Isnin, 19 Jun 2023

RESEPI KUIH LAPIS SERI WANGI


Resepi kali ni guna tepung beras pula yang lebih. Rasanya tentu berlainan. Lebih lembut dan yang penting kuih lapis ni memang sedap dan terasa lemak manisnya.

Panaskan periuk kukusan sehingga air mendidih. Sediakan loyang 8" persegi atau loyang bukat 9". Sapukan permukaan dan sebelah tepi loyang dengan minyak. Alaskan loyang dengan plastik supaya tidak melekat.

Bahan A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
2 cawan santan pekat

Bahan B
1 1/4 cawan gula pasir ~saya guna gula halus
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan-di simpul

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan B ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut. Angkat dan biarkan adunan suam sedikit.

2. Sementara itu satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan.

3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau apple dan perisa pandan dan satu adunan lagi saya biarkan plain. (putih) Untuk lapisan atas sekali saya letak pewarna merah jambu (pink)

4. Apabila air kukusan dah mendidih, letak loyang tadi dan panaskan sebentar.

5. Masukkan adunan plain (putih) 1 cawan dan kukus selama 5 minit.

6. Setelah itu lapis pula adunan hijau apple selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.

7. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.

8. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru cantik dipotong. Gunakan pisau plastik supaya licin potongannya.

NOTA
- Untuk setiap resepi saya gunakan cawan dan sudu sukatan metrik

- Untuk memastikan permukaan kuih lapis cantik dan licin buka penutup pengukus setiap 5 atau 10 minit dan sentiasa di lap penutupnya dan sambung lagi mengukus.

- Apabila kuih lapis sudah masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih lapis cepat basi.

Kredit : Mawar Wilsa

Periuk Kukus :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/10YMhAvtD6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan