Isnin, 19 Jun 2023

MASAK LEMAK PISANG MUDA KULAT SISIR


Lagi masakan tradisi untuk dikongsi, mungkin kurang diminati generasi kini. Resepi masak lemak pisang muda kulat sisir.

BAHAN-BAHAN

– 1 sikat pisang muda diambil kulit dan isi (direbus empok)
– 1 mangkuk kulat sisir
– 1 genggam ikan bilis
– 1/2 kg santan

Bahan Kisar

– Cili api, kunyit hidup, halia, bawang besar, putih (secukupnya)
– Rencah daun: serai, daun kunyit, asam gelugur dan daun salam

CARA-CARA

1. Satukan kesemua bahan dalam kuali kecuali santan dan kulat.

2. Masukkan air dan garam secukupnya

3. Kacau dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan dan kulat

4. Kacau lagi dengan api perlahan, biarkan seketika dan siap!!

Terima kasih untuk pemilik resipi Sabariah Bahasar, tq!!

Perencah Masak Lemak Cili Padi :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/6AGamyIwSX

Tiada ulasan:

Catat Ulasan