Khamis, 17 Ogos 2023

KEK BATIK SEDAP


Loyang: Saiz 9'

loyang: https://shope.ee/gUoRJ2m1

Bahan:
600 gram biskut marie
220 gram mentega/marjerin
1 cawan susu pekat
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
2 biji telur
1/2 cawan air panas
1 sudu kecil creamy vanilla/esen vanilla

Cara:
Patah-patahkan biskut dan ketepikan.
Guna kuali besar buka api kecil masukkan mentega/marjerin dan cairkan.
Kemudian masuk susu pekat, milo, serbuk koko dan kacau sampai tak berketul-ketul.
Lepas tu masukkan air panas kacau lagi. Masukkan pula telur, part nie kena kacau cepat-cepat ya dan letak esen vanilla.
Kacau lagi sampai nampak sedikit pekat terus padamkan api.
Akhir sekali masukkan biskut gaul sampai semua biskut bersalut.

TOPPING CHOCOLATE  GANACHE:

Bahan:
200 gram dark beryls coin
200 gram whipping cream
1 sudu besar marjerin

Cara:
Panaskan whipping cream sekejap ja kemudian tuang dalam mangkuk yang berisi dark beryls choc dan marjerin.
Kacau sampai sebati dan tuangkan atas kek batik.
Simpan dalam peti bagi keras sedikit baru potong naaa.

Kredit : Ekin Hafez

Tiada ulasan:

Catat Ulasan