Ahad, 6 Ogos 2023

ROTI JALA PAGI LEMBUT SAMPAI PETANG


Acuan roti jala:-
https://shope.ee/8ey8W5RcKO

3 cawan tepung gandum
3 cawan air @ santan @ susu cair (saya campur 😊 1 cawan air + 1 cawan santan + 1 cawan susu cair)
3 sudu kecil garam (saya guna sudu kecil kfc)
3 sudu kecil minyak masak (saya guna sudu kecil biasa)
3 sudu kecil serbuk kunyit (saya guna sudu kecil kfc atau nak letak 3 titik pewarna kuning pun boleh)
1 biji telur

Kisar semua, perap 30 minit (tak perap pun boleh) dan jalakan atas kuali leper.
Saya jala guna botol muncung 3 (saya beli di Daiso, kedai barangan jepun).
Makan dengan kari ayam.

Siap! Mudah.. Inshaallah jadi 😊
kredit : etty farah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan