06 Ogos
NONA MANIS
Acuan Nona Manis: https://shope.ee/7Um9s8ikyY
ADUNAN HIJAU
Bahan
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 cawan air pati pandan
2 1/2 cawan @ 3 cawan tepung gandum
(Kena agak-agak sukatan)
3/4 cawan gula
( kalau suka manis boleh tambah)
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Nota: Kalau sesiapa yang suka telur boleh masukkan sebiji telur.
Cara:
(Buat cara mudah sekali kacau sahaja)
Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.
Kemudian tapis dan masak dengan api sederhana sehingga naik wap dan adunan tidak terlalu pekat. Sentiasa kacau ya.
Isi suku penuh dalam acuan yang telah di oles dengan sedikit minyak dan ketepikan.
ADUNAN PUTIH
Bahan
3 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Cara:
Satukan kesemua bahan dan kacau sebati.
Kemudian tapiskan dan masak sehingga naik wap dan agak pekat ( jangan sampai berketul ) guna api perlahan sahaja.
Setelah suam tuang adunan ke dalam botol sos yg ada muncung 1 panjang.
Paipkan adunan putih tengah-tengah adunan hijau sehingga penuh acuan.
Kukus selama 10 ke 15 minit.
Sejukkan baru makan ya.
Kredit : Zurina Kifli
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
Sejak masa Rasulullah shallalahu alaihi wasallam diketahui bahwa dinar dan dirham telah menjadi bagian dari kehidupan muslim unt...
-
Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri Profession Assessment Centre (PAC) atau Ujian Bakat untuk...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan