Rabu, 14 Jun 2023
MINI MACARONI BAKAR (55-60CUP)
cup macaroni: https://shope.ee/2pzrHLkbC4
Bahan2:
๐ง 1 pack macaroni 400gram (saya guna brand kimball)
๐ง 1 tin sos Prego - Traditional
๐ง 1 tin sos Prego - Cendawan
๐ง 3-4 ketul cendawan butang (potong dadu)
๐ง Ayam cincang Ramly - nak guna daging cincang pun boleh, optional
๐ง Sosej (potong dadu)
๐ง Bawang besar 1 labu (cincang)
๐ง Serbuk oregano/parsley (takda pun takpa)
๐ง Telur (4-5 biji)
๐ง Cheese slice (brand apa pun tak kisah)
๐ง Nak add on mozarella cheese untk topping pun boleh
๐ง Cup size kecil
Cara:
✨ Rebus macaroni sampai lembut. Boleh letak garam 1 sudu & minyak lebih kurang dalam 2-3 sudu untuk elakkan melekat nanti masak. Dah lembut, toskan.
✨ Tumiskan bawang sampai naik bau
✨ Masukkan ayam cincang, kacau sampai masak, letak sosej & cendawan
✨ Tuangkan sos prego, kacau rata. Kalau pekat, tambah air sikit je. Letak garam gula secukup rasa.
✨ Gaulkan macaroni sampai sebati, matikan api.
✨ Letak macaroni dalam bekas asing sbb nak gaul dengan telur.
✨ Bila dah gaul sebati dengan telur, agihkan dlm cup kecil. Letak cheese slice & mozarella, tabur sikit serbuk parsley.
✨ Bakar suhu 170C 30 minit. Siap!
Resepi Oleh: Nuralia Idayu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan