Letak semua la gambar๐
Lama dah teringin nak makan. Nak buat je tak jadi² ๐ Sis guna resepi Che Nom. Ok sis salin kat sini ye. Resepi niaga juga ni๐
piping bag: https://shope.ee/7KT6Jx6tOu
Bahan-bahan untuk krim diplomat:
1 ¼ cawan/313ml susu full cream
2 kuning telur
1/4 cawan/55g gula
1 sudu besar/8g tepung gandum
3 sudu besar/24g tepung jagung
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar/28g mentega tak bergaram
1 cawan/240g non-dairy whipping cream
Cara² :masak semua bahan kastart kedalam periuk dan kacau dgn api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dgn plastik. Sejukkan ke dalam chiller.
Putar whipping cream dan masukkan kastard.
Bahan-bahan untuk choux pastry:
1 cawan/250g air
¼ cawan/56g mentega
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar/12g gula
1 cawan/125g tepung gandum
3 hingga 4 biji telur saiz B
NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.
Cara² :
Didihkan air, marjerin/butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum.
Kacau laju2 sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ni bancuhan tadi akan jadi mcm doh tau. Tutup api.
Biarkan sampai sejuk atau suam2 kuku.
Masuk telur satu persatu, mix sebati.
Paipkan dalam tray, bakar suhu 200-220c dm 30minit. Ikut oven masing2 ye.
Sejukkan dan paipkan filling tadi.
kredit: tuan adriana arissa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan