Khamis, 17 Ogos 2023

NASI GORENG KAMPUNG

Nasi Goreng Kampung Daun Hijau. - Pedaasss Padu

Rencah Nasi Goreng Kampung :-
https://shope.ee/4AW8dwWoEN

Resepi : utk 2 org.
4 sb minyak tumis
1 ulas bawang merah - dihiris
1 biji telur - dipukul kembang
2 sb sambal belacan kampung
2 sb sambal bilis ketuk
2 cwn nasi
1 sk garam
Segenggam sayur kangkung - dipotong
Segenggam ikan bilis goreng -
.
Cara :
1) Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi, tuangkan telur dan kacau hingga masak. -
2) masukkan 2 cawan nasi bersama sambal, kacau rata dan goreng selama 2 minit.
3) masukkan sayur kangkung dan garam, balik2 hingga sayur bertukar warna sedikit. Ok Siap.
4) hidang kan bersama taburan ikan bilis goreng dan daun sup. -

Kredit : empunya resepi

TEPUNG BUNGKUS


resepi arwah mak ajar yang mak buat jualan di Pasar Malam Kelang Lama Kulim & pasar malam Lunas dulu..tahun 1980an  sampai tahun 2000 camtu...tiap kali buat masih terasa sebak didada...masih terngiang² suara mak 3 bulan yg lalu...mohon sedekahkan doa buat ibunda tercinta saya..semua kuih2 yg saya boleh buat hasil tunjuk ajar mak .. semua pakai agak2 secukup rasa .. harapnya anda² fahamlah๐Ÿฅฐ

Periuk :-
https://shope.ee/8eyWO7fCi0

1.Bahan Untuk tepung
Tepung Beras 1/2 kg
Santan segar 2.5liter
Garam secukup rasa
Daun pisang ( layur dan lap bersih )

2.Tepung pulut
Bancuh tepung dengan air sampai jadi doh lembut.. guna minyak leperkan dan balut inti (tengok gambar )

Cara - Resipi ni untuk setengah kilo tepung beras..masukkan santan 2.5L (lebih kurang 2 biji kelapa) Sebatikan dengan tepung beras dan letak garam ..dalam 2sudu kecil ..santan + tepung kena masin2 sikit baru kena dengan inti yg manis..lepas sebati tuang masuk periuk dan kacau jangan berenti sampaii pekat dan meletup2 ..ni maknanya tepung dah cukup masak..biar sejuk dan mula bungkus dalam daun pisang mcm dalam gmbr.. lepas tu kukus dalam 20min...siap daa  .

2.Bahan untuk inti
kelapa parut
Gula merah
Gula Putih
Garam secukup rasa
Tepung gandum
Daun Pandan

Cara -Masak gula merah dengan air smpai mendidih..masukkan gula putih n garam sesedap rasa..jangan lupa daun pandan rebus skali..bila dah mendidih tapis dan masuk dalam kuali ..masukkan kepala parut dan kacau smpai kering..last sekali masukan tepung gandum sedikit supaya mudah nak bentuk nanti ...siap intii biar sejuk nt boleh genggam bujur2 dan balut dengan tepung pulut.

Selamat mencuba

kredit: shila hamzah

AYAM BAKAR AIR FRYER

Ayam bakar air fryer....sdp menjilat jari...hii...๐Ÿฅฐ

Air fryer: https://shope.ee/30K4Cn8uKH

Sos tiram 3 sudu
Sos cili 3 sudu
Bawang putih 4 ulas
Halia
Rempah kari 1 sudu
Madu 3 sudu
Minyak masak 2 sudu
Serbuk lada hitam setengah sudu
Kicap 2 sudu
Secukup rasa ½ sudu

Perap ayam dgn halia,serbuk lada hitam n bawang putih yg telah ditumbuk hancur, masukkan secukup rasa...pas 2 masukkan bahan2 lain di atas.....perap lagi lama lagi sdp.saya kelar² sikit ayam 2...

180'c bakar 20 minit pas 2 balikkan bakar 15 minit lagi..pas 2 sy terbalikan lagi bakar dlm 5 minit ..tgk atas besar ayam..

Air yg bawah tapis air fryer 2 blh siram atas ayam bila dah masak...lagi nmpk juice.๐Ÿฅฐ

krediy: munira ali

CHOUX PASTRY

Letak semua la gambar๐Ÿ˜‚
Lama dah teringin nak makan. Nak buat je tak jadi² ๐Ÿ˜‹ Sis guna resepi Che Nom. Ok sis salin kat sini ye.  Resepi niaga juga ni๐Ÿ‘

piping bag: https://shope.ee/7KT6Jx6tOu

Bahan-bahan untuk krim diplomat:
1 ¼ cawan/313ml susu full cream
2 kuning telur
1/4 cawan/55g gula
1 sudu besar/8g tepung gandum
3 sudu besar/24g tepung jagung
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar/28g mentega tak bergaram
1 cawan/240g non-dairy whipping cream

Cara² :masak semua bahan kastart kedalam periuk dan kacau dgn api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dgn plastik. Sejukkan ke dalam chiller.
Putar whipping cream dan masukkan kastard.

Bahan-bahan untuk choux pastry:
1 cawan/250g air
¼ cawan/56g mentega
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar/12g gula
1 cawan/125g tepung gandum
3 hingga 4 biji telur saiz B
NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.

Cara² :
Didihkan air, marjerin/butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum.
Kacau laju2 sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ni bancuhan tadi akan jadi mcm doh tau. Tutup api.
Biarkan sampai sejuk atau suam2 kuku.
Masuk telur satu persatu, mix sebati.
Paipkan dalam tray, bakar suhu 200-220c dm 30minit. Ikut oven masing2 ye.
Sejukkan dan paipkan filling tadi.

kredit: tuan adriana arissa

SAMBAL KERING IKAN BILIS

Saya buat sambal garing.
Utk bekal ank balik kolej
Cili dan ikan bilis guna AF

Air fryer: https://shope.ee/8zbJg6SvAo
Bhn-
Ikan bilis
Cili kering(pedas/kurang pedas)
Bawang goreng
Garam,gula,penambah perisa,minyak,serbuk perasa ikan bilis

Cara-
2 mangkuk cili kering basuh,tos kan air dan masuk kan dlm AF  10 min/150
Lepas 5 min..goncang2 basket..sambg 5 min lg
1 mangkuk ikan bilis basuh toskan air dan masuk  dlm AF 15 min/160
Lepas 10 min..keluar kan basket dan goncang2 ikan bilis tu dan tmbh 5 min lg bg betul garing
1 mangkuk bawang grg (beli siap)
Kisar semua bhn di atas dgn pegisar kering
Masukkan dlm mangkuk,campur kan,gula,garam,serbuk ikan bilis,ajinomoto(optional)
Masukkan minyak panas gaul sebati..siap.

Kalau tak nk guna AF,boleh je ikan bilis dan cili kering di goreng dgn minyak@kuali

๐Ÿ‘‰ rasa ikut pada kita suai kan rasanya ye
๐Ÿ‘‰ tahan lama
๐Ÿ‘‰ blh buat bawak travel sbb kering elok
๐Ÿ‘‰sedap di makan dgn nasi pns2,roti,bubur dan sbgnya.

kredit: eniza m salim

PERISA PANDAN SAPU ROTI

Selalu bila bapaknye yg beli roti ...dia x beli apa2  cream / kaya buat sapu kat roti jd ..sy buat  sendiri jer...bahan2 pom senang  jer...

Perisa pandan sapu roti

Chopper blender: https://shope.ee/1LBlFe59H7

100gm gula halus(sy blander kering gula kasar tu )
250gm majerin pelangi
Sedikit perwarna hijau
Sedikit emulco pandan

Caranye
Mix gula dan majerin sapa gebus putih...pahtu baru buh emulco dan perwarna...mix sekejap bagi sebati...siappp...buleh sapu kat roti atau kek...

kredit: eja derol

17 TIPS/TRICKS MYKITCHEN ❤️


1) nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih

2) nak elak ikan goreng melekat kat kuali; panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik

3) nak sambal merah sedap cantik; masak lada lama + gunakan gula merah

4) nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi

5) kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah

6) nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau...nak masak br basuh

7) daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.. gila kau

8) merangup kan timun untuk buat jelatah timun, potong siap2 timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lps tu bilas...kesan nya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun

9) nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih2, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam... nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik2 kan nasi tu dan tutup sampak berwap

10) nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dlm pt ais

11) nak kopek telur selepas direbus, lps rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..

12) nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih utk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit... masak sampai garing, ayam grg lebih sedap/garing

13) nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam

14) nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

15) nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari2 masih elok lagi tahu tu... so anda pun baru tahu hari ini

16) Kadang-kadang terbubuh  banyak air sehingga sup menjadi cair. kureng lah..nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek... sup lebih sedap/pekat tau

17) Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. buat setiap bulan. mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye

frying pan : https://shope.ee/40Cdi28AmQ

Kredit: Ayue Kitchen @mykitchen.fooddelivery

CEKODOK

Resepi Cekodok Lembut di Dalam Rangup Di Luar

Adunan Cekodok Pisang :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/10Z20OcOYL

Pisang ๐ŸŒ
1 ½ cawan tepung naik sendiri
3sudu gula
1 biji telur
Air suam
Secubit garam

Caranya :
Lenyekkan pisang ๐ŸŒ
Masukkan telur, gula dan garam. Kacau hingga sebati.
Masukkan tepung gandum, sedikit air, gaul sebati dan pastikan tekstur adunan tak lembik. Sedia untuk digoreng mengikut selera masing masing.

Kalau ikut resepi, memang alhamdulillah menjadi bulatnya..
if campak je pun mmg akn jadi bulat dalam kuali, hehe.. doneeee..!!! ๐Ÿ˜

kredit: mia adriana

KEK BATIK SEDAP


Loyang: Saiz 9'

loyang: https://shope.ee/gUoRJ2m1

Bahan:
600 gram biskut marie
220 gram mentega/marjerin
1 cawan susu pekat
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
2 biji telur
1/2 cawan air panas
1 sudu kecil creamy vanilla/esen vanilla

Cara:
Patah-patahkan biskut dan ketepikan.
Guna kuali besar buka api kecil masukkan mentega/marjerin dan cairkan.
Kemudian masuk susu pekat, milo, serbuk koko dan kacau sampai tak berketul-ketul.
Lepas tu masukkan air panas kacau lagi. Masukkan pula telur, part nie kena kacau cepat-cepat ya dan letak esen vanilla.
Kacau lagi sampai nampak sedikit pekat terus padamkan api.
Akhir sekali masukkan biskut gaul sampai semua biskut bersalut.

TOPPING CHOCOLATE  GANACHE:

Bahan:
200 gram dark beryls coin
200 gram whipping cream
1 sudu besar marjerin

Cara:
Panaskan whipping cream sekejap ja kemudian tuang dalam mangkuk yang berisi dark beryls choc dan marjerin.
Kacau sampai sebati dan tuangkan atas kek batik.
Simpan dalam peti bagi keras sedikit baru potong naaa.

Kredit : Ekin Hafez

TART NASTER

Akhirnya berjaya juga buat tart Nastar ni. Kulit dia saya guna resepi mak. Mudah aja๐Ÿ˜. Nah saya share resepi.

oven: https://shope.ee/2q0flnhoPN

Gula Icing - 120g
Butter/Margerine - 250g
Tepung Gandum - 400g

Ikutkan resepi mak ada guna telur 2 biji tapi saya tak letak pun telur tu. Elok aja kejadiannya๐Ÿ˜

Cara-caranya:

Beat gula icing & butter sampai sebati. Kalau nak pakai spatula aja pun boleh kalau tak ada mixer. Bila dah sebati, masukkan aja tepung. Jangan masukkan semua, masukkan half dulu. Kalau doh masih lembik, baru tambah lagi tepung yang ada tu.

Bulat-bulatkan dulu inti jem nenas tu, lepas tu balutlah guna doh tu ikut size yang kita nak๐Ÿ˜

Bakar suhu 160, 15 minit aja.

Untuk glaze tu, ambil sebiji telur kuning aja & campurkan dengan 3 sudu makan minyak masak. Kacau rata dan titikkan dengan pewarna egg yellow dalam 4-5 titik aja. Make sure buat double layer, baru cantik berkilat nanti๐Ÿ˜

Edit:

Glaze ni lepas bakar baru sapu ye. Lupa pula nak inform๐Ÿ˜…. Dah sapu 2 layer, masukkan balik dalam oven & bakar 5 minit lagi. Dah siap๐Ÿ˜

Senang kan. 1 bancuhan untuk size ni boleh dapat 72pcs. Kalau lagi kecil lagi banyaklah boleh dapat. Cubalah, confirm sedap๐Ÿ˜

kredit: wan M

Rabu, 16 Ogos 2023

MAGGIE KARI TUMIS UNTUK PIKAT SUAMI๐Ÿ˜


Maggi Kari :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/8A29ijca8u

Bahan bahan :
Satu bungkus maggie kari
2 biji telur
Seulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
Sebiji cili besar
Sepokok sawi
2 cawan air

Cara-cara :
1.Tumbuk cili padi,bawang merah,bawang putih, kemudian tumbuk sekali rempah maggie kari
2.Panaskan minyak , tumis rencah hingga garing , kemudian masukkan air (ikut nak banyak mana korang letak )
3.Dah mendidih masukkan maggie mee dgn telur
4.Akhir sekali masukkan sayur sawi ( boleh masukkn sayur apa2 yg korang suka)
5.Kacau seketika tutup api ...siap!
6.Siap untuk di hidangkan.

Credit : Ani Zam

Jumaat, 11 Ogos 2023

ROJAK MEE & ROJAK KUIH


Fry Pan Cookware:
https://shope.ee/4V8oeDiHid

Bahan Hiasan:
* Tauhu putih (goreng dan dipotong)
* Kentang (rebus sampai empuk, toskan dan potong)
* Telur rebus
* Taugeh, lada besar dan timun
* Mee kuning

Bahan Kuah:
* 1 paket biskut marie (dipatahkan)
* 3 biji Kentang rebus (dikisar)
* Cili kering, udang kering & 3 ulas bwg putih (dikisar)
* 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Tumis sedikit minyak, masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak
2. Masukkan sesikit air, selepas mendidih masukkan kentang yang dikisar
3. Masukkan biskut marie, kacau sehingga biskut hancur
4. Masukkan tepung jagung dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa

Bahan Kuih Rojak:
* 2 senduk Tepung gandum
* 2 sudu besar yis
* Daun kucai (optional)

Cara-cara:
1. Satukn tepung, yis dan secubit garam kemudian bancuhkan bahan tersebut, jangan terlalu cair.
2. Masukkan kucai, perap dalam beberapa minit kemudian boleh goreng. Saya goreng menggunakan hujung sudip untuk dapatkan kuih rojak yang panjang2.

Selamat mencuba

Kredit: suisan aliezsh

RESIPI PIZZA HOMEMADE๐Ÿ•


Oven: https://shope.ee/4V8odqQlTr

4 cwn tepung gandum
¼ cwn minyak
secubit garam
1 sdt gula
1 ½ cwn air suam
2 sdt yis

cara2 :
masukkan yis dan gula dlm air suam ..kacau bg larut sikit dan tunggu 10-15 min sampai berbuih ..
dlm bekas lain masukkan tepung dgn garam ,gaul rata ,buat lubang kt tengah ,curahkan minyak dgn yis yg dh berbuih td .
gaul rata ,uli sampai jadi doh yg lembut dan halus .
bulatkan ,sapu minyak sikit ,tutup doh sampai naik sekali ganda .
dah naik ,tumbuk buang angin .bahagi 2 bahagian ( nak nipis sikit buat 3 bahagian )
tekan pd bekas yg disapu dgn sikit minyak .
cucuk permukaan dgn garfu ,lepastu sapukan sos ,hias dgn topping kesukaan .akhir sekali tabur mozarella cheese .
bakar api bawah sampai masak ,kemudian nyalakan api ats utk permukaan yg cantik ( pakai oven )
bolehlah hidang ๐Ÿ’Ÿ

topping
sos spagethi dlm tin
bawang holland potong dadu
cili benggala potong dadu
cendawan dlm tin
daging kisar
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
sedikit oregano kering ( opt. )
mozarella cheese

KASWI KELEDEK UNGU



Acuan Kaswi :-
https://shope.ee/1focYvfWzx

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2⅓ cawan air
¾ cawan gula
1 cawan keledek Ungu
Sedikit garam
Pewarna ungu

Kuah Santan
1 bungkus santan kecik 65ml
1 cawan air
1 sudu kecil garam

Cara:
Kukus dulu keledek sehingga lembut.
Masukkan ke dalam blender/chopper. Masukkan juga bahan-bahan lain dan kisar sampai sebati.
Oles minyak pada setiap acuan tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
Kuah santan tu masak sehingga meruap
dan pekat.
Sangai bijan sehingga keperangan dan tabur atas santan.

Kredit : Nor Aini Abd Rahman

SWISS ROLL MINI


Periuk :-
https://shope.ee/40CQFA1SM6

Mixer:-
https://shope.ee/6KaS7RcEk4

budak2 mmg suka sangat,,dia lembut,ringan je,,resipi pun sangat mudah

5biji telor gred A
180gr tepung gandom
30gr tepung jagong
30gr susu pekat
200gr gula kastor
140gr minyak masak
1sdb ovelet
Vanila

Cara
Gula+telor +ovelet mixer smp gebu(cik atie mixcer 10menit) masukkan tepung gandom dn tepung jagong(ayak dulu)masa ni slowkan mesin,,susu campor dg minyak,bg sebati,,terus masukkan dlm bancuhan tadi,,mixer kejab je
Bagi doh kepada 5ataupun 6 bks buh warna ikut suka..panaskan kukusan kukus setiap warna 7menit,ulang smp warna abis, last kukus 20menit,,angkat hentak sekali elak kek turun,keluarkan kek,tunggu sejuk potong nipis2 sapu cream gulung..siap
Satu loyang size 8 jadi 35 roll

kredit: atiek yunus yusri

KOREAN RICE BALL

Assalammu'alaikum ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Annyeonghaseyo ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท

Beras Korea :-
https://shope.ee/5zxbiD2P2Z
Seaweed Flakes :-
https://shope.ee/99udU4kjhK

Pg ni bekalkan anak² dan en suami jumeokbap(korean rice ball)...buat ni klu masak 4pot beras pun tak cukup...
-beras korea
-chicken floss
-sesame oil
-bijan yg dah di sangai/bakar
-Seaweed flakes
-carrot potong dadu kecik²
-isi ketam

Sy potong² isi ketam tu tumis sekali ngan carrot,letak sesame oil,garam skit n kicap cair
Nanti gaulkan sume sekali dlm nasi yg dah di gaulkan dulu dgn sesame oil...siap ☺️

kredit: nur sharina

APAM GULA HANGUS

Alhamdulillah..siap dah kuih untuk sarapan pagi esok..Apam gula hangus
Dh lama x buat,sekali dia punya naik tanjat titew,gebu yakmattt ๐Ÿ˜…

~Apam gula hangus~

Acuan apam :- https://shope.ee/1AsLx1fKjZ

Bahan2 untuk karamel
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar marjerin

Cara2 buat
Masak gula sampai cair ( jadi karamel )
Tuang air panas sedikit demi sedikit,kacau dengan spatula atau senduk kayu sampai gula dan air sebati tutup api,masukkan marjerin,bila marjerin dah cair,ketepikan

Bahan2 untuk apam
1 1/2 cwn tepung gandum ayak bersama 1 sudu teh soda bikabonat
1/2 cwn minyak masak
2 biji telur ( gred B )
2 sudu besar susu pekat manis

Cara2 buat
Blend telur sampai sebati dalam 3 minit
Kemudian tuang karamel tadi,susu pekat manis dengan minyak,blend lagi
Masukkan tepung yang di ayak sedikit demi sedikit,blend sampai adunan sebati
Sediakan acuan kecil atau loyang yang telah di oles dengan sedikit minyak
Isi separuh adunan ke dalam acuan,buat langkah yg sama sampai adunan habis,kukus selama 10-12 minit api sederhana kecil
Untuk loyang besar ( selepas tuang adunan,tutup permukaan loyang dengan aluminium foil ) kukus 40 minit atau sehingga apam masak sempurna,guna api sederhana besar
~penutup kukusan balut dengan tuala bersih~
~saya x balut sebab guna pengukus penutup kaca~

Kredit : Nawar Azhar

RED VELVET MUFFIN


Muffin Cup Comel :- https://shope.ee/gOYLJqqW

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung  Gandum
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil bicarbonate soda
½ cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan fresh milk
2 biji telur
½ sudu kecil vanilla essence
1 sudu kecil red velvet emulco
1 cawan chocolate chip
Pewarna makanan (code : bright red)
Muffin cup (yang cute)

CARA MEMASAK:
Pecahkan telur, masukkan minyak, fresh milk, gula, vanilla essence, red velvet emulco dan beberapa titis pewarna. Whisk sampai sebati.
Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder dan bicarbonate soda dalam bekas adunan telur.
Kacau sampai sebati adunan tepung dan telur. Kalau adunan tak cukup merah, boleh titiskan lagi beberapa titik pewarna.
Masukkan chocolate chip. Kalau nak banyak lagi, boleh tambahkan.
Tuang adunan ke dalam cup, tabur ekstra chocolate chip di atasnya.
Bakar pada suhu 160-170C selama 25-30 minit bergantung pada oven masing-masing.

Selamat mencuba.

Kredit: Nuralia Idayu

KEK MARJERIN PELANGI

Kek yang tak jemu dimakan...
Sedap sgt kek ni...Kek Marjerin Pelangi.

Marjerin Seri Pelangi :- https://shope.ee/3KwqWOQmR6

Bahan2 nya..

250 gram Butter(saya guna marjerin pelangi je)
250 gram tepung naik sendiri.
180 gram gula kastor
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla.

Cara membuat nya

Pukul butter/marjerin dgn gula kastor hingga kembang dan putih gebu.
Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu pukul hingga sebati
Masukkan tepung naik sendiri dan susu segar berselang seli sambil kaup balik.
Guna loyang 8'yg di lapik baking paper
Bakar Selamat 60 ninit atau sehingga masak
Api ats bawah suhu 150"(bergantung pd oven masing2)

Selamat mencuba

kredit: nur ayuni

KEK MARBLE SUSU


Kek Marble :-
https://shope.ee/fw5LKMxaj

6 butir telur
1 cawan gula halus (sy guna 3/4cup)
1 sudu besa ovalate
1 sudu kecil esen vanilla
๐Ÿ‘‰ Mix bahan di atas sampai gebu. Hi speed 15min bergantung pd mixer.

2 + 1/2 cawan tepung kek
Sy guna tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan susu tepung
๐Ÿ‘‰ Ayak kan tepung2 ni
๐Ÿ‘‰ Masukkan dlm bahan yg dah kembang td. Kaup balik dulu takut muka berbedak tepung nnt. Pastu putar jap bg sebati. Ketepikan.

Bahan B - dalam bowl lain
250g + 125g butter
1/2 cawan susu pekat
๐Ÿ‘‰ mix sampai kembang. Dia jd mcm krim gitu.
๐Ÿ‘‰ Masukkan bahan A tadi dalam B.
๐Ÿ‘‰ Kaup balik bagi sebati.
๐Ÿ‘‰ Bahagikan adunan, warna kan
๐Ÿ‘‰ Guna loyang 9x9 @ 10x10. Lapik baking paper.
๐Ÿ‘‰ Tuang adunan selang seli. Ikut kreativiti.
๐Ÿ‘‰ Bakar suhu 170 selama 30min. Kemudian turunkan suhu 150 selama 15-20min sampai masak. Saya guna suhu 150. Oven sy jenis panas. Besar.

Nota kaki : pastikan takde air menitik. Tangan kering. Telur, perkakas mesti bebas air dan minyak.

kredit: azlina ina

KEK SANTAN


loyang kek: https://shope.ee/20RS3mAmtn

Bahan-bahan

4 biji telur
4 cawan tepung  gandum+ 4 suduteh baking powder
2 cawan gula
2 1/2 cawan santan + 10helai pandan di blend]
[pakai pandan paste pun boleh]

Cara-cara

pukul telur dgn gula hingga kembang
masukkan santan dan kacau rata
tambahkan tepung
gaul sebati
masukkan kedalam loyang berlengser minyak
bakar selama 1 jam atau hingga masak

DAGING GORENG CILI API


lesung batu: https://shope.ee/1VVBSmfafO

Bahan :
(A)
1/2 kilo daging potong nipis
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Semua bawang halia di atas tumbuk ye
Kalau malas kau blenderrrr jelaaaa

Cili api ikot sedap rasa
Kunyit hidup panjang jari kelingking

Ini pun tumbuk tapi asingkan dulu tau!

Satu labu bawang besar dihiris bulat

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan A sampai garing
Masukkan daging yg dah di hiris halus
Masukkan air sampai tenggelam daging
Topup lagi air sampai daging empuk
(3x topup air insyaallah empuk dah)
Bila daging dah empuk dan terbit minyak, boleh masukkan bahan tumbuk B pula
Perasakan dgn garam, gula, sedikit kicap
Masukkan bawang hiris bulat
Gaul sebati semua dan siappppp!
Cedok nasik panas makan lerrrrr ape lagi tunggu!

credit : Amyra Abas‎

RESIPI CHICKEN LEMON PALING SEDAPPP


Minyak Bijan :-
https://shope.ee/2VNie0iKlm

Ayam
Gaul dengan
Tepung bestari
Telur
Nestum (optional)

Goreng dan alihkan

Sos dia
Halia dan bawang putih hiris dan tumis
Masukkan air
Kiub pati daging/ayam
Sos seafood/sostiram
Sos ikan
Perah lemon 1 biji
Gula (sos ni kena manis sebab kena balance masam lemon)

Dah menggelegak masukkan bancuhan tepung jagung

Last skali renjiskan minyak bijan dan curah atas ayam...tabur biji bijan kalau nak๐Ÿ˜‰

Selamat mencuba ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿณ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿณ๐Ÿ˜ป
Kredit Resepi ini kpd siti fatimah

MASAK LEMAK KUNING AYAM/DAGING/IKAN


(Tidak ditumis.tak perlu guna minyak sebab pada ayam semulajadi dah ada kandungan lemaknya.nanti bila dah siap masak akan hadhir minyaknya tu…lebih sedap)

pengisar: https://shope.ee/1LBlFe59H7

Ayam 1/2 ekor dipotong( jika 1 ekor ayam gandakan bahannya)

Air 600ml/1 botol kecil air mineral/3 mug /5 cawan air( air jng masukkan banyak sebab nanti ayam akan mengeluarkan airnya dan akan meyebabkan kuah jadi cair kalau guna air banyak).

Kunyit hidup 3 ketul dikisar halus@serbuk kunyit 1 sudu besar bawang merah 7 dikisar
Bawang putih 4 dikisar

Serai 2 btg diketuk
Lengkuas 2 hiris
Halia sikit
Asam gelugur 1
Garam 1 sudu kecil
gula2 sudu besar
1 kiub ayam
Santan 1 kotak kecil 200ml@ santan segar
( kalau nak sedap double double guna 2 kotak santan 200mlx2 untuk 1 ekor ayam).
Ubi kentang 4 biji ( jangan di potong)biarkan ubi masak lama beserta dengan ayam.jika di potong ia akan hancur sebab lama.
Tujuan kita guna ubi kentang ialah untuk memekatkan kuah dan menambah rasa lemak pada masakan kita.

Bahan kisar halus* guna air sedikit sahaja
Bawang merah 8 ulas*
Bawang putih 1 ulas*
Cili padi 15-20 biji*( ikut pedas anda suka)

2 helai daun kunyit( dikoyak kecil)
atau
daun limau purut
atau
daun kesom yg buat kuah laksa tu...baunya menyelerakan...
Atau
Jika tiada apa apa jenis daun guna Daun pandan

Ambil periuk.
Masukkan ayam, bahan kisar, serai, lengkuas, halia, 1/2 kotak santan,garam gula dan kiub ayam kedalam periuk.

Masak sampai 3 kali mendidih dengan api sederhana.
Sambil rasa...tambah apa yang patut. Biarkan ayam dan ubi kentang masak dan lembut.
Masak dengan  api sederhana dan  masukkan santan yang berbaki lagi separuh tadi..kacau dan biarkan mendidih sekali . Yang terakhir baru masukkan daun kunyiy serta asam gelugur , biarkan mendidih 1 kali sajaja dan tutup api.
**Kalau nak lagi lazat masukkan butter 1 sudu kedalam kuahnya....nnyummyyy.

asam gelugur perlu dimasukkan kedalam masak lemak bila dah nak dimatikan api sebab asam gelugur' boleh mencairkan kuah jadi tidak boleh dimasukkan awal kerana ianya akan menyebabkan kuah jadi cair bila dah masak ‘ lemak kuning’ sila keluRkN asam keping sebab takut terlebih masam pula’.

Tujuan kita guna ubi kentang ialah untuk memekatkan kuah dan menambah rasa lemak pada masakan kita

Masak lemak akan jadi sempurna rasanya bila ada rasa masin manis dan masam.

kredit: ida syahida

NASI LEMAK SAMBAL TUMIS

Kawan2 nak dtg beraya, nak buat nasi lemak tapi sambal dia kena padu, nasi lemak ni jadi sedap bila sambal dia power!

CARA BUAT SAMBAL TUMIS NASI LEMAK YANG PADU!

pengisar: https://shope.ee/1LBlFe59H7

1. KISAR
Mula-mula, kisarkan
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia seinci
Belacan separuh tapak tangan (digoreng garing dahulu)
Ikan bilis segenggam (goreng dahulu)

2. TUMIS
Lepas kisar, tumiskan dengan minyak menggoreng ikan bilis tadi. Masa ini kalau ada yang suka bawang dalam sambal, boleh masukkan bawang yang dihiris dalam sambal. Ikan bilis pun boleh masuk sama.
Selepas bahan kisar dan nampak garing, masukkan pula cili kering (yang dah siap direbus dan kisar) dalam 6-7 senduk. Kacaukan sampai naik minyak. Guna api perlahan.

3. PERASAKAN
Bila dah naik minyak, perasakan dengan garam (suku sudu besar), gula (6-7 sudu besar), pes asam jawa (suku sudu besar), gula perang / gula melaka (2 sudu besar). Gula perang ni fungsinya nak bagi sambal tu berwarna cantik @ merah pekat.

4. TUNGGU MENDIDIH
Kalau nak terus makan, boleh tutup api bila sambal dah mendidih. Kalau nak buat niaga, masak perlahan selama 2 jam supaya sambal tahan lama

5. Masukkan telur yang dah siap masak, dah siap
Sumber : sha ash

RESEPI LAPIS PANDAN SANTAN ✨


Loyang: https://shope.ee/6zq7zz3fxw

๐Ÿ“ŒBahan - Bahan :
LAPISAN PERTAMA
- Loyang 8 inci
- 10g agar agar serbuk (1 paket)
- 4 cawan air ( 1 liter)
- air pandan yg dikisar (5 hingga 6 helai dau pandan + 1 cawan air. Kisar & tapis)
- 3/4 cawan gula ( 150g)
- sedikit essen vanila

LAPISAN KEDUA

Lapisan Kedua :
- 2 setengah cawan air
- 10 gram agar agar serbuk
- 3/4 cawan gula (150g)
- 200g santan pekat
- 1 tin susu cair (370ml)
- sedikit garam

๐Ÿ“ŒCara - Cara:
LAPISAN PERTAMA
- masukkan kesemua bahan lapisan ini, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan
- kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 15 minit kacau hingga mendidih
- dah mendidih matikan api dan kacau 5 minit dan sila tapis
- satu layer saya buat dalam sukatan 1 cawan (250ml)
- wajib guna cawan atau apa2 bekas yg ada sukatan supaya layer sekata
- jadi tuang layer pertama dan sejukkan dalam peti selama 5 minit
- lebihan adunan pertama ni letak atas loyang atau apa2 bekas dan isikan dengan air panas supaya agar agar lebihan tadi tidak mengeras

LAPISAN KEDUA :

- masukkan kesemua bahan lapisan ini, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan
- kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 20 minit kacau hingga mendidih
-dan mendidih matikan api dan kacau 5 minit
- tuang perlahan lahan keatas lapisan pertama tadi dan sejukkan selama 5 minit
- ULANG CARA YANG SAMA BAGI SETIAP LAYER SAMPAI HABIS ADUNAN. Setiap lapisan wajib SEJUKKAN SELAMA 5 minit didalam peti baru tuang layer seterusnya
- walaupun kita dah tuang air panas supaya lebihan puding tidak mengeras sewaktu tunggu setiap lapisan tu sejuk, jadi jangan risau panaskan balik atas api perlahan sampai adunan cair balik dan tambahkan sedikit air
- lapisan terakhir boleh sejukkan selama 2-3 jam dalam peti
- dah siap!
- ketahanan puding ini selama 4-5 hari di dalam peti
Selamat Mencuba! ❤️

kredit : mr ali

RESEPI DAGING KICAP PEDAS


Daging Kicap :-
https://shope.ee/3AdJFlRNoG

Bahan- bahan :

daging 900gm (daging btg pinang yg frozen tu)
*bwg merah besar 2 biji
*bwg putih (ni ikut suka..klu sy lg bnyk lg sedap)
*cili besar (10 biji.boleh tambah cili api klu nak lg.pedas)
serai 2 btg
sos tiram
sos cili
kicap pekat
lada hitam
gula melaka

Cara-cara :

blend semua bahan yg bertanda (*)..panaskan minyak,then masukkan bahan blend td dlm minyak panas..masukkan serai..tumis smpai naik bau..masukkan air secawan..masukkan sos tiram,sos cili & serbuk lada hitam..lpastu masukkan daging..aaa lupa..daging tu hiris2 dulu ye.biar sampai mendidih..klu air tu kering,tambah air lg sampai daging tu agak tenggelam..dah agak2 kurang air tu,baru letak kicap pekat & gula serta perasa..then tngu sampai air daging kering @ sampai daging lembut..sementara tu,boleh la basuh kain @ masak lauk lain ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ...ibu mmg malas rebus daging..

Kredit : Aisyah Zulaikha‎

BUTTERCAKE KUKUS


Periuk Kukus :-
https://shope.ee/40CQFA1SM6

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
4 biji telur
1 3/4 cawan mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat
3 sudu besar susu pekat - boleh kurang atau lebih sukatan, ikut selera masing-masing
Secubit garam
Mentega

Cara penyediaan:
1. Panaskan pengukus, masukkan secawan lebih mentega beku ke dalam pengukus dan biarkan ia cair.
2. Pastikan pengukus sudah mendidih.
3. Dalam mangkuk atau besen besar, pukul telur sebiji demi sebiji bersama gula. Pukul sampai kembang dan berbuih. Pastikan gula telah hancur.
4. Masukkan mentega cair perlahan-lahan. Pukul pada kelajuan tinggi.
5. Masukkan susu pekat dan secubit garam.
6. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat - part ni boleh masukkan ketiga-tiga jenis pelembut kek, tapi kurangkan sedikit sukatan setiap satu.
7. Pukul adunan dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi likat dan sebati.
8. Sapu mentega atau minyak masak ke dalam loyang supaya senang nak keluarkan kek nanti.
9. Sebelum tuang adunan ke dalam loyang, rasa dulu adunan samada sudah elok, terlebih atau terkurang. Boleh adjust adunan mengikut selera atau citarasa masing-masing.
10. Tuang adunan ke dalam loyang. Part ni boleh letak pewarna jika suka.
11. Masukkan adunan ke dalam pengukus. Pastikan air masih banyak dan sudah betul-betul mendidih .
12. Kukus selama 45-50minit dengan api sederhana. Kalau api kuat, nanti kek jadi keras dan mampat, tak gebu.

TALAM CENDOL


Loyang : 10"

Loyang:
https://shope.ee/AUPtz20NzU

BAHAGIAN BAWAH
Bahan A
1 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Masak bahan A dan ketepikan.

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan santan
1 cawan air

Cara Masak Bahagian Bawah:
Bancuh semua bahan A dan B pastu tapis.
Masak di atas api hingga naik wap.
Kukus selama 25 minit sehingga masak.

BAHAGIAN ATAS
Bahan:
1 3/4 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil garam
Cendol secukupnya

Cara Masak Bahagian Atas
Satukan semua bahan.
Masuk cendol masak atas api sehingga
naik wap.
Tuang atas lapisan bawah tadi.
Kukus selama  20-25minit sehingga masak.

Kredit: Kueh Talam Kitchen

Nota: Done buat siang tadi memang sedap!

APAM NASI

Apam nasi buat minum ptg ..gu dgn tea 0๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Acuan Apam Mekar: https://shope.ee/2fh2eWbMiv

Ni akk bg resepi ya
3 cwn tepung beras..akk guna cap teratai
1 cwn tepung gandum.akk guna cap rose
1 peket yis (sepeket kecil)
Masukkan dlm bks

Bhn blend
2 cwn nasi sejuk
1 3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
Blendkn hingga hancur..

Masukkan bhn blend ke dlm bks berisi tepung..
Kacau sebati dan tutup bks td.
Perapkan selama 3 jam.

Bahagikan adunan kpd beberapa bahagian..ltkkan pewarna.
Sapu minyak pd acuan dan kukus selama 10 minit..
Jgn lupa ya pastikan air mendidih dulu sebelum mengukusnya ya..

Ok..slm mencuba resepi akk Zana Anuar ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

KUIH PUTERI AYU @ SERI AYU

Kuihnya lembut bak sutera. Hari ni ariana nak share cara ariana buat kuih lembut bak sutera ni๐Ÿ˜Š

Resepi Puteri Ayu Lembut Bak Sutera

Acuan Puteri Ayu: https://shope.ee/504q9C195F
Piping Bag: https://shope.ee/4V8gplKUGx

3 cawan tepung gandum
4 biji telur (gred B)
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan santan (1kotak santan kara + 1/2 cawan air)
1 sudu besar ovallete
1sk baking powder
1sk perisa pandan
2sk pewarna hijau
==============================

1 biji kelapa (warna putih sahaja)
1sk garam
1 sudu besar tepung ubi

P/S - Kuantiti 1 kotak santan kara ariana sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air. Dapat 45 biji. Acuan tu kena sapu minyak dulu.

kredit: Ariana Sofia Ahmad

๐™‰๐˜ผ๐™Ž๐™„ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‚๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™๐™„๐˜พ๐™€ ๐˜พ๐™Š๐™Š๐™†๐™€๐™


rice :
https://shope.ee/1q7vcfB7mD
periuk :
https://shope.ee/2fgxahLTcH

Harini try guna rice cooker masak nasi dagang ganu.. Alhamdulillah menjadi.. ade anak kecik ni payah nak guna pengukus.. sb perlu masa yg lama dan kene jaga betul2 time mengukus..๐Ÿ˜…

Kalau x berapa nak rajin boleh guna rice Cooker.. yg penting sukatan beras dgn air sama banyak. Jangan terkurang atau terlebih๐Ÿ˜

๐™๐™€๐™Ž๐™€๐™‹๐™„ ๐™‹๐™€๐™‰๐™๐™ƒ ๐™‰๐˜ผ๐™Ž๐™„ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‚๐˜ผ๐™‰๐™‚๐Ÿ’ž

Resepi Nasi Dagang Terengganu ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™– ๐™ง๐™ž๐™จ๐™š ๐™˜๐™ค๐™ค๐™ ๐™š๐™ง๐Ÿ˜

Bahan-bahan untuk Nasi: –
* 4 cawan beras basmati
* 1 cawan beras pulut
(Beras dan pulut dibasuh dan direndam 1-2jam)
* santan kotak kecil tambah air sama dgn jumlah beras
* 1 sudu halba
* 2 ulas bawang merah
* 1/2 in halia
Cara cara :
-Santan sekotak kecil 200ml dicampur air sampai cukup 5 cawan ikut cawan sukat beras.
-hiris bawang, halia dan campur sedikit halba dan secubit garam
-Masuk dalam periuk nasi. Masak mcm biasa. Boleh alas daun pisang utk wangi lagi☺️

๐™‚๐™๐™‡๐˜ผ๐™„ ๐™„๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™”๐™€
BAHAN-BAHANNYA ๐Ÿ™‚
1 ekor ikan tongkol @ ikan aye saiz sederhana besar
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 inci halia, hiris*
1/2 inci lengkuas, hiris*
3 keping asam gelugor
1 camca teh garam*
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh halba
1/4 camca teh jintan manis
2 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar penuh rempah masak cap rose*
1 camca besar penuh rempah gulai cap rose*(*boleh tengok di sini)
10 biji cili padi, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1 biji bawang besar, belah 6
1 camca besar gula melaka
1 cawan pati santan
Air rebusan ikan secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS ๐Ÿ™‚
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 keping hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA ๐Ÿ™‚
1. Ikan tongkol disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. Cuci bersih dan rebus•Asingkan ikan dan tapis air rebusannya. Ketepikan. Letak asam keping dan garam. Rebus sampai masak dan ketepikan.
2. Satukan rempah gulai dan rempah masak cap rose dengan bahan2 kisar halus. Gaul rata hingga menjadi pes rempah, ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hiris, jintan manis dan halba hingga harum dan bawang layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Gula api kecil dan kacau sentiasa.
3. Tuang air rebusan ikan tadi, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan ikan tongkol rebus, tuang santan dan masukkan gula melaka. Kacau perlahan, bila menggelegak, kecilkan api dan renih hingga pekat. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebab air rebusan ikan tadi dah ada garam) dan masukkan cilipadi belah. Kacau perlahan dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan dengan nasi dagang...

๐˜ผ๐˜พ๐˜ผ๐™ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™๐˜ผ๐™ƒ
BAHAN-BAHANNYA ๐Ÿ™‚
2 biji timun
1 batang lobak merah saiz besar
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
6 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA ๐Ÿ™‚
1. Timun dicuci bersih, kerat tiga atau empat bahagian, belah dua setiap satu dan buang empulurnya. Hiris nipis seperti anak mancis, rendam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Lobak merah juga dihiris sama macam timun dan direndam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Rendamkan selama 15 minit, kemudian toskan dan perah airnya, ketepikan.
2. Cili merah dikerat tiga, buang bahagian tengahnya dan hiris seperti anak mancis. Bawang besar dibelah lapan dan leraikan. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk, masukkan cuka makan, garam secukup rasa (anggaran 1/3 camca teh) dan gula kurang lebih 2 camca besar penuh atau secukup rasa. Kacau hingga larut. Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah, bawang besar dan cili merah. Gaul rata dan biarkan 10 minit, rasa dan jika ok boleh hidangkan....

๐“ข๐“”๐“›๐“๐“œ๐“๐“ฃ ๐“œ๐“”๐“๐“’๐“ค๐“‘๐“❤️
-๐“ด๐“ช๐“ด๐“™๐“ช ๐“ช๐“ช๐“ซ๐“ฎ๐“ช๐“พ๐“ฝ๐”‚-

6 TIPs MEREBUS JAGUNG


1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.

2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.

4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.

5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.

6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk

Beli Jagung Disini :-
https://shope.ee/1LBed8zXoo

LONTONG


Periuk :-
https://shope.ee/5fKXd67tq9

Lain org lain caranya...
Papa masak lontong mcm ni
Tempe 3 keping
Tauhu 3 keping
Digoreng hingga garing - angkat dan ketepikan
Kobis 1/4 belah
Carrot 2 batang
Kacang panjang segenggam
Ubi sengkuang sebiji
Kesemua sayur potong mcm biasa
Soon dan fucuk direndam hingga kembang

Ikan bilis segenggam
Kunyit hidup 4 PCs
Bwg besar 2 biji
Bwg putih 3 ulas
Sedikit halia
Blender semua tu dan tumis dgn sedikit minyak. Mskkan Serai ketuk 2 btg. Masak hingga pecah minyak.
Mskkan santan kotak 1kg dan air 1 kotak guna kotak santan yg sama.
Mskkan kesemua bahan2 yg diatas tadi
Mskkan garam, aji n gula secukup rasa.
Masak hingga betul2 didih
Tutup api siapkan utk dihidangkan.

kredit: nazri mat zain

APAM NASI SEJUK


Acuan Kuih Apam :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/7pP3MDZOYi

Resepi yg sgt mudah…
guna sukatan cawan jer…
Jom buat…

RESEPI APAM TEPUNG BERAS...

~BAHAN-BAHAN~
1 1/2 cwn air
1 cwn nasi sejuk
1 cwn gula
2sk yis
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
Pewarna hijau
Pewarna merah jambu
Pewarna kuning

Blend kan semuanya. Dan masukkan dalam acuan. Kukus sehingga masak

KEK MINYAK MARBLE


Bahan:
*5biji telor
*1 sdb ovalete
*1/2 cwn gula pasir diblend
1sdk vanila
1cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
2 cwn tpg gandum
1sdk baking powder
Tepung gandum + baking powder -diayak
Pewarna dan perasa yg disukai

CARA²NYA
1- mixer bhn bertanda* hingga kmbng selama 12 min. Masukkan esen vanila dan susu
Mix lg.. Sekejap je.. Masukkan minyak dan mix lg-sebati.. Skjp je..
2- masukkan tepung yg dah diayak brsama baking powder guna spatula/sudip..Kaup balikkan je..hingga sebati.
3-Bahagikan kpd bbrapa bhgn yg dikehendaki.
Dan warnakn dan klau suka.. Perasa kan dgn perasa kesukaan.
4- masukkan dlm loyang yg disapu minyak dan dialas dgn baking paper.
Masukkn adunan brselang seli.
5- Bakar selama 45-50 minit pd suhu 160° atau ikut oven masing²(hingga masak)..api ats bwh..

Kredit Resepi : sabariah mehat

Kek Jelita Marbel :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/5AOIBC4JCE

Ahad, 6 Ogos 2023

MASAK NASI ARAB PALING SIMPLE


Inilah resepi penuh untuk NASI ARAB MANDHY . Simple je nak buat.

BAHAN UNTUK MASAK
1. 700 ml air stok
2. Rempah Nasi Arab Mandhy Kotak
3. Beras dibasuh ( ada dalam kotak ) dan direndam 1 jam
4. 1 mangkuk yoghurt
5. Seekor ayam potong 4
6. 1 sudu garam
7. Bawang goreng setengah mangkuk
8. Minyak zaitun setengah mangkuk
9. Pewarna kuning star brand
10. Daun ketumbar hiris. 3 tangkai
11. Daun pudina hiris 3 tangkai

CARA-CARA MASAK :
1. Panaskan air stok
2. Masukkan pes
3. Masukkan yoghurt
4. Masukkan lauk ayam
5. Masukkan beras.
6. Masukkan bahan akesesori.
7. Nasi arab akan dihidangkan bersama salatoh/ acar dan sambal Arab di dalam dulang

UNTUK HIASAN :
Lemon Potong Bulat 3 hiris
Cili hijau 4 biji
Tomato
Daun salad
Tomato ceri

SELAMAT MENCUBA

Pes Nasi Arab :-
๐Ÿ‘‰https://shope.ee/6zpwMCWftE

RESEPI DONUT


Acuan donat: https://shope.ee/8ey9TJrDdp

cikyah simple je campak2 je..xpyh ltk telor.. baking soda tu semua..nak resepi bgtau je okeh๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

๐ŸฉDonut gebu compom2 jadik๐Ÿฉ
๐Ÿฉbahan2
๐Ÿฉtpg gandum 4cwn
๐Ÿฉsusu pekat 2 sb
๐Ÿฉgula 2 sb
๐Ÿฉmarjerin pelangi 2 sb
๐Ÿฉyis 2 sb
๐Ÿฉgaram halus 1 sk
๐Ÿฉair 1 cwn kalau keras tmbh sikit lg air..air ni boleh ltk agak2 je yer..donut kalau kita uli keras sgt pon dia x akan jadi gebu okeh๐Ÿฉ

๐Ÿฉcara2 nye
๐Ÿฉlebur kan semua skli ke dlm bekas atau mixer uli dlm 15minit gitu
๐Ÿฉdah siap uli buat bulat2 rehat kan 5 minit baru buat lubang..dah siap buat lubang biar donut naik lagi dlm 10 minit boleh goreng dah setel๐Ÿ˜

kredit: noriah mahamad

RESEPI BIHUN SUP


Kuah Sup
Ayam seekor potong 4 pcs
Rebus dgn air secukupnya
Mskkan 2 btg serai yg dititik
Mskkan sup bunjut adabi 1 pcs
Mskkan rempah 4 sekawan ๐Ÿ‘‡
( 1 pcs kayu Manis, 2 biji bunga lawang, 3 biji bunga cengkih dan 3 biji buah pelaga)

Blend
Bwg Besar 4 biji
Bwg putih selabu
Halia 100gram
Jintan Manis 2sb
Jintan putih 3 SB
Ketumbar 4sb
Serbuk rempah sup Baba's.  -  1 pek kecil
Serbuk kurma Daging Baba's. - 1 pek kecil

Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan2 yg telah diblend hingga pecah minyak..
Sambil tu sentiasa kacau sbb rempah ni mudah hangit, api jgn terlalu kuat...
Mskkan kiub pati ayam 2 pcs
Bila dah pecah minyak,
Mskkan garam, aji n gula secukup rasa...
Kacau2 lg ..
Padamkan api dan tuang rempah tersebut ke dlm periuk rebusan ayam tadi .. Rasa semula kuah sup tadi apa yg kurang tambah laaaa.....
Bila dah didih rebusan ayam tu keluarkan ayam dan toskan...
Tutup api kuah sup...
Ayam yg ditoskan tadi lumur dgn sedikit garam dan kunyit.. Lps tu goreng hingga garing...

Angkat dah sejuk siat2 kan kecil2...

Sambal kicap
Cili akar segenggam
5 ulas Bawang Putih
10 biji air limau kasturi
Kicap pekat kipas udang secawan
Blend semua diatas dan tuang dlm bekas..

Bahan tabur
Taugeh
Daun sup n daun bawang
Bawang goreng
Isi ayam yg telah dicarik2
☝️ Utk Bihun sup
Kalau utk Soto nasi impit tambahkan
Suhun goreng @ bihun yg digoreng
Kacang tanah yg telah digoreng

Rempah Sup Thai :-
๐Ÿ‘‰ https://shope.ee/AzbLolUaB

kredit: nazri mat zain

KUIH DENDERAM


acuan kuih: https://shope.ee/8ey9TJrDdp

saya nak share resepi kuih denderam yang saya buat meniaga yang pastinya lembut tak perlu nak perap2 adun2 terus goreng hanya 3bahan sahaja

Bahan2:
500gram tepung beras teratai(satu pack)
400gram gula merah
240gram air

Cara2:
1.Masak gula merah bersama dengan air dan kacau sehingga larut
2.Letakkan tepung beras di dalam mangkuk
3.Masuk kan air gula yang dimasak tadi(panas2)ke dalam mangkuk yang berisi tepung jangan lupa tapis ye air gula semasa tuang
4.Kacau2 bagi semuanya merata
5.Selepas itu kita biarkan dalam 5 minit bagi sejuk(kalau cara saya,saya terus goreng je)
6.Sebelum nak uli sapu minyak dahulu di atas tempat uli dan cetak menggunakan cetak donut yang mini tu
7.Minyak biar betul2 panas supaya kuih menjadi kembang semasa goreng
8.Goreng dalam api yang sederhana
9.Siap untuk dimakan,makan panas2 sedapp
Mula2 memang kita akan nampak kuih tu macam keras tapi tunggu dalam beberapa jam kuih tu akan jadi lembut dan gebu

“SELAMAT MENCUBA”

kredit: deq mokchik

KUIH KAWSI SUKATAN CAWAN


Acuan Kaswi:- https://shope.ee/6fD2sLavmT

1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan santan
1 cawan air daun pandan
Sedikit garam
Air kapur 1sb
Sedikit emolco pandan

Campur semua bahan
Kacau2 sampai larut gula
Last tapis

Acuan sapu minyak
Kukus dlm 15minit

kredit: surina abadi

KUIH LAPIS


Loyang:
https://shope.ee/6pWT4m6fOT
Periuk Kukus:
https://shope.ee/9zTP2h24ah

Bahan2:
2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 cwn gula pasir
4 cwn santan ( 1 cwn santan pkt + 3 cwn air )
1 sudu kecil garam
Pewarna dan perisa yg d sukai
Loyang 7×7

Cara2nya:
Msk santan suam2 kuku,ketepikan
Dlm bekas,satukan tepung beras,tepung gandum,tepung jagung,garam serta gula,gaul rata,tuangkan santan tadi,kacau rata sehingga adunan menjd licin dn sebati
Bahagikan adunan kpd 2 bahagian
1 bahagian letak pewarna dn perisa ros
1 bahagian lagi di campur dgn sedikit pewarna putih,ketepikan
Panaskan kukusan,sapu sedikit myk pada loyang,ambil 2 senduk adunan bewarna,tuang ke dlm loyang,kukus 5 minit,pastu ambik 2 senduk adunan putih,tuang ats adunan bewarna,kukus 5 minit,bt langkah yg sama sehingga adunan habis
Utk lapisan yg terakhir,kukus 15-20 minit,api sedang,biarkan kuih betul2 sejuk sblum di potong dgn pisau yg tlh d sapu sdkit minyak
# air kukusan hendaklah betul2 mendidih,pastikan balut penutup kukusan dgn tuala

Credit :Nawar Azhar

APAM KARAMEL LEMBUT❤️


Acuan Apam:
https://shope.ee/LJ0auOhZR
Periuk kukus:
https://shope.ee/9zTP2h24ah

Bahan bahan:

1 cawan gula pasir
Cairkan dengan api perlahan.. Dah cair semuanya, masukkan

1 cawan air
☝️ Biarkan didih..tutup api. sejukkan

2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 penutup esen vanilla
☝️☝️Masukkan dlm blender... Blend hingga kembang

Masukkan

1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Gula karamel tadi
☝️ ☝️ Kisar hingga sebati..

Tuang dlm acuan yg disapu marjerin kukus 45 minit atau hingga masak.
Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.

kredit: Nana Ereena

RESEPI UNTUK RAYA HAJI NANTI


KARI DAGING@ AYAM

Pressure cooker: https://shope.ee/5AOGLiZ3zg

Kari ni sangat istimewa rasanya sebab resepi saya lain dari yg lain.jangan bimbang pasti sedap.
Rempah kari daging campur rempah nasi BERIANI cuba bayangkan rasanya.
Mesti makan bertambah tambah dan kalau masak jamu kawan kawan makan mesti akan dipuji.
Saya guna serbuk rempah kari daging allagapas

Makan dengan nasi sangat sedap.makan dengan ketupat lemang pun sedap.semua sedap.....dan sesuai untuk apa apa saja....cubalah๐Ÿ…

Resepinya:

Santan 2  kotak kecil 200ml x2( kalau nak guna hanya sekotak saja pun boleh dan tetap sedap no.1).caranya santan 1 kotak:
Masukkan 1/2 kotak Santan selepas rempah dah masak masukkan 1 cawan air dan 1/2 lagi dimasukkan sebelum nak masukkan kerisik).

bwg merah 10
bwg putih 7
halia 2 inci
(dihiris halus)

kulit kayu manis 2
bunga lawang 3
Bunga cengkeh 8
biji pelaga 3
lada hitam 10 biji

Lengkuas 1 inci diketuk
Serai 3 batang diketuk

DAGING 1 kg di potong kecil

rempah daging  300g (saya guna  serbuk allagapas daging)

Rempah nasi beriani 2  sudu besar

Serbuk cili allagapas 1 sudu besar jika nak pedas

2 rempah ini bersama serbuk cili dibancuh kental dengan sedikit air.

kerisik 5 sudu besar
air 1  1/2 cawan
ubi kentang 4 biji di potong 4
minyak 2  cawan atau lebih untuk rempah masak betul.
(rempah bila betul betul masak..akan jadi warna merah dan terdapat minyak diatasnya).

panaskan minyak dalam periok. tumis bwg dah bawang layu masukkan serai lengkuas dan halia tadi tu...dah wangi masukkan rempah 4 sekawan. kacau. masukkan rempah kari. kacau. jangan tinggal!!mudah hangus.

bila rempah dah masak....masukkan daging - api sederhana.
kacau selama 20 minit sampai air daging dah keluar semuanya dan keringkan sedikit kuahnya. Pekatkan
.
Masukkan air 1 1/2  cawan . Dikacau kacau. Masukkan 1/2 kotak santan tadi.masukkan ubi kentang , gula, garam dan kiub ayam/ajinomoto. Ketika ini api sederhana. ( cuba rasa sikit kuah nya - kena bagi kuah dah rasa sedap ketika ini sebab kuah ketika inilah yang amat penting untuk membuatkan daging dan kuah rasa sedap).

terus dikacau...biar mendidih 2 -3 kali selama 20 minit atau sampai daging lembut pastu baru masukkan santan yg 1/2 tadi  ,kacau kacau. biar mendidih 2 kali baru dimasukkan 1 kotak santan yang lagi satu tu...biarkan mendidih sekali...bila daging dan ubi lentang dah lembut n sedap baru dimasukkan kerisik. Dikacau kacau sekejap.
Sekarang dah jadi pekah kuahnya.
Rasailah apa yg kurang..sila tambah.

pastikan ubi dan daging telah empuk  baru masukkan KERISIK. biarkan 5 minit . pastu baru ditutup api dapur. rasailah dulu apa yg kurang ditambah.SELEPAS MASUKKAN KERISIK KUAH KARI AKAN JADI PEKAT LIKAT DAN AMAT SESUAI DICICAH LEMANG DAN KETUPAT.
Kalau dah masuk kerisik agak dalam 5 minit sila tutup api.
( baru sedap dan pekat likat)

Peringatan penting:
* klu nk kuah banyak tambahlah air 1 cawan lg iaitu sebelum dimasukkan kerisik”

* lepas tu biar mendidih lama sikit supaya ia pekat semula.

* jika last sekali tu ubi kentang dah masak lembut tapi daging belum empuk lagi..sila keluarkan ubi kentang dahulu nanti bila daging dah empuk baru masukkan semula ubi kentang kedLam periuk kari tu....

Masak apa apa pun perlu ada tekniknya supaya rasa sedap dan menyelerakan.

Dah siap.....

Minyak kena banyak supaya rempahnya masak sempurna baru gulai akan jadi sedap. Nanti bila dah masak boleh buang minyak tu sedikit.minyak tu boleh buat goreng ikan..lagi sedap ikan goreng anda.

kredit: Ida Syahida

ROTI JALA PAGI LEMBUT SAMPAI PETANG


Acuan roti jala:-
https://shope.ee/8ey8W5RcKO

3 cawan tepung gandum
3 cawan air @ santan @ susu cair (saya campur ๐Ÿ˜Š 1 cawan air + 1 cawan santan + 1 cawan susu cair)
3 sudu kecil garam (saya guna sudu kecil kfc)
3 sudu kecil minyak masak (saya guna sudu kecil biasa)
3 sudu kecil serbuk kunyit (saya guna sudu kecil kfc atau nak letak 3 titik pewarna kuning pun boleh)
1 biji telur

Kisar semua, perap 30 minit (tak perap pun boleh) dan jalakan atas kuali leper.
Saya jala guna botol muncung 3 (saya beli di Daiso, kedai barangan jepun).
Makan dengan kari ayam.

Siap! Mudah.. Inshaallah jadi ๐Ÿ˜Š
kredit : etty farah

RESEPI MACARONI BAKAR


bekas aluminium:
https://shope.ee/4AVj9kXN4r

BAHAN-BAHAN :

1 bungkus Macaroni
3 ulas bawang Holland
1 tin tomato puri
1 tin cendawan butang
1 biji lada benggala
1 cwn susu cair
Daging/ayam cincang
Parutan / kepingan keju
Sedikit serbuk lada hitam
Oregano

CARA-CARA :

1. Rebus Macaroni.
Mula-mula, rebus macaroni dalam periuk yang berisi air. Letakkan sedikit garam dan minyak.

2. Sediakan Sos.
Potong bawang dan tumis dengan minyak.

Seterusnya, masukkan tomato puri, cendawan dan daging/ayam cincang. Tambahkan garam dan perasa jika perlu. Kemudian, taburkan sedikit oregano, lada hitam, dan sedikit gula. Masukkan susu cair. Masakkan hingga kuahnya pekat.

3. Gaulkan Bersama Macaroni yang telah direbus tadi dan gaulkan ke dalam sos tadi.

4. Taburkan Lada Benggala & Keju

Letakkan lada benggala yang telah dipotong dadu dan taburkan keju parut di atas macaroni yang telah diletakkan dalam bekas.

5. Bakar Sekejap
dalam AF dgn suhu 120° 5min

Siap !

Kredit : Empunya Resepi

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ‘

๐ŸRESEPI PUTRI AYU REDVELVET๐Ÿ


Acuan apam: https://shope.ee/504q9C195F

๐ŸBahan²
-------------------

๐Ÿ3 butir telur grad A
๐Ÿ1 sudu mkn ovalet
๐Ÿ1 cawan penuh gula
๐Ÿ½ sudu kecik garam

๐Ÿ‘‰Mixer bahan² tsbut di ats๐Ÿ‘† hingga putih berjejak,  ( gebu ) ketepikan

๐Ÿ2 cawan tepung gandum
๐Ÿ1 cawan santan ( ½ cawan pekat ½ cawan air )
๐Ÿ1 sudu kecik baking powder
๐Ÿ½ sudu kecik soda bikarbonat
๐Ÿ1 penutup botol pewarna Redvelet
๐Ÿ1 penutup pewarna merah
๐Ÿ1 sudu mkn cuke mkn
๐Ÿ separuh kelape
๐Ÿsesudu tepung ubi (gaulkan dgn kelape )
๐Ÿminyak masak utk mengoleskan acuan putri ayu

๐Ÿ‘‰ campurkan tepung gandum dgn baking powder dan baking soda td kaup smpai sebati..( ketepikan )
๐Ÿ‘‰ campur kan santan td dgn pewarna Redvelvet dan merah serte cuke ( ketepikan )

๐Ÿ‘‰Amik bahan yg kite Mixer td kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit kemudian kaup smpai sebati secara berselang seli dgn santan,.. lakukan smpai tepung dgn santan smpai hbs lalu ketepikan dan biarkan slme yg kite nak ( 1-2 jam ) optional
๐Ÿ‘‰ panaskan pengukus smbil kite  sapu acuan dgn minyak masak

๐Ÿ‘‰Bile di rase adunan tu dah cukup kembang, .amik acuan kemudian kita  bg kelape sdikit hingge memenuhi keseluruhan acuan..
๐Ÿ‘‰ masukkan adunan kedalam acuan, jgn smpai penuh sgt. (agak ²)
๐Ÿ‘‰bile pengukus td dah pns dan air pon dah mendidih , kukus kue slme 15 menit dgn api sedang,..sblm nye jgn lupe utk balut penutup dgn kain agr uap x jatuh menitik kene kue yg kite buat td,..klw terkene akn menjejas kan permukaan kue tsbut..
๐Ÿ‘‰Bila dah 15 menit bukak penutup pengukus secara cpt , awas jgn smpai menitik..angkat dan dingin kan
๐Ÿ‘‰Bila dah dingin baru blh kite keluar kan dari acuan lalu siap utk di pack..

siap untuk di hidangkan atau di jual,..

kredit: syifa ifa

ROTI CHEESE MUDAH & GEBU!


Oven : https://shope.ee/5pdx8f8avL

1cwn air suam*
1peket yis mauripan*
4sd bsr gula*
2sd bsr susu pekat*
2sd bsr mntega
4cwn tpg gndm
1bj telur dpukul sdkt
Keju parut
Mntega cair

Cara-caranya:
Campurkn bhn yg brtanda*hgga kembang..
Masukkan telur kacau sbati.
Masukkan tepung dan mentega, uli sbati..
doh agak lembik x perlu tambah tepung..
Rehatkn doh hgga naik dlm 40mnt (tutup dgn kain lembab)
Lumurkn sdkt mntega dkt tpk tgn supaya x melekat.. then, tumbuk doh yg sudah kmbang tadi dan uli sekejap..
Bentuk doh bulat2 dan rehatkan doh hingga kembang dlm 25 minit..
Sapukan mentega cair keatas doh yg dh naik.. tabur keju n gula pasir.. Kemudian, bakar 20mnt suhu 160°c or hgga msk.
Keluarkan roti yg dh msk td sapu lg mentega utk berkilat.
Siap untuk dihidangkan!

Kredit Resepi: Raja Zulaida Raja Kamal

NONA MANIS


Acuan Nona Manis: https://shope.ee/7Um9s8ikyY

ADUNAN HIJAU
Bahan
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 cawan air pati pandan
2 1/2  cawan @ 3 cawan tepung gandum
(Kena agak-agak sukatan)
3/4 cawan gula
( kalau suka manis boleh tambah)
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau

Nota: Kalau sesiapa yang suka telur boleh masukkan sebiji telur.

Cara:
(Buat cara mudah sekali kacau sahaja)
Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.
Kemudian tapis dan masak dengan api sederhana sehingga naik wap dan adunan tidak terlalu pekat. Sentiasa kacau ya.
Isi suku penuh dalam acuan yang telah di oles dengan sedikit minyak dan ketepikan.

ADUNAN PUTIH
Bahan
3 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara:
Satukan kesemua bahan dan kacau sebati.
Kemudian tapiskan dan masak sehingga naik wap dan agak pekat ( jangan sampai berketul ) guna api perlahan sahaja.
Setelah suam tuang adunan ke dalam botol sos yg ada muncung 1 panjang.
Paipkan adunan putih tengah-tengah adunan hijau sehingga penuh acuan.
Kukus selama 10 ke 15 minit.
Sejukkan baru makan ya.

Kredit : Zurina Kifli