Rabu, 28 Jun 2023

๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐——๐—œ ๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—˜ ๐—๐—Ÿ๐—ก² ๐—–๐—จ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›

Cuti sekolah bakal tiba, Yeay!! 
Sik perlu pergi jauh.. Di Kuching & kwsn sekitar, mcm² tempat yg best pake mbak miak berhibur ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

๐Ÿฃ ๐— ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ญ๐—ข๐—ข
1. BORNEO HAPPY FARM
2. KLB GARDEN
3. SUMIRAN ECO CAMP
4. JONG’S CROCODILES FARM
5. VH GREEN NATURE PARK

๐ŸŽช ๐—œ๐—ก๐——๐—ข๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—š๐—ฅ๐—ข๐—จ๐—ก๐——
1. DREAMTOWN, CITY ONE
2. WAI-WAI PARK, AEON MALL
3. OZORA PLAYGROUND,MOYAN SQUARE
4. ALADDIN WORLD, SUMMER MALL
5. MOLLY FANTASY, VIVACITY
6. FUN FACTOR, KOZI SQUARE
7. 1ST TOY STORY ARCADE, AEROVILLE MALL
8. BOULEVARD HYPERMARKET
9. ARRAZALEIGH WONDERGROUND, SATOK

๐Ÿšด๐Ÿป‍♂️ ๐—ข๐—จ๐—ง๐——๐—ข๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ž
1. TAMAN LALULINTAS 
2. GARDEN PARK MBKS ๐Ÿ 
3. BATU KAWA RIVERBANK PARK
4. PUSTAKA NEGERI SARAWAK 
5. TAMAN SAHABAT ๐Ÿ  

๐Ÿ›️ ๐—ข๐—ง๐—›๐—˜๐—ฅ ๐—”๐—–๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ๐—˜๐—ฆ
1. PETROSCIENCE PLAYMART
2. BORNEO CULTURE MUSEUM
3. CAT MUSEUM
4. UPSIDE DOWN HOUSE
5. D-VIRTUAL PARK, KOTA SAMARAHAN
6. PUSTAKA NEGERI SARAWAK
7. JANTAYU STRAWBERRY FARM
8. THE BORNEO HOUSE MUSEUM

๐ŸŠ๐Ÿป ๐—ฆ๐—ช๐—œ๐— ๐— ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—ข๐—ข๐—Ÿ
1. STAMPARK PLACE, BDC
2. MBKS SWIMMING POOL, PADUNGAN
3. D’COVE, PASIR PANJANG

๐Ÿ“Œ Di setiap gambar, ada link Page or link Review utk setiap tempat. Klik jak utk info lanjut Okay. 

Mun ada tempat lain gik best, komen ctok k. Klak kmk update di Post. Tq ๐Ÿ’•

Isnin, 26 Jun 2023

TIPS MERAWAT MISS V‼️๐ŸŒธ

Kali ini nak bagi tips macam mana cara menjaga dan merawat area miss V biar sehat dan cerah๐Ÿฅฐ


1. Pakai Body Scrub
Gunakan scrub untuk mengeksfoliasi kulit mati gunakan 2-3x dalam seminggu, oleskan merata pada selangkangan miss V lalu gosok perlahan sampai kulit mati terangkat.
https://shope.ee/7pOylVxzJz


2. Pakai Crease Lightening  pada area selangkangan sampai merata gunakan 2x sehari setelah mandi, ini dapat membantu mencerahkan area selangkangan.
https://shope.ee/AK6JkCzFKN


3. Pakai Topping Balm plus Gunakan topping blam plus pada area celah 2x sehari setelah mandi. Ini dapat membantu memudarkan warna gelap pada selangkangan.
https://shope.ee/6zpqF99K7N


4. Pakai Aloevera
Gunakan aloevera gel untuk melembabkan area selangkangan agar tidak kering dan area miss V menjadi sehat.
https://shope.ee/3VFzbhxFK8

Okay ini beberapa tips untuk merawat area miss V. Jangan lupa Share dan cuba juga tips kali ini๐Ÿฅฐ

Jumaat, 23 Jun 2023

ROTI JALA PANDAN SEKAYA BY OPUR


Mula2.. Blend 6,7 helai daun pandan bersama 3cawan air,tapis dan ketepikan.

▪️1kg tepung gandum cap Rose
▪️2biji telur gred AA
▪️1cawan minyak masak
▪️Garam 1sd kfc
▪️5 Cawan air suam
▪️2 cawan air daun pandan yg dah blend awal2 td.
❤️Satukam semua bahan kacau2... Masuk dlm blender, blend la sekejap..tapis dan biarkan dia rehat kejap.

Sementara tu jom kita buat sekaya.

▪️1kotak santan kara y 200ml
▪️1sdb tepung jagung
▪️1biji telur gred AA.. Tak kisah saiz apa pon,sy ada saiz tu je dkt rmh.
▪️Sedikit Garam
▪️1 cawan air daun pandan
▪️Beberapa titis pewarna hijau.
๐Ÿ‘‰๐ŸปTak de daun pandan boleh je guna pandan coconut flavour, tak de masalah✌️InshaaAllah sedap je.
▪️Gula 3sdb..suka manis boleh lebih sedikit ye.Tak pe kita buat dia, bukan dia buat kita๐Ÿคญ

❤️Satukan semua bahan kecuali gula dan garam, kacau biar sebati dan tak berketul boleh la tapissss..
Masuk dlm periuk tambah gula dan garam masak dngn api y sederhana dan setiasa kacau ye. KALAU TAK KACAU NANTI BERKETUL.

Ok.. Siap Sekaya .. Boleh la start menjala

Ada sy share video menjala tu.. Maaf ler suh ank y rakam td, dia pi rakam tonggang terbalik pulak dah๐Ÿ˜‚

Sumber : pn Qiha

SANGKAYA BOAT NOODLE


Sangkaya Turun Temurun :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/8exrxKqUMs

Fuhhh sekali hadap habis sebungkus roti! Sedap giler sampai tak tengok kiri kanan. Nak buat pon senang. Jimattt la dari makan kat kedai. Nie sekali masak boleh makan puas-puas ๐Ÿ˜„

BAHAN ;

1 Kotak santan
5 helai daun pandan (kalau besar guna 3-4 helai je)
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
3 sudu gula (kalau rasa nak manis lagi boleh tambah)
Sedikit gula melaka (nak letak lebih pon boleh)
Sedikit pewarna hijau

CARA-CARA;

Mula-mula blend daun pandan dengan air. Agak-agak je berapa banyak ye. Asal boleh blend. Tapis dulu then campurkan air pandan tadi dengan kesemua bahan-bahan. Kacau sehingga sebati.

Panaskan periuk then kacau bahan tadi guna api slow ye. Kena kacau selalu biar tak jadi keladak. Kacau sampai jadi pekat. Sebelum jadi pekat tu rasa dulu manis ke tak. Jadi mase tu tambah la gula  korang nak manis macam mana. Ok boleh tutup api.

Roti pulak korang boleh potong 4. Lepas tu kukus sekejap. Dalam 1 minit je camtu. Agak2 roti dah lembut. Ok siap!

*sangkaya korang boleh nak letak susu cair macam dalam gambar tu or nak makan macam tu pon bolehhh. Ikut selera korang ye ๐Ÿค—

Selamat mencuba ๐Ÿ˜˜

Kredit : Wanie Nnand

KUIH KASWI JAGUNG ๐ŸŒฝ๐ŸŒฝ

Kuih kaswi lagi... Kali ni buat perisa jagung.

Kuih Kaswi Jagung ๐ŸŒฝ๐ŸŒฝ
===============

Acuan kaswi comel:-
https://shope.ee/6fCnYvuQ3c

1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi kayu
3 sb tepung jagung
¾ cawan gula
1 cawan santan cair
1 cawan air
2 sb air kapur
sedikit garam
2 sb sweet corn cream
pewarna kuning telur

Campurkan semua bahan, kacau sebati ( boleh blender)... Acuan sapu dengan minyak sikit... Tuang adunan sehingga penuh dan kukus selama 15 minit... Resepi ni dapat la 24 biji (acuan twister ๐ŸŒ€).

kredit: aimer kitchen

TALAM LABU


periuk kukus: https://shope.ee/4fRfndXroN

lapisan bawah
๐Ÿ“11/2 cawan labu(kukus n lenyek)
๐Ÿ“1cawan Tepung gandum
๐Ÿ“1/2cawan Tepung Ubi
๐Ÿ“1/2cawan Gula
๐Ÿ“21/2 cawan Santan
๐Ÿ“Sedikit garam
๐Ÿ“Sedikit pewarna kuning
๐ŸŒฒkisar semua bahan n kacau atas API kecil sehingga Naik wap(biar sikit kental)
๐ŸŒฒKukus 20 minit

lapisan atas
๐Ÿ“3cawan Santan
๐Ÿ“1/2 cawan Tepung gandum
๐Ÿ“1/2cawan Tepung beras
๐Ÿ“3sudu makan Gula
๐Ÿ“Sedikit garam
๐ŸŒฒkisar semua bahan n kacau atas API kecil  sehingga Naik wap(jgn sampai berketul)
๐ŸŒฒSebelum nk kukus bahagian atas....ambil garpu lorekkan ckit bahagian bawah
๐ŸŒฒKukus 20 minit juga ya
Tunggu betul2 sejuk baru potong.

Saya dh cuba resepi di atas..mmg sedap dan cantik hasilnya.saya bukan peniaga kuih.tp saya suka cuba resepi kuih2 lama.kenapa saya balut plastik kuih tu...sbb senang nk makan.tgn tk melekit.cara potong kuih tiada ukuran sbb saya bukan meniaga.

Kredit resepi: Eniza M. Salim

Selasa, 20 Jun 2023

KEK BATIK SEDAP


Harini guna biskut marie munchys..bab nak potong tuu yg mencabar..sy x pnh join mna2 kelas..semua kek yg sy buat sy belajar sendri..selongkaq merata cari info,video tutorial kaa apa2..dari zero xtau apa2 sy dah tau buat kek..and dah jdi jualan..slh 1 impian dulu2 nak jdi pndai buat kek..dah tercapai๐Ÿ˜Š

resepi:(utk loyang 9')
-600 gm biskut marie
-220 gm butter/marjerin
-1 cwn susu pekat
-1 cwn milo
-1/2 cwn serbuk koko
-2 bji telur
-1/2 cwn air panas
-sedikit creamy vanilla/esen vanilla

Caranya:
pth2kan biskut..guna kuali besaq sikit naa..buka api kecik..mskkan butter/marjerin...cairkan..msk susu pekat,milo,serbuk koko...kacau smpai smpai x berketul2..lpas tu mskkan air panas,kacau lgi..mskkan telur..(kacau cpt2)dan esen..kcau lgi..smpai nmpk sdkit pekat..ok..ttup api..mskkan biskut gaul smpai biskut semua bersalut

topping choc ganache:
-200 gm dark beryls coin
-200 gm whipping cream
-1 sdu bsr marjerin
cara:-pnaskan whipping cream..sekejap jaa..tuang dlm mngkuk yg berisi dark beryls choc dan marjerin...kacau smpai sebati..tuangkan atas kek batik

Kredit : Ekin Hafez

Loyang & Cutter Kek:-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/A9mfj69xd2

RESEPI SOTONG GORENG REMPAH


Bahan² (2 orang makan)

Sotong besar 3 ekor
*2 ulas bawang putih
*2 ulas bawang merah
*2 cm halia (agak²)
* (bahan ini ditumbuk halus)
1 tsp garam masala
1 tbs serbuk kari ikan
2 tbs sos tiram
2 tsb minyak masak
2 biji cili (hiris serong)
1 biji tomato (belah 6)
Garam dan gula secukup rasa

Cara²

1. Bersihkan sotong, perap dengan garam masala dan rempah kari ikan.

2. Panaskan minyak masak, goreng sotong sebentar kemudian masukkan bahan yg telah ditumbuk.

3. Goreng sampai naik bau wangi, kemudian masukkan sos tiram, cili dan tomato. Gaul sebati.

4. Tambah air jika terlalu kering, ikut kesukaan masing² jika mahu sotong lebih berkuah. Biarkan renih seketika.

5. Perasakan dgn garam dan gula ikut selera masing². Siap dihidangkan.

Jom share dan Tag pada kawan-kawan๐Ÿ‘๐Ÿฝ

Kredit Resepi : Amyra Syakira via mahn

Tepung Goreng Rangup :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/1Arqv0BWUx

BIHUN SUP BODO

Kami gelarkan "bihun sup bodo" sebab sgtlah simple tapi boleh makan bertambah². Sape tekak tgh loya² tu meh try ni. Sodappp...
Ni dia Resepi " bihun sup bodo nak cerdik ko masokkan lah sayur๐Ÿ˜‚" Bahan:
Bawang putih (selabu)
Ayam
Cuka
Lada hitam (crushed)
Bihun

1)Tumis bawang putih smpai naik bau wangi. Pastu masuk ayam, sambung tumis lagi sampai ayam kering air.
2) masuk air ikut bnyak mana nak.
3) rebus lah smpai naik minyak. Masuk cuka. Nak masam, letak bnyak. Xsuke masam, letak sikit. I suke memasam๐Ÿ˜†.
4) perasakan, garam, pak aji, lada hitam.
5) bihun tu rebus dlu.
6) mkn dgn cili potong cuka, haihhhh ngam.

Kredit Ernieadilah Zulk

Set Rempah Bihun Celup :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/AzISzSaX4

Isnin, 19 Jun 2023

KEREPEK LABU๐ŸŽƒ๐ŸŽƒ


BAHAN-BAHAN;
๐ŸŒผLabu
๐ŸŒผMinyak masak

CARA-CARA;
๐Ÿ„Potong labu ikut ira lekok labu..
๐Ÿ„buang biji
๐Ÿ„kupas kulit agak2 kulit tu jgn tebal, agak2 masih ada kaler hijau kat labu tu.
๐Ÿ„Guna penyagat dan sagat nipis2..
๐Ÿ„Siap sagat, basuh n tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh gitu je.
๐Ÿ„Lapik tisu dapur kat atas talam. Pastu letak labu yg di tos tadi tu dlm talam n jemur. Jemur agak2 kering. Setengah jam ke sejam gitu. Bergantung cuaca๐Ÿ˜…... Sebab jemur nak bagi kerepek ni rangup๐Ÿ˜‹
๐Ÿ„siap jemur, goreng dgn api yg sederhana.
๐Ÿ„agak kekuningan boleh angkat n sejukkan.
๐Ÿ„Dah sejuk boh dlm balang... Siap❤️
๐Ÿ„SELAMAT MENCUBA๐Ÿค—

Maaf ye kalau agak tonggang langgang ayat saya bg resepi ni๐Ÿ˜

Credit :Nomie Harun

Kerepek Labu Bijan :-
https://shope.ee/2L3n2ntRa4

KEK PISANG SENANG SANGAT!!


Periuk Kukus: https://shope.ee/4fRfndXroN

1 1/2 cwn tepung
1 sk sodium bikarbonat
1sk baking powder.
1 cwn pisang
1 cwn minyak
1 bijik telor
1 cwn gula halus
.
CARA - CARA-
-blend telor & gula smp kembang.
-masukkan minyak ngan pisang.
-masukkan tepung
-gaul sehingga sebati
-kukus selama 45minit..

kredit:Zlaila hashim

RESIPI GEGATAS


Bahan2 :-
Kelapa parut setengah biji ( klu ada nyok yg sedang inti lagi Sedap)
2 cawan tepung pulut
2 senduk tepung gandum
1 sudu kecik garam
Air secukupnya
Gula

CWRA MEMBUATNYA:-
*Campurkan kelapa parut, tepung pulut, tepung gandum dan garam dlm satu bekas... Kemudian uli adunan dgn air sampai adunan menjadi sebati dan x lekat di tangan....
*kemudian bentukkan adunan ( rujuk pd gambar)
*Setelah itu... Goreng kuih dgn menggunakan api yg sederhana... Sehingga kekuningan....

~Resipi asal org dulu2... Setelah kuih digoreng... Sira kuih dgn gula mcm sira kuih keria....
~Tapi saya xsuka kuih manis Sgt... Jadi sy blander gula pasir mcm nk salut kuih donat tu...
~salutkan kuih dgn gula yg telah diblander terlebih dahulu...
~tapi klu suka kuih disira dgn gula mcm kuih keria tu... Boleh juga... Ikut selera masing2....

*klu nak buat dlm kuantiti yg banyak... Gandakan sukatan kelapa parut dan tepung... Garam secukup rasa...

SELAMAT MENCUBA

kredit: nadia ismail

Pemarut Kelapa :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/5V0mnK97nl

SANGKAYA BOAT NOODLE


blender:
https://shope.ee/8pHCLwnnoe

Fuhhh sekali hadap habis sebungkus roti! Sedap giler sampai tak tengok kiri kanan. Nak buat pon senang. Jimattt la dari makan kat kedai. Nie sekali masak boleh makan puas-puas ๐Ÿ˜„

BAHAN ;

1 Kotak santan
5 helai daun pandan (kalau besar guna 3-4 helai je)
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
3 sudu gula (kalau rasa nak manis lagi boleh tambah)
Sedikit gula melaka (nak letak lebih pon boleh)
Sedikit pewarna hijau

CARA-CARA;

Mula-mula blend daun pandan dengan air. Agak-agak je berapa banyak ye. Asal boleh blend. Tapis dulu then campurkan air pandan tadi dengan kesemua bahan-bahan. Kacau sehingga sebati.

Panaskan periuk then kacau bahan tadi guna api slow ye. Kena kacau selalu biar tak jadi keladak. Kacau sampai jadi pekat. Sebelum jadi pekat tu rasa dulu manis ke tak. Jadi mase tu tambah la gula  korang nak manis macam mana. Ok boleh tutup api.

Roti pulak korang boleh potong 4. Lepas tu kukus sekejap. Dalam 1 minit je camtu. Agak2 roti dah lembut. Ok siap!

*sangkaya korang boleh nak letak susu cair macam dalam gambar tu or nak makan macam tu pon bolehhh. Ikut selera korang ye ๐Ÿค—

Selamat mencuba ๐Ÿ˜˜

Kredit : Wanie Nnand

RESEPI KUIH LAPIS SERI WANGI


Resepi kali ni guna tepung beras pula yang lebih. Rasanya tentu berlainan. Lebih lembut dan yang penting kuih lapis ni memang sedap dan terasa lemak manisnya.

Panaskan periuk kukusan sehingga air mendidih. Sediakan loyang 8" persegi atau loyang bukat 9". Sapukan permukaan dan sebelah tepi loyang dengan minyak. Alaskan loyang dengan plastik supaya tidak melekat.

Bahan A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
2 cawan santan pekat

Bahan B
1 1/4 cawan gula pasir ~saya guna gula halus
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan-di simpul

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan B ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut. Angkat dan biarkan adunan suam sedikit.

2. Sementara itu satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan.

3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau apple dan perisa pandan dan satu adunan lagi saya biarkan plain. (putih) Untuk lapisan atas sekali saya letak pewarna merah jambu (pink)

4. Apabila air kukusan dah mendidih, letak loyang tadi dan panaskan sebentar.

5. Masukkan adunan plain (putih) 1 cawan dan kukus selama 5 minit.

6. Setelah itu lapis pula adunan hijau apple selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.

7. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.

8. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru cantik dipotong. Gunakan pisau plastik supaya licin potongannya.

NOTA
- Untuk setiap resepi saya gunakan cawan dan sudu sukatan metrik

- Untuk memastikan permukaan kuih lapis cantik dan licin buka penutup pengukus setiap 5 atau 10 minit dan sentiasa di lap penutupnya dan sambung lagi mengukus.

- Apabila kuih lapis sudah masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih lapis cepat basi.

Kredit : Mawar Wilsa

Periuk Kukus :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/10YMhAvtD6

AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE


Bahan-bahan

1 ekor ayam Maya Farm, dipotong 12 bahagian
1 biji bawang putih
3 bawang merah besar
20g halia
4 batang serai
15g lengkuas
2 batang daun kari, daun sahaja
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar lada hitam
Minyak masak, cukup untuk mengisi kuali kira-kira 3cm mendalam

Cara Menyediakan Ayam

Kaedah

Dalam pengisar, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan lengkuas, dan kisar sehingga halus. Jika perlu, tambah sedikit air untuk membantu proses pengadunan. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk.

Masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk pati ayam, gula, garam dan lada hitam ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.

Masukkan ayam ke dalam campuran dan salutkan ayam dengan sama rata. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam atau, sebaik-baiknya, semalaman.

Panaskan minyak dalam kuali sehingga ia panas dan bersedia untuk menggoreng, kira-kira 180°C hingga 200°C.

Berhati-hati bila memasukkan ayam ke dalam kuali, dan jangan isi kuali dengan terlampau banyak ayam.

Ayam boleh dimasak berkumpulan jika kuali anda tidak cukup besar.

Terbalikkan ayam setiap 4 hingga 5 minit untuk memastikan ayam dimasak dengan sama rata. Warnya kulit ayam yang sudah masak adalah perang keemasan gelap, dan suhu dalaman harus di antara 66°C hingga 73°C. Ia akan mengambil kira-kira 15 hingga 20 minit untuk ayam masak dengan betul, bergantung kepada saiz dan potongan ayam anda.

Rehatkan ayam goreng berempah yang dimasak di atas beberapa tuala kertas untuk mengeluarkan minyak lebihan sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba!

kredit pada empunya resepi

Rempah Ayam Goreng Berempah :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/3psY4Fk8p6

KEK CHEESE LELEH VERSI BLENDER


blender: https://shope.ee/8pHCLwnnoe

Bahan-bahan:
*2 biji telur gread A
1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula (saya kurangkan)
*2 sudu susu pekat
*1sb ovalate
2sb susu tepung
1sk baking powder
1sk soda birkabonat
*1sk esen vanilla (saya guna perisa vanilla)
1/4 cawan minyak masak

Cara-cara:
1.Blender bahan bertanda * hingga putih gebu.
2.Ayak tepung,baking powder dan soda birkabonat
3.Satukan adunan yg dah blander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
4.Last skali letak minyak masak dan gaul sebati
5.Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dlm 20@25 minit je.
6.Guna acuan plastik pun bole jg. masa kukus sama. *Guna loyang 30 atau 40 minit atau hingga masak.

Topping
150g cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat
Cheddar cheese diparut secukupnya

P/s: Blender sampai sebati je. Jangan lama2 ok.
Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit ditengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi. Last skali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak. Simpan kejap dalam 1 jam di peti sejuk pastu dah boleh makan. Senang jee.

Kalo xnak pun takpe bole je pakai acuan plastik yang lubang tu pun ok je.

selamat mencuba.

credit : NorAzizah Razali

MASAK LEMAK PISANG MUDA KULAT SISIR


Lagi masakan tradisi untuk dikongsi, mungkin kurang diminati generasi kini. Resepi masak lemak pisang muda kulat sisir.

BAHAN-BAHAN

– 1 sikat pisang muda diambil kulit dan isi (direbus empok)
– 1 mangkuk kulat sisir
– 1 genggam ikan bilis
– 1/2 kg santan

Bahan Kisar

– Cili api, kunyit hidup, halia, bawang besar, putih (secukupnya)
– Rencah daun: serai, daun kunyit, asam gelugur dan daun salam

CARA-CARA

1. Satukan kesemua bahan dalam kuali kecuali santan dan kulat.

2. Masukkan air dan garam secukupnya

3. Kacau dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan dan kulat

4. Kacau lagi dengan api perlahan, biarkan seketika dan siap!!

Terima kasih untuk pemilik resipi Sabariah Bahasar, tq!!

Perencah Masak Lemak Cili Padi :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/6AGamyIwSX

RESEPI KACANG PEDAS BILIS


bahan2
- 1 kg kacang tanah
- rm 5 ikan bilis
-3 senduk lada mesin(ikut orang la nk jenis pedas ke tidak)
- 10 ulas bawang putih(blend)
- minyak secukupnya
-gula secukupnya
- garam secukupnya
- 2 sudu makan gula merah
- 3 biji gula batu
-1/2 cawan air

cara2nya

-goreng kacang tanah dengan minyak yg byak n api yg slow( makan masa la ye)
-nak garing (jgn smpai pahit) angkat n toskan miyak
- goreng pulak ikan bilis sampai garing n toskan

- keluarkan minyak tadi n tinggalkan dlm sesenduk je dlm kuali tu n uolls tumiskan bawang putih tadi sampai kuning2 sikit...masukkan lada mesin, gula, garam ,gula merah n gula batu n air,api slow kacau smpai dia likat n pekat(sambil2 tu rasa la ,apa2 yg kurang tambah)
- bila dah cukup rasa semua uolls tutup la api n biarkan sejuk...

kredit: yusalina yus

Kacang Tanas Pedas Bilis
Beli Disini :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/1LB65jT0rA

RENDANG KERANG


Resepi rendang kerang:-
Kerang 2kilo
2biji kecik bwg merah
3 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
5 btg serai
(blend smua bahan di atas)
Cili boh 2 sudu besar
Serbuk kari 1sudu besar
Kerisik 1 sudu besar
Santan
Asam keping sekeping je
Daun kunyit

Caranya:-
1) tumis bahan blend shgga air kering letak stu btg serai ketuk
2) masukkn cili boh masak shgga pecah minyak
3) masukkn serbuk kari masak shgga pecah minyak
4) masukkn kerang,santan,
Asam keping garam gula
5) last masukkn kerisik dan daun kunyit bila air dh mula kering skit

Siap!!

Pes Masakan Rendang Rahmah :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/1VUW7aQI4m

SAMBAL DAGING DENDENG SUMATRA๐Ÿฎ๐Ÿฎ


Kelebihan Sambal Daging Dendeng Sumatraa :

✅ Sambal Daging Dendeng SUMATRAA PILIHAN RAMAI...
✅ Ready To Eat
✅ Halal & Produk Bumiputra
✅ TANPA MSG , Bukak Dan Terus Makan
✅  Tidak Perlu Dimasak atau Dipanaskan
✅ Suhu Bilik Tanpa Perlu Simpan Peti
✅ Pek Kecil, Ringan & Travel Friendly
✅ Tahan Lama Sehingga Setahun dengan Tanpa Proses Retort. Rasa Asli Dijamin.
✅Yakini Sedap dan diolah mengikut citasa Orang Malaysia.
✅ Bahan-Bahan Premium: Daging, Bawang, Cili, Bawang Putih, Halia, Kicap, Minyak, Gula, Garam, Daun Limau Purut.

Beli Disini :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/7KSIZl80cJ

Rabu, 14 Jun 2023

MINI MACARONI BAKAR (55-60CUP)


cup macaroni: https://shope.ee/2pzrHLkbC4

Bahan2:

๐Ÿง€ 1 pack macaroni 400gram (saya guna brand kimball)
๐Ÿง€ 1 tin sos Prego - Traditional
๐Ÿง€ 1 tin sos Prego - Cendawan
๐Ÿง€ 3-4 ketul cendawan butang (potong dadu)
๐Ÿง€ Ayam cincang Ramly - nak guna daging cincang pun boleh, optional
๐Ÿง€ Sosej (potong dadu)
๐Ÿง€ Bawang besar 1 labu (cincang)
๐Ÿง€ Serbuk oregano/parsley (takda pun takpa)
๐Ÿง€ Telur (4-5 biji)
๐Ÿง€ Cheese slice (brand apa pun tak kisah)
๐Ÿง€ Nak add on mozarella cheese untk topping pun boleh
๐Ÿง€ Cup size kecil

Cara:

✨ Rebus macaroni sampai lembut. Boleh letak garam 1 sudu & minyak lebih kurang dalam 2-3 sudu untuk elakkan melekat nanti masak. Dah lembut, toskan.
✨ Tumiskan bawang sampai naik bau
✨ Masukkan ayam cincang, kacau sampai masak, letak sosej & cendawan
✨ Tuangkan sos prego, kacau rata. Kalau pekat, tambah air sikit je. Letak garam gula secukup rasa.
✨ Gaulkan macaroni sampai sebati, matikan api.
✨ Letak macaroni dalam bekas asing sbb nak gaul dengan telur.
✨ Bila dah gaul sebati dengan telur, agihkan dlm cup kecil. Letak cheese slice & mozarella, tabur sikit serbuk parsley.
✨ Bakar suhu 170C 30 minit. Siap!

Resepi Oleh: Nuralia Idayu

Selasa, 6 Jun 2023

RESEPI PUDING BUAH KUAH KASTARD


bekas puding comel: https://shope.ee/504G73PavV

bekas puding: https://shope.ee/4fRPiVTZwZ

Jom start!
.
Jangan risau, siapa2 je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak! ๐Ÿ˜
.
๐Ÿ“Bahan - Bahan
( Puding)
- 2 setengah cawan air
- 4 sudu makan tepung kastard
- 4 sudu makan gula
- 1 tin susu cair
( Texture puding ni bukan mcm agar2 tau..dia lembik sbb sy suka blend dgn sos kastard nanti..kalau nk keras sikit tambahkan 5gram agar agar serbuk. Gaul dgn bahan diatas baru on api, dalam resepi dan gambar sy tak pakai sebarang serbuk agar2)
.
( Kuah Kastard)
- 2 cawan air
- 1 tin susu cair
- 2 sudu makan tepung kastard
- 4 sudu makan gula
- secubit garam.
.
๐Ÿ“Cara-Cara
Puding:
-Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan
- jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
- masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti
.
Kuah Kastard:
-Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api
- kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
- off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.
.
Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yg anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.
Makan sejuk2 insyaAllah sedap.
Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba semua! ♥️

Kredit: Muhammad Ali

RESEPI TEMPE GORENG RANGUP.๐Ÿ˜‹


Baham Bahan :
250gr tempe,potong nipis
150gr tepung gandum
70gr tepung beras
3 ulas bawang putih, haluskan
Daun bawang, hiris halus
Lada putih
Garam/maggi cukup rasa
Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN :

1. Satukan tepung gandum, tepung beras, lada putih, garam dam maggi cukup rasa. Gaul sebati dan bahagikan ke dalam 2 bekas.

Untuk adunan basah:
Masukkan hirisan daun bawang dan bawang putih. Tuang air secara perlahan, kacau sehinggga adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.

Celupkam tempe ke dalam adunan basah.kemudian salutkan ke adunan kering.

Goreng ke dalam minyak panas hingga kecoklatan dan garing.

Angkat dan hidangkan panas2 selagi rangup.๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Kerepek Tempe Original
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/3AcbvDvQ1r

RESEPI KEK BUAH KUKUS


Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
250g (1buku) butter
3 cawan mix fruit

- panaskn gula dlm kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)
- masukkn air panas perlahan2 dan masak semula hingga gula larut.
- masukkn butter dan kacau hingga butter cair.
- masuk pula mix fruit,masak hingga mendidih
angkat dan biarkan sejuk.

Bahan B
300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)

- ayak bahan2 3 kali
- masukkn ke dlm adunan A sikit2 sambil dikacau hingga rata.

Bahan C
3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
1 sudu teh esen vanilla

- pukul telur hingga kembang berbuih,masuk dlm adunan tadi dan kacau hingga rata.
- boleh tambah 2 sb sunquick jika suka.
- tuang adunan dlm loyang yg telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik,sapu minyak shj)
- tutup loyang dgn plastik supaya wap dr penutup kukusan tak jatuh atas kek,boleh juga balut penutup kukusan dgn kain.
- pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
- kukus kek selama 2 jam.

Sejam yg pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.

- bila kek dah masak,tutup api,buka penutup dan biarkn kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dlm kek x turun ke bawah)
-tunggu sejuk baru potong.

SELAMAT MENCUBA

Credit : Maz Abdul

Kek Buah
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/1ArUMGL2Ya

APAM KAMPUNG GULA MERAH๐Ÿงก


Acuan Ros Comel: https://shope.ee/4KoX6mJtY0
Acuan comel pelbagai bentuk: https://shope.ee/3psGVtyWFk

Bhn2-:
1 cawan gula merah/gula perang/gula melaka (apam ni x berapa manis..bg yg nk manis blh + sedikit gula pasir)
2 cawan air panas
3 cawan tepung gandum
1 peket yis segera (11g)

Cara2-;-
Air pns dan gula merah disatukan dan dikacau hingga gula larut-tapis dan biarkan seketika hingga suam..kalau nk dimasak terus pn boleh...

Pastikan larutan gula merah masih SUAM ketika di campurkan dgn tepung dan yis supaya adunan dpt mengembang dgn jayanya
perap lbh krg selama 1 jam...bila dah kmbg...adunan x perlu dikacau...

Setelah kmbg...kukus adunan dlm loyang atau dlm acuan kecil² sehingga msk.(dlm acuan kecil ni..dlm 15min)
***kukusan pnskn hingga mendidih.. dulu ya ..
***acuan sapu dgn sedikit minyak

Satu adunan ni...saya dpt dlm 30bj guna acuan kecil ikut banyak mn isian dlm acuan..tu..

Kredit : sabariah mehat

Nise kampung / Gula Melaka
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/5Kh8AVrOCr

RESEPI APAM PURI INTI KASTARD


Resepi Inti..
1 cwn tepung gandum..
2 sb tepung kastard..
1 cwn gula
3 cwn air
Pewarna kuning

Caranya..
Satukan semua bahan kacau sebati pastu tapis..tuang dlm periuk atau kuali..masak dgn api pelahan..kacau sampai pekat pastu angkat ketepikan..

Bahan Untuk Kulit..

2 cwn tepung gandum..
2 1/2 cwn air..
1 biji telur..
1 sk baking powder..
1/2 sk serbok soda..
Skit garam..
Pewarna

Caranya..
Satukan semua bahan pastu tapis.. kemudian panaskan pan sapu minyak skit dah panas boleh la tuang sikit adunan tepung td.. bila dah masak dah boleh boh pada acuan karipap n bubuh inti td..pastu siap dikapit.

Kredit: nora habsah shahid

Tepung Kastard
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/9eq2TolgvA

TAUHU BERGEDIL & SAMBAL KICAP BERAPI


Bahan inti :
Kentang - potong nipis
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Daging cincang secukupnya - ditumis berasingan hingga masak
Tauhu pok
Garam dan perasa secukupnya
Daun bawang/daun sup
Lada sulah secukupnya
Minyak masak
3-4 biji telur

1. Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

2. Masukkan bahan2 yang digoreng tadi ke dalam bekas kemudian tumbuk halus.

3. Tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup @ daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.

4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.

5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng) pukul dengan sedikit garam ketepikan.

6. Celup tauhu pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.

7. Angkat dan toskan, siap untuk dihidangkan bersama sambal kicap.

Bahan sambal kicap :
Cili padi hijau
Cili padi merah
Bawang putih
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

1. Satukan semua bahan dan kisar halus.

2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.

3. Angkat dan sedia dihidangkan bersama tauhu bergedil.

Resepi & foto : Naddy's Kitchen

Tauhu Pok :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/1ArQPLUVU8

SUP AYAM THAI ๐Ÿ˜๐Ÿ‘๐Ÿป


Tumbuk: Bawang putih + Halia
Potong: Bawang merah + Bawang besar + Serai
Ketuk: Cili
.
(Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti  ayam dan kuah sup)
.
Minyak sikit. Tumis semua sekali.
Campur hirisan lemak ayam.
(Nak terus letak Daun Limau Purut pon boleh)
Tumis sampai layu/garing/wangi.
Api medium.
.
Next:
Ayam. Celery. Carrots.
Basuh.
Potong.
Siram/bilas.
Duduk diam-diam kat bucu kaunter.
Tunggu nama naik nanti baru gi terjun masuk dalam puyuk okay.
.
Air hawo-hawo nok gelegok, masuk ayam dulu. Pahtu baru campak masuk C&C.
Close pot/pan with lid. And waaaaiiiittt. ⏳
.
Kemudian masukkan:
1. Kiub Ayam Knorr
2. Sup Bunjut Adabi
3. Garam
4. Gula
5. Maggi cukup rasa
6. Thai Fish sauce
.
Lastly masukkan:
.
1. Daun Ketumbar / Coriander
2. Hirisan bawang besar (wedges)
3. Cili potong
4. Tomato
5. Daun limau purut
6. Perahan asam limau nipis
.
Siap. Selamat mencuba ๐Ÿ˜‰
.
Kredit Tini Joe

Serbuk Rempah Sup Ayam
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/5ANZABoCi8

POPIA BASAH MELELEH


Bahan-Bahan:

Bahan Kulit –

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan Inti Popia –

1/2 biji kobis – di racik halus
3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Sos Sambal –

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar – jika suka

Cara Membuat:

Kulit Popia –

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.

2. Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.

3. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.

Inti Popia –

4. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.

5. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.

Sos Sambal –

6. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.

7. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.

8. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.

Kredit : My Resepi

Kulit Popia :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/5044vzM4KO

TAUHU BERGEDIL & SAMBAL KICAP BERAPI


Bahan inti :
Kentang - potong nipis
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Daging cincang secukupnya - ditumis berasingan hingga masak
Tauhu pok
Garam dan perasa secukupnya
Daun bawang/daun sup
Lada sulah secukupnya
Minyak masak
3-4 biji telur

1. Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

2. Masukkan bahan2 yang digoreng tadi ke dalam bekas kemudian tumbuk halus.

3. Tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup @ daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.

4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.

5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng) pukul dengan sedikit garam ketepikan.

6. Celup tauhu pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.

7. Angkat dan toskan, siap untuk dihidangkan bersama sambal kicap.

Bahan sambal kicap :
Cili padi hijau
Cili padi merah
Bawang putih
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

1. Satukan semua bahan dan kisar halus.

2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.

3. Angkat dan sedia dihidangkan bersama tauhu bergedil.

Resepi & foto : Naddy's Kitchen

Sambal Kicap Berapi :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/3fYhKLdIgq

NASI MINYAK SIMPLE


-  3  cawan beras basmathi
-  1/2 cawan margerin/planta
-  3 1/2 cawan air
-  1 cawan susu cair
-  2 kuntum bunga lawang
-  2 batang kulit kayu manis
-  3 biji buah pelaga
-  2 helai daun pandan
-   garam secukupnya
-  1 kuib stok ayam
-  Pewarna kuning

BAHAN KISAR:

-  6 biji bawang merag
-  3 ulas bawang putih
-  1 cm halia

BAHAN HIASAN:

-  bawang goreng
-  daun bawang dihiris

CARA :

1.  Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.

2.  Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.

3.  Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.

4.  Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.

5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

-  DAGING BERIANI -

-  1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
-  1/2cawan minyak
-  1 cawan air
-  125 gm rempah beriani ( agak-agak )
-  2 tangkai daun ketumbar
-  sedikit garam
-  2 biji kentang dipotong 4
-  sedikit susu cair ( agak2 )
-  2 sudu cili kisar

BAHAN KISAR:

-  7 biji bawang merah
-  5 ulas bawang putih
-  3 labu bawang besar
-  1 1/2 cm halia

CARA :

1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.

2.  Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

kredit: angah izan

Rempah Gulai Nasi Minyak Terengganu :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/5Kgrb3By2S

NASI DAGING AIR ASAM


saya share sekali lagi ye nasi daging air asam cara saya...๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

beras 4 pot dng air
(1 beras 1 air)

daging hp dulu dng noxxa atau rebus bagi lembut...

bahan2 tumis;-
4 bj buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
5 bj bunga cengkih
1/2 sd lada hitam
1 kiub pati ayam
minyak sapi+ mnyak masak
1/2 tin susu cair
2 sudu serbuk kurma
daun pandan simpul
sedikit garam

tumis semua bahan diatas dalam kuali..
dah naik bau boleh masukan beras gaul sekejap dan pindah dalam ricecooker
sukatan air seperti diatas...
guna air rebusan daging td..
siap..

air asam:-
tomato
cili padi
cili merah
air asam jawa
belacan
daun kesum (cincang halus)
sedikit garam dan gula

potong2 semua ikut cita rasa masing2...
gaul2 sebati semua....
siap...hehe
nak buat air asam yang sedap tips dia senang je... asam jawa jng kedekut....๐Ÿ˜Š

t.kasih semua....

kredit: apis

Pek Makanan Kembara
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/1q6tnUrA01

Sabtu, 3 Jun 2023

TEPUNG BOKO UBI KAYU


Bahan2:

3 cawan ubi kayu parut
2 cawan gula merah
½ cwn gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan

Cara2:
1) Masak bahan2 di atas hingga larut. Tapis dan sejukkan.
2) Campurkan ubi parut dengan air gula tersebut dan gaul rata. Tuang ke dalam bekas tapawere atau loyang saiz 7inci
3) Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Angkat dan ketepikan

LAPISAN ATAS

Bahan2:
2 cawan santan pekat
1 cawan air -
140g tepung beras
50g tepung gandum
1½ sudu kecil garam

Cara2:
Satukan kesemua bahan di dalam periuk.
Kacau sehingga semua bahan larut.
Masak dengan api kecil sehingga hingga berwap.. kemudian tuang atas ubi yg dh masak td.. Kukus dlm 20minit lg.. Dh masak sejukkan dulu baru mkn.. ๐Ÿ˜…

kredit: izz mas

Tepung Beras
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/AK5RungQIz

RESEPI ASAM PEDAS PARI


BAHAN-BAHAN:

1 kg Ikan Pari
20 tangkai cili kering direbus *
5 ulas bawang merah*
1 Biji Bawang Besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
Sedikit belacan*
1 sudu lada hitam ( ditumbuk)
10 tangkai daun kesum
Bendi ( terpulang nk byk mana)
1 batang bunga kantan ( belah 2 )
1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

CARA2NYA:

1. Kisar bahan Yang bertanda *
Panaskan minyak ( minyak kena lebih ye ) dan tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau,,biar betul2 pecah minyak ye..

2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikn pari, tambah air secukupnya, asam pedas johor jgn cair ye biar pekat2 sikit, tp jgn pekat sngt, agak2 lah ye...

3. Kemudian tambahkan garam, gula dan
sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari msk, last masukkan bendi, xpayah Lama sngt nanti bendi lembek. .dh agak2 lembut bendi blh tutup api. ..Dan sedia dihidangkan,,

Kredit : Nor Khomariah Norrohman ex

Pes Asam Pedas Pak Man
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/6pVrAFbmrh

RESEPI PUDING BUIH


Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

Cara Mmembuat
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih.

Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.

Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya).

Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu.

Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.

Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan..

Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih.

Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.

Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah.

Sedap dimakan masa sejuk.

**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni.

Credit: Lubuk Resepi
Perkongsian Page Rasmi Chef Fazalina

Acuan Puding :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/7A8323iHMQ

KUETIAU SUP CHINESE STYLE


Kuetiau – celur dengan air panas

Bahan Sup:
* Bawang putih
* 4 cawan Air
* Fish ball
* Fish cake
* Sayur
* 1 ketul Kiub ayam

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih kemudian masukkan air secukupnya, ikut nak banyak mana kuah sup tu nanti
2. Masukkan fish ball, fish cake dan kiub ayam
3. Bila dah mendidih, masukkan sayur
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Kalau ada minyak bijan, boleh masukkan sikit, nanti kuah tu wangi je

Minyak Bawang Putih:
* 1 labu Bawang putih – dipotong dadu
* Minyak secukupnya

Caranya: Tumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup ye. Dah perang boleh angkat

Cili Kicap:
* Kicap cair
* Kicap manis
* Minyak bijan
* Cili potong

Caranya: Campurkan saja semua bahan

Kredit: Nur Habibah Yapani

Pes Char Kuetiaw :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/6AFO9eBgS9

RESEPI AYAM PERCIK


Bahan-bahan:
* 7 tangkai cili kering
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 2cm halia
* 3 tangkai serai
* 2cm kunyit hidup
* 1 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar jintan manis
* Garam dan gula secukupnya
* 1 ekor ayam
* Sedikit minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

Cara-cara:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
2. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.
3. Tumis semua bahan kisar tanpa minyak, masukkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam, biarkan ayam setengah masak.
5. Keluarkan ayam dan letak di atas stand.
6. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun.
7. Bakar pada suhu 200c selama 15 minit, bakar atas dapur pun boleh.

Bahan kuah:
* 7 tangkai cili kering
* 3 ulas bawang putih
* 5 sudu sos cili
* 1 sudu besar gula merah
* 1 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Kisar cili kering bersama bawang putih.
2. Panaskan kuali, masukkan cili kering dan bawang putih tadi. Masukkan sedikit air, kacau perlahan sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili, gula merah yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula pasir dan tepung jagung.
4. Kacau sampai kuah jadi pekat.
5. Jika suka, boleh tambah bijan.
6. Tuang kuah atas ayam.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Rempah Ayam Percik :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/2pyvqmFsrA

๐Ÿ”RESEPI AYAM MASAK KICAP MABELES๐Ÿ”

BAHAN2:
●7@8 ketul ayam-potong kecik n gaul garam kunyit dan goreng
●2 biji kentang-hiris n goreng
●*10 tangkaicili kering
●*1 biji bwng besar
●*3 ulas bwng putih
●*1 inci halia
●Sedikit kicap
●1 sudu mkn sos tiram
●1 sudu mkn cili sos
●Garam, perasa n sedikit gula
●1 biji bwng besar-hiris bulat
●2 biji cili hijau-belah 2
●Cili padi merah + hijau
●Tomato ceri

CARA2:
○Mesin bhn bertanda *
○Tumis bhn mesin hingga garing
○Masukkan sos tiram dan cili sos
○Masukkan garam,perasa n gula
○Masukkan ayam dan kentang, tuangkn sedikit kicap (ikut nak hitam mn warnanya)
○Akhir skali..masukkan bawang hiris, cili belah 2, cili padi n tomato ceri.

Kredit: Najwa Zulkifli

Readymade Ayam Masak Kicap :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/5zvsI7eJeK

RESEPI MEE BANDUNG ABANG


2 sudu cili kering kisar (ikutlah nk pedas mana)
Air Rebusan daging
3 ulas bawang putih -
½ biji bwg besar..
udang kering kisar
daging /udang
sawi
garam, gula
1 sudu besar sos tiram

Bancuh air tpung jgung sikit je.. Bg pkat sikit je
-tumis bhn racik sampai wangi
-masukkn udang kering sampai wangi
-masuk sos tiram, daging rebus dulu
-masuk air sampai didih (terpulang nk byk mana)
,garam, gula
-last baru masuk udang
*, pecah telur sebiji
*mee basuh, tos pastu rendam dgn air panas kejap
Kalau buat kat rumah.. Korang blend skali keledek.. Bg pekat.. Kalau buat mee kari blend kentang... Mmg sedapppp.. Pekat
Kalau nak kisar pon bole.. Tp sini buat bila org order... Ketuk2 campak je... Hihi
Ni untuk sorang makan

Rempah Mee Bandung :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/4AUE6owsXS

RESEPI CENDOL


Cara-cara buat CENDOL
.
Bahan-bahannya-

5 Sudu makan - Tepung beras

1 sudu makan - Tepung gandum

1 sudu makan - Tepung pulut

10 helai daun pandan diblend - ambil air sahaja.
.
.
Cara-caranya-

1. Campur semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.

2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.

3. Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, gunting bucu dia sahaja (sikit je). Senang nak buat cendol. Tak payah nak guna barang lain. Apa ada dekat rumah je.

4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Terpulang kepada individu panjang mana nak tekan. Bila cendol dah kembang dan masak.

5. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu.

Dah siap bab cendol.
.

AIR CENDOL
.
Bahan-bahan-

1 Kotak Santan Segera - santan pekat. Kalau guna santan cair, buat 2 kotak.

1 Cawan Air Masak

Gula Merah secukup rasa

1 sudu kecil garam
.
Cara-Cara-

1. Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk.

2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda. (Kalau tak nak manis kurangkan gula)

3. Bila dan mendidih tutup api.

4. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.

5. Jangan lupa masukkan sekali ais. Baru sedap diminum sejuk.

Acuan Cendol :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/Ay5LXWUOA

RESEPI MEE KARI


Bahan Kuah Kari:
* Ayam atau daging
* Tauhu pelampung (goreng sekejap)
* 2 biji bawang merah besar (dikisar)
* 3 biji bawang putih (dikisar)
* 2 sb udang kering (dikisar)
* 10 tangkai cili kering (dikisar)
* 1 batang serai (diketuk)
* 4 sb serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
* 2 sb serbuk cili – optional (bancuh dengan sedikit air)
* 1 kotak kecil santan
* 1 cawan air
* 1 pc kiub pati ayam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai, bahan kisar dan serbuk kari dan serbuk cili yang dah dibancuh dengan sedikit air
2. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam atau daging, biar bagi masak sekejap ya.
3. Lepastu baru masukkan santan dan air serta kiub pati ayam. Kepekatan kuah agak-agak saje ya, jangan cair/pekat sangat.
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Biar mendidih dan baru masukkan tauhu tadi. Siap!

Bahan lain:
* Mee kuning (celur sekejap)
* Fishball (goreng&hiris)
* Fishcake (goreng&hiris)
* Tauge
* Daun sup (hiris)
* Lada merah/ hijau (hiris)
* Bawang goreng
* Limau kasturi
* Telur rebus- belah dua

Kredit: Bunga Jua

Beli Disini :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/40AgVe6UEq

#resepi #mee #meekari #kari #meekuning #menu

KASWI PANDAN LEMAK MANIS


BAHAN²-
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi
1 1/2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan dr 6 helai pandan
4 cwn air
1 1/4 cwn gula
1 sdt air kapur
1/2 sdt pewarna hijau star brand

CARANYA-
~sediakan loyang 10x10 sapu sedikit minyak
~panaskan kukus
~satukan kesemua bahan
~tapis jika perlu (opah blend je)
~tuang ke dalam loyang dan kukus selama 40min
~buka penutup kukus dan biar kan 10 min lagi
**tujuan nak bg air pada permukaan kaswi kering/boleh tap² tisu dapur jika permukaan masih berair
~tutup api /keluarkan kuih
~biar betul² sejuk kemudian potong
~hidang bersama kelapa parut putih + garam
~siap

Acuan Kuih Kaswi :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/6fBGkhpNS5

Credit to : Mas Cotek

RESEPI PUDING BISKUT MARIE


Bahan-bahan:
* 200g biskut Marie
* 10g agar-agar Serbuk
* 2 1/2 cawan air
* 1 cawan susu cair
* 1/2 cawan susu pekat
* 1/2 cawan tepung kastard
* 1 biji telur
* 1/2 buku Buttercup
* 6 sudu besar serbuk koko
* 8 sudu besar Milo
* 1/4 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1. Kisar susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan tepung kastard. Ketepikan.
2. Bancuh serbuk koko dan Milo dengan sedikit air suam. Ketepikan.
3. Masak serbuk agar-agar dengan air hingga serbuk agar-agar larut dan mendidih.
4. Masukkan Buttercup dan kacau hingga Buttercup cair.
5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau hingga sebati. Masa ni api kena perlahan kerana adunan ni akan menjadi pekat. Sentiasa kacau.
6. Masukkan serbuk koko dan Milo yang telah dibancuh tadi. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. Masak hingga berkilat dan ada meletup-letup. Ini menandakan puding telah masak. Tutup api.
7. Alas loyang 7" x 7" dengan plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya senang hendak mengeluarkan Puding dari loyang nanti.
8. Masukkan adunan puding (lapisan koko). Ratakan keseluruhan loyang.
9. Susun biskut Marie satu persatu di atas lapisan koko. Boleh patahkan sedikit jika ada ruang yang kosong.
10. Masukkan adunan puding (lapisan koko) lagi. Susun biskut Marie seperti tadi.
11. Ulang proses yang sama sehingga habis. Pastikan di atas sekali mesti lah lapisan koko.
12. Sejukkan.
13. Bila sudah sejuk, simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.

Nota Kaki:
1. Resepi saya ni kurang manis dan sy x letak gula langsung. Klau ada yg suka manis, boleh tambah susu pekat atau gula.
2. Adunan puding ni cepat mengeras. Jgn risau, klau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali.
3. Loyang x semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa yg lutsinar tu pun boleh guna juga.
4. Boleh tabur kacang tanah yg ditumbuk kasar atau Nestum di atas Puding jika suka.

Selamat mencuba.

Kredit: Hamidah Ha

Biskut Marie Besar
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/3fXbkSnY16

RESEPI PUDING MILO OREO yummy!!!!


Bahan
.
Serbuk agar2 clear 10gm
Air 4 cup
Gula pasir 1/2 cup (suka makan manis letak la 1 cup)
susu cair 1 tin
oreo 1 paket (krim jangan buang)
milo 1 cup (eyna campur serbuk koko sikit*)

Cara2

1) Larutkan agar2 dengan air di atas api yang perlahan, dah larut masukkan gula. Kacau lagi sampai larut.
2) Masuk susu, kacau sampai didih.
3) Asingkan 2 cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih)
4) Manakala yang lebihan tadi masukkan milo, kacau lagi.
5) Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas.
6) Tunggu sehingga layer tu keras, garit2 kan pakai garfu diatas layer milo yang first tadi, tuang semua adunan yang putih .Patahkan dua biskut oreo tu, dan susun biskut ikut suka byk mana atas layer putih tu.
7) Dah keras masuk baki layer milo, semuanya ada 3 layer. Dah suam2 boleh masuk dalam esbok, dah sejuk dan keras bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selamat mencubaaaa ๐Ÿฅฐ

p/s: eyna buat 1/2 cup gula dan oreo dalam 5 keping je sbb tak suka manis.
eyna pakai serbuk agar2 yang color coklat (ketua keluarga salah beli๐Ÿคญ)tapi rasanya lagi nmpak menarik layer tgh tu, dun wori rasa still sama hihii

Credit : Nurfarleena Shuko

Beli Milo Disini
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/7A74KfxaBF

Beli Oreo Disini
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/A9kfuGFcRT

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

RESEPI BAKSO


๐ŸŒฐ Bawang Merah
๐ŸŒฐ Bawang Putih
๐ŸŒฐ Serai (2 batang) - 1 blend 1 diketuk
๐ŸŒฐ Halia
๐ŸŒฐ Lada Hitam biji
๐ŸŒฐ Biji ketumbar
๐ŸŒฐ Rempah sup ayam
๐ŸŒฐ Kiub Pati Ayam
๐ŸŒฐ Bebola daging (frozen)
๐ŸŒฐ Garam
๐ŸŒฐ Gula
๐ŸŒฐ Ajinamoto / perasa
๐ŸŒฐ Bihun (dicelur)
๐ŸŒฐ Suhun (dicelur)

RESIPI CABAI BAKSO

๐ŸŒถ️ Cili thai merah (pedas)
๐ŸŒถ️ Cili burung(kalau ada)
๐ŸŒถ️ Bawang putih
๐ŸŒถ️ Bawang merah
๐ŸŒถ️ Cuka

☝️ Blend bahan- bahan ni semua dan masak atas api sederhana pekat (nak perasakan terpulang masukan gula dan garam) tak nak pun tak pa

KUAH ๐Ÿ‘‡

๐Ÿก Blend bahan- bahan iaitu bawang merah,bawang putih,halia,serai,biji lada hitam,biji ketumbar dengan sedikit air..

Cara - cara :

๐Ÿœ Tumiskan serai yang diketuk.Kemudian baru masukan bahan yang dikisar tadi..tumis sehingga naik bau..

๐Ÿœ Masukan rempah serbuk sup ayam,kiub pati ayam,dan perasakan secukup rasa dengan garam,gula dan ajinamoto kalau nak. Dan masukan air secukupnya.

๐Ÿœ Dah didih baru masukan bebola daging . Lepastu celurkan bihun dan suhun dengan air panas. Hiaskan dengan daun sup ,daun bawang,bawang goreng ,taugeh dan yang penting cabai nya ๐Ÿคค๐Ÿคค

Sumber : Cik Merpati Putih

Bumbu Kuah Bakso
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/4V6J9uDInZ

RESEPI AYAM PERCIK


Bahan-bahan:
* 7 tangkai cili kering
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 2cm halia
* 3 tangkai serai
* 2cm kunyit hidup
* 1 sudu besar ketumbar
* 1 sudu besar jintan manis
* Garam dan gula secukupnya
* 1 ekor ayam
* Sedikit minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

Cara-cara:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
2. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.
3. Tumis semua bahan kisar tanpa minyak, masukkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam, biarkan ayam setengah masak.
5. Keluarkan ayam dan letak di atas stand.
6. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun.
7. Bakar pada suhu 200c selama 15 minit, bakar atas dapur pun boleh.

Bahan kuah:
* 7 tangkai cili kering
* 3 ulas bawang putih
* 5 sudu sos cili
* 1 sudu besar gula merah
* 1 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Kisar cili kering bersama bawang putih.
2. Panaskan kuali, masukkan cili kering dan bawang putih tadi. Masukkan sedikit air, kacau perlahan sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili, gula merah yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula pasir dan tepung jagung.
4. Kacau sampai kuah jadi pekat.
5. Jika suka, boleh tambah bijan.
6. Tuang kuah atas ayam.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Buluh Ayam Percik
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/1AprBpyFjk

RESEPI MEE KARI


Bahan Kuah Kari:
* Ayam atau daging
* Tauhu pelampung (goreng sekejap)
* 2 biji bawang merah besar (dikisar)
* 3 biji bawang putih (dikisar)
* 2 sb udang kering (dikisar)
* 10 tangkai cili kering (dikisar)
* 1 batang serai (diketuk)
* 4 sb serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
* 2 sb serbuk cili – optional (bancuh dengan sedikit air)
* 1 kotak kecil santan
* 1 cawan air
* 1 pc kiub pati ayam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai, bahan kisar dan serbuk kari dan serbuk cili yang dah dibancuh dengan sedikit air
2. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam atau daging, biar bagi masak sekejap ya.
3. Lepastu baru masukkan santan dan air serta kiub pati ayam. Kepekatan kuah agak-agak saje ya, jangan cair/pekat sangat.
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Biar mendidih dan baru masukkan tauhu tadi. Siap!

Bahan lain:
* Mee kuning (celur sekejap)
* Fishball (goreng&hiris)
* Fishcake (goreng&hiris)
* Tauge
* Daun sup (hiris)
* Lada merah/ hijau (hiris)
* Bawang goreng
* Limau kasturi
* Telur rebus- belah dua

Kredit: Bunga Jua

Serbuk Kari
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/AyxCRmwVc

AIR KATIRA


Bahan-bahan :

Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)
Susu pekat manis
Biji selasih (rendam dulu)
Cincau (potong ikut suka)
Sirap Ros/pewarna merah

*Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti?
Iye tebu, takde rasa tebu pun sebenarnya. Rasa macam air Katira.
*Sukatan ikut sedap mata memandang sedap lagi tekak menelannya. ๐Ÿ˜

Cara-cara :

1. Masukkan perasa tebu, susu, selasih dan cincau ikut banyak mana bancuhan.
2. Masukkan air kosong.
3. Titiskan sirap ros sikit supaya warnanya nampak dark sikit.
4. Masukkan ais.

Dah siap, kalau ada yang cukup bahan macam air katira asli, bolehlah ditambah ke dalamnya. Kalau takde, guna jela apa ada. Ye dokk? Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga. ๐Ÿ˜˜

EDIT : Tak semua tempat sng cari katira, kembang semangkuk dan bahan lain dalam katira asli. Dan tak semua orang rajin nak blend kurma dan daun pandan masa puasa ni. Sekali lagi diingatkan bahan y ni versi ekspres, bukan niat nak lawan katira asli sekadar buat pelepas dahaga berpuasa. Maaf kalau ada tersalah dalam berkongsi resepi. ๐Ÿ˜Š

Kredit : Siti Hajar Mat Rasid

Gum Katira
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/2Ak1ZyaAI0