Jumaat, 23 Jun 2023

SANGKAYA BOAT NOODLE


Sangkaya Turun Temurun :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/8exrxKqUMs

Fuhhh sekali hadap habis sebungkus roti! Sedap giler sampai tak tengok kiri kanan. Nak buat pon senang. Jimattt la dari makan kat kedai. Nie sekali masak boleh makan puas-puas ๐Ÿ˜„

BAHAN ;

1 Kotak santan
5 helai daun pandan (kalau besar guna 3-4 helai je)
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
3 sudu gula (kalau rasa nak manis lagi boleh tambah)
Sedikit gula melaka (nak letak lebih pon boleh)
Sedikit pewarna hijau

CARA-CARA;

Mula-mula blend daun pandan dengan air. Agak-agak je berapa banyak ye. Asal boleh blend. Tapis dulu then campurkan air pandan tadi dengan kesemua bahan-bahan. Kacau sehingga sebati.

Panaskan periuk then kacau bahan tadi guna api slow ye. Kena kacau selalu biar tak jadi keladak. Kacau sampai jadi pekat. Sebelum jadi pekat tu rasa dulu manis ke tak. Jadi mase tu tambah la gula  korang nak manis macam mana. Ok boleh tutup api.

Roti pulak korang boleh potong 4. Lepas tu kukus sekejap. Dalam 1 minit je camtu. Agak2 roti dah lembut. Ok siap!

*sangkaya korang boleh nak letak susu cair macam dalam gambar tu or nak makan macam tu pon bolehhh. Ikut selera korang ye ๐Ÿค—

Selamat mencuba ๐Ÿ˜˜

Kredit : Wanie Nnand

Tiada ulasan:

Catat Ulasan