Akhirnya berjaya juga buat tart Nastar ni. Kulit dia saya guna resepi mak. Mudah aja๐. Nah saya share resepi.
oven: https://shope.ee/2q0flnhoPN
Gula Icing - 120g
Butter/Margerine - 250g
Tepung Gandum - 400g
Ikutkan resepi mak ada guna telur 2 biji tapi saya tak letak pun telur tu. Elok aja kejadiannya๐
Cara-caranya:
Beat gula icing & butter sampai sebati. Kalau nak pakai spatula aja pun boleh kalau tak ada mixer. Bila dah sebati, masukkan aja tepung. Jangan masukkan semua, masukkan half dulu. Kalau doh masih lembik, baru tambah lagi tepung yang ada tu.
Bulat-bulatkan dulu inti jem nenas tu, lepas tu balutlah guna doh tu ikut size yang kita nak๐
Bakar suhu 160, 15 minit aja.
Untuk glaze tu, ambil sebiji telur kuning aja & campurkan dengan 3 sudu makan minyak masak. Kacau rata dan titikkan dengan pewarna egg yellow dalam 4-5 titik aja. Make sure buat double layer, baru cantik berkilat nanti๐
Edit:
Glaze ni lepas bakar baru sapu ye. Lupa pula nak inform๐
. Dah sapu 2 layer, masukkan balik dalam oven & bakar 5 minit lagi. Dah siap๐
Senang kan. 1 bancuhan untuk size ni boleh dapat 72pcs. Kalau lagi kecil lagi banyaklah boleh dapat. Cubalah, confirm sedap๐
kredit: wan M
Tiada ulasan:
Catat Ulasan