertama. Alhamdulillah menjadi.

Acuan kaswi: https://shope.ee/6UvNQnwxBh

Resepi simple

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air
1 cawan susu cair
2 tsp yis

>> Bancuh semua bahan sekali gus. Bahagi 2 bahagian. 1 letak pewarna. Kemudian perap 1 jam.
>> Kukus 20 minit

kredit:empunya resepi

DONUT GEBU


Mold donut: https://shope.ee/4VAJ32syY8

Bahan2:

*Bahan A (pelembut doh @ shortening)
-1cwn air
-2 sudu tepung gandum

**masak atas api perlahan smp jadi pekat. Tutup api n biarkan sejuk..

Bahan B:

-4 cawan tepung gandum
-2 sb marjerin
-1 bj telur
-1 paket yis mauripan
-2 sb gula
-secubit garam
-air (air adjust sndiri ye. Letak sikit2 sambil uli.. Agak adunan dah lembut, xmelekat kt tgn & kenyal licin cenggitu..sy agak2 aje sukatan air ni. Tp guna xsmp setengah cawan air pun...)

Cara2:

-Satukan tepung, gula, yis, marjerin, 2sb shortening (pelembut doh yg kita sejukkan td).

-Pastu lubangkan tengah dia letak telur..

-gaulkan semua n tambah air sikit sikit smp doh tu lembut n x melekat kt tgn...
-rehatkan doh. Tutup la bekas tu dgn tutup periuk.. Bagi dia naik kembang..
-lps dah kembang tumbuk2 adunan tu bagi angin dia kluar..

-pastu bulatkan doh tu kecik2 or agak2 la nak size mana donut kita tu.. Jgn besar sgt sbb nnt doh dia akan naik balik.

- rehatkan kejap doh yg dah kita bulatkan tu.. Tekan sikit bg leper pun xpe sb nnt doh dia akan naik .. Pastu buat lubang kt tengah..sy cucuk guna jari je..haha.

-restkan dlm 10min cmtu.. Or agak dah nampak doh tu naik.. Blh grg. Grg dlm minyak yg betul2 panas tp guna api slow ye.. Dah siap blh gaul dgn gula..

** sy campur semua bahan skali. Xde bancuh yis asing.. Masukkan je semua n uli.. Stkat ni alhamdulillah xpernah lagi xmenjdi... Sb sy penah try bancuh yis asing.. Tp yis xnaik.. Haha. so lps dr tu.. Sy buat mmg campur je semua bahan skali..

**sy buat setengah adunan je.. So semua bahan sy kurangkan setengah kecuali telur la. Sebiji jgk ..xkan nk letak telur stengah biji

Selamat mencuba.. Ayuh mendonut.

Kredit: Lina Nadirah Ilias

SERI MUKA

Ramai ke di sini penggemar seri muka?

Aruah mak dulu kuih serimukanya pada saya anaknya mng terbaik lah.. biasa  la tu kan bg anak2.. masakan ibu mmg terbaik.  Mak tak ada resipi.. semua hanya agak2..

Bila saya cuba buat sendiri kuih ni.. banyak kali gagal..tp akhirnya boleh la.. kata org habuan teringin..

Ni resepi saya..

SERI MUKA

loyang: https://shope.ee/8UgRoHP2sY

Loyang saiz 8"

Badan

1 1/2 cwn beras pulut
Santan utk tenggelamkn pulut
Garam sikit
Kukus sampai masak. Tekan2 bg padat.

Kepala

2 biji telur
3/4 cwn gula @ ikut manis
5 helai daun pandan
2 1/2 cwn santan+ pandan(blend sekali) n tapis
2 1/2 sudu besar tepung gandum
Sdkt pewarna hijau jika perlu

Satukan semuanya.. guna whisk pun ok..
Kacau atas api hingga naik wap, tuang atas pulut td. Kukus lebih kurang 25 mt.
Siap.

RESEPI NONA MANIS

Resepi nona manis cara sya..mudah gerenti jd..

Acuan: https://shope.ee/9UYyzzpDDF

Bahan2
Untuk  yg putih
3 cwn sntan
3 1/2 sudu besar tpg gndum
Secubit garam

-campur semua..tapiskn dan masak atas dapur sehingga pekat..masukkkn dlm botol yg biasa kita isi sos tu..ketepikn..

Utk hijau
2  1/2 cwn tpg gandum
4 cwn sntan cair
Sebiji telur
Sesudu kecil pewrna hijau
Sesudu kecil perisa pandan
1 cwn gula

-campur semua...tapis dan masak atas dapur..kacau selalu supaya x berketul..dh pekat ttup api..ambil loyang kecil yg dah disapu minyak.
Isikn 3/4 yg bewrna hijau td..kemudian picitkan sedikit bahan bewrna putih td ditengah bhn bwrna hijau...kukus 15 mnit...siap..salah satu jualan sya setiap hr...Try n review la..

Ahad, 22 Oktober 2023

RESIPI SAMBAL BELACAN WANGI, SEDAP & TAHAN LAMA


chopper + mixer : https://shope.ee/5V2qEZfJVB

BAHAN-BAHAN :

6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
*(kisar kasar bahan-bahan)

Tips untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.

TIPS 1 :
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.

TIPS 2 :
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.

TIPS 3 :
Limau kasturi yang dikisar brsama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.

TIPS 4 :
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.

Kredit resepi : nurulain Insyirah

SUP DUMPLING

Sup DumplingπŸ₯Ÿ halal bersama mee wantan kicap. Dumpling lembut berenang-renang dlm mulut. Puas hati buat sendiri boleh makan sampai puas.

mee wantan: https://shope.ee/fxaKATeyW
cookware: https://shope.ee/qH0WVo9CN

Tips dapatkan rasa mee wantan yg bersih,licin dan lembut macam mee tarik asli zie ada kongsi dibawah:

Bahan inti dumpling:
πŸ„1 keping Isi ayam bahagian dada saiz besar
πŸ„10 ekor isi udang
πŸ‘‰πŸ» kisar tanpa air dua bahan ni atau cincang lumat

πŸ„Dumpling pastry (segera) secukupnya
πŸ„1/2 batang lobak merah disagat halus
πŸ„2 tangkai Daun bawang dihiris
πŸ„1 sudu kecil Serbuk lada sulah
πŸ„1 sudu kecil Minyak bijan
Serbuk maggi cukup rasa
Garam & gula secukup rasa
πŸ‘‰πŸ» Campurkan semua bahan diatas kecuali 'Dumpling pastry'
dan kacau sebati.

πŸ‘‰πŸ»Sudukan inti ditengah kulit dumpling dan sapu air dengan jari dikelilingnya supaya melekat. Lipat dua ,sapu lagi air keliling dan kelim  setiap bucu wantan dengan kemas.

Bahan Sup Dumpling:
☘️Bebola ikan
☘️Tauhu telur lembut
πŸ¦‹4 Ulas Bawang putih tak perlu hiris
πŸ¦‹3 kepin hirisan Halia
πŸ¦‹1 biji bawang besar dipotong 4
πŸ¦‹1/2 batang hirisan lobak putih dihiris bulat
πŸ¦‹1 Kiub pati ayam
πŸ¦‹2 sudu besar serbuk pati ayam
πŸ¦‹Garam & gula jika perlu
πŸ¦‹Air secukupnya mengikut banyak kuah yg disukai

Cara-cara buat sup dumpling:
πŸ¦‹ Rebus semua  bahan sup kecuali tauhu telur dan bebola ikan.

πŸ¦‹Bahan rebusan dah lembut bolehlah keluarkan semua bahan rebusan ambil kuah sahaja.

πŸ¦‹Masukkan dumpling yg dah siap dibuat awal tadi diikuti tauhu telur lembut dan bebola ikan.Kemudian tabur daun bawang .Dumpling timbul keatas maknanya dah masak.

Cara Masak mee wantan:
πŸ’Lerai-leraikan mee wantan. Celurkan sekejap mee wantan di dalam air panas menggelegak dgn sedikit minyak .Kacau2 dan Toskan lalu milas dengan air biasa ulang proses ni 3x untuk dapat hasil mee yg licin bersih. (Celur sekejap sahaja bukan rebus lama)

Mee Wantan Kicap:
πŸ’. Tumis bawang putih setelah bwg garing keluarkan bawang. Masukkan:
πŸ’. kicap lemak manis
πŸ’. Beberapa titik minyak bijan
πŸ’. Sedikit kicap pekat
πŸ’ sedikit kuh sup dumpling
Masak sekejap semua bahan ni dan gaul bersama mee wantan siap.

kredit: Aisyah humairah

COCONUT BLOSSOM

Hari ini saya buat Coconut Blossom

periuk kukus: https://shope.ee/8KMyCDJ3kS

Coconut Bloosom
3 biji telur (sejuk)
250 gm. gula halus
280g tepung Kek
2 1/2 sudu kecil. serbuk penaik
1 sudu besar ovalette
140g krim santan
Jus pandan 30g (kisar kira-kira 6 daun pandan)
1 sdt pewarna hijau (saya menggunakan pes pandan)

Inti Kelapa Gula Merah
Bahan-bahannya
1 biji kelapa parut bahagian putih sahaja
1 cawan gula merah atau gula melaka
2 sudu besar gula putih (boleh lebih kalau nak manis)
Sedikit garam
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit air untuk melarutkan gula
1 sudu kecil tepong jagung
Cara-caranya
Gaulkan semua bahan inti dalam kuali  kecuali tepong jagung dan jerangkan di atas api yang sederhana.
Kacau inti hingga merengas dan separa kering dan taburkan tepong jagung. Kacau dan angkat dan ketepikan

Pukul semua bahan sehingga pekat dan gebu.
Isi 1/3 acuan (dilapisi dengan cawan kertas) dengan adunan. Kemudian isi dengan 1 sudu besar inti kelapa & kemudian diisi dengan lebih banyak adunan sehingga acuan hampir penuh.
Kukus dengan api yang tinggi selama 15 minit.

kredit: zaleha saini

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Resepi Ayam Masak Merah ni memang ada banyak jenis. Dan ni 1st time kak long Cuba resepi Chef ni. Baru bagi kak long tapi Rasa diaa memang wow!

πŸ‘‰ Bahan² Yang digunakan

* 10 biji bawang kecik
* 5 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 2 cm halia
* 8 tangkai Cili kering
* 4 sekawan
* 1 cm lengkuas (dititik)
* 1 batang serai (diketuk)
* 1 biji tomato (potong dadu)
* ½ cawan air
* 3 sudu minyak sapi
* 1 ekor ayam @ 1 kg
* 2 sudu kecil bijan
* 6-7 helai daun pudina
* 8 sudu @ 120gram kismis hitam
* 12 sudu @ 200ml sos tomato
* 3 sudu madu

🌺 Cara buat ayam Masak Merah Resepi Chef ni :

✔️ Sangai bijan sehingga kekuningan
✔️ Goreng ayam dulu. ( Gaul dengan kunyit )
✔️ Blend bawang kecik, bawang putih, serai Dan halia sampai hancur
✔️ Blend cili kering
✔️ Panaskan minyak. Masukkan 3 sudu minyak sapi.
✔️ Dah cair, tumis 4 sekawan, lengkuas Dan serai.
✔️ Dah bau wangi, masukkan bawang blend tadi. Tumis sehingga Naik minyak .
✔️ Masukkan Cili Kering. Masak sehingga Cili betul² masak. Local air Dari blender Dan masukkan ke kuali.
✔️ masukkan tomato, kacau sekali dua. Masukkan sos tomato.
✔️Masukkan air ½ cawan. Kemudian dah berkuah masukkan ayam.
✔️ Kacau² dia supaya ayam tergaul rata dengan kuah..
✔️ then masukkan kismis. Kacau sekejap.
✔️ Masuk 3 sudu madu. Perasakan dengan sedikit garam.
✔️ Akhir sekali masukkan daun pudina Dan bijan Yang Kita dah Sangai tadi.

Paste Ayam Masak Merah
πŸ‘‰https://shope.ee/qGqg2jnzN

RESEPI KEK PISANG


periuk kukus: https://shope.ee/AK7tfR1XiH

Bahan-bahan:
* 2 cawan tepung gandum
* 2 cawan pisang
* 1 cawan minyak masak
* 1 cawan gula
* 2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:
1. Campur gula bersama pisang dan Lenyekkan pisang sehingga hancur
2. Masukkan minyak, tepung gandum dan soda bikarbonat dan digaul rata
3. Tuang ke dalam Loyang dan kukus selama 45 minit
Selamat mencuba

Kredit: Nur Aliya Maisarah

AYAM GUNTING

Ayam gunting, rangup diluar, lembut dan juicy didalam πŸ˜‹

frying pan: https://shope.ee/4fTWuiLZvj

Guna tepung goreng serbaguna bestari je.hihi. 😁 Dah takyah g pasar malam petang ni πŸ˜†
.
Resepi
- Isi dada ayam yg telah dileperkan
- Tepung serbaguna bestari + 1 sk soda bikarbonat
- Telur + garam - pukul manja je
- Golek isi ayam pada tepung - celup telor - golek semula pada tepung.
- Goreng dengan minyak panas (tenggelam)

kredit : Salimah Olie

APAM NASI

Apam nasi jer..cuma guna acuan spiral ni nmpk cantik...

Acuan apam:
https://shope.ee/3VHVJYTS64

utk resepinya
1cawan nasi *
1 1/2 cawan air*
1cwn gula....*

Blend bahan bertanda*.hingga halus
11/2cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
2sudu besr yis kering..saya guna mauripan
Campurkan bahan yg diblend dgn tpg beras tpg gandum dan yis..kacau rata hingga tiada yg bergentel....perap selama 1jam....warna ikut suka ...kacau hingga rata sblm dikukus...dgn adunan ini saya dpt 60 biji kuih...

KUIH ONDE2 @ BUAH MELAKA

Hari ni buat onde2 @ buah melaka.
Kalau makan sebiji2 masuk mulut..meletup air gula dlm mulut..sedap sangat..alhamdulillah❤️

penapis:
https://shope.ee/1fpr85LKDZ
periuk kukus:
https://shope.ee/9pBYr7c9x8

Bahan-
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
*1 cawan air..kalau rasa kurang lembut..tambah sedikit air
1/2 ketul gula melaka..potong dadu kecil2
4-5 helai daun pandan kisar dengan *1 cawan air di atas
Sedikit pewarna hijau (tak nak letak pun boleh)
Kelapa parut putih + sedikit garam halus..gaul sebati (kukus sekejap)

Cara2 buat:

1) Dalam bekas berisi kedua tepung..gaul rata..tuang air pandan + sedikit pewarna hijau..uli2 jadikan doh yang lembut

2) Buat bulat2 doh agak2 nak besar mana..tekan leper doh tadi..isikan gula melaka..bulatkan semula..buat sehingga habis doh

3) Sebelum tu panaskan air hingga mendidih..masukkan 2 helai daun pandan..simpulkan..masukkan doh tadi dalam periuk..timbul dipermukaan boleh angkat doh tu guna penapis kecil..toskan

4) Golekkan buah mekaka atas kelapa parut putih bagi rata..

Untuk elakkan kelapa parut masam,saya kukus sebentar kelapa parut tu dgn secubit garam

Airtangan dan foto-Eniza M. Salim
Kredit Resepi : zura zul

AGAR AGAR SANTAN THAI (ROSE)


Mold agar-agar: https://shope.ee/1AtaX5tyfg

Bahan
250ml air
250 ml santan kara
Atau jenama pun xpe
1/2 sudu makan serbuk agar agar Mermaid
Gula 30 GM
Atau suka manis boleh lebih
Secubit garam

MIx semua  dan masak sampai gula dan agar agar melarut. didihkan sekali shj .tutup api

Tunggu sejuk sikit baru tuang dlm mold .

Kredit resepi puan farida eida

🍌 PUDING PISANG SOS KASTAD 🍌


Pinggan comel: https://shope.ee/2fiOJhnVFT

πŸ’›1 sisir pisang berangan -di belah 2
πŸ’›2 sudu besar marjerin atau mentega

Bahan Sos Kastad

πŸ’›1 tin susu cair
πŸ’›1 cawan air
πŸ’›1/2 cawan gula
πŸ’›4 sudu besar tepung kastad
πŸ’›1 sudu teh esen vanila
πŸ’›1/2 sudu teh garam

Bahan2 Sampingan

πŸ’›Kismis
πŸ’›Ceri merah & hijau
πŸ’›Biji gajus - di sangai

Cara2 Membuatnya:

πŸ‘‰Sos Kastad πŸ‘‰ Satukan semua bahan iaitu susu cair, air, gula, garam, tepung kastad & esen vanila. Kacau sentiasa di atas api hingga pekat. Sejukkan di dlm peti ais.

πŸ‘‰Potong pisang. Kemudian, cairkan marjerin. Masukkan pisang & balik2kan dgn marjerin hingga sedikit keperangan.

πŸ‘‰Letak pisang di atas pinggan. Tabur kismis, ceri & gajus. Akhir sekali, siram dgn sos kastad. Sedap di mkn sejuk2 dari peti ais..

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah

RESEPI SOTO AYAM


frying pan: https://shope.ee/9es2qT0NWW

Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:

1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.

Bahan B
10 bijik bawang merah
Cara memasak:

1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.

Bahan c
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula
Cara:

1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .