Isnin, 19 Jun 2023
SANGKAYA BOAT NOODLE
blender:
https://shope.ee/8pHCLwnnoe
Fuhhh sekali hadap habis sebungkus roti! Sedap giler sampai tak tengok kiri kanan. Nak buat pon senang. Jimattt la dari makan kat kedai. Nie sekali masak boleh makan puas-puas ๐
BAHAN ;
1 Kotak santan
5 helai daun pandan (kalau besar guna 3-4 helai je)
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
3 sudu gula (kalau rasa nak manis lagi boleh tambah)
Sedikit gula melaka (nak letak lebih pon boleh)
Sedikit pewarna hijau
CARA-CARA;
Mula-mula blend daun pandan dengan air. Agak-agak je berapa banyak ye. Asal boleh blend. Tapis dulu then campurkan air pandan tadi dengan kesemua bahan-bahan. Kacau sehingga sebati.
Panaskan periuk then kacau bahan tadi guna api slow ye. Kena kacau selalu biar tak jadi keladak. Kacau sampai jadi pekat. Sebelum jadi pekat tu rasa dulu manis ke tak. Jadi mase tu tambah la gula korang nak manis macam mana. Ok boleh tutup api.
Roti pulak korang boleh potong 4. Lepas tu kukus sekejap. Dalam 1 minit je camtu. Agak2 roti dah lembut. Ok siap!
*sangkaya korang boleh nak letak susu cair macam dalam gambar tu or nak makan macam tu pon bolehhh. Ikut selera korang ye ๐ค
Selamat mencuba ๐
Kredit : Wanie Nnand
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan