Selasa, 6 Jun 2023
RESEPI PUDING BUAH KUAH KASTARD
bekas puding comel: https://shope.ee/504G73PavV
bekas puding: https://shope.ee/4fRPiVTZwZ
Jom start!
.
Jangan risau, siapa2 je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak! ๐
.
๐Bahan - Bahan
( Puding)
- 2 setengah cawan air
- 4 sudu makan tepung kastard
- 4 sudu makan gula
- 1 tin susu cair
( Texture puding ni bukan mcm agar2 tau..dia lembik sbb sy suka blend dgn sos kastard nanti..kalau nk keras sikit tambahkan 5gram agar agar serbuk. Gaul dgn bahan diatas baru on api, dalam resepi dan gambar sy tak pakai sebarang serbuk agar2)
.
( Kuah Kastard)
- 2 cawan air
- 1 tin susu cair
- 2 sudu makan tepung kastard
- 4 sudu makan gula
- secubit garam.
.
๐Cara-Cara
Puding:
-Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan
- jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
- masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti
.
Kuah Kastard:
-Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api
- kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
- off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.
.
Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yg anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.
Makan sejuk2 insyaAllah sedap.
Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba semua! ♥️
Kredit: Muhammad Ali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan